Isnin, 25 Mac 2013

Mayat Cepat Reput...3N.

3 Nota...

1.Ia mungkin kerana faktor cuaca...tindak-
balas bahan kimia...berkaitan kandungan 
bakteria...dan sebagainya...

Tapi apabila ia berkaitan gangguan...maka
cepat reput atau busuk dan sebagainya itu...
menunjukkan ada angin bisa jin yang padat
pada tubuh mayat tersebut...

Pada keadaan 'biasa' ia berlaku pada bina-
tang yang disembelih untuk jin...maka ia lebih
cepat busuk dan rosak berbanding yang di-
sembelih dengan niat kerana Tuhan...

Malah sebulan lalu...saya merasa ada keanehan 
pada kuih yang diberi seorang rakan...kemudian
saya tahu hari sebelumnya kuih itu diletak dalam
bilik sajian ( sajian untuk makhluk halus...jin ).

Ianya jenis kuih keras maka sepatutnya ia lebih
lama bertahan...namun kuih tersebut berbau
bangkai...

2. Angin bisa jin yang padat boleh bererti...
semasa hidupnya tubuh itu dihuni jin...terutama-
nya jin ilmu ( jin yang dicari dan dipelihara atau
dipertahankan )

Resapan jin itu biasanya bertujuan untuk men-
dapat sesuatu kelebihan dunia seperti kecantikan
ketahanan...kekuatan...kebal...silat spontan tanpa 
belajar dan sebagainya...

3.Mayat cepat berulat...mungkin kerana tubuh
tersebut cepat rosak maka pembiakan ulat lalat
dan serangga lainnya lebih mudah dan cepat...

Tapi apabila ia berkaitan gangguan...maka ia 
boleh jadi antara beberapa sebab...

a. Tuntutan ilmu sihirnya...maka ia bukan ulat
biasa tapi termasuk gangguan dan permainan
jin...( kesan sihir ).

b. Boleh jadi juga manusia empunya ilmu 
sudah lama mati atau terbunuh...tapi tubuhnya 
dirasuk dan ditumpang guna oleh jin ilmunya...

...maka apbila jin tersebut keluar....keadaan
tubuh mayat itu menjadi sebagaimana sepatut-
nya...

...dan sebagainya...

Pada keadaan biasa ia seperti seseorang yang
sakit terutama kerana gangguan saka atau jin
ilmu...ianya meninggal tapi jin pengganggunya
terus tinggal dalam badan...dan timbul cerita
bagaimana badannya sudah kurus tapi makan-
nya sebelanga dan terus kurus tak gemuk-
gemuk...

..atau seseorang yang dirawat...apabila jin ter-
sebut keluar...manusia tersebut ' meninggal '...

Dari segi lain...ia mungkin juga azab dunia untuk
pengamal sihir dimana bayangkan jenazah biasa
merasa sakit pedih semasa dimandikan...dan apa
pula lagi apabila ulat-ulat memakan daging dan 
segala isi badannya...

Kesakitan ini adalah dari sebab adanya 'luka-luka 
ghaib' akibat sakaratul maut...( iaitu proses pena-
rikan roh daripada segenap darah daging seseorang
manusia...oleh malaikat Izrael as...)

Maka setiap kesakitan maut itu tidak akan dapat
ditandingi oleh apa juga kesakitan di dunia...
kerana ia adalah pintu terakhir sesorang manusia
itu...untuk pindah ke alam Barzakh...

...dan kalau ia terus diazab...maka azab seterusnya
sentiasa akan semakin berat lagi hinggalah ke Alam
akhirat....

Walllohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan