Zn merasa tangan kirinya berat...dan pihak
hospital mengesahkan...tidak ada sebarang
masalah ( sihat )...
Tapi kadang-kadang....Zn merasakan suatu
keanehan...terasa seperti ada dua taring me-
nggigit lengan bahagian atas sikunya...dan
sekaligus ia merasa darahnya yang panas me-
ngalir keluar...
....namun Zn tidak dapat melihat sebarang
benda atau darah di situ....
Saya meminta Zn menutup mata...berzikir dan
menumpukan perhatian pada bahagian lengan
tersebut...sambil merukyahnya dengan fatihah...
Ayat Kursi...ayat Seribu Dinar berserta per-
nafasan...
Dengan izin Tuhan Zn memberitahu ia dapat
merasakan ada tangkal pada bahagian tersebut.
Tangkal itu diambilnya dari seorang rakan dengan
'khasiatnya' sebagai penjaga diri...tapi sudah di-
buangnya sejak lebih dua puluh tahun lalu...
Saya meletakkan hujung-hujung jari tangan ke
atas bahagian 'tangkal' tersebut...dan mula mem-
baca ayat Seribu Dinar...
Zn merasa tangkal itu cuba bergerak-gerak tak
tentu hala...dan ketika itu saya buat gerak cantas.
Dengan izin Tuhan...Zn merasa tangkal itu putus
dan terlerai dari lengannya....
Apa yang berlaku...tangkal itu sudah Zn buang
( begitu saja )...namun khadamnya ternyata terus
mengekori malah menumpang tinggal dalam badan.
Anak Zn pernah melihatnya...seorang lelaki ber-
pakaian pendekar lengkap bertanjak...kalau ber-
cakap amat sopan....
Tapi saya tidak tahu apa nilainya 'sopan' tersebut
apabila jin yang sepertinya sudah pada peringkat
akhir 'mengerjakan' Zn cuba membuatnya stroke
iaitu dengan gejala darah tinggi serta lumpuh
sebelah kiri badan...
Tiga minggu lalu Zn rebah pitam dan sebelah
badannya mula rasa berat...tapi pemeriksaan
hospital mendapatinya tiada penyakit...
Jin itu cuba tinggal dalam rusuk kirinya dan Zn
dapat merasakan benda berbentuk bulat se-
besar penumbuk pada bahagian tersebut...
Setelah pecah dengan izin Tuhan pada hari yang
sama kali ini jin itu cuba pula bertahan dengan
bergayut pada bahagian kulit rusuk ( Zn merasa
seperti ada suatu benda berat melekat pada
kulit rusuk kiri ).
Kemudian cuba pula bertahan dalam kaki kirinya
menimbulkan rasa panas dan berat...
Kali ini saya gunakan bola aura Bismillah Tujuh...
dan dengan izin Tuhan..'kubu' itu akhirnya pecah.
Angin panas mula keluar melalui hujung-hujung
jari kakinya...
Nota
1. Kita biasanya menganggap mudah perkara
mengambil dan menyimpan tangkal dengan
menganggap kalau dah tak mahu...
boleh buang begitu saja...
Mungkin mudah pada tangkalnya...tapi belum
tentu pada jin penjaganya...
2. Tidak sedikit kes saka pada sesuatu keluarga
atau keturunan yang berpunca dari jin tangkal...
malah jin tangkal yang berkeliaran tanpa tuan
boleh saja mengekori seseorang yang dijumpa-
nya di tengah jalan dan ikut pulang...dan jadi
saka...
3. Jin tangkal ilmu biasanya akan menimbulkan
gejala gangguan fikiran dan perasaan seseorang
dan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak
ganas atau luar biasa dari sebab rasukannya...
Bolehlah kita kata jin tangkal terutama penjaga
diri itu 'gila bergaduh atau bertarung'...atau mem-
binasakan orang lain...
4. Saya pernah melihat seorang lelaki yang di-
masukkan ke hospital dari sebab lemah sebelah
badannya...tiga hari kemudian keseluruhan
tubuhnya tidak dapat bergerak lagi...
Pada tubuhnya ada tato naga...rasanya ia sesuai
dan sudah 'cukup syarat' untuk 'scan'...
Menurut seorang rakan kalau ada tato naga besar
maka ada kemungkinan ia juga menuntut sesuatu
ilmu berkaitan jin...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamkawan saya ade memiliki cincin batu akik........ seorang kawan saya lagi menyentuh akik tadi dengan jari serta merta bulu roma tegak (tanda-tanda ade khadam..kan)..tetapi apabila saya menyentuhnye....xde pula tegak bulu roma...
ape kesimpulannya tuan....
sekadar pertanya ringan..terima kasih atas jawapanye..
Wa alaikum salam wbkth z pari...
BalasPadamGejala mudah berdiri bulu roma tandanya
ada angin bisa sekurang-kurangnya pada
bahagian yang meremang tersebut...
Maka meremang itu samada tidakbalas
angin bisa dalam badan pada 'sesuatu' yang
ada pada batu akik atau ia kerana gelombang
atau aura dari batu akik masuk badan melalui
hujung jari tangannya...
Pada z pari pula...aura dari batu tersebut tidak
mampu masuk...kerana tiada laluan atau ada
pendinding...Insha Allah..maka tiada sebarang tindakbalas.
Perkara ini biasa berlaku pada tukang urut yang
ada angin bisa jin...apabila ia mengurut sese-
orang yang ada gangguan jin lebih kuat...maka
'penyakit' dari orang di urut masuk badan me-
lalui tangannya...menyebabkan sakit...lenguh-
lenguh atau bisa-bisa...
Bulu roma tegak tadi rasanya masih 'kurang
manis' kalau kita cepat-cepat buat kesimpulan
orangnya ada khadam...tapi sebaiknya ia
minta 'scan'...dan pada batu sedemikian...
maka ia berkemungkinan besar ada khadam.
Wallohu a'lam
ketika setahun lepas, saya tidak sedar ada gangguan dalam badan, sekadar sakit belikat kanan badan sahaja, lama kelamaan sakit makin teruk dan menyebabkan terkadang meremang bulu roma pada anggota kanan badan. Saya rujuk perkara ini ke klinik , sehingga ke hospital pakar, pakar tulang dan pakar saraf tidak dpt kesan punca penyakit apabila hasil scan mri menyatakan normal pada badan, sehinggalah saya beralih pada perubatan tradisional.
BalasPadamAs salam saudara...
BalasPadamMemang sudah jadi kebiasaan...sakit gangguan
rasa macam sakit biasa...tapi kita biasanya
boleh jangkakan ada benda lain kalau doktor
keliru atau tidak dapat mengesan sebarang
masalah sedangkan sakit benar-benar terasa
atau rawatan nyata tidak atau sangat kurang
berkesan...
Terima kasih atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam
Salam Tuan,
BalasPadamBolehkah kita menghancurkan tangkal itu dgn makrifat?Bagaimana caranya?
Pada pendapat tuan,adakah gambar tangkal bersama-sama dgn pemiliknya yang dikirim oleh seorg rakan boleh mengganggu penerimanya?
wasalam.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
PadamPada asasnya boleh...iaitu ada cara dan
ikhtiarnya...namun selebihnya terserah
pada Tuhan untuk mengizinkannya atau
tidak...
Seperkara yang perlu kita ambil perhatian
iaitu tangkal jin itu tenaganya dari jin...
sedangkan tangkal itu sebagai syarat atau
sebab musabab...maka pada asasnya
yang perlu kita musnahkan itu adalah
punca tenaganya...
Boleh gunakan kaedah peletup jin...himpit
...pulas dan pecahkan angin bisa pada
tangkal serta jinnya sekali...
...atau bayangkan tangkal dan semua jin yang menyokongnya dalam genggaman tangan...ramas sampai hancur...atau
bayangkan hingga meletup dalam tapak tangan kemudian buangkannya...
Kaedah nafas ikut pilihan sendiri...dan
salah satu caranya...tarik nafas dan
bayangkan ada tenaga pada tapak tangan menarik tangkal dan jin ke dalam geng-
gaman...kemudian tahan nafas sambil
mengggengamnya...kemudian ramas...
...atau tarik nafas sambil membayangkan
masuk ke dalam gengamana sambil me-
ramasnya...dan buang sebaik nafas habis
ditarik berserta nafas hentak ke dalam
dada...
Pada asasnya guna zikir Allah dalam hati
selama proses tesebut...atau boleh baca
fatihah...atau ayat Kursi...atau Ayat-
ayat sihir sebelum menariknya...dan
ketika menghancurkannya...
Pada jin..pilihannya hancurkan jin tersebut
atau hancurkan segala ilmunya...
....dan untuk hancurkannya ilmunya...guna
seperti di atas atau Ayat Lau Anzalna...
dan sebagainya...
Soal tangkal itu boleh jadi mengganggu
Padamsekiranya ada penglibatan jin...dan jin
dapat menembusi pertahanan si pemilik gambar...atau jika disertai dengan
kekuatan kejahatan jiwa si pengirim
yang dapat mempengaruhi si pemilik gambar...atau sebenarnya tidak ada
apa-apa...tapi si pemilik gambar itu
yakin dirinya mendapat mudarat...
maka ia 'menyerang' diri sendiri...dan
sebagainya...dengan izin Tuhan...
Wallohu a'lam
semasa zaman kanak2 dahulu kita sering diberi oleh orang tua satu jenis tangkal berupa rantai yang dibeli dari warga pakistan yang sering bkunjung ke Malaysia untuk mjual brg2.
BalasPadamBila kita buka isi buah rantai itu, didapati ada sekeping kertas mempunyai tulisan jawi.Apa pendapat tuan?
Kebiasaanya tangkal ini diberi kpd kanak2 terutamanya bayi untuk mengelak gangguan hantu.namun,bila sudah besar perangai mengalahkan 'hantu' wallahu'alam.
Alhamdulilah, saya tidak diberi tangkal oleh ibubapa seperti ini(spt yg diberitahu ibubapa). Mungkin secara kebetulan, jiran sebelah rumah (kisah awal thn 80-an)yg mggunakan tangkal ini kebanyakkan anak-anaknya tidak bersembahyang dan ingkar dgn laranganNya.Dan saya mohon keampunan dari Allah swt jika sekiranya telahan saya ini tidak benar.
mohon mana2 rakan memberi pencerahan.
wasalam.
Kalo percaya tangkal azimat wafaq bole lindung si pemakai sudah jelas hukumnya. SYIRIK.
BalasPadamTp satu hal yg perlu difahami. Org tua2 ahli hikmah zaman dulu biasa isi ayat2 rukyah dan tenaga rohaniah ke dalam objek spt besi, cincin, benang, kayu dan lain2.
Kaedah yg sama digunakan oleh perukyah zaman sekarang utk merukyah air rawatan dan minyak wangi utk rawatan.
Energi ayat2 Al Quran dan doa yg diisi dan terpancar dari objek2 tersebut mmg bole merimaskan dan menjauhkan makhluk halus dari menghampiri si pemakainya.
Saya biasa tengok mcm2 jenis keris dan senjata antik. Bukan semua berkhadam jin tp ada juga yg diisi dengan tenaga rohani. .
Yg dpt menjauhkan jin2 dari menghampirinya. Setahu saya besi boleh menyimpan tenaga lebih lama dari air. Yg berkhadam biasanya mmg jin kafir. Jarang sgt jin islam nk jaga senjata.
Sbb tu sy xberani hukum org yg pakai benda2 tu. Sbb kita xtau proses yg dibuat guna ayat Al Quran atau guna jin khadam. Atau iktiqad org tu benar atau salah.
Kalo kita percaya air rukyah sembuhkan penyakit pun bole syirik. Persoalannya adalah iktiqad kita kpd Allah sewaktu menggunakannya. Sama ada bergantung pd benda2 tu atau yakin ia sekadar alat.
Spt makanan itu adalah alat utk mengenyangkan perut. Yg memberi kita rasa kenyang hanya Allah. Tp secara sunatullah tanpa makanan perut kita tidak akan kenyang.
Waulahualam..
Alhamdulillah...terima kasih atas pencerahan
BalasPadamrakan kita saudara UM...
Namun sebaiknya tangkal walaupun halal
elok kita jauhkan...kerana syaitan pasti
akan menghasut hati kita untuk bergantung
harapan kepada tangkal tersebut....
Seperkara juga boleh kita perhatikan...
bahawa bangsa lain juga terdedah kepada
amalan syirik...sepert kata seorang rakan
pakistan...pakciknya guna jin untuk meng-
angkat kayu api...dan akhirnya pakciknya
itu jadi gila...
Pada tangkal yang tidak ada di isi dengan
tenaga rohani..tapi menimbulkan kesan
tenaga yang ketara...biasanya melibatkan
jin...walau ia hanya sebaris tulisan jawi...
dan ia adalah jin yang akan buat kerja
syaitan...maka ia adalah syaitan...
Wllohu a'lam
sy sering mdapat petanda yg sy akn begaduh dgn suami sekiranya rambut di sebelah kepala kiri sy meremang. boleh tak tuan jelaskan adakan ini juga ada gangguan jin atau mmng alamat yg mmng dtg dari diri sy sendiri minta sy supaya bjaga2
BalasPadamsy sering mdapat petanda yg sy akn begaduh dgn suami sekiranya rambut di sebelah kepala kiri sy meremang. boleh tak tuan jelaskan adakan ini juga ada gangguan jin atau mmng alamat yg mmng dtg dari diri sy sendiri minta sy supaya bjaga2
BalasPadamAs salam eleya...
BalasPadamMeremang biasanya gejala adanya angin bisa jin
pada bahagian tersebut.
Satu-satunya kemungkinan yang sangat besar
pada kes puan...iaitu jin itu beri petanda ia
akan buat puan suami isteri bergaduh ( meng-
hasut ).
Maka ia adalah petanda puan perlu amalan pendinding...dan ketika rasa meremang...
itu tandanya jin itu akan buat ulah...
Satu kemungkinan kecil pula...ada angin bisa
pada bahagian yang meremang...dan meremang
itu tindakbalas dari sebab suami puan yang
menumpukan perhatian lebih pada puan dari
sesuatu sebab...tapi akhirnya sama saja...
iaitu jin campurtangan dalam pergaduhan
puan dengan suami dengan menghasut...
dan sasarannya seperti lebih kepada puan
sendiri.
Sebaiknya puan dan suami minta 'scan' untuk
kepastian dan rawatan jika perlu...rumah juga
kalau biasa jadi medan gaduh...biasanya
ada jin kafir tinggal sama....perlu dirawat dan
dipagar...
Wallohu a'lam
sila sertai dan bergabung dengan Ruqyah Revolusioner...
BalasPadamhttps://chat.whatsapp.com/H4wyiZmZk6v1jf5fOtKtdR