Sebenarnya Zn tidak hanya mengalami
gangguan daripada jin tangkalnya sahaja.
Ketika rasa berat pada betisnya hilang
dengan izin Tuhan...tiba-tiba saja ia
merasa sakit pada belikat kirinya...
Zn menutup mata dan menumpukan per-
hatian...dan Zn melihat sesuatu yang di-
luar dugaannya...
Ia melihat bekas jirannya sedang meme-
gang sebatang buluh...dan hujung buluh
itu ditekan kebelikatnya...
Tak cukup begitu...sebatang buluh lain
dipecah dua hujungnya di sepitkan ke-
paha kiri Zn...
Bekas jiran Zn itu adalah seorang ibu
yang mati kemalangan di jalanraya
depan rumahnya hampir dua puluh
tahun lalu...
Saya buat gerak pancung pada kedua
batang buluh tersebut...dengan izin
Tuhan Zn merasa terlepas dan lega...
'Arwah' itu kemudiannya menghilang-
kan diri...
Saya tidak faham kenapa ada jin yang
menyerupakan dirinya dengan arwah
tersebut tiba-tiba muncul dan meng-
ganggu Zn...
Malam itu Zn tidur diruang tamu...dan
'arwah' itu datang semula kepadanya.
Kali ini ia datang dengan baik dan ber-
kata "...saya ba ini...bukan orang lain"
iaitu ia bermaksud Zn tidak perlu
menghalangnya datang dan masuk
badan...kerana semasa hidupnya hub-
ngan arwah itu baik dengan Zn
sekeluarga...
...dan esoknya Zn merasa ada dua
benda bulat dalam rusuk kirinya...
iaitu pada pendapat saya ialah jin
tangkal serta 'arwah' tersebut...
Dengan izin Tuhan..kedua-duanya saya
tepuk pecah...
Ketika saya leraikan 'tangkal' di tangan
kiri Zn...sebaik sahaja angin panas ke-
luar dari betis kaki kirinya...tiba-tiba
'arwah' itu muncul memperlihatkan
diri pada Zn...
Terkekeh-kekeh 'arwah' itu ketawa...
dan menuju ke sebuah batu hitam
besar yang terletak 300 meter dari
rumah Zn...
Zn beritahu...di tangan arwah itu ada
'komburongoh'...baru saya faham
akan perkaranya...
Komburongoh adalah tangkal sihir yang
digunakan oleh segelintir golongan tua
kaum Dusun sebelum masuk Islam lagi...
Pada kes ini jin tangkal sihir yang menye-
rupakan diri dengan ibu tersebut datang
untuk menumpang tinggal dalam badan
Zn yang juga padat dengan angin bisa
jin jenis tangkal yang sama...yang asalnya
kepunyaan arwah nenek Zn...iaitu jin
satu 'geng'...
Dengan panduan seorang rakan...ketika
baru beberapa bulan ambil amalan IT...
saya pernah menyerang 'sekor' jin tangkal
komburongoh...yang berupa perempuan
yang sudah sangat tua...
Ternyata lasaknya 'macam Hulk Hogan...'
walaupun kesakitan ...jin itu terus diam
menahan sakit tanpa sebarang cubaan
mempertahankan diri atau lari...
Akhirnya dengan izin Tuhan...jin itu saya
tumpang sumbat ke dalam botol penghisap
jin seorang rakan...
Bagi rakan-rakan yang pernah mengalami
gangguan jin jenis ini pasti mengakui
akan 'keperitannya'...
Tiga hari kemudian saya berjumpa dengan
Zn...ia beritahu setakat ini jin itu tidak
ada datang lagi...
...tapi apabila ia keluar ke kaki lima un-
tuk duduk menikmati pemandangan
matahari terbit...tiba-tiba saja ia akan
merasa sesak nafas sebaik saja duduk
menghadap ke rumah jirannya tersebut.
Wallohu a'lam
Asalamualaikum,
BalasPadamJin yang datang menyerupai jirannya itu kemungkinan saka nya namun datang balik mengganggu zn kerana gagal mendapatkan tuan baru.
Wollohualam.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamBenar sekali...ia adalah jin tangkal sihir yang
mahu cari tuan baru...
Terima kasih atas ulasannya...
Wallohu a'lam
As salam wbkth Tuan,
BalasPadamSaya ada beberapa pertanyaan mengenai jin 'kemburongoh' ini.
Ada seorg saudara saya KS mengikuti pengajian d Universiti Madinah, setelah beberapa tahun d Madinah rakan beliau dikunjungi oleh sanak saudara dri Msia kebetulan mgerjakn haji..Ketika dlm bangunan tmpt penginapan sanak saudara rakannya itu..salah seorg dari sanak saudara rakanya ternampak perempuan tua mengikuti saudara saya KS kemana saja ia berada..saudara KS ini boleh menghafal bberapa juzuk alquran dan merupakan seorg yang alim.Apa pendapat tuan?
jin 'kemburongoh' ini jenis jin apa? kenapa jenis jin terlalu liat atau lasak walaupun sudah tua?
BalasPadamMengikut pengalaman tuan, adakah jin saka jenis ini yang paling sukar untuk dihalau mahupun dibunuh?
Ada dua orang keluarga bersaudara seorang lelaki dan seorang lagi perempuan(makcik), mereka berdua sentiasa tidak 'ngam' dlm sebarang upacara walhal iin saka (kemburongoh) mereka adalah datang dari nenek yang sama.Apa pendapat saudara Junied?
Jika jin saka jenis ini selalu dirukyah oleh seseorg yang mahu didampinginya, adakah jin ini pergi membalas dendam dengan anak seseorg itu?
Pada pendapat saudara Junied,apakah kaedah paling berkesan membunuh atau menghalau jin jenis ini?
Bolekah Tuan Junied, kongsikan cara berserta langkah2 utk mengurung atau memerangkap jin saka jenis ini dalam botol?
Mudah2an Allah swt merahmati Tuan Junied.
Wollohu'alam.
Wa alaikum salam wbkth saudara..
BalasPadamSaya minta maaf banyak-banyak...kebetulan
masa agak terhad buat masa ini...Insha
Allah ada masa terluang nanti saya terang-
kan sekadar mana mampu ya...
Wallohu a'lam
As salam semua...
BalasPadam1. Komburongoh adalah sejenis tangkal kaum
kadazan Dusun ketika belum ada sebarang
agama lagi...
Ia dibuat daripada berbagai jenis akar kayu...
besi...duit lama...paruh burung...cakar
burung...benang-benang...taring binatang...
dan sebagainya yang diikat menjadi satu.
Tidak ragu lagi tangkal ini digunakan untuk
meminta pertolongan jin samada tujuan
perubatan...menilik masa depan...mencari
orang sesat...perlindungan...memanggil
roh orang mati...dan sebagainya...
Biasanya ketua puak jin yang menjadi jin
komburongoh adalah 'seorang perempuan
tua' ( jin betina tua ) dan 'orang-orangnya'
mungkin seperti lembaga hitam...jin
anjing ...jin kerbau...dan sebagainya...
Tapi jin tua ini bukan hanya ada pada kom-
burongoh....dan ianya tidak semestinya jin
tangkal...cuma bagi jin ' jaga' komburongoh
ini ia di panggil jin komburongoh...
2. Jin tua ini mungkin datang pada seseorang
BalasPadamkerana ada laluan...mudah diperdaya...kerana
suka...kerana saka atau sebagainya...
Sedikit berbeza dar jij kafir lain...jin tua ini
mungkin sukakan seseorang kerana orang itu
baik...alim...tak suka bersosial...tak minum
arak atau sebagainya...terutama kalau ia
adalah jin saka pada sesuatu keluarga...
maka inlah ciri-ciri 'tuan' pilihannya...
Setakat yang saya fahami ada antaranya
yang tidak halang seseorang untuk solat...
atau membaca Qur'an...kerana jin itu
kurang rasa 'terganggu'...dan biasanya
tahan dengannya...
Tapi masih ada sebab bagi sesetengah jin
yang suka orang alim...iaitu ia merasa
selamat kerana jin kafir lain mungkin
menjauh atau takut kepada manusia ter-
sebut...maka jin ini lebih selamat dari
serangan jin lain...
3, Pada pendapat saya ia hanyalah jin 'biasa'
BalasPadamsaja...tapi biasanya ia kerana sudah lama
hidup...sudah banyak manusia yang pernah
menjadi tuannya...maka ia lebih kuat dengan
perdampingan-perdampingan tersebut...dan
apalagi kalau jin itu pernah dipuja dan diberi
makan...
Saya juga berpendapat mungkin juga faktor
umur...jin itu jug lebih lasak...dan yang amat
penting...berpengalaman luas...
Kadang-kadang jin akan terjejas dengan
amalan solat....membaca Qur'an...amal
pendinding dan sebagainya...maka jin itu
menjauh...mungkin ia kepanasan...
...tapi apabila panas sudah reda...jin itu
mula datang semula...atau ketika lalainya
seseorang dan jin itu biasanya tahu
kelebihan serta kelemahan manusia dam-
pingannya...dan tahu bila boleh dekat atau
perlu menjauh...
4. Sebenarnya hidup mati jin pun atas ketentuan
BalasPadamTuhan juga...maka kalau dah ajal...jin itu boleh
mati diserang...
Cuma pada adat kebiasaannya...ia agak sukar
dibunuh...tapi untuk halau..biasanya lebih
mudah daripada dibunuh...
5. Persaingan siapa lebih hebat adalah per-
BalasPadamkara biasa bagi kalangan jin yang men-
dampingi manusia...iaitu masing-masing
jin merasa lebih hebat dan lebih layak
mendampingi manusia...
Maka boleh timbul perasaan meluat atau
memandang rendah pada seseorang
kepada orang lain...sedangkan pada ha-
kikatnya...jin pendamping seseorang itu
yang memandang rendah kepada jin pen-
damping seseorang lain...maka perasaan
'tuannya' terikut dan terbawa-bawa jadi
pertengkaran atau permusuhan dan
sebagainya...
Kadang-kadang ia ditambah pula seseorang
'ilmuan jin' yang merasa diri hebat...dan tidak
mahu orang lain lebih hebat...maka jadilah
perbalahan semata-mata kerana merasa
lebih baik...dan sebagainya...
6. Bergantung kepada perangai jin tersebut...
BalasPadammaka boleh jadi ia menyerang...atau sekadar
'bersabar'...
Tapi asal dirukyah...pasti ada yang jatuh sakit
maka kemungkinan besar kerja jin tersebut
sebagai 'pengajaran' atau balas dendam....
...Insha Allah nanti sambung ya...
BalasPadam7. Setakat ini setahu saya...saya belum
BalasPadampernah membunuh jin tua ini...malah
serangan berbentuk tajam seperti
pancung pun...kelihatan seperti tidak
melukakannya.
Namun kalau Tuhan izinkan.....jin juga
makhluk dan tidak mustahil mati akibat
serangan...
Bagi anda yang mahu mencubanya...boleh
guna teknik yang paling biasa anda laku-
kan...
Saya masih kurang pengalaman dalam per-
kara ini...
Setakat pengalaman peribadi....amalan Ayat
Manzil pagi petang akan membuat jin ini
kepanasan untuk mendekati anda...dan
saya yakin...kalau angin bisanya masih
sedikit dalam badan...jin ini mungkin
akan menjauhi anda...
Tapi kalau dah padat..anda sendiri mungkin
rasa kepanasan sebagai tindakbalas awal
dan kalau sampai berpeluh...ia lebih baik
tandanya angin bisa jin terbakar keluar
ikut peluh...
Dan kalau disertakan juga dengan ilmu
pernafasan...maka semakin besar kesan-
nya kepada angin bisa dalam badan...
Saya juga percaya amalan ayat Kursi
serta 3 Qul berserta pernafasan juga akan
menjejaskan jin tua ini...dengan izin
Tuhan...
Sebaiknya juga dalam masa yang sama...
anda turut minta rawat...kerana ia akan
dapat membantu dengan izin Tuhan...
8. Menangkap dan mengurung jin ini perlu
BalasPadamberguru secara berdepan....( tapi saya
tidak layak jadi gurunya...)
Banyak caranya mengikut perguruan juga
kreativiti masing-masing...
Cara saya cuma menahan nafas...tangkap
dengan tangan dan masukkan ke dalam
botol ( kawan punya botol...saya tumpang
saja )
Saya minta maaf banyak-banyak ya kerana
kurang tahu tentang hal ini...
Bagi sesiapa yang Tuhan mudahkan...maka
mudah ia melakukannya dengan izin Tuhan.
Wallohu a'lam
Asalam wktb,
BalasPadamTerima kasih atas ulasan itu.
Jika menggunakn pernafasan, adakah tahan nafas smbil menangkap ataupun tarik dan lepas kmudian tangkap jin ini wollohu'alam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamIa sebenarnya bergantung pada caramana yang
kita pilih dan kita latih...
Boleh semasa tahan nafas...kita tangkap...atau
tarik dan masukkan dalam botol...
...atau kita tarik nafas sambil tangkap atau tarik
ke tapak tangan...tahan nafas dan genggam...
lepas nafas sambil lepas jin itu ke dalam botol...
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam