Khamis, 20 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (16). . .Garam Misteri. . .

Sudah sekian lama ibu itu mendapati ada sesuatu
yang tak kena pada rakan sekerjanya yang juga
seorang wanita...

Apabila ia berdiri di sebelah belakang atau du-
duk dikerusi yang baru ditinggalkan rakannya itu
ia terhidu bau hamis...

Pernah suatu ketika semasa bergurau dan memegang
pergelangan tangan rakannya itu...ibu tadi terasa
memegang satu pergelangan tangan berbulu tebal...

Rakannya itu juga sangat gemar memakan garam...
dan hinggalah suatu ketika kakinya sakit serta
membengkak...

Hospital tak dapat mengesan puncanya...dan ubat
yang diberi juga tak berkesan...

Maka ia meminta nombor telefon perawat berdekatan
dan ibu itu memberi nombor telefon bimbit seorang
perawat yang tak sampai setengah kilometer jauhnya
dari pejabat...

Namun ternyata rakannya itu tak berani menelefon
perawat tersebut...

Tiga hari kemudian...suatu malam...ibu itu mendapati
ada taburan ketul-ketul garam besar dalam nasi yang
digorengnya...sedangkan ia tak menggunakan garam be-
sar...juga tak menyimpannya dalam rumah...

Ibu itu mengutip ketul-ketul garam tersebut kemudian
menghabiskan nasi gorangnya...walaupun sekali sekala
ia terasa mual semasa memakannya...

Malam ketiga selepas itu...ia merasa tak sedap badan
..panas...gelisah dan tak dapat tidur...

Rasa sakit berpindah-pindah dari kepala...perut dan
sendi-sendi...

Hari ketiga ia menelefon saya minta buatkan air doa.

Saya beri padanya air yang dibacakan...

1.Fatihah 7 x

- Tiup air

2.Salawat 3 x

- Tiup air

3.Ayat Tujuh 1x

- Tiup air

4.Ayat Kursi 1x

- Tiup air

5.Yasin 1x

- Tiup air

6.Auuzu billaahissamii el' Aliimi
mishaithoo nirrojiim 21 x

- Tiup air

7.Lau Anzalna 3x

- Tiup air

8.3 Qul 3x

- Tiup air

9.Ayat Seribu Dinar 3x

- Tiup air

10.Bismillaahi..Maasyaa Allah...laa haula walaa
quwwata illaaa billahil Aliiyil Aziim...11x

- Tiup air

Siangnya saya beri...dengan izin Tuhan...malamnya
ia rasa dah agak selesa dan tidur nyenyak...

Amalan di atas biasanya saya buat setiap malam...
kecuali sekiranya ada sesuatu halangan yang tak dapat
dielakkan...sedangkan Ayat Manzil saya cuba juga tak
tinggalkan jadi amalan biasa pagi petang atau pagi
malam...

( cuma untuk amalan biasa...Fatihah itu saya baca 3 x
sedangkan 7 x itu untuk rawatan diri atau orang lain )

Saya ada bertanya pada ibu itu...samada ia ada memberi-
tahu perawat tersebut mengenai rakannya...

...ia dah beritahu dan perawat itu mengingatkannya....
agar berhati-hati...walau sekadar memberi telefon kepada
seseorang kerana pasti ada risiko serangan jin yang meng-
ganggu orang tersebut...

Sebaiknya apabila anda meminum atau memakan sesuatu...
tiba-tiba anda merasa mual tanpa sebab...

...maka sebaiknya anda tinggalkan kerana antara kemung-
kinan besar sebabnya adalah...

1. Ada bisa jin padanya...tak kira dari mana puncanya.

...atau...

2. Ada benda kotor atau tak halal padanya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan