Pada yang pergi...semoga kebahagiaan
abadi untukmu menanti...
Pada yang masih gagah berdiri disini...
semoga Tuhan sentiasa melindungi...
Teruskan perjuanganmu memburu...
...keredhaan Ilahi...
Pada yang ditinggalkan...semoga engkau
terus tabah...dan merelakan ia pergi...
namanya telah tercatat dalam sejarah...
sepanjang zaman...tetap menghiasi...
Semoga Tuhan melemahkan...dan meng-
hancurkan...setiap langkah-langkah...
musuh yang mengkhianati...
Dan semoga...mereka akan lebih engkau
hargai...
Telah terbukti kini...walau nyawa jadi
pertaruhan...wira-wira negara tercinta
ini...undur...tidak sekali-kali...
Wallohu a'lam
assalam..
BalasPadamSy slh sorg anggota kslmtn yg sedang btugas di lahad datu. Siang bsiapsiaga. Mlm btempur scara kebatinan dgn puak2 pganas sulu. Mmg diorg guna jin ifrit dan jin hutan level tinggiutk mbantu diorg. Kalo sudi bole bgabung tenaga join skaki.. Tolong maklum dgn ust muhammad di putatan skali.
Wa alaikum salam wbkth sirna purnama...
BalasPadamInsya Allah saudara...kita sama-sama berusaha
setakat mana termampu...semoga Tuhan
sentiasa melindungi saudara dan rakan-rakan
wira negara khususnya dalam kawasan-kawasan
genting...juga kita seluruh rakyat negara bertuah
ini...
Sebelum bermula pertempuran lagi...ada rakan
yang beritahu tentang serangan-serangan sihir
ke atas pasukan keselamatan...rupanya ia
benar dan nampaknya masih terus berlangsung.
...malah faktor jin-jin ilmu yang kehilangan tuan
juga perlu diambil perhatian...namun Allah ber-
kuasa ke atas segala-galanya...
Semoga Tuhan hancurkan barisan-barisan musuh
yang kelihatan atau ghaib dari pandangan mata
kasar...Amiin...
Sy rasa ust muhammad ingat sy lg. Pernah dia uji berlunjur kaki dan kedua telapak tgn letak di lutut. Buat 2kali tp dua2 telapak tgn xjatuh.
BalasPadamAritu sy scan waktu jet pejuang gugurkn bom & waktu ATM serang guna mortar tp sorg pn xmati. Ada segolongan jin sorokkn mereka di alam ghaib dan keluarkn semula ke alam nyata slps serangan habis. Mcm david copperfel.
Aritu fight ilmu dgn jeneral hj musa alhmdlh Allah bantu. Dia tewas & tawar ilmunya. Dpt ditembak mati.
Alhamdulillah....kalau begitu tentunya ustaz masih
BalasPadamingat...
Segala yang berlaku atas kekuasaan dan izin Tuhan...
dan IT sememangnya amalan serba guna...syukurlah.
Tentu umum tak sangka sampai begitu sekali ilmu
guna jin boleh digunakan...tak hairanlah kalau
penceroboh itu sedia berperang...
Biasanya ilmu jin akan buat seseorang itu merasa
diri hebat kerana pengaruh dari dampingannya...
dan pasti buat mereka pandang rendah pada
anggota keselamatan kita...hingga berani bertindak
ganas dan tidak berperikemanusiaan walau dilayan
dengan sebaik-baiknya...
Ternyata...tak mereka sampai ke mana juga...
sebaliknya tanpa sedar mereka menjerumuskan diri
ke dalam bahaya dan kebinasaan...
Bagi saya saudara menjadi contoh bahawa kita
bukan hanya perlukan persediaan alat kelengkapan
perang yang canggih...tapi serba sedikit juga memerlu-
kan 'kekuatan dalaman'...malah perang jihad di
Afghanistan ketika era Russia ada cerita penglibatan
makhluk-makhluk yang tidak terlihat oleh pandangan
mata kasar...
Semoga segala pengalaman kita akan mendekatkan
lagi hati kepada Tuhan...dan semoga Tuhan sentiasa
melindungi tanah air kita dan khususnya semua pihak
yang terlibat secara langsung menentang musuh
negara ini...Insya Allah...
assalam...
BalasPadamsy ni kira unit tak berdaftar dalam pasukan keselamatan. mana2 pengganas yg sukar utk dibunuh akn dimaklum pd sy. Alhamdulillah dgn pertolongan Allah dpt dimusnahkan ilmu mereka(jin khadam) maka hilanglah kebal. kebanyakan pengganas juga mahir guna ilmu asal usul. 4 unsur kejadian manusia tanah api air angin. ilmu ini ada pada setiap bangsa islam mahu pun kafir. kalo menguasai ilmu ini bukan sahaja kebal malah mcm2 lg bole dibuat.
dari tanah asalnya daging
dari air asalnya tulang belulang
dari angin asalnya urat saraf
dari api asalnya darah
cuma yg mereka tak tahu adanya satu lg unsur dalam diri manusia iaitu unsur roh yg berasal dari NUR(cahaya). unsur ini hanya dapat dikuasai oleh org beriman yg berpegang teguh pada Al Quran dan Hadith. yg mampu menewaskan segala ilmu yg berasal dari 4 unsur di atas dengan izin Allah.
La haulawala quata illa billah..
Wa alaikum salam wbkth sp...
BalasPadamAlhamdulillah...antara pengganas ini pastinya
sudah berpengalaman bertahun-tahun ketika
menentang tentera Filipina dulu...tapi mereka
lupa seperkara...dalam anggota keselamatan
kita yang berbilang bangsa dan agama...(lebih-
lebih lagi Islam)...mereka akan menghadapi
kekuatan dan kelebihan yang berbeza...
yang bakal 'menyukarkan' khadam mereka...
Semoga pengalaman ini dapat memberi penga-
jaran dan peringatan kepada golongan mereka
yang bercita-cita untuk membuat onar di negara
kita...
Saya juga sangat bersetuju dengan tindakan kerajaan
juga pihak keselamatan yang telah mengerahkan
segenap kekuatan dan kelebihan untuk menghapus-
kan pengganas ini...
...ini sebagai amaran kepada sesiapa juga...bahawa
soal keselamatan dan kedaulatan negara adalah
perkara yang sangat serius...
Semoga Tuhan sentiasa melindungi negara bertuah
ini...In-shaa Allah...
Dengan serba sedikit kelebihan yang Tuhan titipkan
pada saudara dan rakan-rakan...semoga akan terus
dapat beri sumbangan kepada barisan pertahanan
dengan IzinNYA juga...
Wallohu a'lam
Insyallah..
BalasPadamNafikanlah segala kelebihan dan kekuatan yg ada pada dirimu..kerana segalanya adalah milik Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa.
Nescaya Allah akan menguruskan segala2nya untukmu..
Bagi mereka yg tidak pernah berhadapan dgn makhluk halus mungkin sukar untuk menerima cerita2 pelik sebegini dengan logik akal. Tapi bagi yg sudah biasa akan menjadi terbiasa.
wasalam..
ALLAHU AKBAR.
BalasPadam...Laa haula walaa quwwata illaa billaah...
BalasPadam