Khamis, 14 Julai 2011

WARISANSAKA 1 : Ilmu Keturunan Adalah Gangguan Saka.....

Iaitu anda mendapat warisan ilmu secara ghoib
dan bukan belajar sebagaimana pada cara biasa
khususnya daripada orang-orang tua anda...

Ia juga biasa disebut Ilmu Keturunan...dan di-
katakan sebagai kepandaian semulajadi...

Antara jenis ilmu-ilmu keturunan ini...

a. Ilmu kependekaran...

b. Ilmu perubatan...seperti mengurut...jurus
menggunakan ramuan akar...dan sebagainya...

c. Ilmu tilik menilik...

d. Ilmu ghoib seperti melihat dan berhubung dengan
jin...dan sebagainya...

CARA BELAJAR...

1. Tak payah belajar...'tau-tau saja dah tau' ilmu
itu dan ini...

Contohnya...tak pernah belajar silat...tiba-tiba
pandai bersilat...tak pernah belajar mengurut...
tiba-tiba jadi pakar mengurut...dan sebagainya...

2.Melalui Bisikan...

Iaitu ada suara ghoib atau bisikan halus yang men-
gajar atau memberi panduan kepada anda...

3.Melalui Rasukan...

Iaitu ada sesuatu merasuk anda sebahagian atau
penuh kemudian tiba-tiba anda jadi pandai mengu-
rut atau bersilat contohnya...

4.Melalui Mimpi...

Iaitu anda diajar seseorang atau sesuatu makhluk
dalam mimpi mengenai ilmu-ilmu berkaitan...

5.Melalui Jelmaan...

Iaitu anda nampak sesuatu jelmaan orang yang anda
kenali...atau tak dikenali...atau berupa makhluk
aneh...yang biasanya hanya anda seorang dapat me-
lihatnya...

...kemudian benda itu mengajar...memberi panduan
atau anda nampak makhluk itu sendiri yang merawat
atau sebagainya...

Namun kadang-kadang makhluk itu tak kelihatan...
tapi nyata kedatangan dan kehadiran serta perbua-
tannya...

6.Belajar Separuh Secara Biasa...

...dan separuhnya lagi dengan mana-mana cara ghoib
di atas...

7.Belajar Secara Langsung daripada keluarga tua tadi
tapi ia dalam keadaan rasukan atau separuh rasukan.

Iaitu pada hakikatnya...jin perasuk yang mengajar
anda...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan