"...ketika saya sedang dirukyah oleh Ustaz
Muhammad dan rakan-rakannya...tiba-tiba
terasa angin sejuk mula meresap masuk ke
hujung-hujung jari kaki saya...
Seluruh tubuh terasa sejuk...dan ketika itu
saya dapat merasakan suatu benda lain mula
menguasai tubuh saya...
Saya masih sedar...tapi fikiran dan perasaan
saya dikuasai oleh suatu tenaga asing...
Saya mula merasa takut pada ustaz...dan men-
gambil keputusa untuk melarikan diri dengan
merempuh orang ( kumpulan pesakit ) yang
turut berada di situ...
Saya mula memerhati sekeliling untuk men-
cari ruang...namun saya dapati semua orang
di situ ditutupi oleh suatu perisai cahaya ber-
warna putih...
Saya merasa takut...saya tidak berani untuk
melanggar cahaya tersebut...akhirnya saya
duduk tidak berani ke mana-mana..."
Tahun 2001...diceritakan oleh seorang ibu
yang dirasuki 'syeikh' ( jin munafik jantan
berserban jubah...dan ketika itu saya belum
lagi mengambil ijazah amalan IT...
Mei 2013...dengan membaca Ayat Seribu
Dinar berserta pernafasan....saya bayangkan
membuat sebiji bola aura atas tapak tangan.
Saya pindahkan bola aura itu ke tangan se-
orang budak lelaki berumur lapan tahun...
Sudah sebulan ia mengalami gatal dan kurap
pada seluruh tubuh termasuk mukanya...
Ubat hospital dan farmasi ternyata tidak ber-
kesan....dan saya dapati ada tanda-tanda
gangguan...
Budak itu menyapu mukanya sambil menarik
nafas...dan ia merasa hangat pada kulit muka-
nya...
Tanpa ditanya dan kelihatan cukup yakin...
budak itu memberitahu ia dapat merasakan
ada lapisan cahaya putih pada mukanya...
Cahaya itu seperti mentol lampu panjang
( kalimantang ) yang sedang bernyala...
Bagaimanapun ia memberitahu...lapisan itu
mula terbentuk setelah dirukyah ( bersama
pernafasan ) sejak tadi lagi...
Sejak hari itu ubat-ubat hospital dan farmasi
mula menunjukkan kesan...dan tiga minggu
kemudian ia hampir sembuh sepenuhnya
dengan izin Tuhan...
Nota...Sejarah IT ke Ranau...
Yang berbahagia Guru Utama Ustaz
Muhammad mula datang ke Ranau
atas jemputan salah seorang saudara
mara ( sekarang Tan Sri ) apabila ada
sepohon pokok dikebunnya dikatakan
'keras' hingga ada antara pekerjanya
yang sakit hingga mati setelah cuba me-
nebang pokok tersebut...
Malah jentera juga dikatakan mati enjin
tak dapat hidup sebaik saja cuba men-
dekati pokok tersebut...
Saya kurang tahu mengenainya....tapi
salah seorang rakan yang saya yakini
menceritakan....Ustaz menebang pokok
itu hingga ke tahap sepatutnya ia tumbang
tapi ternyata pokok itu tetap teguh ber-
tahan...
Ustaz melepaskan kapak yang digunakan
kemudian menggunakan 'jurus'...dan
dengan izin Tuhan...pokok itu tumbang...
Ini adalah kajian bebas saya sebelum meng-
ambil IT lagi...dan saya yakin masih banyak
rahsia IT yang belum saya ketahui...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamAdakah cahaya putih itu gelombang warna yang dipancarkan? Menurut seorang rakan, cahaya putih itu terbentuk bergantung kepada amalan seseorang, keberkatan perguruan dan melalui izin Allah swt.(apa pandangan saudara?)
Bagaimana langkah-langkah membentuk bola aura ini?semestinya baca surah al-fatihah dulu kan?
Sesudah kita bentukkan bola aura di tangan, bagaimanakah kita memindahkan bola aura itu ke atas pesakit?Adakah melalui sentuhan dengan pergerakan tangan ataupun hanya bayangan sahaja?
Untuk menguji bola aura ini, bagaimana kita nak lepaskan bola aura ini di tempat sasaran?Adakah kita melepaskan aura ini dengan gerakan tangan seolah-olah membaling benda dalam tangan?Minta tuan beri pencerahan.
Untuk menguatkan bisa bola aura ini, perlukah kita baca ayat-ayat rukyah kemudian tiup di tapak tangan?Ada apa-ayat boleh dikongsi bersama?
Diharap tuan junied dan mana-mana rakan dapat memberikan pencerahan dan dilimpahkan rezeki berlipat-lipat ganda oleh Allah swt.
Wasalam.
As Salam..
BalasPadamSekadar perkongsian.
Kalo ikut pengalaman zikir, ayat dan amalan tertentu akan memancarkan warna aura berbeza. Sebaik2 warna yg terhasil adalah putih atau setidak2nya warna lain yg terkandung warna putih di dalamnya kerana aura putih itu gambatan keikhlasan dan iktikad yg benar didalamnya amalannya.
Tp hati2 kerana jin level tinggi spt hantu tinggi juga mampu memancarkan aura putih utk menipu ahli ibadat.
Berkenaan bola aura. Kalo ikut amalan sy xperlu bca al fatihah dulu. Tp sebaiknya semua amalan didahulukan basmalah & hauqolah.
Utk memindahkan bola aura. Boleh sjh guna niat/makrifat, tiupan atau isyarat gerakan tangan. Kalo nk buat mcm baling bola pun xda masalah.
Sebaiknya bola aura tu sasar pada qolbu jin tu kalo kita nk serang utk mematikan.. Kalo sasar tempat lain biasanya hanya cedera @ cedera parah shj.
Utk tambah bisa bgantung pd kemahiran, tahap kosentrasi, dan lain2.
Lain perguruan lain kaedahnya.
Mungkin yg lain bole tambah.
Wasalam..
Salam Tuan UM,
PadamSya minta izin mgamalkan perkongsian tuan itu.
Adik saya pernah diganggu oleh hantu tinggi(jin) semasa memandu kwsn kemalangan,pd waktu mlm.Menurut adik saya, ada satu pancaran cahaya putih menyilau mata sehingga memandu dlm keadaan kucar kacir bila lalu di tmpt tsbt.Bila memasuki kwsn cahaya itu,adik saya ternmpak satu lembaga tinggi(hanya kaki di lihat).Menurutnya,nmpak saja lmbaga itu adik saya terus kaku. Untuk pengetahuan tuan, kwsan itu kwsn kmalangan yg byk meragut nyawa manusia..bgi pendapat tuan, bagaimana kita myerang jenis jin itu mggunakn bola aura?
Sya nk tya,kenapa jin itu berani mnampakkan diri dan mgganggu sstgh orang?
Tuan,saya bljar ilmu rukyah dan amal ayat2 Aquran tapi bila berhadapan dgn jin..sya mesti takut dan gemuruh..ada apa2 petua ataupun cara mgatasi mslh ini kah tuan?
Wasalam
Wslm..
BalasPadamBole..niat sy pun nak berkongsi sebenarnya. Bkn utk mengajar.Mana yg dirasakn elok xtak langgar syariat tu amalkan jela.
Biasala.. sesetengah makhluk tu suka tunjukkan diri. Nk tunjuk lagak. Nk suruh org takut pd dia. Supaya kurang takut pd Allah. Kalo kita takut maka terkekek2lah dia ketawa terbahak2.
Malah ada yg ejek kita sbb konon mengaku takut tuhan tp dia sergah sikit kita da kecut perut. Kalo baca doa naik kenderaan dan sentiasa zikir. Benda2 tu takut nk kaco sbb kereta kita bercahaya..cahaya tu menakutkan & menyakitkan mereka.
Yg lalai je yg kena tipu daya mereka. Sesetengah mereka tu mmg mkn nyawa.
Semua org ada perasaan takut tp yg penting cara kita kawalnya. Takut tu termasuk salah satu nafsu dlm diri.
Yg lain spt marah cinta makan seks dll. Xda cara lain melainkan tingkatkan keyakinan iman kita pd Allah.
Cara paling mudah bila terserempak@berhadapan dgn mereka adalah Takbir. Allahu Akbar!!! Allah Maha Besar. Maka akan semakin kecil la ketakutan kita pd segala sesuatu selain Allah. Kalimah pembakar semangat. Sbb tu dlm perang org bertakbir. Cubalah.
Terima kasih byk2 tuan UM,
BalasPadamAda seorang rakan pernah menceritakan diganggu oleh makhluk halus di rumah lama(lama org xtinggal) sehingga bercahaya-cahaya dlm rumah itu. Rakan itu membaca ayat kursi tp tgagap2 dan lupa sebahagian ayat itu walhal selalu diamalkan. Pd pendapat tuan, apakah sebab keadaan itu blaku terutama masa genting?
Saya pernah terbaca satu blog lain,mgatakan
Semakin banyak kita beramal terutamanya ayat2 rukyah semakin ramai pula musuh dan serangan dri kalangan jin, namun pendapat ini disangkal oleh seorang ustaz perawat.Beliau mgatakan semakin kuat kita beramal semakin tebal Cahaya aura, semakin menjauhi pula musuh terutama jin..Apa pendapat tuan UM?bagaimana pula kita nak sebati sesuatu ayat, supaya dpt diguna masa
genting?(cth perang).
Ada satu bukit ditempat kami, adakalanya bercahaya pada waktu tertentu..dan tiba2 terbakar meskipun waktu hujan.sehinggakn bukit itu dipanggil bukit botak, bukit dara dsb.Seorang kiyai dari indon mengatakan ianya peperangan puak jin.Apa pendapat tuan?Menurut kiyai indon itu, jika ada manusia lalu kwsan itu mesti mati krn tmpt itu akan runtuh dan terkena serangan cahaya
Jin..harap ada pcerahan dari tuan.
Insyallah sy akan meraga sukma p tempat tu..
PadamPeperangan jin biasa yg sy tengok dlm keadaan ribut dan ada puting beliung. Depa mmg sentiasa sibuk berperang smp kiamat nnt.
Pernah juga beberapa kali terlibat dgn siri peperangan mereka. Sbb ada 1 raja jin islam di brunei minta bantuan bperang dgn gabungan tentera jin kafir dari tanah jawa & filipin. Tp maaf xbole cerita panjang.sbb akan menimbulkan fitnah.
As Salam..
BalasPadamBiasala tu..kalo xbiasa terjumpa benda2 tu mmg akan gagap kalo bca apa pn. Kalo makhluk tu ulang bacaan kita dan ckp 'salah tajwid ko tu' lgla kecut.
Sbb tu kita kna sentiasa dlm stanby mode. Cara saya. Sy simpan aura bacaan di tapak tangan. Kalo emergency bole terus guna tanpa perlu bacaan lg.
Nnt sambung lg..
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadam1. Warna bola aura boleh juga kita bentuk melalui
ma'rifat kita sendiri...dan boleh juga terbentuk oleh sikap peribadi pembuatnya...
Dan saya setuju dengan saudara UM...putih adalah
yang terbaik...
2. Saya bersetuju dengan pendapat rakan saudara
daniel...dan saudara UM...dan sebagai tambahan...
ia juga boleh menghasilkan suatu bentuk atau warna bola lain apabila bola aura seseorang itu terhasil dari perdampingan-
nya dengan jin...
...dan menurut seorang rakant...antaranya bola aura
atau aura yang bercampur dengan aura jin itu ber-
warna kuning...Wallohu a'lam
Sambungan..
BalasPadamCaranya lepas wirid slpa solat bcalah ayat apa pn. Ayat qursi pun bole. Niat mohon Allah simpankan energy pemusnah ayat tu di tapak tangan utk guna waktu kecemasan. Baca 1 kali atau 3x. Lepas baca tiup kat tapak tangan. Kalo waktu kecemasan niat keluarkan blk. Cara guna sama mcm bola aura. Insyallah.. telah dicuba Alhamdulillah.
3. Bergantung kepada amalan dan latihan...bola
BalasPadamaura boleh dihasilkan dengan berbagai cara...
dan Alhamdulillah saudara UM kita telah meng-
ongsikan satu cara mudah...dan mudah-mudahan
dapat kita manafaatkan sama-sama...
Kalau guna pernafasan dalam...tarik nafas...tahan
kemudian lepaskan nafas ke dalam dada...dan
bayangkan nafas dari dada mengalir dalam tangan
keluar dari tapak tangan membentuk sebiji bola
aura...
Cara pindah sesuai seperti yang saudara UM nyata-
kan...terima kasih atas perkongsiannya...
...dan boleh pula semasa melepaskan nafas...kita
bayangkan bola aura terbentuk dalam dada...atau tengah-tengah tubuh pesakit...atau tempat sakit...kemudian pecah atau letupkan..cuma cara
ini saya tidak galakkan sangat kecuali telah kita
pastikan tidak memudaratkan atau tidak menimbul-
kan tindakbalas kuat pada pesakit...
...atau bentuk bola itu dalam tubuh jin pengganggu
dan letupkan...atau lepas nafas cepat ke dalam
dada serentak itu bayangkan letupan bola
aura dalam tubuh...kepala...jantung atau Qolbu
nya seperti yang saudara UM terangkan sebagai sasaran paling 'membahayakannya'...
4. Cara uji...bagi saya cuma buat bola sambil
menutup mata...dan rasa sesuatu yang hangat
atas tapak tangan...
Saya sekadar uji pindah bola aura ke atas tapak
tangan rakan-rakan yang angin bisa pada tapak
tangannya...atau lempar ke tapak tangan dan
ia merasa ada sesuatu menolak atau bahang-
panas pecah di situ...
Dan pernah mengujinya dengan seorang rakan
yang dapat 'melihat' bola aura tersebut...
...benar kata saudara UM...serangan pada tubuh-
nya ( jin ) mungkin hanya sekadar mencederakan
atau buat ia rasa 'panas-panas' saja...
5. Terima kasih atas perkongsian sauadar UM
pada persoalan oleh saudara Js SI...
...dan sedikit tambahan...iaitu kalau kita kerap
sangat menerima ujian dari jin yang sengaja
menampakkan diri...sebaiknya ia minta 'scan'.
Ada terjadi orang yang sering sengaja diuji ini
ternyata lebih kepada jin luar tesebut menguji
atau menyerang jin yang mendampinginya...
Dalam keadaan ini apa saja yang jin pedamping
itu rasa akan turut mempengaruhi manusia
dampingannya terutama pada fikiran juga pera-
saan...seperti menjadi bingung dan takut...
Ini adalah kerana jin luar tersebut pasti tidak
akan menguji kecuali ia merasa lebih kuat...
6. Bagi pengamal rukyah...pada tempat di mana
terdapat banyak jin ilmu...pada peringkat awal
ia berkemungkinan menghadapi ujian...terutama-
nya apabila jin-jin tersebut mendapati amalannya
itu kalau terus dibiarkan bertambah kuat...boleh menjejaskan mereka...
Tapi semakin lama biasanya jumlah 'mereka'
yang mampu menyerang akan semakin sedikit
maka serangan akan berkurang atau jadi sangat
jarang...
Bagi perawat pula...biasanya akan akan men-
ambah musuh dikalangan jin...maka seperti
kata orang...kalau sudah melangkah ke depan
jangan sekali-kali mengundur...
...iaitu terus jaga amalan...kerana kelalaian
mungkin saja mengakibatkan serangan balas
dendam...
Ini menjadi alasan kepada sebahagian kecil
perawat untuk meminta bayaran perkhidmatan
yang 'luar biasa' atau membebankan dengan
alasan ia merawat itu melibatkan keselamatan
diri dan keluarganya...
7. Kita wajib memulai solat dengan takbir...
BalasPadamdan maksudnya Allah Maha Besar itu bererti
selain Allah itu semunya kecil belaka...
Sebaris kata menyebutkan...janganlah engkau
mendustakan kalimah takbirmu...iaitu
selepasnya engkau melihat atau menganggap
ada sesuatu ( apa pun juga ) yang lebih besar
dari Tuhan...
Dan sebaris kata lain...kalau engkau tidak takut
selain Allah...maka tidak akan ada sesiapa pun
yang akan merasa berani terhadap engkau...
Semakin lupa kita pada Tuhan...maka semakin
takut kita rasakan...dan semakin dekat hati
ini dengan Tuhan ( kuat pergantungan ) maka
semakin tenang kita rasakan...
Semakin yakin kita rasakan kebesaran dan
kekuasaan Tuhan...dan semakin dalam kita
hayati bahawa semua makhluk ( temasuk
jin ) itu pada hakikatnya tiada berkuasa
memberi manafaat dan mudarat...
...Insha Allah...Tuhan akan memberi kita
kekuatan yang tidak akan diberi pada
orang yang tidak beriman...
Alhamdulillah...terima kasih tidak terhinggga
kepada segala perkongsian tuan-tuan...
semoga bermanafaat kepada kita semua
dan rakan-rakan pembaca di mana-mana
dan bila-bila masa juga...
Wallohu a'lam
Alhamdulillah..
BalasPadamByk perkongsian dari teman2.
Berpeganglah pd hadith nabi ....amalkanlah apa yg kamu tahu nescaya Allah akan mengajarkan apa yg kamu tidak tahu...
Betul tu kalo kerap sangat gangguan waktu beramal. Mmg ada benda yg tak kena. tak pun kamu boleh buat benteng diri dan benteng rumah sblm beramal. Iktikadkan betul2 dlm hati ..bukan aku yg membenting tp Allah yg membenteng. Tiada makhluk yg dpt menembusi benteng Allah..
da masuk gelanggang jgn harap utk keluar. Bersiap siagalah sentiasa. Ada hadith dari Abu Hurairah yg bermaksud ...sehari bersiap siaga di jalan Allah lebih baik dari dunia dan apa yg ada diatasnya. Maknanya besar ganjarannya di sisi Allah.
Selain bola aura.. zikir tertentu juga boleh juga membentuk puting beliung, halilintar, gempa bumi, ribut api, pelbagai jenis senjata dan sebagainya di alam jin. Semuanya pernah sy cuba sambil diperhatikan tukang scaner kami. Sampaikan dia pun terkejut giler waktu tu. Allahu Akbar!!!.
Insyallah akan dikongsikan. Semoga Allah mengiktiraf kita sebagai pejuang di alam ghaib dan menempatkan kita dikalangan para syuhada.
Amiin...
PadamInsha Allah Tuan...
Salam tuan,saya berjumpa dgn seorang bekas guru(ustaz) di masjid slpas waktu magrib dan smpat bsembang mgenai aura..
PadamSaya sbnrnya ingin mdptkn ilmu pgetahuan mgenai aura krn beliau ini sudah mpelajari ilmu aura metafizik..apa beza semua tenaga dlm ini?
Beliau mengarahkn saya supaya menjulurkn kedua belah tapak tangan dan menekan mggunakn jari telunjuk,satu prsatu sendi tapak tgn."apa yg telah saya pelajari sya kongsikn dgn kamu melalui kekuasaan Allah swt" demikian beliau ucapkn.Adakah beliau telah mengijazahkan saya ilmunya itu?
Slpas itu,saya dapat rasakan kedua belah tgn berat,seolah2 lenguh baru mgangkat benda berat..Saya jg dpt rasakan ada satu aliran gegelang halus di tgn..Apa pendapat tuan?
Mohon pencerahan dari mana2 rakan.
wasalam.
Alhamdulillah..
PadamBaru lps melapah lembu korban. Semoga Allah menerimanya.
Sentuh point2 di sendi2 tu utk mengaktif & melancarkan aliran energi di tapak tangan. Rasa berat sebab ustaz tu transfer energi di tapak tangan kamu. Lafas ustaz tu da kira ijazah sebenarnya. Tp bagusnya belajar mcm mana nk guna utk pelbagai manfaat.
Bukit botak tu bkn tempat perang tp lebih kpd tempat puak jin bertarung & pamer kesaktian masing2. Silih berganti pemenangnya antara puak jin islam & jin kafir. Biasa sayembara berlaku pd mlm jumaat keliwon.
Tidak benar kalo manusia p sana mesti mati. Senjata cahaya mereka xberkesan pd org mukmin.
Waulahualam..
Slmt hari raya aidiladha kpd semua rakan.
PadamSalam Tuan UM,
Bole dikongsi kah cerita raja jin di Brunei meminta pertolongan,sya sgt bminat mgetahuinya.Sya rasa kwn2 lain pun ingin mengetahui dan memahami mana yang baik ataupun tidak.
Klu kita salurkan gelombang aura..kemudian org itu mgatakan "saya tdk rasa apa2" jadi dmana silap nya itu?
mohon rakan2 blog memberi pencerahan..
wasalam
Sblm tu nk mtk maaf kat tuan punya blog. Byk sgt komen. Mcm blog sendiri pulak.
BalasPadamCiter sikit2 je bolela. Setahu sy sblm nabi adam dicipta. Puak2 jin mmg selalu berperang. Azazil tu pun salah satu panglima perang jin. Sesuai dgn ciptaan mereka dari api. Mmg panas je slalu. Sbb tu org bela jin xpun kna gangguan jin asyik nak marah panas baran je.
Pasal raja jin brunei tu. Utk makluman semua kerajaan lama mmg masih lg ada hubungan dgn dunia ghaib. Spt di perak masih ada upacara pertabalan jin.
Kerajaan jin brunei luas kawasannya meliputi sabah & sebahagian negeri sarawak. Bukan spt kerajaan brunei di alam manusia.
Waktu sy baru pulang dari ops daulat di lahad datu. Masa tu aura sy masih kuat memancar2. Masih mode perang lg.
Suatu mlm tu dtg rombongan jin ke rumah. Dtg bersama ribut. Tp sy xizin masuk. Sbb sy mmg xgeng ngn puak2 jin ni. Kalo mereka nk tolong kita bagus jgn izinkan. Tp kalo mereka minta tolong terpulangla pd diri.
Kata si raja jin ni dia pernah tengok sy menyerang salah sebuah istana jin di alam mereka. Mereka semua tau manusia memiliki kekuatan tidak terbatas di alam mereka. Mereka juga pelik kenapa manusia masih suka minta bantuan jin yg sebenarnya sangat lemah.
Kalo nk ikutkan panjang sgt citernya. Mcm dlm filem pulak. Terlalu banyak pengalaman di alam ghaib. Cuma jgn terlalu obses dgn alam mereka. Byk lg alam lain yg boleh diteroka yg akan menyebabkan kita semakin takjub dgn kekuasaan Allah dan semakin kita merasakan diri kita terlalu kecil tidak memiliki apa2.
salam,
PadamTerima Kasih atas ulasan tuan UM.
Jin yang datang berjumpa itu, menyerupai manusia ataupun sebaliknya?
Klu tuan tidak keberatan, bole cerita kenapa tuan menyerang istana jin?
Semasa kanak-kanak(sek.rendah)saya selalu baca koleksi buku catatan Tamar Jalis "bercakap dengan Jin" mempunyai banyak perkaitan yang betul dengan alam jin, apa pandangan tuan?
Di daerah tempat tinggal saya, ada satu kawasan yang misteri(menurut cerita pddk kmpg yang berdekatan), ada satu istana di tengah-tengah hutan belantara. Malangnya setiap gambar yang diambil tidak akan menjadi dan rosak..adakah tempat ini yang dikatakan sebagai alam bunian(jin)?
Wasalam.
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamSelamat hari raya...maaf atas segala salah
dan silap...juga pada rakan-rakan pembaca
di mana-mana juga...
Pada rakan-rakan...saya sangat berterima
kasih atas segala komen dan ulasan
perkongsian ilmu dan mudah-mudahan
dapat menjadi panduan pada kita semua.
Pada saudara UM...terima kasih atas
banyak perkongsiannya...dan saya
harap dapatlah saudara teruskan...
dan saya juga dapat tumpang belajar.
Wallohu a'lam
Alhamdulillah..
BalasPadamIlmu Allah bg kongsi2 la. Insyallah tambah barokah. Xminat letak mahar ribu2 utk jual ilmu. Ganjaran dr Allah lg besar..
Arwah datuk sblh ibu belajar di pondok kelantan dan arwah datuk sblh bapa di pondok kedah. Dua2 pun aktif merawat. Maka dptla sedikit sebanyak ilmu dari mereka. Mcm citer tamar jalis tu la..
Rombongan jin dari brunei dtg dlm bentuk manusia. Siap dgn panji2 sekali. Setiap spesis jin ada bentuk khusus. Mcm hantu raya bentuk spt bigfoot. Tiap kali menjelma akan guna bentuk tu je. Kecuali dlm keadaan tertentu bole menyerupa bentuk lain.
Serangan ke atas istana jin tu sbb terpaksa xda pilihan. Waktu sy rawat anak saudara yg ada waris saka daulat raja jembal dari suku bunian. Malah ditawar puterinya utk dijadikan isteri. Tp xminatla leceh nk jaga diorg ni byk syarat.
Kawasan istana mereka ada shield spt medan magnetik. Mmg kamera xdpt ambil gambar.
Salam semua rakan2 blog,mohon pencerahan sekiranya ada pendapat.
BalasPadamjika kita salurkan tenaga dalam ke atas seseorg, kemudian org itu mgatakn "saya tidak rasa apa2" tetapi org tsbt tertidur..dimanakah silap ataupn yg spatutnya kita lakukan sblm myalur tenaga dalam?adakah org yg ttidur waktu dsalurkn tenaga dlm itu, maknanya kita bjaya salurkn?
wasalam..
J
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamTidak rasa apa-apa itu kerana kurang atau tidak
ada angin bisa dalam badan...tapi ia tertidur
itu kerana ada angin bisa pada bahagian kepala-
nya...dan ianya agak padat...
Saudara berjaya salurkannya...dan ia memang
cara saudara betul...
Wallohu a'lam
Wslm..
BalasPadamBole share skit.
Sebaiknya buat latihan pernafasan kalo ada masa free. Sekiranya benar2 berminat @ ada keperluan. Bukan stakat meningkatkan kesihatan tubuh badan. Tp juga melancarkan aliran tenaga ditubuh badan. malah meningkatkan daya kosentrasi utk memfokuskan aura yg kamu pancarkan sama ada dari jari, tapak tangan, mata & makrifat. Sebaik2nya sertakan zikir dalam nafas yg keluar masuk.
Alhamdulillah...terima kasih tuan atas per-
Padamkongsiannya...dan...
Saya ada persoalan mengenai meraga
sukma ini...
1. Adakah ia lebih kepada 'kemahiran'
atau 'bakat semulajadi'...dan andaikan
dalam stu 'kelas meraga sukma itu'
ada 100 orang murid...agak-agaknya
tuan berapa ramai sahaja kemungkinan
yang dapat melakukannya...
2. Seorang rakan ketika meraga sukma
menceritakan...tiba-tiba ia mendapati
dirinya di suatu tempat yang sangat luas
dan banyak bintang-bintang bertaburan...
Dalam keadaan melayang-layang itu ia
pasti ia sedang melihat galaksi Bima
Sakti ( galaksi keluarga matahari kita ).
Adakah ia memang boleh sampai tahap
jauh sedemikian...atau ada kemungkinan
lain...
...terima kasih...harap pencerahan dari
tuan...
wallohu a'lam
Assalamualaikum....
BalasPadamAlhamdulillah....seronok saya baca....terima kasih...mana yg saya tau..saya amal pelan2...banyak ilmu tuan2.....
Semoga Allah murahkan rezeki memanjangkan umur tuan2.... amin
Salam Tuan,
BalasPadamSemasa dlm flight ke KL mlm tadi, saya tiba2 rasa sesak nafas dan berasa terlampau ramai penumpang di dlm kapal itu.Saya dapati penumpang lain seperti biasa2 shj. keadaan sesak nafas blarutan sehingga 1jam dlm pesawat mybbkn rasa tidak selesa..byk kali saya tarik nafas dan bzikir bterusan..namun msh lg rasa sesak nafas.
Berbekalkan ilmu yg dipelajari dari blog ini hasil
pkongsiaan dari Tuan Junied-admin dan Tuan UM, saya cuba bentuk satu bola aura dari tapak tgn dan mlepaskan secara rawak dlm pesawat, kemudian disusuli satu lagi bola aura paling kuat..tiba2 saya terlihat satu lintasan putih di luar jendela sblh kanan mlintas dgn pantas..saya terlihat mlalui 'ekor mata' kanan.
Alhamdulilah..slpas itu saya rasa kembali normal..
Timbul persoalan disini, adakah saya diganggu oleh mana2 makhluk halus? Apakah lintasan putih yg dilihat mlalui ekor mata itu?adakah ianya jin atau aura yg dilepaskn? Saya sll mgunakn pesawat, namun inilah pglman ptama ketika ini sedang bljar ilmu rawatan islam.
Harap mana2 rakan dapat beri ulasan dan mmberikn sbrg pencerahan.mudah2an dapat diberi ganjaran pahala dr Allah swt.
wasalam
Wa alaikum salam wbkth tuan puan...
BalasPadamAlhamdulillah...saya harap dengan lebih banyak
pendedahan dari berbagai sudut...para pembaca
bukan sahaja akan sedar keperluannya perubatan
bagi gangguan jin dalam zaman serba moden ini
tapi juga dapat berkongsi sama dengan amalan-
amalan yang mudah-mudahan bermanafaat
dengan izin Tuhan...
Terima kasih tidak terhingga pada rakan-rakan
yang turut sudi berkongsi ilmu dan pengalaman
dan semoga dapat diteruskan dengan izin Tuhan
seterusnya menjadi amal bekal sebelum mening-
galkan alam fana ini...Insha Allah...
1. Dari tindakbalasnya..ia memang tanda-tanda
gangguan...
2. Biasanya kalau bola aura berwarna putih...ia
akan jelas bentuk dah cahayanya...
...tapi kalau ia cuma kelihatan lintasan putih...
dan dilihat pada ekor mata...pada pendapat saya
ianya adalah jin yang lari...dan mungkin sedang
menjadi sasaran serangan bola aura...
Apabila benda itu lari...maka gangguannya ter-
lepas semuanya dengan izin Tuhan...
Terima kasih saudara atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam
Wslm..
BalasPadamMeraga sukma ni agak menyeronokkan bg sy. Tp jgn dicuba kalo kurang tebal auranya sbb makhluk jin nampak jelas keberadaan kita di alam mereka. Kalo mereka nampak akan ramai2 dtg serang. Lainla kalo ada pendamping jin yg jaga. Mereka xkaco sgt sbb aura orang tu da lebih kurang mcm jin.
Cuma kalo ikut ilmu yg sy pelajari.. di dalam badan kita ada 7 sukma. Setiap satu mewakili 1 sifat yg ada dlm diri. Sebenarnya kalo kita wat rawatan jarak jauh.. 1 sukma kita akan pergi kepada org yg dituju.
Atau bole juga kita tarik sukma org lain dan bawa dpn kita utk dirawat. Cara ini juga yg diguna oleh bomoh hitam utk curi sukma mangsa. Disimpan dlm penjara jin.
Kalo sy rawat org sy akan lepaskan dulu sukma org tu. Bg org yg xcukup sukma dlm badan, makhluk jin mudah meresap masuk sbb ada 1 kuota kosong.
Meraga sukma ni lebih kpd bakat semulajadi..tp xda bakat pn bole latih smp jadi. Meraga sukma bole p tempat jauh walau pun ke galaksi lain. Tp bukan galaksi realiti spt yg kita ketahui.
Bg saka yg terlalu kuat atau angin bisa yg terlalu banyak tak tertampung sy akan masukkan ke dlm botol makrifat dan meraga sukma dan humban ke dlm matahari.
Alhamdulillah...terima kasih tuan atas pen-
BalasPadamjelasannya...
Setakat yang saya fahami...hakikat meraga
sukma itu sama seperti rawan ( sebahagian
daripada roh ) yang keluar ketika kita sedang
tidur...
Roh (rawan) kita akan keluar dengan penuh
kesedaran seperti halnya ketika kita jaga...
dan pergi ke mana-mana serta berjumpa
dengan roh manusia lain yang mungkin juga
sedang tidur...
Namun apabila kita terjaga...kita akan lupa
hampir semuanya kecuali apabila rawan kita
itu kebetulan sejalan dengan akal...maka
setakat itu yang kita ingat...ni yang kita
sebut mimpi...
Pada pendapat saya dalam meraga sukma
kita bukan hanya sedar..tapi kita akan ingat
semuanya kerana meraga sukma itu hakikat-
nya bermula ketika kita berada dalam suatu
'alam' antara tidur dan jaga...
...namun bagaimana sebenarnya tentang per-
kara ini ya tuan...?
..dan bagaimana keadaan jasad semasa di-
tinggalkan....samada tidur...separuh sedar...
atau seperti antara tidur dan jaga...?
Saya berpendapat perubatan cara ini lebih
memungkinkan sembuh sekali rawat kerana
kita akan sampai terus kepada punca gang-
guannya...
Harap pencerahan tuan...
Wallohu a'lam
Lebih kurang la tu roh, rawan, semangat dan sukma. Cuma istilah je lain.
PadamCuma kalo kita faham roh cuma 1 akan jd masalah dan sukar menguasai ilmu ni. Roh dominan akan kekal dlm badan. Uruskan segala siatem tubuh badan. Kira mcm bateri la. Keluar bila malaikat maut cabut je. Kitab2 tasauf byk terangkan pasal 7 jenis sukma ni.
Tapi 6 lagi roh@sukma boleh keluar masuk tubuh. Secara tidak sengaja(terkejut@takut) atau secara paksa(diculik bomoh@jin) atau secara sengaja ikut keinginan kita.
Bagi yg belum mahir bole keluarkan sukma waktu tidur. Bole bunuh jin2 yg mengganggu dlm tidur.
Boleh juga waktu fikiran benar2 tenang spt waktu zikir meditasi tafakur.
Bole juga keluarkan waktu jaga sekiranya sudah biasa. Biasa juga sy rawat org waktu sedang memandu kereta kalo betul2 kecemasan.
Byk kisah para wali berada dibeberapa tempat dlm masa yg sama. Berkomunikasi jarak jauh dan sebagainya. Alhamdulillah sy da bole keluarkan 2 sukma secara serentak. contoh yg 1 merawat pesakit yg 1 berkawal utk hadapi serangan yg tak diduga.
Kalo da kuasai semua jd mudah. Senang kata sukma tu diri halus kita. Kalo tau guna maka waktu kita merawat mudah utk lihat kawasan mana angin bisa padat atau makluk yg mengganggu kerana mereka juga bersifat halus.
La haula wala quata illa billah..
Sambungan..kalo sewaktu rawatan kita keluarkan angin bisa dari badan. Jgn buang merata2 spt dii lantai.
BalasPadamSbb nnt org lain pulak yg kena. Sama juga kalo bakar jin dlm rumah jgn dibiarkan abunya. Dikhuatiri ahli keluarga akan tersedut abunya. buang ke laut atau hancurkan terus..
Bagi kes Js SI. Kalo mata hati tajam bagus serang terus pada jin tu. Kalo lepas secara rawak akan bersimpang siur bola aura tu gerak. Jin masih bole elak.
Kalo xbole nampak bagus kalo bola aura kita niat kejar makhluk yg ganggu tu sampai dpt. Insyallah akan dtg lintasan gambaran dlm hati apabila sasaran mengena..
Di atas awan pun ada penempatan jin jugak. Mereka ganggu kamu sbb mereka nampak aura kamu bole mengancam keselamatan mereka. Sbb tu kita perlu siap siaga jgn byk berkhayal dan jgn lupa zikir kalo rasa nak tertidur.
Waulahualam..panjang sgt da.
Salam tuan UM,
PadamSemenjak blatih tenaga dlm n zikir2 ini saya rasa spt sgt yakin dan sgt kuat perasaan amarah(tdk takut sesiapa).. apakah ini satu gangguan atau ujian?mohon tuan UM dan mana2 rakan dpt ulas.
Apa yg tuan UM,katakan mmg betul, bila sya pergi ke tmpt baru mmg ada sesuatu blaku spt badan tiba2 panas, kdg2 terjadi apabila terleka.
Namun yg baik, kita dpt mrawat dgn cepat..alhamdulilah.
Wallahu'alam
Utk tn junied. Pertanyaan di 7:34 PTG sy da cuba jawab di 10:57 PTG. utk tn Js JI. Sy da jwb pjg lebar tp tetibe xda line pulak.. ada gangguan mereka xsuka rahsia mereka dibongkar.
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih tuan atas penerangan-
BalasPadamnya...dan kalau tidak keberatan saya ada lagi
beberapa persoalan lain...
1. Adakah gejala yang dapat kita perhatikan
pada seseorang yang rawannya diculik jin ?
2. Adakah rukyah itu dapat melepaskan
rawan yang diculik atau dikurung oleh jin ?
3. Apabila berlaku perang di alam jin...adakah
panah api...gunung-gunung yang menghempap
dan sebagainya itu sebahagian dari bawaan
ayat-ayat Qur'an atau zikir...atau adakah ia
juga boleh muncul dari ma'rifat ?
4. Adakah bagi perukyah...serangan-serangan
tersebut juga berlaku di alam jin ?
5. Botol yang tuan maksudkan itu adakah botol
sebenar atau dari ma'rifat...dan matahari itu
matahari sebenar atau ma'rifat atau sesuatu
yang memang ujud semulajadi di alam jin ?
6. Apakah ayat-ayat atau surah yang biasa-
nya boleh menghancurkan jin dalam perang
secara rawan ?
7. Bagaimana cara terbaik memusnahkan
bisa jin yang ditarik keluar dari tubuh pesakit ?
...dan bagaimana pula pada debu hasil dari
pembakaran jin ?
8. Bagaimana cara membentengi tubuh pesakit
yang paling sesuai terutama bagi pesakit yang
kurang tahu sebarang amalan ?
Terima kasih atas keterbukaan tuan yang sangat
banyak memberi info tentang perkara yang jarang
diketahui ramai...semoga jadi amal bekal bagi
tuan dan kita semuanya...Insha Allah...
Wallohu a'lam
Wslm..
BalasPadamSegala ilmu adalah milik Allah.. semua yg sy kongsikan sy niatkan agar memberi manfaat kepada semua. Geram kdg2 tgk perawat2 islam selalu tewas ngn bomoh hitam. Maka sy bukala sikit mana yg patut. Yg rahsia tu masih sy simpan atas sebab tertentu..
Sy jawab sekadar yg mampu.. kalo nk terangkan mmg panjang sgt.
Gejala org yg rawan xcukup dlm badan spt terlalu kerap berkhayal.. langsung xboleh fokus apa2. Tanpa mengira waktu. Kalo solat lgla langsung xkhusyuk. Baru angkat takbir da khayal.
Biasanya lps asar hingga subuh badan bisa2 kejap panas kejap sejuk kejap mabuk. Bergantung pd apa yg bomoh lakukan. Kalo bomoh masukkan rawannya dlm limau kejap di masukkan dlm aisbox kejap dibakar kejap digantung ditempat berangin. Maka tuan punya badan akan rasa yg sama..
2) xpasti.. sbb segala apa yg sy buat pasti sy sertakan niat doa dan makrifat.
3) sama juga jawapan spt di no 2. Cuma setiap zikir mengandungi kekuatan tertentu. Cth.. Kalimah Takbir mengandungi kekuatan nur api yg bole membakar segala2nya di alam ghaib. Kalimah takbir didalamnya ada kekuatan, semangat, keyakinan, pantang mengalah.
Sbb tu waktu perang kalimah takbir yg sentiasa diucap. Kalo di alam ghaib bole buat spt semburan api naga. Bola aura api.Pedang api. Cemeti api dan sebagainya. Kalimah ini pertama kali diucap oleh nabi Ibrahim yg salah satu mukjizatnya berkaitan api.
Kalimah Tasbih mengandungi unsur angin. Bole menghasilkan ribut, taufan, puting beliung, pedang angin dll. Berguna utk membersihkan badan pesakit atau rumah yg banyak angin bisa atau makhluk halus. Kalimah Tasbih pertama kali diucap oleh malaikat penanggung arasy.
Sila rujuk hadith qudsi mengenai asal usul kalimah2 zikir. Banyak rahsia alam ghaib ada dalam hadith tu..
Kalimah yg lain tu nanti2la eh..
4) bagi perukyah yg mempunyai amalan yg mantap dan sentiasa istiqomah. Rawannya akan keluar sendiri melawan jin2 sewaktu proses rawatan. Cuma perukyah itu tidak sedar atau diluar kawalannya.
Nnt ada masa sy sambung lg..
Alhamdulillah...terima kasih banyak-banyak
BalasPadamtuan...
...Insha Allah...
Soalan 4) ya.. kalo perukya tewas biasanya dia akan sakit.
BalasPadam5) botol makrifat tp jenis yg ada penyedud asap di dalamnya. Kalo botol plastik. Lama2 terbuka atau reput. Jin akan keluar balas dendam. Matahari tu sy mohon pd Allah bawa sy ke matahari sebenar. Sbb menurut hadith panas matahari tu sebahagian dari api neraka spt juga demam itu bahang dari api neraka.
6) sy lebih banyak guna zikir berbanding surah2 di alam ghaib sbb lebih mudah. Tp kalo baca surah tertentu mmg akan mengubah sesuatu pada roh kita.
Mcm kalo baca ayat qursi akan ada lingkaran api di sekeliling badan wpun kita xniat apa2. Dan 3Qul pula roh kita dipakaikan perisai seperti baju zirah oleh Allah sbb tu memang ayat benteng.
7) angin bisa yg dikeluarkan masih bersifat aktif. Cara sy pegang diubun2 zikir makrifat dan cabut terus angin bisa satu badan beserta laluan angin bisa tu yg berbentuk urat.
Insyallah akan terkeluar semua spt tali2 yg tercabut. Cara lain bole juga. Keluarkan angin bisa mcm biasa guna tangan cuma waktu angin bisa tu ada ditangan mesti bakar dulu sblm buang.
Utk debu2 jin yg dibakar sy biasa guna hembusan kuat@ pusaran angin vortex utk bawa ke laut dalam.
8) bab benteng ni payah skit. Perlindungan itu tiada bagi orang yg tidak beramal soleh. Cuma boleh tutup laluan2 masuk jin ditubuh badan dgn kaedah bismillah makrifat. Spt dlm hadith syaitan tidak dpt membuka segala sesuatu yg ditutup sekiranya disertakan dengan bacaan bismillah.
Waulahualam..
Alhamdulillah...banyak info yang sangat penting
BalasPadamdan menjadi rahsia bagi kebanyakan kita...yang
hanya dapat di lihat oleh seseorang yang meraga
sukma...
1. Seorang rakan mengatakan kalau baca Suroh
Al Fiil ( alam tarokai )...maka jin akan nampak
pisau berterbangan mengelilingi tubuh kita ( jadi
perisai )...
Pada pengalaman tuan...adakah ia benar ?
...dan kalaulah benar...bolehkah kita guna
pisau tersebut untuk menyerang jin...dan
bagaimana caranya ?
2. Dengan kita mema'rifatkan masuk ke alam
jin...adakah pada pandangan jin 'kita' akan
kelihatan jelas bagi mereka sebagaimana
ketika seseorang itu meraga sukma...
3. Adakah dengan sekadar ma'rifat itu boleh
melakukan kerosakan besar di alam jin...
atau membunuh jin sebagaimana ketika
meraga sukma ?
4. Bagi perukyah yang tewas ketika merawat
...adakah ia akan melibatkan rawannya di
tangkap atau di ikat kurung jin ?
Saya minta maaf tuan...banyak sangat nak
tanya...
Terima kasih banyak-banyak atas pencerahan-
nya...dan saya pasti rakan-rakan pembaca lain
juga ingin tahu dan mudah-mudahan dapat
memanafaatkanya...Insha Allah...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamBiasa2 je tn junied. Sy ni bkn sesiapa pn.
1) kalo dibaca surah Al Fill waktu bertempur dgn setan. Akan dikirimkan hujan meteor berapi dari langit.
Sesuai dgn maksud ayat tu. Tp kalo rakan tu nampak pisau kira itu bahagian dia lah. Sesuai dgn apa yg ditakdirkan.
Biasanya bg org yg kuat berzikir sy nampak pedang terbang sentiasa mengekori mengelilingi mereka.
Kurniaan Allah sbg alat utk menjaga keselamatan mereka. Antara sbb ahli zikir tidak dpt diganggu oleh setan.
2) ya.. jin semua nampak jelas. Tp kalo kita target nk cari makhluk yg bertanggungjawab dan yg berkaitan je yg akan nampak kita.
Bole juga benteng diri guna ilmu lam jalalah atau ayat dari surah yasin utk ghaib di alam ghaib. maknanya makhluk2 tu xnampak kita lah..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih tak terhingga atas perkongsiannya...
dan mudah-mudahan dapat memberi kefahaman
yang lebih mendalam kepada saya dan rakan-
rakan pembaca lain tentang alam jin yang se-
benarnya amat dekat dalam kehidupan kita
dari dulu dan bila-bila masa juga.
Dari pemerhatian saya...saya yakin penyakit-
penyakit dalam zaman moden ini yang ada
kaitan dengan gangguan jin semakin ber-
kembang terutama dari sebab gangguan jin
saka...
Kalau dulu...siapa amal ilmu jin...siapa simpan
tangkal jin...dan sebagainya...maka biasanya
dialah yang akan mengalami ganguan jin...
...tapi sekarang...orang yang tak tahu...atau
malah tak percaya jin pun ada yang sakitnya
bercampur angin bisa jin...maka masanya ter-
buang sampai bertahun-tahun lamanya kerana
sekadar minta rawatan hospital semata-mata
tanpa ikhtiar lain...
Maka dengan adanya perubatan moden itu tidak
menjadi alasan tidak perlu lagi kepada lain-lain
bentuk rawatan...temasuk perubatan rukyah...
dan sebagainya...
Apa-apa pun saya harap saudara UM terus
dapat berkongsia pengalaman...begitu juga
pada rakan-rakan pembaca lain...Insha Allah.
Wallohu a'lam
Sambungan..
BalasPadam3) yg memberi sebarang bekas atau kerosakan di alam mereka adalah disebabkan doa yg diperkenankan Allah.
Bkn hanya makrifat atau sbb ayat2 dan zikir yg dibaca. Sertakan Allah dlm setiap amal & perbuatan yg dilakukan.
Kesedaran bahawa Allah sentiasa bersama kita yg paling penting. Barulah ilmu ini boleh menjadi. "Dan tiadalah yg menguasai ilmu Allah melainkan siapa yg dikehendaki"
Kalo x hanya jd sekadar bahan bacaan semata2. Kna duduk kemas2 di makam tawakal.
4) bagi perukyah yg tewas. Rawannya mmg akan diculik dipenjara dan diseksa. Ada yg sampai mati pun byk berlaku.
Sbb tu bg perawat yg bole "nampak" awal2 dia ckp sy tak mampu bole cari perawat lain.
Sbb tu bagus sertai mana2 perguruan utk backup. Setiap ahli perguruan mmg rawan mereka ada hubungan batin.
Boleh saling membantu. Jgn jd spt biri2 yg terlepas dari kawanannya. Kna ratah hidup2 dgn serigala. Ikutlah pesanan nabi berjemaah la. Jgn sorang2 je.
Waulahu alam..yg Haq itu hanyalah Allah.
melalui apa yang diperlihatkan saka ni umurnya hingga ribuan tahun. pernah juga uruskan sebilah keris bugis yg sakanya umur 3000 tahun.
BalasPadambayangkan la berapa keturunan yg dia bole damping. saka dulu xbanyak masalah sbb tuannya bagi makan cukup dan ada tugas yang diberi utk dilaksanakan.
tapi saka zaman sekarang tak kena layan sbb ramai da sedar itu kerja syirik. sbb tu saka2 tu tak habis2 ganggu anak cucu. mungkin xdpt makan atau bosan takda benda nak buat.
orang zaman sekarang terlalu banyak makan benda2 syubhah. makanan segera atau makanan dlm tin. makanan di kedai makan dan restoran pun banyak yang diragui kebersihan dan kehalalannya.
menjadi laluan mudah angin bisa ke perut. mata yg selalu pandang aurat pun jadi laluan mudah. telinga yg banyak dengar muzik pun memudahkan angin bisa masuk. kaki yg kerap melangkah ke pasar2, shoping kompleks, stadium, konsert dan tempat2 maksiat juga memudahkan angin bisa masuk.
senang kata semakin banyak dosa yg dilakukan oleh anggota badan kita semakin mudah la angin jin masuk ke dalam badan..
lagipun iblis da keluarkan arahan di alam jin supaya para jin dan setan lipat kali gandakan usaha utk sesatkan manusia sbb dia tahu ajalnya semakin dekat.
kiamat semakin hampir. semua tanda2 kecil sudah lengkap cuma tanda2 besar je belum muncul. seperti maksud hadith nabi yang mengatakan usia dunia ini seperti perempuan bongkok tiga..
selamat beramal..
Alhamdulillah tuan...penerangan yang sangat
BalasPadamjelas...
Semoga dapat menjadi perhatian dan per-
ngatan kepada kita semua...bahawa dalam
dunia ini...bukan hanya ujud benda yang
dapat kita lihat dengan mata...atau dengar
dengan telinga...malah disebaliknya...banyak
lagi hkmah dan rahsia yang tersembunyi...
Begitu pula...setiap perintah suruhan dan larang-
an Tuhan itu pasti ada hikmahnya...
Bagi seseorang yang bercita-cita untuk menjadi
perawat...apalagi untuk orang ramai....maka se-
baik-baiknya ada perguruan...dan saudara UM
telah menyatakan kelebihannya...
Jutaan terima kasih tuan atas perkongsian
ilmu yang sangat penting ini...
Wallohu a'lam
Salam Tuan-tuan,
BalasPadamSaya tertarik dgn kaedah meraga sukma ini, semlm ada seorg rakan memberitahu bahawa beliau sdg mmpelajari ilmu mraga sukma ini.
Daripada cerita rakan ini, kaedah ataupun latihan asas ialah mengunakn pernafasan dan zikir2 lazim serta penguasaan makrifat..kebiasaan ketika bbaring ataupun dlm keadaan minda berehat.Tapi rakan ini masih blm dpt mraga sukma,namun beliau teruskn amalan dan latihan.rakan ini belajar dgn pakciknya yg juga merupakan perukyah islam.
Untuk pengalamanan, saya mungkin pernah teraga sukma tanpa saya sedari ianya hakikat sukma yang teraga(mohon saudara UM memberi pencerahan)..
Saya kebiasaannya mgamalkn zikir dan pernafasan ketika berbaring selepas solat magrib ataupn isya..tapi cara ini tdk digalakkan oleh guru..namun saya tetap lakukan kdg2 kerana sgt penat balik dari berkerja.
Saya mgalami satu keadaan dpm keadaan mata tertutup separa tidur iaitu, saya melihat roh (mata tertutup,tp jelas dilihat dgn mata hati) saya keluar dari tubuh dan bergerak mengikut naluri.
Adakah itu dikatakankn meraga sukma?mohon tuan UM dan mana2 rakan dapat ulas..
saya yakin ia bukan gangguan kerana slpas solat isya saya berehat2 dgn berbaring dlm keadaan memejam mata sambil membaca ayat2 manzil disusuli dengan zikir2 Allah..Allah..la ilahaillaah muhammad rasullullah..berulang2 kemudian tarik dan tahan nafas sehingga tdk ttahan..kemudian mlepaskn plahan2 keseluruh pelusuk tubuh secara berulang-ulang, dlm niat merawat diri.pada waktu itulah saya rasakan roh keluar dari jasad..Wallahu'alam..
Mohon mana2 rakan dapat memberi ulasan dan pencerahan..
wasalam
Wslm..
PadamTeraga sukma tu spt yg sy terangkan tu. Sukma keluar tanpa kita kehendaki.
Dia keluar sendiri. Sy pernah diberitahu oleh rakan seperguruan yg dia pernah suruh org scan sy.
Tapi tukang scan tu diserang oleh salah satu sukma sy yg bersifat marah tanpa disuruh.
Apa yg jarang org bgtau. Setiap sukma mewakili salah satu sifat kita yg 7 tu.
Ada pakaian khas masing2. masing2 dan ada warna aura yg berbeza mengikut 7 spektrum warna.
Kadang2 org bgtau ternampak kita di sesuatu tempat padahal kita ditempat lain waktu itu.
Sukma juga akan keluar dari badan ikut keperluan. Spt menjalani latihan di alam ghaib bersama sukma gurunya.
Jika dia ada guru yg mempunyai wasilah & rabitah yg benar.
Byk lagi yg masih kita tidak tahu sbb sukma@roh itu urusan Allah. Terlalu sedikit yg kita tahu.
Tiada masalah zikir waktu baring. Bukankah Allah perintahkan kita zikir waktu berdiri duduk dan baring.
Cuma kalo teknik pernafasan tu tidak digalak tahan nafas terlalu lama tanpa pergerakan tubuh sbb akan merosakkan organ dalaman.
Kecualilah tahan nafas waktu berenang dalam air sbb baki oksigen yg masih ada dlm badan masih dpt bergerak lancar sbb ada pergerakan otot tangan dan kaki sewaktu berenang.
Alhamdulillah...terima kasih atas penerangan
BalasPadamsaudara UM...
Satu-satunya pengalaman saya merasa keluar
dari tubuh dan terbang menerobosi alam yang
gelap gelita ialah ketika berada antara tidur
dan jaga...dan sebelumnya minum air sihir
( pada masa itu saya sangkakan ia air doa
halal...dengan tujuan perubatan..}
Apabila saya fikirkan kembali..saya berpen-
dapat ia satu cubaan jin sihir untuk meng-
ganggu rawan...
Pada keadaan tertentu...dengan izin Tuhan
gangguan iaitu penculikan jin pada rawan
bukan sekadar boleh menyebabkan se se-
orang itu sakit...atau koma...tapi boleh
menimbulkan suatu kesan seolah-olah
tubuh kasarnya sudah mati....
Ertinya kalau rawan dikembalikan ketika
tubuh kasarnya sudah dikubur...maka
seseorang itu akan mati dikubur hidup-
hidup...
Di haiti...pengamal sihirnya meracuni orang
yang mereka pilih...sehingga disangka mati.
Kemudian si tukang sihir akan menggali
kubur itu di waktu malam dan mengambil
jasad tersebut..dibawa pulang..dipulih
dan dijadikan hamba abdi ladang atau
seks...
Ini yang biasa terjadi pada masa-masa
dulu ketika sihir Voodo masih banyak di
amalkan mereka...
Kalau boleh saudara UM...apa pandangan
tuan tentang apa sebenarnya yang berlaku
pada ilmu Voodo atau santet ini...apabila
patung di cucuk jarum maka orang yang
disasarkan merasa ditikam benda tajam.
Adakah ia melibatkan rawan yang ditarik
masuk patung atau jin yang masuk badan
sasaran atau sebagainya...?
Wallohu a'lam
Salam wtb.
BalasPadamAda seorg lelaki mati di hospital di daerah tmpt tinggal saya dgn punca kematian otak mgembang.
Menurut cerita dri abg saya yg bkerja d hospital itu, ada seorg yg ingin balas dendam dgn simati dgn mbunuhnya mgunakn kaedah Voodo..mencucuk jarum di kepala patung, akhirnya otak simati mgembang.
org itu mgenakn sihir voodo krn simati dicurigai mencuri lembunya.
Wasalam
Waalaikumussalam..
BalasPadamIlmu rawan @ ilmu sukma ni spt pedang yg sgt tajam.
Kalo digunakan oleh hamba Allah yg bertakwa maka jadilah dia alat Tuhan utk menebarkan kebaikan.
Kalo dikuasai manusia berstatus syaitan maka jadilah dia alat iblis utk merosakkan umat manusia.
Perlu difahami doktor dan alatan moden hanya menilai hidup mati seseorang tu berdasarkan denyutan nadi dari jantung. Nyawa bukan terletak dijantung.
Pasti ramai yg pernah dengar orang yg disahkah mati oleh doktor tiba2 hidup balik.
Sy pernah lihat dukun jawa tunjuk pd sy cara santet a.k.a voodo dilaksanakan. waktu itu dia sedang lawan ilmu dgn tok batin.
Patung diukir dari kayu dan diletak darah ayam. Dicucuk dengan jarum di setiap sendi. Mmg lumpuh terus tok batin tu.
ada 2 teknik.
1) tarik rawan mangsa dan masukkan dlm patung. Apa yg dibuat pada patung yg ada rawan tu pasti dirasai oleh jasad mangsa.
Sama juga ilmu katak. Ikat perut katak jadi busung la mangsanya. Xbole buang air besar.
Cucuk di kepala patung bole sbbkan saluran darah ke otak tersumbat sehingga otak mengembang dan lain2.
2) bomoh hanya sekadar cucuk jarum di patung yg kosong tiada rawan. Pastu jin pendampingnya akan pergi ke mangsa dan cucuk tempat yg sama spt di patung yg dia lihat.
Apa yg lagi bahaya jika bomoh itu sendiri yg meraga sukma dan merasuk jasad mangsa. Ayat2 yg dibaca tidak berkesan padanya sbb dia bukan jin tp manusia.
Salam tuan UM
PadamJika bomoh yg meraga sukma dan merasuk jasad seseorg. Bagaimanakah cara bkesan untuk mgatasi masalah ini jika perawat itu blm ada ilmu meraga sukma?
Jika ayat tdk bkesan,mgkinkah ada benda ataupun tumbuh2an boleh mghalau rawan manusia ini..
wasalam
Alhamdulillah..terima kasih tuan atas per-
Padamkonsiannya...
Wallohu a'lam
Wslm..
BalasPadamGuna makrifat dan nafas. Kelebihan manusia vs kelebihan manusia. Sebaiknya disertakan juga bacaan ayat2 Al Quran yg diyakini.
Ramai bomoh yg sy jumpa mahir guna sihir tanpa jin. Akan jd masalah pada perawat yg merukyah dengan niat utk musnahkan jin. Atau berniat utk hadirkan jin ke tubuh pesakit waktu merukyah.
Bole juga atasi guna AIN yg baik bukan AIN yg penuh hasad dengki. Spt maksud hadith yg mengatakan tiada yg mendahului takdir melainkan AIN.
Waulahualam..
As salam tuan-tuan...
BalasPadamSedikit perkongsian...bagi kejahatan sihir
melalui kejahatan jiwa-jiwa manusia yang
menggunakan kelebihan roh atau rawan...
...untuk pendinding diri juga rawatannya...
amal Suroh Al Zalzilah ( izaa zul )...
Serangan menggunakan kekuatan roh ini
hanya kan berkesan dengan izin Tuhan
apabila ia dapat mengatasi kekuatan
roh seseorang...
...dan biasanya serangan itu dari jiwa
atau hati yang sangat dengki dan meng-
harap hilangnya nikmat atau kenanya
'bala' pada orang yang jadi sasaran...
Ia lebih-lebih lagi kalau sasaran kebetulan
melihat pada matanya secara bertentangan
maka 'kekuatan jahat' itu boleh menembusi
melalui matanya kerana ia akan terus mem-
beri bekas pada hati sasaran...
Maka sebaiknya elakkan juga menentang
mata yang memancarkan kedengkian dan
kejahatan...kerana ia akan jadi satu
kelebihan.
Kecuali kalau anda ada persediaan yang
dengan izin Tuhan cukup...sebaliknya
kejahatannya itu boleh berbalik 'menyerang'
dirinya sendiri melalui pertentangan mata.
Terima kasih atas segala perkongsian tuan-
tuan...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamWah byk bebeno komen utk post ni. Kalo bg org arab mereka sgt takut dgn kekuatan ain ni. Paling kerap terkena budak2 kecik. Hati2 kalo org puji anak kita. Bole terus jatuh sakit deman turun berat badan tiba2. Ain bukan hanya sbb dengki tp juga sbb puji.
Bole rujuk hadith pasal bab ni. Sbb jarang dibincangkan oleh perawat kita. Cara yg diajar oleh nabi s.a.w bagi yg terkena ain adalah rukyah al falak & an nas. Kalo org puji anak kita sebutla MasyaAllah..kalo org puji kita sebutlah la haula wala quata illa billah..
Ia juga antara sbb knapa bila bertentang mata dgn jin tiba2 badan jadi kaku kaki spt melekat xbole melangkah krn mereka juga mempunyai kekuatan ain.
Okla..diharap perkongsian selama ini dpt memberi manfaat. Akan berehat atas urusan tertentu.
La haula wala quata illa billah..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
PadamAlhamdulillah...sangat banyak perkara
baharu yang saya dapat daripada
perkongsian tuan...dan saya yakin..
begitu juga bagi rakan-rakan pembaca
lain...Insha Allah...
Semoga bila-bila masa ada kelapangan
harap-harap tuan dapat turut serta se-
mula bersama kami...terima kasih
banyak-banyak tuan...
Wallohu a'lam
bila saya baca post saudara junied ni,terus terasa sejuk2 and ada yang ebrmain di telinga kanan,ada macam semut2 bergerak..hmmm
BalasPadamterima kasih atas pengalaman en junied dan um (umat muhammad) tentang perkongsian meraga sukma. ..jikq boleh berikan saya tips meraga sukma dgn cara yg betul. .
BalasPadamSama-sama ejam...nampaknya Tuan um lebih tahu
BalasPadamtentang perkara ini...saya tak pandai meraga sukma.
Wallohu a'lam