Jumaat, 28 Oktober 2011

WARISAN SAKA 3 : Tekanan Perasaan

1. Iaitu jin atau sekurang-kurangnya angin bisa jin
menempati bahagian dada anda...

Maka antara kesan utamanya...

a. Anda merasa tertekan tanpa sebarang sebab...
- Iaitu apa juga bentuk tekanan perasaan samada
suka atau duka...

b. Anda merasa tertekan tanpa sebab munasabah...
- Iaitu ada sebabnya...tapi tekanan perasaan yang
anda rasakan terlalu besar berbanding dengan
penyebabnya yang malah mungkin anda anggap kecil.

c. Anda merasa tertekan atau gelisah berpanjangan...
...dan sebagainya...

2. Kalau tekanan itu berbentuk kegembiraan dan kesero-
nokan...maka anda merasai tekanan untuk terus ber-
gembira dan berseronok hingga tak dapat mengawal
diri...

Kalau ia berbentuk kerunsingan dan kesedihan...maka
anda akan menjadi seorang pemurung berpanjangan...

Kalau ia berbentuk penentangan seperti marah...dengki
...benci...dan sebagainya...maka anda akan berdendam
kesumat dan tersumbat...

...iaitu perasaan anda tersumbat daripada keinsafan...
sebaliknya asyik berfikir nak menganiaya...membalas...
atau memusnahkan orang semata-mata...

3. Pendek kata...apa pun yang anda hadapi...atau anda
alami...akan membuat anda merasa gelisah dan tertekan
sepanjang masa...

4. Tekanan itu mungkin berbentuk tekanan mudah...dan
santai...atau sederhana...atau boleh jadi sangat he-
bat...

..hinggakan membuat seseorang itu menjadi ' setengah
tiang ' iaitu adik beradik kepada tiga suku...

...atau mungkin membawa seseorang itu kepada separuh
gila...gila buatan...atau boleh juga jadi gila betul-
betul ( bukan gila cubaan...)

5. Dari tekanan perasaan gangguan jin saka ini...sese-
rang itu biasanya boleh melakukan sesuatu tindakan
di luar dugaan...

...iaitu bergantung kepada kesebatian jin atau angin
bisa dalam dada...

6. Biasanya pembentukan tekanan gangguan ini bermula
dari kecil-kecilan...

Dan tanpa pertahanan atau rawatan...ia semakin banyak
dan semakin padat...bersama betambahnya masa...

7. Agar tekanan ini lebih ' sedap' maka ada juga ' re-
mpah ratus ' yang ' chef ' jin itu sediakan khas untuk
anda iaitu...

a. Jantung berdebar-debar...atau dada berdebar-debar...

b. Rasa sempit dada...

c. Rasa berat atau sesak dada ( sesak nafas...)

d. Rasa panas dada ( atau mungkin anda rasa panas
hati )

e. Rasa terhimpit...

f. Rasa sakit dada ( yang mungkin anda rasakan sebagai
sakit hati...)

...dan sebagainya...

8. Tekniknya...kalau perasaan anda merasa tertekan...
atau kalau anda cuba melawan atau mengawal perasaan
jahat anda...anda akan merasai mana-mana gejala di atas.

Kalau angin bisanya dah padat..semakin di lawan...maka
semakin teruk kesan di atas anda rasakan...

Maka ia biasanya antara dua...

a. Anda tak merasa lega daripada tekanan perasaan dan
gejala di atas...selagi anda tak melempiaskan apa yang
mejadi tekanan kepada anda...

Contohnya...anda tertekan oleh perasaan marah dan anda
tak akan reda sebelum anda melakukan kekerasan...


b. Dan yang lebih teruk adalah anda bukan merasa ter-
tekan semata-mata tapi sebaliknya terasa sangat sakit
hati...sakit dada...sakit jantung...dan sebagainya...

Makin dilawan...semakin sakit...makin diikut pula...
semakin menjadi-jadi...dan bila dah menjadi-jadi tu...
anda ' lepas habis '...baru anda mula rasa lega atau
hilang kesakitan...

Yang jadi masalahnya...bila dah lega itu...sedar-sedar
sahaja...anda baru siap sterika belakang orang...atau
baru siap kelar orang dan sebagainya...

Iaitu tindakan anda semata-mata untuk menghilang rasa
sakit dalam dada...yang menambahkan seksa pada tekanan
perasaan...

Kerana itu...kekejaman pengaruh tekanan dan kesakitan
ini tak ada hadnya..tak ada peraturan...tak ada lampu
merah lampu hijaunya...lampu kelabu pun tak ada...

9. Biasanya jin akan mempergunakn setiap alat dan pel-
uang....yang anda sendiri sediakan...

Samada anda seorang suami...atau isteri yang ada pasa-
ngan bermasalah...atau anak-anak bermasalah...

Samada anda ' bos ' atau pekerja biasa...lebih-lebih
lagi pekerja luar biasa...mula kerja jam 8 am...datang
jam 8 lebih ( tapi lebihnya 3 jam )...

Samada anda berkerja sendiri...atau memanjang cari
kerja tapi tak kerja-kerja...sebab suka pilih-pilih
kerja...

Samada anda di tempat sendiri atau seronok jadi PTI
di tempat orang...

Samada anda sihat...atau sebaliknya...dan sebagainya...

Tak kira anda siapa...dan dimana juga...zaman mana...
syaitan itu akan mempergunakan setiap cara berfikir...
cara merasa...dan keadaan anda...untuk membentuk suatu
tekanan dalam perasaan anda sendiri...

Dan hasilnya...samada anda berwaspada dan selamat...
atau bakal menjadi kuda tunggangannya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan