Jumaat, 14 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (15)...'Saudara Membunuh Diri'. . .

Kisah 1

Ada satu kisah dari Barat...bagaimana seorang pekerja
lelaki yang terperangkap dalam sebuah bilik sejuk tem-
pat penyimpanan daging beku selama beberapa belas jam
akhirnya didapati terbunuh kerana darahnya membeku...

..sedangkan penyiasatan polis mendapati sebenarnya
alat penyejuk bilik itu telah rosak dan tak cukup un-
tuk membekukan darah seseorang di dalamnya...apalagi
menyebabkan kematian...

Maka kesimpulannya...bukan alat penyejuk...tapi keku-
atan keyakinannnya sendiri yang menjadikan darahnya
membeku...

Dalam beberapa jam terperangkap itu ia pastinya yakin
bilik itu terlalu sejuk...maka perlahan-lahan kekuatan
daripada keyakinannya itu membekukan darahnya sendiri
dan membunuh dirinya...

Kisah 2

Seorang taukeh yang baru berumur awal empat puluhan
didapati telah meninggal dunia oleh keluarganya apa-
bila mereka cuba mengejutkannya bangun pada satu pagi.

Tak ada sebarang penyakit yang dikesan yang dapat di-
kesan sebagainya penyebab kematiannya...

...tapi beberapa bulan sebelumnya ia pernah meluahkan
perasaannya pada saya yang kebetulan membeli sesuatu
dikedainya yang menjual alat kelengkapan rumah dan
kebun...

Perniagaannya cukup tenat...kadang-kadang selama be-
berapa lama kedainya langsung tak didatangi pelanggan
tapi ia tetap membuka kedainya setiap pagi kerana ia
dah buntu...tak tahu apa bendanya lain yang dapat ia
buat...

" Kalau boleh...saya tidak mahu bangun pagi lagi..."

Dan akhirnya ia benar-benar tak bangun pagi lagi...


KEYAKINAN DAN KEMAHUAN ' MEMBUNUH DIRI '

Kisah pertama menunjukkan betapa keyakinan boleh men-
yebabkan kebinasaan...

Dan kisah kedua...kemahuan yang kuat dari sebab pera-
saan berputus asa...juga boleh menyebabkan kebinasaan..

...dengan izin Tuhan...

Kedua-dua kisah di atas sebenarnya antara contoh...
apa yang boleh kita buat dengan kekuatan dalaman kita
sendiri (roh)...

Dalam hidup sehari-hari ia umpama kita meniti dengan
mudah sekeping papan yang diletakkan antara dua biji
bata...

Tapi apabila papan itu direntangkan antara dua buah
puncak bangunan pencakar langit...kita akan jatuh
sebelum sampai ke sebelah...

Ia papan yang sama...tempat berpijak yang sama...tapi
ada perkaranya yang berbeza iaitu...keyakinan kita...

Pada papan atas dua biji bata...kita yakin boleh...ma-
ka dengan mudah sahaja menyeberangnya...

Pada papan atas puncak bengunan pula...kita akan jatuh
kerana kita yakin akan jatuh...padahal ia laluan yang
sama...

Adapun kerana tempat itu terlalu tinggi hingga membuat
kita gayat..pening..pitam dan sebagainya...maka ia ada-
lah alasan ciptaan kita sendiri...dan kalau fikiran
serta perasaan kita pada papan atas bata itu kita bawa
ke papan atas puncak dua buah bangunan...

...maka pasti kita akan mudah sahaja menyeberanginya...

Namun ternyata tak sedikit kalangan kita yang gagal...
jatuh...hilang punca dan sebagainya...kerana kita sen-
diri selalu mencipta alasan...

Maka dari alasan...kita kerahkan kekuatan kita untuk
menjatuhkan diri sendiri...malah untuk membunuh cita-
cita...membunuh usaha...

...juga perlahan-lahan 'membunuh' diri kita sendiri
dengan alasan penyakit...kuat gangguan dan sebagainya.

Kekuatan daripada keyakinan itu adalah suatu kelebi-
han dan kehebatan kurniaan Tuhan...

Dan terpulang pada kita bagaimana menggunakannya...dan
keyakinan itu akan membawa kita ke mana sahaja yang
kita mahu...

Keyakinan yang baik...baik jadinya...keyakinan buruk
maka buruk jadinya...dengan izin Tuhan...

...kenapa perlu kita menyalahgunakannya...?

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan