Jam 9 pagi....ZD didapati telah meninggal dunia
dalam kereta...
Sejak betahun lamanya ia menjadi penagih arak
tegar...dan dikatakan sudah lama ia jarang seka-
li makan nasi...sebaliknya ia hidup dengan arak.
Walaupun sudah dua hari sebelum meninggalnya...
ia dikatakan kebetulan tak minum arak...
...namun tindakbalas bahan tersebut yang sebati
dalam badannya menjadi penyebab kematian apabila
ia tertidur dalam kereta yang bertutup rapat jen-
delanya sejak malam hingga kepagi...dibawah pem-
anasan cerahnya pancaran cahaya matahari...
Sejak zaman kanak-kanak hingga awal remaja...ka-
mi sangat rapat...namun bertahun lamanya kebela-
kangan ini kami agak jarang berjumpa disebabkan
kesibukan urusan hidup masing-masing...
Pada hati saya tak pernah terlintas...suatu hari
nanti saya bakal turut membantu memandikan jena-
zahnya...
Lebih kurang jam 11 pagi di bilik mandi mayat Hos-
pital Daerah Ranau...ternyata mungkin kerana masih
baru...urusan pemandian berjalan cukup mudah kera-
na sendi-sendinya masih lembut dan mudah dilentur.
Cuma seperkara...kelopak matanya yang sedikit ter-
buka tak dapat ditutup rapat walaupun ustaz...saya
dan beberapa rakan lain cuba menutupnya...
Kelopak mata itu seolah-olah dah keras...
Sebelum diangkat ke Masjid Besar Daerah Ranau untuk
urusan solat jenazah...
...jenazah itu di bawa ke rumah untuk tatapan akhir
ahli keluarga...khususnya ibu arwah yang sudah sang-
at tua dan bertahun-tahun terlantar di katil kerana
penyakit sendi yang agak teruk di alaminya...( ayah-
nya sudah lama meningal dunia juga kerana sakit ).
Kemudian semua urusan seterusnya berjalan lancar...
dan jam 2 petang jenazah itu sudah sempurna dikebu-
mikan...
Malamnya saya sempat menziarahi ibu arwah...dan ada
sesuatu yang sangat menarik perhatian saya...
Ibu tua itu menceritakan detik-detik terakhir ketika
ia menatap wajah jenazah anaknya...
Ibu itu mendapati kelopak matanya sedikit terbuka...
maka ibu yang sedang dalam keadaan sangat sedih itu
berbisik kepada jenazah anaknya...tutup matamu nak...
nanti masuk pasir...
Kemudian ibu itu menyapunya dengan tapak tangan kanan
lalu kelopak mata jenazah tersebut tertutup rapat...
Saya tak menceritakan pada si ibu...bagaimana kami dah
berusaha menutup mata jenazah tersebut semasa dimandi-
kan lagi...namun tak berjaya...
Secara logiknya...semakin lama semakin sukar kelopak
mata itu ditutup apabila ianya sudah semakin kering
dan mengeras...
Hati saya tertanya-tanya...arwah semasa hidupnya ada-
lah seorang penagih arak...tapi bagaimana kedudukannya
seseorang anak yang masih diizinkan Tuhan untuk menta-
ati ibunya walau ia sudah jadi jenazah...
Saya terus cuba menyelidikinya...tentu ada perkaranya
yang belum saya ketahui...
GANGGUAN SAKA...AZAM BERTAUBAT DAN KASIH SAYANG IBU...
Akhirnya jelas...arwah itu dan keluarganya tahu...ba-
hawa ketagihan arak itu ada kaitannya dengan gangguan
jin saka...
Arwah itu pernah memberitahu...semuanya ada 3 ekor dan
sering mengekorinya ke mana-mana juga...
Maka apabila ia berusaha...paling lama pun seminggu le-
bih ia akan kembali semula kepada tabiat tersebut...
Rasa ketagihan serta hasutan makhluk-makhluk tersebut
tak termampu ia melawannya...dan mungkin juga disamping
secara semula jadi apabila benda itu dah 'dilatih' sejak
lama maka agak sukar meninggalkannya...
Sudah berusaha berubat tapi saka itu masih mengekorinya.
Cuma dua hari sebelum meninggalnya arwah itu berazam un-
tuk ke K.Kinabalu minggu hadapannya berjumpa seorang
Ustaz perawat yang dikenali oleh adiknya yang berkerja
di bandar tersebut...
Ia berkata akan memisahkan saka tersebut...akan mula
menjaga solat dan meninggalkan minuman arak untuk sela-
manya...
Namun ternyata...2 hari selapasnya iaitu 2 hari sebelum
minggu hadapannya...ia meninggal dunia...
Menceritakan kisah anaknya...ibu itu yang tak pernah me-
ngeluh dan mengungkit ujian Tuhan terhadapnya...juga
menceritakan...sejak dahulu hinggalah sepanjang masa ia
terlantar sakit...anaknya itu tak pernah sekali pun meng-
angkat suara terhadapnya...
Sebagai anak lelaki ZD serba sedikit turut membantu adik
dan kakaknya mengurus hidupan harian si ibu...
Maka cuma 3 perkara ini yang saya fikirkan...iaitu ujian
ada saka...ikhtiar serta azam bertaubat....dan kasih sa-
yang serta akhlaknya pada si ibu...
Kita tak akan tahu nasib seseorang yang sudah meninggal
tapi tak salah rasanya dari pandangan lahir...kita ber-
sangka baik terhadap nasibnya...apalagi kalau serba se-
dikit ada tanda-tanda kebaikannya...
PEREMPUAN ADA SAKA BERJUMPA RASULULLAH SAW...
Teringat kisahnya apabila seorang wanita yang sering di-
rasuki jin berjumpa pada Rasulullah SAW...
Maka baginda mengatakan padanya bermaksud...seandainya
ia mendoakannya...wanita itu akan terlepas dari gangguan
jin tersebut...
Tapi kalau wanita itu sanggup bersabar dengan keadaannya
itu...maka Rasulullah SAW pasti...bahawa wanita itu ada-
lah bakal ahli syurga...
Perhatikan...kalau ia meminta doa agar terlepas...Rasul-
lillah SAW tak menyebutkan bakal nasibnya di Akhirat...
samada ia bakal ahli syurga atau ahli Neraka...
Namun dengan ujian Tuhan terhadapnya dengan gangguan
jin itu...Rasulullah SAW dah pasti...ia adalah bakal
ahli Syurga...
TAK AKAN ADA UJIAN YANG SIA-SIA...
Maka inilah yang saya ingin katakan pada saudara AM...
juga pada diri serta kita semua...
Bahawa apa juga ujian Tuhan terhadap kita...termasuk
jin saka...
Insya Allah..Tuhan takakan mempersia-siakan kita dengan-
nya...
Kecuali kalau kita yang mempersia-siakan diri kita sen-
diri...
Apa juga ujian...Tuhan pasti akan megambil kira perkara-
perkara yang benar-benar menjadi keuzuran dan di luar
kemampuan kita...
Betapa ramai orang yang kemalangan kerana jalan raya
yang lurus...dan betapa ramai yang jalannya selamat
kerana jalan berliku-liku...kerana kita akan semakin
sedar dan berhati-hati...
Begitu perumpamaan hidup kita di dunia...
Yang paling penting...redha...jangan bersedih...dan
terus berusaha...jangan berputus asa terhadap perto-
longan dan rahmat kasih sayang Tuhan...
SEHINGGA sekarang...sudah 3 bulan lalu ibu tua itu
meninggal dunia kerana umur dan penyakitnya...
Semoga rohnya tenang di sisi Allah..dan dapat ber-
kumpul atau berjumpa dengan anak yang dikasihinya
itu...yang sudah lama mendahului ke Alam Barzakh...
Insya Allah...Al Fatihah...
Al- Fatihah...
BalasPadam