Jumaat, 24 Februari 2012

Angin Bisa (31)...'Hikmah' 'Keris Terbang'...

Suatu petang...di Restoran Sungai Liwagu
bersama Ustaz dan seorang rakan lain...

Ustaz membaca sesuatu...kemudian perla-
han-lahan menarik keris yang panjangnya
hampir sekaki...itu keluar dari sarungnya...

Dengan warna keris serta sarungnya yang
kehitaman cukup jelas menunjukkan ia ad-
alah keris tua...atau keris lama...

Saya teruja dengan bentuk dan ukirannya
....memang 'cantik'...

Keris itu diberi pada rakan tadi oleh guru
ilmu kebatinannya sebelum gurunya itu me-
ninggal dunia beberapa tahun lalu...

Ketika itu...keris tadi diikat kain merah tapi
rakan itu sudah membukanya...

Beberapa malam kemudiannya...rakan itu be-
rmimpi keris itu berpusing atas lantai...lalu
terbang ke udara...

Tiba-tiba keris itu menjunam turun...dan ter-
pacak ke tanah...

Kalau di ikut dari petua ikat kain juga mimpi
rakan tadi...ia menunjukkan keris itu adalah
jenis keris terbang...

...atau dengan istilah 'sainsjin'nya...keris-
yang jin bawa-terbang...

Oleh kerana jinnya tak nampak...maka ia di-
sebut keris-terbang...

Beberapa lama kemudian...ada satu benda se-
perti semut menembusi kulit rakan tadi dan ma-
suk ke dalam rusuk kanannya...

Maka bermulalah satu kepanasan dan kesak-
itan dalam bahagian rusuk tersebut selama
berbulan lamanya...hingga ke tahap rakan itu
rasa berputus asa dan tak lama lagi akan ma-
ti...

Siang malam ia kesakitan...dan ke mana-mana
berubat ternyata tak berkesan...

Itulah yang menyebabkan rakan itu berpindah
kerja ke Ranau...semata-mata nak cari perawat
kesakitannya...

Baru dua tiga hari kami satu tempat kerja...ke-
betulan rakan itu menceritakan hal tersebut
kepada saya...

Kerana melihat ia tak ada pilihan lain...saya
tawarkan diri untuk merawatnya...lagi pun ka-
mi dah jadi rakan sekerja...

Dari rusuk...'semut' itu 'lari' ke belakang...ke-
mudian 'lari' ke dalam perut...tak lama rakan
itu merasa sesuatu mendidih dalam perutnya.

Agak liat 'semut' itu nak ditangkap...maka sa-
ya memberi rakan itu buku Manzil untuk di-
amalkan...

Rawatan itu dengan beberapa rawatan susu-
lan hanya sekadar membuat rakan itu merasa
lebih sihat dan bersemangat dari sebelumnya
namun ada ketikanya semut itu masih datang
hinggalah rakan itu turut mengambil ijazah
dengan Ustaz...

Namun sejak kebelakangan ini...'semut' itu mu-
la mengganas semula...tambahan pula rakan
itu mula meninggalkan amalannya...

Bukan saja rakan itu..malah anak lelakinya ju-
ga mengalami panas badan pada masa-masa
tertentu terutamanya diwaktu malam...menun-
jukkan ada jin yang cuba meresap dalam ba-
dan..

Rakan itu mula merasakan ia ada kaitan den-
gan keris tadi...

Pernah ia tertinggal keris itu di rumah lama-
nya yang ditumpang tinggal oleh seorang
saudara isterinya...ternyata...ketika ditingg-
alkan kosong...jiran-jiran memberitahu
ada benda berkeliaran dalam rumah itu...ju-
ga ketika menjelang waktu tengah malam.

Dalam diam rakan tadi mengambil keris itu
dan tiada lagi gangguan di dalamnya...

Ketika Ustaz mencabut keris itu dari sarung-
nya...rakan itu merasa bulu romanya merem-
ang....

Menurut Ustaz khadamnya adalah seekor
jin kafir bersaiz besar...

Rakan itu menyatakan hasratnya untuk me-
lepaskan terus keris itu...

"Kau mau simpan.." tanya Ustaz kepada sa-
ya...

"...ah..inda la Ustaz..." saya menolak...terbay-
ang dalam fikiran...kalau saya tidak ada pili-
han selain menerima keris itu...esok pasti sa-
ya akan campakkan saja benda itu ke dalam
Sungai  Liwagu...'bikin'  menyemak saja jin-
nya...saya  tak  bersedia  menghadapi risiko
menyimpannya...

...tapi saya tahu Ustaz sekadar bergurau ke-
rana keris itu perlu dibawanya untuk tujuan
rawatan rakan tadi...

Maka keris itu Ustaz bawa balik ke kk...dan
juga akan merawat rakan tadi...

Saya pernah mendengar cerita setempat...ba-
gaimana keris yang diikat kain merah berdiri
dengan sarungnya sekali...atas meja ketika
seseorang mengintai ke dalam rumah melalui
jendela...

Kalau hebat ceritanya...tentu hebat juga bakal
padah menyimpannya...

Sebaik saja sampai rumah petang itu...saya mu-
la sakit kepala...

Memang patut pun..oleh kerana saya mengatur
perjumpaan rakan itu dengan Ustaz..menjadi-
kan saya sasaran serang marah jin keris tersebut.

Peristiwa itu sudah dua minggu berlalu...tapi se-
masa menulis tentang keris  ini kepala saya mula
terasa sakit...

Tiba-tiba...Assalamu alaikum...rakan itu datang.

Nampaknya rakan itu agak terdesak...ia terus sa-
ja menyatakan niatnya nak minta rawat...

Ketika Ustaz membawa keris itu ke kk..pada ma-
sa yang sama...'semut' di badan rakan itu juga hi-
lang...tapi keesokannya...'semut' itu datang balik.

Tentu 'semut' itu 'tak berminat' dengan si Ustaz...

Kemudian benda itu hilang datang..tapi ada perka-
ra baru...rakan itu mula merasakan angin sejuk ma-
suk dari hujung jari-jari kakinya hingga ke paras
bawah lutut...

Ia perkara serius...jin itu sudah mula cuba masuk
merasuk rakan tadi..tapi masih dalam proses cuba
menguasai tubuhnya...

Ia seperti kisah seorang ibu..apabila angin sejuk itu
mula meresapi tubuhnya dari arah kaki...ia mula ke-
rasukan jin jantan berserban jubah...

Nampaknya jin itu sudah memilih tubuh rakan tadi
sebagai rumahnya..yalah..kalau dengan keris tu nak
buat apa...bukannya boleh dimakan...

Tapi kalau penyimpan keris itu mangsa mudah...mu-
ngkin juga jin keris itu akan berpindah tuan...

Ketika rakan itu datang...'semut' itu berdiam pada
bahagian belakangnya....menimbulkan rasa panas
dan sakit...

Dengan izin tuhan...mudah pula kali ini ia ditarik
keluar...saya berjanji akan memberitahu rakan itu
sekiranya Ustaz datang ke Ranau...

Wallohu a'lam




Sabtu, 18 Februari 2012

Angin Bisa (30)...Kebencian Jin...

Seorang rakan sedang duduk di Restoran India...
tak lama sekumpulan lelaki masuk dan rakan tadi
mengenal seorang darinya pakcik yang mengamal-
kan ilmu sajin...(menyediakan makanan untuk jin).

Sebaik saja saja duduk...tiba-tiba pakcik itu ber-
diri semula dan  menuding jari ke arah rakan tadi
sambil menjerit...kau!!!...matanya merah bersinar
penuh kemarahan...

Cuma setakat itu...sebelum pakcik itu terus rebah
pengsan.

Suasana menjadi gempar seketika...rakan tadi
juga seorang ahli bulan sabit...cepat-cepat datang
...sangkanya serangan sakit jantung...

Tapi apabila ia merasa badan pakcik itu panas...
rakan tadi tahu ada sesuatu yang tak kena...dan
beritahu agar rakan-rakan lain mengangkat pakcik
itu ke kereta...dan tak perlu kepada rawatan...

Sebaik saja sampai dikereta...pakcik itu tersedar
dan bingung...

" kenapa dengan saya tadi ...minuman sudah ke-
na bayar ka?..."

Rakan tadi memberitahu saya...sebenarnya jin da-
lam badan pakcik itu benci dan marah kepadanya.

Pakcik itu sebenarnya kerasukan...tapi rakan itu
ada amalan pendinding...yang dengan izin Tuhan
memberi tindak balas yang cepat memandangkan
jin itu mungkin cuba bertindak agresif...

Selain rakan seperguruan...rakan ini juga mengam-
bil amalan dari Ustaz Amran Kasimin...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (31)...Kasih Rasulullah SAW...

Dikisahkan...di Padang Mahsyar kelak..semua rasul
akan diberi tempat-tempat duduk dari Syurga...

...maka duduklah sekeliannya berehat...kecuali Nabi
SAW...ia tetap berdiri...dan tak mahu duduk...

Kerana Baginda khuatir seandainya baginda duduk
maka Tuhan akan menganggapnya sudah bersedia
untuk berehat...dan akan dikatakan kepadanya...
wahai kekasihku...sekarang...masuklah engkau ke-
Syurga...

Sedangkan yang demikian itu bererti baginda akan
meninggalkan umatnya di padang Mahsyar...tanpa
pembelaannya...

...sedangkan Nabi SAW itu sentiasa risau akan ke-
selamatan umatnya...

Wallohu a'lam

Khamis, 16 Februari 2012

Scan (08)...Putus Asa Senjata Syaitan...

Suatu petang...tiba-tiba saya merasa kurang sihat...badan
panas seperti demam dan kepala agak sakit.

Saya tak tahu punca gangguannya...tapi apabila saya ber-
amal seperti biasa...tiba-tiba saya merasa semangat saya
semakin pulih dan rasa bertenaga...

Baru saya sedar...rupanya sejak mula rasa kurang sihat ta-
di...semangat saya semakin lemah...tanpa saya sedari...

Begitulah biasanya jin lakukan untuk menguasai seseorang.

Dengan serapan angin bisanya...seseorang itu akan merasa
lemah hingga ada yang rasa berputus asa selain daripada fi-
kiran semakin buntu atau runsing tak tentu pasal...

Salah satu tekniknya...jin itu cuba melemahkan badan kita
dengan angin bisanya...maka semakin lemah badan...tanpa
sedar...semangat kita juga turut bertambah lemah...

Bila semangat jadi lemah...maka semakin terdedah kita pa-
da serangan jin...

Wallohu a'lam

Scan (07)...JIn Mengelak 'Scan'...

Jin boleh mengelak daripada dikesan semasa pesa-
kit di 'scan'...

...antaranya mengelak dari bertemu perawat...ber-
sembunyi dalam badan...dan sebagainya...

Maka apabila anda mengalami gangguan ganjil ya-
ng nyata tapi tak ada tindakbalas semasa di 'scan'
atau dirukyah...maka bererti jin yang mengganggu
anda itu agak berpengalaman...

Maka bagi perawat kalau sekadar 'scan' atau pen-
gisian semata-mata tanpa mengetahui gejala gang-
guan pada pesakit...dengan bertanya atau sebagai-
nya...anda mungkin akan tersilap...

Maka sebaiknya guna semua cara yang ada tanpa
terlalu bergantung kepada 'scan' atau tindakbalas
semasa rukyah atau pengisian semata-mata...

Wallohu a'lam

Sabtu, 11 Februari 2012

Angin Bisa (29)...Nenek Atau Anak Dara...?

Ketika saya membuat penafasan 'scan'...tiba-tiba tangan
kanan budak lelaki itu menggeletar dengan cukup kuat...

Saya tanya padanya...kenapa tangannya menggeletar...
budak itu beritahu ada jin perempuan tua dalam tangan-
nya...

Dari gerak hati 'scan'...budak itu memberitahu jin tua
itu masuk kerana jin itu cinta padanya...

Selepas saya membuat satu lagi pernafasan 'scan'...sa-
ya minta budak itu menumpukan perhatian pada nenek
tadi...tapi budak itu beritahu...ia dah jadi seorang pere-
mpuan muda...

Saya pernah tahu mengenai jin saka seorang rakan...tu-
juh 'ekor' nenek...tapi ada masanya ketujuh-tujuh mak-
hluk itu menjadi perempuan muda yang semuanya can-
tik-cantik belaka...maka sesuai sangat dengan rakan ta-
di yang kebetulannya agak 'hensem'...bak kata pepatah
...bagaikan pinang dibelah kapak...

Saya kata pada budak itu...akan membuat satu set per-
nafasan...maka jin itu akan menunjukkan rupanya yang
sebenar...samada ia perempuan tua atau perempuan
muda...

Saya membuat satu set pernafasan...dan semasa mena-
han nafas saya membaca 3 Fatihah senafas...

Setelah selesai saya tanyakan pada budak tersebut...
dan budak itu memberitahu ia pada rupa nenek-nenek
maka perempuan muda itu samarannya...atau dengan
kata lain...ia adalah jin tua...

Ini adalah antara tipu helah jin...dan kebetulan jin-jin
tua ini banyak ilmunya...tinggi 'cita rasanya'...agak tah-
an lasak...pintar ilmu jiwa...kalau ia dah jatuh cinta pa-
da seseorang manusia...biasanya ia tak akan melepas-
kannya dengan sebegitu mudah...

Samada ia jin jantan atau jin betina...sama saja pera-
ngainya...tapi kalau 'mak nyahnya'...maaf...ini saya
belum pernah jumpa lagi...

Wallohu a'lam

Jumaat, 10 Februari 2012

Angin Bisa (28)...'Rahsia' Sesak Nafas...

Sudah beberapa minggu Iza mengalami sesak nafas yang
biasanya menyerang ketika ia sedang solat...

Tiba-tiba saja nafasnya terhenti apabila ada sesuatu be-
nda menyumbat pada bahagian leher bawah tenggorok-
nya...malah terasa sangat angin juga tersekat dari mema-
suki hidungnya...

Saya memintanya menutup mata dan menumpukan per-
hatian pada bahagian leher tersebut...dan saya membuat
satu set pernafasan...

Iza beritahu ada satu benda bulat berwarna hitam pada
bahagian leher yang dirasanya tersumbat...

Apabila saya cuba menariknya keluar dengan kaedah
cubit cabut...benda bulat itu segera berpindah ke tengah-
tengah dahinya...

Kemudian benda itu berpindah semula ke bahagian leher
apabila saya cuba menariknya keluar dari dahi...

Setelah dua kali saya bertanya pada Iza samada ia da-
pat merasakan benda itu datang dari mana...ia terus
diam...

Ada kalanya jin pengganggu cuba menghalang daripada
dikesan dengan membuat pesakit menjadi bingung atau
rasa buntu...maka biasanya saya akan abaikan saja
soalan tadi...

Saya cuba menarik benda bulat itu keluar melalui ubun-
ubun...dan dengan izin Tuhan...benda itu dapat di ta-
rik keluar...

Iza ternyata sangat gembira apabila ia dapat menarik
nafas dengan mudah tak seperti sebelumnya...

Tadinya Iza memberitahu...bahagian kulit di bahagian
atas bibirnya terasa panas...menunjukkan jin itu juga
mungkin meletakkan jarinya pada bahagian tersebut
untuk menghalang udara masuk ke dalam hidung....

Maka sekatan nafas itu adalah pada hidung juga lalu-
an udara pada bahagian leher...

Esoknya kebetulan kami bertemu apabila ia mengikut
suaminya ke pejabat...dan ia singgah sebentar ber-
jumpa saya...

Iza beritahu ia tak dapat bertahan menentang panda-
ngan mata saya...ia segera melihat ke arah lain...

Ternyata masih ada gangguan...maka saya meminta-
nya menutup mata dan saya membuat pernafasan
'scan'...

kali ini Iza nampak punca masalahnya...ia melihat se-
orang lelaki sedang duduk tersenyum memandang
ke arahnya...iaitu gangguan ini berkaitan sihir...

Kebetulan beberapa minggu lalu ia ada perselisihan
dengan lelaki tersebut yang juga merupakan orang
sekampungnya...

Ibu lelaki itu terkenal sebagai tukang sihir...dan pern-
ah datang ke rumah seorang jiran sekampungnya
sendiri...menangis minta ampun pada si balu yang
kematian suaminya akibat sakit perut...tapi ibu le-
laki itu mengakui...sebenarnya ia menyihir suaminya
itu...

Puncanya...anak mereka berselisih faham...tapi si-
ibu itu lepaskan geram dengan sihirnya kepada ba-
panya...

Tuhan akan balas perbuatan kamu itu...hanya itu
ucapan si balu...namun setelah bertahun lamanya...
si ibu tadi belum insaf...ia masih lagi menggunakan
sihirnya untuk melepaskan rasa tak puas hati ke-
pada sesiapa juga...termasuk orang yang dibenci
oleh anaknya...

Yang pasti...tanpa rahmat Tuhan...si ibu itu akan
menerima juga padahnya pada suatu saat nanti...

Wallohu a'lam