Semasa dirukyah...tiba-tiba mata rakan
tersebut menjadi merah....dan hampir
sahaja air matanya menitis tapi cepat-
cepat disapunya dengan sapu tangan.
Ternyata rakan itu sendiri tidak tahu
sebabnya tiba-tiba ia merasa sedih pilu.
3 Nota .
1. Rasa sedih sayu semasa dirawat atau
dirukyah adalah tanda besar anda ada
jin saka...
Rasa sedih sayu itu juga menunjukkan
bahawa jin tersebut sayang kepada
anda dan tidak sanggup atau tidak rela
berpisah dengan anda...
Mungkin juga jin itu menganggap ia ada-
lah pelindung anda...tapi setakat yang
saya fahami...jin ( yang biasanya ' bengap '
itu ) tidak sedar bahawa kehadirannya se-
baliknya menyusahkan manusia ' jagaan-
nya '...
2. Rasa sedih sayu itu kerana jin tersebut
merasakan rawatan tersebut berpotensi
untuk memisahkan ia dari manusia yang
' disayanginya '...
...dan anda turut merasa sedih sayu dari
sebab ada angin bisa jin tersebut dalam
bahagian dada anda.....iaitu anda dapat
merasakan kesedihan jin tersebut...
Begitu juga.....kalau anda ada amalan
pendinding dan anda sering merasa sedih
sayu tanpa sebab munasabah...
...maka mungkin kesan amalan tersebut
membawa jin itu ke saat-saat yang sukar
di mana jin itu merasakan anda cuba
menjauhinya...
...atau menyebabkan ia sukar mendekati
anda...
3. Adapun risiko dari kasih sayang jin
ini...apabila anda sendiri beramal atau anda
minta rawat sehingga jin itu semakin sukar
mendekati ( mungkin jin itu terasa ' di abai-
kan ' )...
...maka sekurang-kurangnya anda akan me-
rasa sedih sayu...atau kalau lebih sikit...
boleh jadi anda rasa seperti nak jadi gila...
atau kalau anda lemah semangat juga suka
memperturutkan perasaan...boleh jadi gila
dari sebab turut ' menanggung ' kesedihan
jin yang biasanya agak terlebih-lebih...
Malah hati terasa sedih meraung-raung...
adalah perkara yang sangat lumrah bagi
rasukan perasaan ini...terutama bila ia-
nya jin saka keturunan...atau apabila
angin bisanya cukup padat dalam bahagian
dada atau kepala...
...malah ada juga jin yang sanggup mem-
bunuh manusia dampingannya daripada
terpisah atau terlepas begitu saja...
...dan biasanya jin itu cuba pengaruh anda
supaya membunuh diri seperti terjun dari
tempat tinggi...gantung diri...minum racun
...minta langgar kereta dan sebagainya....
Satu kisah...jin betina itu mempengaruhi
lelaki manusia yang dicintainya masuk
kedalam hutan hingga dijumpai terbunuh
oleh serangan binatang buas semata-mata
kerana tidak mahu ianya terlepas dan
kembali kepada keluarga manusianya...
Kalau anda suka ikut hati...apa saja boleh
jadi...
Sebaiknya anda fahami...ia bukan per-
asaan anda dan jangan dilayan sangat...
...biarlah jin itu sedih dan menumpangkan
kesedihannya...apabila angin bisanya
semakin kurang dalam dada...maka
rasukan perasaan itu juga akan semakin
berkurang...In-shaa Allah...
Saya masih ingat...seorang rakan meluah-
kan perasaan...rakan-rakannya menasihat-
kan ia berjumpa doktor sakit jiwa kerana
gangguan perasaan yang di alaminya...
...tapi dari sebab ada gangguannya...saya
beritahu...ia tidak ada sebarang 'urusan'
dengan doktor sakit jiwa...sebaiknya
ia cuma perlu rawatan gangguan jin...
Wallohu a'lam
Assalam..
BalasPadamsekadar perkongsian.
satu lagi perkara yg perlu diambil perhatian adalah peranan si Qarin pendamping setiap manusia yg berbangsa jin kafir tu. setahu saya qarin ni suka menambah2 perasaan manusia. sama ada kalo marah akan menjadi terlalu marah atau sedih jadi terlalu sedih atau gembira jadi terlalu gembira. malas solat, kalo solat pun suka dihujung waktu, baru angkat takbir terus berkhayal solat sehingga lupa bacaan dan rakaat,susah tidur fikiran berulang2 fikir benda yg sama,kuat berangan dan lain2.
tugas qarin menghalang dan mengganggu manusia utk buat baik. tugas syaitan(jin@manusia) menggoda dan menghasut kita buat jahat. memang sepadanlah mereka tu.
ada kes sewaktu merawat org yg terkena ilmu hitam. apabila di bacakan rukyah, jin kiriman akan keluar dari jasad kerana kepanasan. tapi qarin yg selalunya berada di luar jasad akan terus take over masuk dalam jasad. kerana jasad sudah lemah tidak mampu melawan. bacalah apa pun sebanyak mana pun pasti susah nak keluarkan malah diejek dan diulangnya bacaan kita. mungkin sistem imunisasi dia tinggi dan diizinkan berumur panjang. Tp ada kaedah mudah utk keluarkannya dengan izin Allah.
kelemahan utama qarin adalah istigfar..
wasalam.
Wa alaikum salam wbkth SIRNA PURNAMA...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya...
semoga kita semua dapat memanafaatkan rahsia
besar ini...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum saudara Junied.
BalasPadamKalau saudara masih ingat, sy pernah meminta nasihat dari saudara mengenai jin saka keturunan yg tidak mahu berpisah dgn sy. Alhamdulillah banyak manfaatnya nasihat2 saudara.
Saudara, sy rasakan sy lemah dan selalu kecundang. Sy cuba beramal seboleh mungkin tetapi asyik tewas. Nampaknya jin itu banyak helahnya. Bila sy konsisten beramal dn tidak tinggal solat, jin itu strateginya lain pula. Dia akan buatkn sy marah n menganggu emosi sy.
Kadang2 sy seperti tidak tertanggung semua ini kerana sy rasa seperti dikuasai sesuatu. Sy selalu takut2 melakukan apa pun pekerjaan, suka menyendiri dan tiada semangat.
Belakang badan sy selalu sakit2, berdenyut2, rasa seperti semut2..
Saudara, boleh tidak sy meminta untuk dibuang saka ini dengan cara yang keras?
Sy sudah tidak sanggup kerana ia menganggu ibadah wajib sy....
Wa alaikum salam wbkth Syera....
BalasPadamSebaik-baiknya bagi gangguan saka di samping ber-
amal..dapatkan juga rawatan pakarnya.
Rawatan itu penting untuk memusnahkan lebih
cepat penempatan juga angin bisa dalam badan
agar tindakbalas juga tipu helah jin itu semakin
lemah...Insha Allah.
Di belakang itu ada penempatan...semut-semut itu
jin...dan sakit-sakit itu kesan angin bisanya.
Bagi perawat salah satu cara terbaik adalah dengan
memusnahkan tempat tersebut dengan di tepuk-
tepuk dan ditarik atau tolak keluar
Kalau nak buat sendiri....tarik nafas...tahan...baca
Ayat Kursi dalam hati sambil tepuk-tepuk setakat
mana sampai niat hancurkan jin...angin bisa...dan
penempatannya...kemudian sapu cepat seperti
membuang debu tapi bayangkan jin dan angin
bisa itu yang disapu hingga 'terpelanting' keluar.
Namun kalau ada perawat berpengalaman lagi baik.
Kita solat dan beramal...yang marah itu jinnya...
tapi jin itu menumpangkan rasa tersebut dalam
perasaan kita...lagi marah atau terganggu tanda-
nya lebih terjejas jin tersebut.
Kalau maksudnya Syera minta buat rawatan jarak
jauh...sila maklumkan nanti...cuma saya juga
sekadar dapat berusaha....pada Tuhan juga kita
harapkan.
Wallohu a'lam
Alhamdulillah. Terima kasih atas maklumbalas ini saudara. Agak susah saya mencari perawat di area kota belud ini, saya mengikuti perkembangan ustaz Muhammad imantheraphy di putatan melalui internet namun belum kesampaian ke sana. Lagi pula ustaz sedang umrah sekarang kan.
BalasPadamsaya memang berikhtiar mencari perawat. Smoga Allah temukan saya dgn perawat seperti saudara atau ustaz Muhammad.
kalau saudara boleh membuat rawatan jarak jauh, bagaimana saya boleh hubungi saudara?
Terima kasih yg tidak terhingga saudara Junied. Semoga Allah sentiasa memberkati anda.
Sama-sama Syera...
BalasPadamSaya sebenarnya bukan seorang perawat...hanya
sekadar pengkaji...dan rawatan itu biasanya apa-
bila secara kebetulan saya melihatnya perlu ter--
utama kalau tiada perawat lain.
Untuk rawatan ini juga hanya ikhtiar sampingan
sebaiknya Syera terus manjaga malan sambil
berusaha mecari perawat berdepan.
Saya akan cuba buat rawat bebas pada Syera
malam ini...Syera cuma perlu sediakan dua
botol mineral 1.5 liter...dan baca fatihah kemudian
tiup pada botol tanpa perlu membuka tutup sambil
niatkan ianya untuk saya buat pengisian mudah-
mudahan jadi penawar kepada gangguan juga
sakit yang Syera tanggung.
Esok jam 6 pagi barulah air ini mula minum...sapu
muka dan badan terutama pada belakang dan
tempat sakit.
Dalam masa yang sama mungkin saya buat peng-
isian ada Syera...tak perlu bersedia tapi kalau
tidur malam sebaiknya ambil wuduk terlebih
dahulu.
Tidak perlu ada sebarang perhubungan lain....
hanya saya harap Syera dapat memberitahu
perkembangannya pada waktu pagi atau
tengahari....setiap hari ( tiga hari ).
Saya akan buat dalam 3 malam mulai malam
ini dan akan menilai samada rawatan serasi
atau tidak...barulah kita akan tahu samada
perlu diteruskan atau tidak...Insha Allah.
Dan nanti renjis air tadi pada 4 penjuru bilik...
pantang sementara makan buah pisang...
telur ayam dan daging binatang berkaki 4.
Insha Allah Syera ya...yang penting jaga
amalan seperti biasa.
Wallohu a'lam
Seperkara yang penting...dalam berusaha kita semua
BalasPadamsama-sama bergantung harap dan berdoa memohon
pertolongan...perlindungan dan kesembuhan pada
Tuhan...semoga apa juga kita ikhtiarkan...mudah-
mudahan menambahkan lagi rasa pergantungan
hati kita kepada Tuhan...dan bukannya berpaling
mengharap kepada sesama makhluk...
Wallohu a'lam
Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 saudara Junied. Insha Allah sy akan bersedia malam ini dan seterusnya.
BalasPadamAdakah boleh sy gunakan air td untuk campur dalam mandian?
Assalamualaikum Saudara Junied.
BalasPadamAlhamdulillah pagi ini badan sy rasa lebih ringan walaupun ada juga terasa panas dan sengal2 di bahagian belakang tapi sakitnya tidak sekuat sebelum ini.
Semalam, selepas maghrib satu badan sy sakit, seperti ada letupan2 kecil dalam badan, belakang sy sakit menyucuk, rasa seperti panas dibakar. Kaki sy lenguh seperti berjalan jauh.
Tq saudara. Email sy, syerashahira24@gmail.com
Saudara, saya sudah merenjis bilik dengan air rukyah. Skrg ni, setiap kali sy masuk ke dalam bilik, badan sy jadi sakit dan rasa kepanasan.
BalasPadamYa Allah...semoga Allah terus berikan sy kekuatan dan istiqamah beramal....
Wa alaikum salam wbkth Syera...
BalasPadamAlhamdulillah...dengan izn Tuhan nampaknya ada
sedikit pekembangan positif...
1. Boleh campur air mandian...dan boleh sapu pada
badan.
2. Letupan itu angin bisa pecah...Insha Allah...
rasa panas itu tindakbalas angin bisa pada
pengisian.
3. kaki lenguh setelah dibuat pengisian....mungkin
ada 'benda' menumpang padanya.
4. Bilik itu sudah berpagar...dan secara teorinya
begitulah jin rasa apabila memasukinya...panas
dan sakit...
...cuma kerana ada benda atau angin bisa masih
berada dalam badan...maka Syera juga rasa...
namun bagi jin yang mengganggu rasa lebih
panas dan sakit...Insha Allah...maka Syera
banyak-banyakkan bersabar dan bertawakkal.
Ihtiar mengurangkan kesan tindakbalas...Syera
ambil air kosong segelas baca salawat 11 kali
dan tiup kemudian minum serta sapu muka
atau boleh terus sapu badan...
Saya akan buat pengisian dua malam lagi hingga
ahad malam...dan untuk sementara itu saya tak
akan buka blog memandangkan masa yang
agak terhad ya.
Wallohu a'lam
Alhamdulillah. Terima kasih saudara.
BalasPadambadan sy semakin ringan, hati sy semakin lapang. Berbanding sebelum ini, hati sy rasa ditutup dengan mcm2 perasaan negatif, suka berfikir yg bukan2 dan bersangka buruk.
Terima kasih banyak2 saudara Junied. Semoga Allah memberi kemudahan dlm perjalanan hidup saudara menuju Allah..
Alhamdulilah...sama-sama Syera...amiin...
BalasPadamYang penting sentiasalah jaga amalan...yang berkuasa hanya Allah...tapi bagi kita jangan
sampai terlalai kerana syaitan tak akan pernah
lupakan kita selagi kita bernyawa di atas muka
bumi sementara ini..
Wallohu a'lam
Alhamdulillah, sy akn cuba mnjaga amalan saudara. Terima kasih ats bantuan saudara..Smoga Allah memudahkn urusan saudara di dunia dan di akhirat...
PadamAmiin...Insha Allah...sama-sama Syera...
BalasPadamDan ruangan ini terus terbuka atas apa juga per-
kongsiannya ya...
...semoga Tuhan merahmati dan memberi ke-
berkatan dalam hidup kita dunia akhirat...
Wallohu a'lam
Pounsikou☺
PadamAlhamdulillah...bah...miagal...
BalasPadam