Selasa, 17 September 2013

Tanda Khadam Halal...?

Ada pendapat mengatakan..apa salahnya kita ber-
damping dengan khadam yang tidak meminta
makan atau sebarang persembahan dari kita...?

Penjelasan...

Adapun meminta tolong kepada sesama manusia
maka harus iaitu pada perkara mana dalam ke-
mampuan manusia...

...tapi apabila kita meminta tolong kepada manusia
pada perkara di luar kemampuan manusia seperti
minta panjang umur...minta jadi wali Allah...minta
masuk syurga dan sebagainya...maka jadi haram...

Adapun meminta pertolongan kepada makhluk
alam ghoib...adalah haram...dan disebutkan dalam
Qur'an bahawa padahnya '...dan berkongsilah
dengan mereka pada harta dan anak-anak mereka
dan berilah perjanjian kepada mereka...dan tidak
ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka
melainkan tipudaya belaka...' ( Al Isra' ayat 64 ).

Sudah jelas peringatan peri padahnya berdamping 
dengan jin termasuk yang namanya khadam...
dan itu adalah akibat semasa hidup di dunia lagi
dan selepas mati...tanpa rahmat petunjuk Tuhan
pasti lebih buruk akibatnya...

Ingatlah...pada dasarnya...Iblis yang menjadi ke-
tua syaitan itu tidak perlukan sebarang hadiah
atau persembahan...

...hanya ia 'perlukan'...seseorang manusia itu
menukar keimanannya kepada syirik dan ke-
sesatan...sebagai mana sumpahnya...

Bagi jin khadam 'Islam' dari golongan 'orang
soleh' atau 'wali-wali'...biasanya ia tidak me-
minta persembahan...iaitu atas beberapa
sebab...

1. Jin itu tahu cari makan sendiri...atau..

2.Jin itu menumpang makan pada tuan atau
keluarga tuannya tanpa disedari ( secara
sembunyi...iaitu bagi manusia yang nampak
'khadamnya' itu...ia hanya nampak apa-
bila jin tersebut menampakkan diri...dan
tentunya jin itu tak akan menampakkan
dirinya yang sedang melakukan sesuatu
yang jahat atau buruk pada manusia itu
sendiri...malah tak kurang khadam jantan
yang juga menyetubuhi ahli keluarga 
perempuan tuannya...samada isteri..anak-
anak atau lainnya...seperti yang disebut
paad tafsiran ayat 64 al Isra' di atas )

3.Atas sebab 'strategi'...iaitu kalau jin tahu
anda pantang atau ragu dengan jenis khadam
yang minta itu ini...maka jin itu akan meng-
elaknya...iaitu ia sebahagian daripada tipu-
daya jin...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

16 ulasan:

  1. Mohon perjelaskan kedudukan Sheikh Abdul Qadir Jalani.

    BalasPadam
  2. Saya sekadar orang awam yang tidak punya apa-
    apa...dan saya tidak tahu banyak mengenai
    pengalamannya...

    ...tapi dari segi kebiasaan...Sheikh Abdul Qadir
    dengan mempunyai kedudukan sedemikian rupa
    ( Disebut ketua segala wali-wali Allah )...maka
    jin syaitan yang cuba memesongnya adalah
    dari kalangan jin terpilih...yang sangat tinggi ilmu
    agama dan pengetahuannya...

    ...hinggakan disebut ketika sedang beribadah...
    tiba-tiba muncul cahaya yang sangat indah
    cemerlang dan mengaku sebagai Tuhan...iaitu
    tipu helah dari Iblis sendiri...

    Begitu pula setiap kita...syaitan yang cuba me-
    mesong kita setaraf (sesuai) dengan kedudukan
    kita masing-masing dari segi iman dan ilmunya...

    Namun perbuatan segelintir orang yang menyeru
    meminta pertolongan pada Sheikh Abdul Qodir
    tetap jatuh syirik...dan biasanya wali-wali yang
    hadir adalah jin munafik atau jin kafir yang
    menyamar...

    Itu yang dikatakan oleh seorang ulama...ketika
    tentera Islam yang hampir kalah akhirnya menang
    apabila ulama itu tiba-tiba muncul dan menyerbu
    angkatan tentera kafir...iaitu..."itu bukan saya...
    tapi syaitan yang menyamar...agar pada masa
    akan datang kamu tidak mengharap Allah...tapi
    sebaliknya mengharap pada pertolongan saya..."

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Saya setuju segelintir orang yang menyeru
    meminta pertolongan pada Sheikh Abdul Qodir
    tetap jatuh syirik...itu adalah manusia yg melampaui batas.

    Namun, saya tertarik dgn konsep nabi Suleiman a.s dan penghalalan bantuan jin kepadanya, dan jelas dia meminta pertolongan jin untuk menyelam di dalam lautan dalam. Dia mungkin minta bantuan, bukan pertolongan, wallahualam.

    BalasPadam
  4. Salam.

    Sekadar perkongsian, surah An-Naml 16-19 dan surah Sod ayat 30-34. Allah swt telah mengurniakan kerajaan yang besar bagi Nabi Sulaiman..bukan sahaja jin tetapi semua mahluk yang hidup pada pada waktu itu tunduk kekuasaan kepada baginda..merupakan kelebihan dan mukzijat sebagai Nabi yang dilantik oleh Allah swt.

    Jin dipasung dan dirantai dan menurut segala perintah Nabi Sulaiman..Jelas di sini bahawa, Nabi Sulaiman tidak meminta bantuan mahupun pertolongan daripada jin tetapi menurut segala Perintah Nabi Sulaiman yang merupakan raja segala raja semua mahluk pada zamannya itu.

    Pada zaman Nabi Muhammad pula, tiada lagi istilah raja segala raja untuk semua mahluk. Allah swt telah melarang manusia meminta bantuan mahupun pertolongan dengan jin. Malah Rasullah tidak pernah meminta bantuan dengan jin..atas perintah Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Jin ayat 6.

    wollohualam.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Js SI...

    Mengikut ceritanya...Nabi Allah Sulaiman as itu
    dikurniakan cemeti...dan seandainya seseekor
    jin atau syaitan itu membantah perintahnya
    lalu melarikan diri secepat kilat dan sampai sejauh
    mana sekali pun...apa bila Nabi Allah sulaiman as
    menghayunkan cemetinya...pada saat itu juga
    pasti akan terkena dan membinasakan jin tersebut...

    Maka jin adalah itu diperintah secara rela atau
    paksa tanpa sebarang pilihan lagi...dan bukan
    diminta tolong...

    Kerana itu sebaik sahaja jin syaitan tahu Nabi
    Allah Sulaiman as yang sedang mengawasi
    mereka bertungkus lumus berkerja menyiap-
    kan masjid Al Aqsa itu sebenarnya sudah lama
    wafat...maka serta merta berhamburanlah
    mereka melarikan diri...dan mengeluh ber-
    maksud "seandainya kita tahu dari dulu yang
    Nabi Allah itu sudah wafat...sudah lama kita
    bebas dari keadaan yang menyeksa ini..."

    Terima kasih rakan Js Sl atas perkongsiannya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Telah di hujahkan ayat ini: "...dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka
    melainkan tipudaya belaka...' ( Al Isra' ayat 64 ). Dan juga seperti begini "...Ingatlah...pada dasarnya...Iblis yang menjadi ke-tua syaitan itu tidak perlukan sebarang hadiah atau persembahan..."

    Ini hujah saya:

    1. Semua syaitan dan iblis adalah kafir dan JUGA musuh Allah swt.

    2. Tiada syaitan dan iblis yang Islam.

    3. Ada jin Islam, dan dalam surah Jinn, ada disebutkan kekadang keimanan mereka hebat [sunguh2]. Wallahualam

    4. Kita tak boleh main tukar tukar daripada contoh syaitan [or iblis] kepada Jin, kerana ada kelainan rasmi dan kelainan iman yang ketara.

    5. Jangan samakan musuh Allah dengan Jin yg beriman. (Jika nak cakap fasik, kita manusia ni pun 2x5 tak bebas daripada buat dosa.) Jgn pantas cakap Jin fasik tanpa bukti, dan bukti "kononnya" datang daripada apa? Daripada keterangan masa kerasukan pesakit!!

    6. Jika beberapa ahli perawat nampak jin, itu tak apa, itu kelebihan, tetapi jika orang biasa, oh itu sakit gangguan tu. (saya cakap daripada pengalaman, dan terlalu ramai yg saya tahu boleh melihat].

    Saya nak bicara tentang tidak menjadi sesuatu yg baru bagi Rasulullah 'confirm' ada manusia dan orang biasa boleh melihat/merasa kehadiran jin.

    --bahawa 'jika kamu merasainya [atau mereka] semasa hendak solat, maka bacalah..."

    --bahawa kita tidak digalak berjalan seorang diri di kawasan kubur.

    --bahawa baginda meminta sahabat tidak berkuda di kawasan yang di laporkan kelihatan panah panah api berterbangan [rasulullah dalam erti kata lain, tahu sahabat dan pedagang nampak di padang pasir.

    --"bahawa 'sejadah ini' menggagu..."

    --bahawa rumah yang kosong "selama 3 hari akan di masuki mahluk halus"

    Wallahualam ustaz, saya yg dhaif ini menjadi bantal penumbuk [hehehe], jika saya silap, maafkan saya, namun ini adalah pembacaan saya.





    BalasPadam
  7. As salam..

    Iblis itu adalah dari golongan jin. Pernah jd imam para malaikat kerana ketaatannya pada Allah. Bapa segala jin adalah jan. Jin ada yg bertaraf wali jin. Ada yg mukmin ada yg fasik ada yg munafik. Ada yg beragama kristian hindu budha. ada yg aties.

    Syaitan adalah gelaran yg Allah bagi pada jin atau manusia yg melakukan perbuatan menjauhkan manusia dari Allah. Surah an nas..Aku berlindung dari syaitan dari kalangan jin dan syaitan dari kalangan manusia.

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Lanjutan daripada penerangan saudara UM...
    iaitu mengenai syaitan...terbahagi kepada
    dua...

    1.Syaitan asli...

    Setelah Iblis diusir dari syurga dan turun
    ke bumi...ia berkahwin dengan jin betina...
    maka lahir keturunannya iaitu syaitan (asli).

    2.Gelaran syaitan...

    Iaitu seperti yang saudara UM jelaskan di atas.

    Maka Iblis dan semua syaitan asli adalah kafir
    dan menjadi musuh Allah...

    Sedangkan yang digelar syaitan itu adalah
    jin biasa (bukan syaitan asli) atau manusia
    yang buat kerja syaitan...sedangkan mereka
    itu bukan syaitan (asli) dari segi kejadiannya.

    Contohnya kita gelar orang yang gemar mem-
    baca itu ulat buku...iaitu kerana hobinya...
    tapi ia sendiri adalah manusia dan bukannya
    seekor ulat...( bagi persoalan 1...2...3)

    4.Semua syaitan asli itu jin...tapi tidak semua
    jin itu syaitan (asli)...

    Iaitu syaitan (asli) itu adalah keturunan Iblis
    dan iblis itu adalah dari bangsa jin...maka
    ia penggunaan istilah syaitan itu merujuk
    kepada dua perkara...iaitu syaitan keturunan
    Iblis dan gelaran syaitan kepada manusia
    dan jin biasa yang buat kerja syaitan...

    BalasPadam
  9. 5.Fasik bermaksud tidak mentaati Tuhan...dan melakukan dosa-dosa besar atau kecil secara
    berkekalan...

    Jika memenuhi 'syarat' di atas maka ia di-
    panggil fasik tidak kira samada ia itu bangsa
    jin atau manusia...

    6. Kalau seseorang itu nampak jin terang
    macam nampak manusia..maka ia daripada
    dua sebab...

    1.Jin itu sengaja menampakkan dirinya...

    2.Ada gangguan jin pada diri orang tersebut

    ...iaitu tanpa mengira samada ia seorang pe-
    rawat atau pesakit...

    'Nampak 'jin' cara bersih ialah anda melihat
    dengan gerak hati atau mata hati mengikut
    tahap ketajaman pandangan mata hati
    masing-masing...

    ...iaitu walaupun mata kepala anda tidak nam-
    pak tapi hati anda dapat merasa...mengesan
    kehadirannya...atau kalau lebih tajam...anda
    dapat merasakan kedudukan dan bentuk
    makhluk tersebut...dan sebagainya...

    BalasPadam
  10. Nota...nampak jin terang macam nampak manusia berpunca dari samada jin sengaja menampakkan
    dirinya atau ada gangguan pada diri seseorang
    tersebut.

    BalasPadam
  11. Sesungguhnya Rasulullah sentiasa benar...

    Walaupun kita tidak nampak jin tapi kita boleh
    merasai kehadirannya...atau mendapat kesan
    dari kehadirannya...contohnya...

    1. Tiba-tiba anda merasa pening...bercelaru...
    bingung...gelisah...mengantuk...lesu...
    sakit dan sebagainya ketika niat hendak
    solat...atau ketika mula solat atau ketika
    sedang solat...dan sebagainya...

    2. Anda merasa takut...gelisah...rindu...
    benci..marah...rasa nak mengamuk dan
    sebagainya tanpa sebarang sebab muna-
    sabah...atau anda sendiri tidak tahu
    sebabnya...

    3. Anda merasa sedang diperhatikan se-
    seorang disuatu bilik atau tempat yang
    tidak ada orang lain...

    4. Anda merasa kehadiran sesuatu yang
    tidak tercapai oleh pandangan mata...

    5. Badan rasa berat..atau lesu...atau lenguh
    dan sebagainya tanpa sebab munasabah...

    6.Tiba-tiba anda merasa pening atau pitam
    sedangkan anda tiada sebarang masalah
    kesihatan seperti darah tinggi...

    7. Badan rasa panas atau sejuk...atau panas
    bercampur sejuk tanpa sebarang sebab munasabah...atau rasa demam tapi sukatan
    suhu badan normal pada pemeriksaan doktor

    ...dan sebagainya...

    Terima kasih UM atas perkongsiannya...dan
    K RM atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Asalam wktb,
    Saya ada sedikit perkongsian mengenai hadis nabi keterangan mengenai ulasan daripada beberapa rakan.
    Hadis Nabi "Jika anda ternampak jin di Madinah, suruhlah ia tinggal selama 3 hari, jika ia tidak mahu pindah maka bunuhlah ia, kerana jin itu adalah syaitan" Daripada hadis nabi ini, jelas jin yang tidak mematuhi arahan adalah syaitan.

    Hadis Nabi "sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin" Ini merupakan simbolik menunjukkan jumlah jin yang dikategorikan sebagai syaitan dan fasik adalah terlalu ramai.
    Ada yang pendapat mengatakan jin yang beriman banyak didapati semasa zaman Rasullullah saw, sahabat, tabi'en, dan para wali.

    Pada zaman ini, kita tidak ketahui sama ada jin itu beriman ataupun munafik. Ada jin yang sudah berjanji tidak mahu mengacau dan sudah mengucap 2kalimah..tidak lama kemudian datang menganggu
    lagi..Mungkin itu yang cuba diketengahkan oleh tuan blog..mohon tuan bagi pencerahan.
    Wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambahan..
      Dari maksud hadis Nabi yang kedua itu tadi, manusia yang paling jahat di dunia adalah sifat bagi jin yang baik (Wallahualam).

      Maka tidak hairanlah jika "gelaran syaitan" ini lebih didominasikan oleh bangsa jin berbanding manusia.
      Saya tengok dalam Al-Quran, lebih banyak jin dirujuk oleh Allah swt sebagai syaitan.
      Wasalam.

      Padam
  13. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Sebagai tambahan...arahan pada hadis tersebut
    hanya terpakai diMadinah...kerana banyak
    kelompok jin Islam terdapat disitu...

    Dan saya berpendapat...dibolehkan bunuh itu
    kerana kehadiran jin lebih lama pada tempat
    tersebut akan menimbulkan ketidakselesaan
    dan rasa terganggu kepada manusia...atau
    mungkin kelompok jin tersebut bermaksud
    melakukan sesuatu gangguan pada manusia.

    Pada perkara berkaitan rasukan...ada seorang
    rakan...sebaik sahaja ia mendekati seseorang
    yang sedang dirasuk jin...tiba-tiba saja jin
    itu mengucap dua kalimah syahadah...namun
    rakan itu terus menyerangnya...

    Jin itu berkata...kenapa kamu menyerang saya
    sedangkan saya juga saudara seagama kamu...

    Rakan itu menjawab...kamu ingat saya tidak
    tahu teknik kamu...setiap kali jumpa perawat
    Islam kamu akan cepat2 mengucap dua kalimah
    syahadah semata-mata untuk memperdaya
    dan mengelak diri dari diserang ?

    Kemudian secara umumnya...setiap jin yang
    menjelma diri ke alam manusia...pasti ada
    tujuannya...dan disitu tersimpan berbagai
    rahsia dan tujuan yang boleh mengganggu
    malah memperdayakan manusia...

    Terima kasih saudara atas perkongsiannya.

    wallohu a'lam


    BalasPadam
  14. Seorg kawan telah menurun, perkataan yg asyik disebut-sebut ialah Allahummayanna..
    apakah maksud perkataan tersebut?

    BalasPadam
  15. As salam kak...

    Saya minta maaf...saya ni bukannya
    'celik Arab'...tapi kalau dapat ejaannnya
    dalam tulisan arab...rasa-rasanya boleh
    juga saya cuba-cuba tengokkan mana-
    mana...maaf ya...

    ...terima kasih kerana sudi lawat-lawat
    ke blog ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam