Ketika menyeberangi sempadan....gerila-
gerila penceroboh tersebut memperlihat-
kan keberanian luarbiasa...
Sementara anggota-anggota keselamatan
bertiarap atau berlindung...mereka berdiri
tegak tanpa sebarang perlindungan...terus
mara sambil memuntahkan peluru dari
senjata-senjata automatik mereka...
Keberanian yang tidak kena pada tempat-
nya itu ternyata membawa padah...apabila
kesemua mereka terbunuh...
Ketika dipereksa...didapati tidak ada tubuh
penceroboh tersebut yang luka atau ber-
darah...namun tulang-tulang mereka patah
atau remuk oleh hentaman-hentaman peluru
pasukan keselamatan...
Terdapat berbagai bentuk tangkal yang di-
ikat pada lengan...pinggang...dibuat kalung
dan sebagainya pada tubuh mereka...
Mengenang kembali peristiwa era konfran-
tasi tersebut...beliau ( salah seorang ahli
keluarga tua yang bertugas sebagai tentera
ketika itu...semoga Tuhan mencucuri rahmat
ke atas rohnya...Amiin)...
...tidak menggunakan sebarang petua atau
amalan...namun dengan izin Tuhan...keke-
balan kulit tubuh penceroboh-penceroboh
ketika itu ternyata tidak dapat menghalang
kecederaan dalaman apabila dibentur oleh
peluru-peluru ' tumpul '...
Pasukan keselamatan menggunakan senapang
patah...dengan peluru tunggal...
Dan peluru tunggal ialah salah satu daripada
jenis peluru senapang patah...
Kalau biasanya ia gunakan peluru penabur...
iaitu bola-bola besi yang berjumlah antara
6 hingga beratus biji mengikut saiz peluru...
manakala peluru tunggal ianya cuma sebiji
bola besi...lebih kurang sebesar biji guli...
Namun untuk ' tubuh biasa ' hentamannya
cukup kuat dan ' tajam '...
Pernah suata ketika...ketua pasukan mereka
( 'orang putih ' ) mengarahkan beliau mene-
mbak seekor seladang dari jarak lebih 50
meter...ternyata dengan izin Tuhan...
cuma dengan sedas tembakan...seladang
itu tumbang...Wallohu a'lam
3 Nota
1. Apa juga jenis tangkal mujarab ia biasa-
nya dari sebab penglibatan penggunaan jin
termasuklah Qur'an Istanbul ( Qur'an kecil )
yang pada sesetengah golongan menganggap-
nya memberi kelebihan luar biasa apabila
dijadikan tangkal...
2. Sementara ada ilmu tangkal kebal yang
perlu dibuka ' kunci ' untuk melemahkan
atau menghilangkannya...terdapat ilmu
kebal ini yang kebal hanya pada kulitnya
sahaja...
Ini bererti...kalau setakat dikelar pisau...
dihayun pedang...direjam lembing...dan
sebagainya...ilmunya ' jalan '...
..tapi kalau ditembak dengan peluru yang
cukup berat dan kekuatannya...pengamal-
nya yang ' jalan '...
3. Kebal itu biasanya kerana jin meresap
dan bersatu dalam badan pengamal...
atau ia berpindah-pindah tempat dalam
badan mengikut keperluan...
...maka apabila jin itu dapat dilemahkan
atau diusir keluar...kebalnya hilang...
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Askm..
BalasPadamsori slalu bg komen. bkn apa.. setelah dibelek2 artikel tuan, ada kaedah & ilmu yg digunakan lebih kurang sama seperti yg sy amalkan.
just perkongsian. ada ilmu kebal yg level tinggi skit yg tumbal(korban) yg perlu diberikan oleh pengamalnya kepada makhluk halus adalah nyawa manusia. sama ada anak pertamanya atau sesiapa sahaja yg rapat dengannya. makhluk halus ini mampu mewujudkan satu lapisan aura perisai pada tubuh badan tuannya. apa juga senjata,peluru mahupun bom takkan mampu menembusinya.malah gunalah petua apa sekali pun takkan berkesan. kerana jin kafir telah menyatu dalam segenap inci tubuh badannya. menguasai seluruh jiwa raganya.
tapi masih boleh ditewaskan oleh pengamal Ilmu Haq yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla dalam gerak mahu pun diamnya. Insyallah.. setahu saya di Malaysia masih ramai pengamal ilmu haq cuma agak sukar dicari kerana mereka tidak suka menonjolkan diri.
wasalam..
Waalaikum salam wbkth SINAR PURNAMA...
BalasPadamMaksudnya semakin besar pengorbanan (dosa)
yang kita sedia lakukan untuk syaitan tersebut
maka mungkin akan semakin ' hebat ' kelebihan
yang akan kita dapat darinya...
Sementara pengobanan yang kita berikan kepada-
nya akan membuat syaitan itu menjadi lebih kuat
dan bertenaga...Wallohu a'lam
Tapi seperti kata SP...ia akan tewas oleh ilmu Haq
dengan izin Allah...
Terima kasih SP atas perkongsiannya...dan semoga
SP akan sudi terus memberi sebarang perkongsian
dan semoga bermanafaat untuk kita semua...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamBegitula nampaknya.
Semakin tinggi tahap kesyirikan manusia maka semakin tinggi tahap kesaktian hitam yg mampu dimilikinya. Sedangkan iblis setelah dilaknat Allah tp memohon kepada Allah utk dipanjangkan usianya hingga hari kiamat. Masih juga Allah kabulkan. Allah Maha Pemurah pd sekalian makhluk walaupun jahat. Maha Penyanyang hanya pd yg beriman.
Makhluk jin memang bertambah kuat kalo dipuja dan disembah. sebenarnya jin mengambil tenaga dari manusia yg memujany itu. Sbb tu sesetengah perawat mengatakan jin liar lebih mudah diurus berbanding jin peliharaan. tp kalo kita tahu kelemahan mereka Insyallah mudah shj sama ada liar mahu pun belaan. Sama-sama kita memusnahkan jin yg cuba mengheret manusia ke dalam neraka. Fi sabilillah..
Wa alaikum salam sirna purnama...
BalasPadamIn-shaa Allah...sebagai khalifah Allah di atas muka
bumi ini...janganlah kita merendahkan darjat diri dengan
berdamping atau malah mempertaruhkan keimanan
pada makhluk-makhluk yang penuh tipudaya ini...
Sebenarnya banyak jin sihir yang asalnya tidak ada
apa-apa...
...namun apabila manusia menjadikannya dampingan
malah tuan atau tuhan...ia akan menghancurkan
manusia tersebut juga manusia lain dengan mem-
pergunakannya...
Maka kita sedar atau tidak sedar...akan jadi kuda
juga ejen jin kafir tersebut...
Kadang-kadang atas alasan khalifah Allah...ada
kalangan kita merasa berhak mempergunakan
jin kerana menyangka dengan darjat ciptaan jin
tersebut yang serendah-rendahnya berbanding
kita...jin itu dicipta untuk berbakti kepada kita...
namun sebaliknya kita yang diperalatkan dan
dipergunakan jin tersebut...
Wallohu a'lam
Assalam..
BalasPadamSetuju!!!
Sebenarnya ramai yg diperbodohkan oleh jin akibat kebodohan sendiri. tapi ada juga yg berakal tahu atau buat2 tak tahu atau sengaja tak nak ambil tahu.
Ketahuilah makhluk jin tidak pernah melupakan dendam kesumat antara mereka dgn manusia. Kerana pd mereka disebabkan moyang kita nabi adam lah maka moyang mereka iblis dilaknat, dihalau dari syurga dan dijanjikan neraka yg kekal selama2nya.
Jgn termakan tipu daya walaupun jin islam yg memujuk utk menawarkan pertolongan kononnya utk mendapatkan pahala membantu khalifah Allah(manusia).
Wa alaikum salam wbkth sirna purnama...
BalasPadamMemang begitulah kalau dah namanya jin...makhluk
itu sentiasa mencari helah agar kelihatan baik...
dan tujuannya agar dapat mendampingi makhluk yang
jauh lebih tinggi darjat ciptaannya...iaitu manusia...
dan tentunya dengan niat jahatnya....
Bagi manusia...ada yang tidak kenal makhluk ini...dan
ada pula yang tahu...tapi demi sedikit kelebihan serta
keuntungan dunia mereka sanggup menggadai ke-
hidupan malah iman mereka...
Suatu ketika dulu saya agak teruja dengan suatu peng-
laman baharu...iaitu bertemu dengan seorang nenek
yang didampingi roh baik anaknya yang meninggal
ketika kecil...dan seseorang berkata kepada saya...
ustaz-ustaz mana tau tentang perkara sebegini...
Saya mengambil masa 3 bulan untuk mengkajinya dan
mendapat suatu keputusan...roh itu sebenarnya
adalah jin kafir yang bukan sahaja sekadar cuba meng-
uasai manusia dengan tipu helah...malah dengan
cara keras..jin itu menyerang sesiapa sahaja yang
tidak percaya kepadanya...
Begitulah caranya jin yang sentiasa mengambil kesem-
patan untuk menyesatkan manusia walau dengan cara
apa pun juga...
Wallohu a'lam