Baru sekejap saja duduk depan ustaz
yang juga rakan serta guru pkt 2 saya
( Ust Salehuddin )...lelaki itu mula
kerasukan...
"...aduuuh...panaas...panaas...saya di-
paksa masuk ke dalam badan lelaki ini
...saya terkurung...tolong saya...saya
tidak ada jalan keluaar...!"
Tentu kes berat ni...jin tu tidak dapat
keluar...hati saya berbisik...tapi
nampaknya ustaz langsung 'tidak bagi
muka'...
"...aah..keluarlah cepat...berlakon pula
kau ni...!" bentak si ustaz...
"....aduuh panaas....baiklah...saya mau
keluar sudah ni...." kata jin itu sambil
pesakit mula mengangkat kedua belah
tangannya ke atas perlahan-lahan seperti
nak terbang...agaknya ia jenis jin terbang.
Tak pun sampai seminit...lelaki itu sudah
sedar...
Memang betul la punya jin...tadi kata ter-
kurung...rupanya...senang-senang saja jin
itu keluar...
Wallohu a'lam
Salam Tuan,ada seorang perawat yang hebat boleh memindahkan jin yang merasuk itu ke tubuh badan anak muridnya yang paling kuat supaya perawat itu dapat berkomunikasi dan membuatkan jin itu terseksa, akhirnya jin itu tidak lagi merasuk.Apa pandangan tuan?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamSetakat ini saya tidak berani komen halal
tidaknya cara ini...kerana setakat yang
kita tahu jin itu masih 'dibawah kawalan'
perawat...
...yang pasti kita masih belum tahu akan
keseluruhan hakikatnya cara ini...
Cara yang sama juga digunakan oleh
sesetengah orang untuk berkomunikasi
dengan jin yang menghuni sesuatu
kawasan atau kediaman...
....maaf ya...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamBole ulas skit.
Cuma nk ajak kita berfikir sejenak.
Ustaz2 slalu cakap syirik haram bg bomoh pawang yg rawat guna kaedah menurun sbb izinkan jin guna badan dia. Tp ramai sy jumpa ber title ustaz guna kaedah panggil jin yg mengganggu supaya merasuk pesakit atau pembantunya. Dgn alasan utk berkomunikasi dan menyeksa mereka. Apa beza ustaz ngn bomoh tu.
Wa alaikum salam wbkth UM...
BalasPadamSekadar pendapat saya...ia berbeza sedikit
kalau jin yang dipanggil ustaz itu sebenarnya
sudah ada dalam badan pesakit...atau jin
yang ada angin bisanya dalam pesakit itu
lari keluar untuk mengelakkan diri dari
ustaz perawat...( iaitu jin tersebut boleh
masuk badan pesakit itu bila-bila masa
saja kerana sudah ada laluan dan penem-
patannya dalam badan pesakit )
Walaubagaimanapun...sengaja dikurung
di dalam badan pesakit dan dikunci
agar tidak dapat melarikan semata-mata
dengan tujuan untuk diseksa termasuk
perkara yang dilarang(..iaitu bukan di
seksa kerana jin itu cuba bertahan terus
tinggal dalam badan pesakit...)
Dan jelas dilarang pada bomoh pula...ia
panggil masuk jinmasuk badannya lalu
meminta pertolongan pada jin tersebut.
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamSy faham keadaan tu cuma yg sy kurang faham sifat sesetengah perawat yg suka menyeru jin yg mengganggu sehingga menyebabkan pesakit kerasukan utk berkomunikasi dgn jin. Tanya mcm2 soalan sedangkan mereka tahu sifat jin suka berbohong dan menimbulkan fitnah.
Jika sewaktu merukyah perawat berniat utk menghadirkan jin. Biasanya pesakit akan terus kerasukan. Pesakit yg xpernah kerasukan bole tiba2 hilang kawalan. Sesetengah pesakit takut utk jumpa perawat islam sbb takut kerasukan.
Kenapa tidak dirawat je. Kenapa perlu hadirkan jin. Apa yg mereka ingin buktikan sebenarnya. bole panggil jin..bole seksa jin..bole bunuh jin.. adakah rawatan xberkesan kalo jin xmerasuk terlebih dahulu. Semoga Allah melindungi sy dari bersangka buruk.
Bg sy adalah lebih baik sewaktu merukyah itu perawat berniat utk musnahkan terus jin dlm badan pesakit..musnahkan penempatan jin dlm badan pesakit.. tutup laluan masuk jin atau musnahkan terus laluan tersebut.
sy berharap jgn ada yg terasa hati. Nasihat ini untuk diri sy juga sebenarnya..
Wa alaikum salam wbkth UM...
BalasPadamSaya setuju dengan pendapat tuan....kecuali
kalau tujuan berkomunikasi itu sebagai
jalan mendakwah bagi perawat yang benar-
benar faham tipuhelah jin juga pakar dakwah.
Tidak sedikit perawat yang terpedaya...malah
timbul buruksangka...kebencian dan permusuhan
antara sesama manusia semata-mata kerana
melayan jin perasuk...
Wallohu a'lam