Sabtu, 28 September 2013

"...Tiada Penyakit Gangguan Jin...?"

Tanpa mengetahui masalah yang dihadapi
oleh rakan tersebut saya guna 'scan'
mudah...dan keputusannya...

1. Ada angin bisa yang agak padat di-
bahagian belakang kepalanya...

2. Ada angin bisa yang juga agak padat
pada belikat kanannya...

3. Ada laluan angin bisa pada jari tengah
dan jari manis tangan kanan dan tangan
kiri...menghala ke bahagian tengkuk dan
naik ke bahagian belakang kepala...

Apabila saya cuba cubit cabut pada
bahagian belakang kepalanya...rakan itu
beritahu ada benda bergerak turun dari
tempat tersebut ke bahagian tengkuknya.

Maka saya cubit cabut pula dari hujung
jari tengah juga bahagian tengah tapak
tangan kanannya...

Apabila saya cuba cubit cabut angin
bisa pada bahagian belikat kanannya
rakan itu beritahu tiba-tiba otot pada
bahagian tersebut menjadi sengal...

...iaitu angin bisa agak pada pada baha-
gian tersebut...

Rupanya..ada masa rakan itu merasa
sangat sakit pada bahagian belakang 
kepalanya dan ia anggap sebagai
magrin biasa saja...

...dan ada masanya ia merasa sesak
nafas...

Oleh kerana tiada angin bisa pada ba-
hagian dada juga jantungnya...maka
secara teorinya...sesak nafas itu 
mungkin disebabkan oleh gangguan
iaitu halangan jin melalui otot belikat
agar ia tidak dapat menarik nafas
sepenuhnya...

Angin bisa itu agak sebati..kerana itu
ia menjadi sengal apabila angin bisa
ditarik keluar darinya...

Kalau angin bisa sebati pada semua
sendi atau otot...maka penarikan 
angin bisa mungkin akan menyebab-
kan sengal atau sakit-sakit satu
badan pada peringkat awalnya...

Namun kemudian saya tahu melalui
seorang rakan lain...rakan tadi tidak
percaya adanya penyakit dari sebab
gangguan jin...

...namun rakan itu ada memberitahu-
nya sesuatu yang mungkin agak sukar
dipercayai......sudah beberapa hari ia 
merasa sakit pada tulang pinggangnya 
dan terasa seperti ada sebatang besi 
terpacak di situ...

Sebenarnya bagi gejala sakit ganjil
sedemikian...anda lebih sesuai minta
'scan' bagi gangguan jin terlebih dahulu
tapi kalau anda tidak percaya...anda
akan berubat bukan pada bidang
rawatannya...

Wallohu a'lam

15 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Tuan Junied,
    Moga tuan dan keluarga dalam lindungan rahmat dan keberkatan Allah swt.
    Saya nak tanya, malam semalam dalam pukul 11 lebih, sy sekeluarga singgah ke pasaraya NSK kuchai, balik dari rumah makcik di Klang. Saya parking kereta dalam pasaraya tu, pastu saya pergi sorang, isteri dan anak2 tinggal dalam kereta.
    Masa saya tengah cari barang, sy cuba telefon isteri, tapi dekat henfon tulis calling.., tapi takde bunyi tut tut pun. Tak lama lepas tu isteri saya call saya, saya pun ckp saya try call tadi, tapi mcm takde bunyi.
    Rupanya masa saya tengah call isteri saya tu, isteri saya dapat call dari 'saya'. Isteri saya cakap suara saya lain, mcm kasar dan menakutkan, pastu ada cakap 'masa dah tak lama dah' dan lain2. Isteri saya lepas tu macam jadi takut dan macam marah dekat saya, ada beberapa kali saya perasan, isteri saya renung je saya, sampai saya terasa bulu roma meremang. Isteri saya mengandung 7 bulan. Apa amalan yang saya boleh buat, mohon pandangan Tuan. Memang ada ye gangguan yang guna telefon, siap boleh ckp lagi. Mohon nasihat tuan. Allah yubarik fik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Bacakan fatihah 3 kali...salawat 3 kali...
      ayat Kursi 11 kali tiga Qul tiga-tiga
      kali sambil dekatkan muncung botol air
      ke bibir...tiup muka isteri kemudian dalam satu nafas turun hingga ke hujung kaki
      dan sebelum habis nafas...tiup pada air
      dan beri minum serta sapu muka...

      Renjis juga empat penjuru bilik apabila
      sampai dirumah...dan sebelumnya baca
      ayat Kursi sebelum masuk rumah...

      Tapi kalau mampu...sebaiknya isteri juga
      baca....atau sekurang-kurang berzikir
      Allah...Allah berterusan...

      Saya minta maaf...agak lama saya tidak
      buka blog ini kerana masa agak terhad
      sekurang-kurangnya untuk beberapa
      hari kebelakangan ini...

      Kalau masih ada tanda gangguan....terus-kan amalan itu untuk setiap hari sehingga
      pulih namun kalau ada perawat...
      sebaiknya isteri saudara itu di 'scan'...

      Ini kerana boleh jadi orang yang menghadapi
      pengalaman sedemikian itu ada angin bisa
      dalam badan...atau cara panggilan itu jin
      gunakan untuk masuk badan...atau menyalurkan agin bisanya...

      Saya juga pernah tahu kalangan keluarga
      yang medapat telefon aneh...menyerupai
      suara salah seorang ahli rakan tapi dengan
      sebutan dan nada suara yang amat
      ganjil...

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. As salam..

    Tumpang mencelah.
    Jin zaman sekarang mmg da pandai guna tpon. Kalo ikut pengalaman. Serangan dari jin terhadap perawat bermula dari waktu perawat dpt call dari pesakit yg minta tolong dirawat. Sbb tu selepas shj dpt call tu terus rawat secara makrifat. Kalo set masa lama sgt contoh seminggu. maka dlm tempoh seminggu tu lah perawat akan kena serang. Jin mmg mudah bgerak ikut gelombang telefon.

    Biasanya jin spesis hantu raya yg suka menyamar jd manusia. Itu mmg kepakaran mereka. Kalo toyol pakar curi. Kalo pontianak pakar kacau rumah tangga. Kalo pelesit pakar hisap darah. Lebih kurang mcm tu lah.

    Utk amalan sebaiknya tunggu tuan junied balas.

    Waulahuaklam.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan,
    Pertama sekali,saya rasa saudara UM ini mempunyai pengalaman luas sebagai perukyah.
    saya setuju dgn ulasan saudara UM, sebab saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama..kisahnya,seorang sahabat menghadapi masalah gangguan jin yang sangat teruk..isterinya turut tempias drpd gangguan jin ini..satu pelusuk negara suda dijelajahi oleh rakan ini untuk mencari perawat dan berikhtiar smpai ke mekah mdktkan diri dgn Allah swt...namun gangguan masih ada.
    Saya dgn niat baik membawa seorang perawat ke rumah rakan itu tadi untuk merawat gangguan nya..yang peliknya,2 minggu sblm saya membawa perawat itu,saya telah mula jatuh sakit setelah berhubung dgn rakan itu melalui telepon..masa perjalanan ke rumah rakan itu lpas magrib bmcm2 wangi dlm kereta terutamanya wangi kemanyan..
    Setelah dirawat rakan itu,saya jatuh sakit dgn teruk berserta panas seluruh tubuh badan 45° celsius..selama seminggu menderita..ingatkan dah nak mati suda..tetapi dgn izin Allah swt saya telah sembuh berkat kalamNya surah al baqarah...

    rakan perawat juga telah jatuh sakit selama 3 hari,meskipun ada pendinding dan berpengalaman lebih 15tahun dalam rawatan islam..saya dapat tafsirkan bahawa jin yang mengganggu rakan itu sangat kuat dan mempunyai ilmu...

    Setelah diselidik,rakan yang sakit itu pernah menuntut ilmu gerak silat berserta jurus..jadi, mana-mana rakan yang ada gangguan kena berhati-hati dengan ilmu yang dipelajari pada masa lampau..kerana boleh mengakibatkan keluarga porak peranda dgn kewujudan gangguan jin.
    Wallahualam

    BalasPadam
  4. Asalamuaikum wtb,
    Ramai tidak mempercayai sakit ini berpunca dari jin.kalo di kampung saya sendiri,klu kita ckp berpunca dari jin mesti durang gelak punya.

    Saya suka membaca,membuat kajian dan belajar ilmu rawatan islam dari pelbagai sumber.Saya pernah terbaca satu buku catatan imam ghazali(buku lama)diterjemahkan dlm bhsa melayu..mengatakan semua penyakit manusia daripada sistem badan,darah tinggi,stroke adalah berpunca gangguan jin..kecuali jangkitan kuman spt luka bernanah dsb.
    mohon mana2 rakan beri pencerahan.
    wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      begityu juga pada sebahagian besar rakan
      ...orang sekampung malah dalam kalangan
      keluarga sendiri...tidak dapat menerima
      kenyataan adanya penyakit dari sebab
      gangguan jin...dan biasanya ia bergantung
      kepada pengetahuan serta pengalaman
      hidup masing-masing...

      Selain gangguan secara langsung...iaitu
      jin mengganggu mana-mana bahagian
      dalaman manusia...ia juga boleh ber-
      laku dari sebab kerunsingan serta tekanan
      perasaan kerana gangguan jin...

      Tekanan ini akan mempengaruhi kecekapan
      serta keseimbangan biokimia dalam tubuh
      manusia...sehingga menimbulkan bebagai
      bentuk gejala penyakit...

      Bagi jangkitan kuman...dikatakan pengaruh
      jin juga boleh menyebabkan kuman itu
      seperti 'kerasukan'...maka daya rosaknya
      lebih besar daripada yang sepatutnya...

      Ia seperti kebakaran yang boleh menjadi
      lebih 'ganas' daripada sepatutnya...ber-
      punca dari sebab penglibatan jin...

      Maka salah satu anjuran menghadapi
      kebakaran adalah bertakbir...kerana ia
      akan menyebabkan jin yang terlibat
      lari...dan daya musnah api akan kembali
      kepada keadaan normal ( yang sepatut-
      nya ).

      Bagi ayat-ayat tertentu seperti ayat Kursi...
      Lau anzalna...10 ayat As Soffat dikatakan
      boleh digunakan untuk membunuh kuman.

      Untuk luka...apabila ada gangguan biasa-
      nya ia menjadi lambat kering...maka
      lambat atau susah sembuhnya...dan kalau
      jin yang mengganggu dihalau atau dibunuh
      maka ia akan menjadi cepat kering dan sembuh...

      Wallohu a'lam

      Padam
  5. As salam tn Js SI..

    Nk kata bpengalaman sgt xla jugak. Kalo ada org minta tolong baru sy ikhtiarkan. Ilmu Allah kalo da tau tp x amal akan jd fitnah di akhirat nnt. Sy slalu mkaji & bereksperimen utk upgrade level. Contohnya kalo org lain biasanya cuma buat benteng rumah utk pertahanan. Sy tambah lg sistem serang balas. Kalo ada jin yg cuba masuk terus disambar petir.

    Yg penting serahkan diri bulat2 pd Allah dan bukan hanya bergantung pd amalan & ilmu yg dimiliki.

    Merawat ni sebahagian dari jihad sbb kita menggadai nyawa kita dan ahli keluarga di jalan Allah. Sekali kita bunuh bangsa jin. Sampai kita mati mereka akan cuba binasakan kita.

    Mungkin nasib sy yg ditakdirkan Allah selalu btempur dgn jin2 level tinggi, menyebabkan ilmu yg sy dpt pun bersesuaian dgn situasi tersebut. Xda apa yg lebih.. semuanya tu milik Dia. Kita ni pun milik dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan, Saya sangat respect dengan pasukan keselamatan yang bertempur dengan penganas suluk di Tanduo LD.Kerana bukan sahaja bertempur dengan musuh yang nyata tetapi juga musuh yang tidak kelihatan..Maka perlunya ilmu dalam hal berkaitan.

      Bagi pendapat tuan, atau mana-mana rakan lain. Bagaimana kita nak tau seseorang itu didampingi oleh jin, terutama dari segi perwatakan?
      Terima Kasih

      Padam
  6. Wslm..
    Eh tiba2 citer pasal tanduo. Admin bgtau pasal sy ke. Kalo nk kongsi pengalaman waktu tu mmg letih. Tiap mlm btempur dgn jin2 suluk. Tiap mlm durang top up jin baru. Sekali hantar paling kurang 100 ekor. Tp Alhmdlh Allah permudahkan.

    Bagi org yg kasyaf atau org yg ada dampingan jin agak mudah nk kesan kalo org lain didampingi jin. Bg org awam agak sukar.cuma bole tau dari tanda2 shj. Tp tanda2 xsemestinya tepat.

    Mcm kalo kita tengok awan mendung di langit. Kadang2 hujan kadang2 tidak. Org yg berperwatakan jahat xsemestinya ada jin. Org yg macam alim xsmstnya xda jin.

    Utk en danial. Kuman tu pun bole dikategori sbg makhluk halus sbb ciri2nya yg xnampak dgn mata kasar, bole menyusup masuk dalam saluran darah, membawa penyakit & menyebabkan kematian. Cuma setahu sy ada virus, kuman dan bakteria dari alam jin yg dibawa ke alam manusia yg imun dan kebal dgn ubat2 model tp mati bila dipancarkan aura dari tapak tangan.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Alhamdulillah...terima kasih atas
    perkongsian tuan-tuan...semoga
    dapat menambah pengetahuan
    dan manafaat kepada sesama
    kita dan rakan-rakan pembaca
    dimana-mana juga...

    Pertempuran di Tanduo mem-
    buktikan...bukan hanya
    gangguan...malah penggunaan
    jin khususnya dalam perang juga
    terus berlaku di zaman serba
    moden ini...dan terbukti mem-
    beri cabaran yang hebat kepada
    wira-wira kita...

    Namun...setiap ketentuan tetap
    dalam kekuasaan Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. MasyaAllah, sangat berterima kasih dengan limpahan ilmu yang tuan-tuan kongsikan.
    Sungguh luas teramat luas dan tinggi tersangat tinggi ilmu Allah swt.

    Saya juga terfikir fikir yang setiap sakit yang kita hadapi memang ada kaitan dengan jin, dengan izin Allah swt. Dalam AlQuran sudah dinyatakan dari kisah Nabi Ayub 'alaihissalam, yang mana penyakit itu datangnya sebab gangguan syaitan.

    Dalam surah Sod, ayat 41 yang bermaksud "Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).
    Memang Allah swt izinkan jin ni menyakitkan kita sebagai ujian yang perlu kita hadapi supaya kita yang dilantik sebagai khalifah dunia ni sentiasa merasa miskin dan sentiasa bergantung harap sepenuhnya kepada Allah swt.

    Alhamdulillah, mudah-mudahan saya dapat lagi menadah ilmu dari muzakarah sebegini.
    Alhamdulillah. Jazakumullahu khoiyrol jaza'.
    Semoga Allah swt memberkati tuan-tuan dan keluarga tuan-tuan. Uhibbukum Fillah.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam