Isnin, 24 Februari 2014

Strok Buatan...

Apabila kakak itu  menutup mata dan me-
numpukan  perhatian....ia melihat  sayap
burung...kemudian dalam beberapa detik 
berikutnya...ia  nampak  jelas  tubuh 
burung tersebut...

Tubuh  burung   itu   kaku  seperti patung
...hanya sayapnya yang bergerak...

Setiap  kali  sayap  itu  berkepak ia akan
mengibaskan  angin  ke  muka  kakak itu
dan ketika itu ia  mula rasa pening...

Sebab  inilah kakak itu sering rasa pening
walaupun pemeriksaan hospital menunjuk-
kan  ianya  tak  ada  sebarang  masalah
kesihatan...

Cuma   dalam  keadaan  biasa..kakak itu 
tidak nampak kepak atau gangguan ini...

Semuanya bermula apabila pada suatu hari
tiba-tiba seeekor burung terbang masuk ke-
dalam rumahnya.

Ia  boleh  saja jadi  perkara  biasa...namun
pada  ketika itu...kakak tersebut dapat me-
rasakan  seolah-olah  ada  sesuatu yang tak
kena tapi ia sendiri tidak tahu apa perkara-
nya...

Saya  meminta kakak itu menumpukan pula
perhatian ke jantung apabila tiba-tiba ia 
rasa berdebar-debar...

Dalam masa beberapa saat saja...kakak itu 
nampak jantungnya yang hitam sebelah dan 
kelihatan burung tersebut seolah-olah
memeluk jantungnya...

Saya  mengambil  keputusan untuk mengg-
unakan  kaedah  rejam  jantung...dan mula
menarik nafas perlahan-lahan sambil mem-
baca Ayat Kursi dalam hati...

Ternyata  makhluk itu dapat mengesan pe-
ubahan tenaga...dan saya berpendapat jin 
itu tahu akan diserang...

Dalam  masa  yang  singkat...ianya bukan
lagi  seeko r burung...tapi berubah seperti
seekor serangga yang berkuku tajam.

Dalam masa yang sama...kakak itu dapat
merasakan   gerakan   serangga-serangga
kecil merayap atas tangannya...dan terasa
sangat kuku-kukunya yang menikam kulit.

Saya niatkan rejam jantung semuanya se-
kali...dan  setelah  tiga kali rejam...kakak
itu  beritahu  makhluk  pada  jantung dan
gerakan seranggan pada lengannya sudah
hilang...dengan izin Tuhan.

Jantungnya yang tadi berdebar kuat juga
telah kembali normal...

Selain daripada pening dan rasa berdebar-
debar tanpa sebab munasabah...kakak itu
juga  mengalami  gejala  sesak nafas serta 
mula  rasa  kebas  sebelah  kiri badan iaitu
semuanya menepati gejala-gejala awal
kepada strok.

Sedangkan  ia  tak lebih daripada sekadar
gangguan jin semata-mata...dan kakak itu
tidak ada sebarang sakit biasa.

Saya  percaya  pasti  ada sesiapa di luar
sana yang terlantar di hospital kerana strok
sedangkan ia hanyalah gangguan jin semata-
mata.

Wallohu a'lam

9 ulasan:

  1. As salam tuan, ada tiga orang yang saya kenal terkena serangan strok di usia muda dan mereka ini adalah memang "orang kuat" di peringkat kampung. Adakah disebalik kekuatan fizikal mereka ini ada pengaruh jin ilmu yang akhirnya berpaling tadah dan memberikan ganjaran strok?

    Situasi kedua, saya dapati keluarga yang mempunyai 'saka' berkemungkinan mendapat strok ini. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Paling lazim...serangan strok apalagi di
      masa muda biasanya gangguan jin jenis
      pendekar...dan selebihnya jin jenis lain.

      Apabila jin masuk badan...biasanya jin
      akan cuba mempengaruhi atau meng-
      uasai fikiran atau perasaan kita...atau
      kedua-duanya sekali...

      Untuk itu jin perlu menetapkan angin
      bisa pada bahagian otak dan jantung
      yang kemudiannya menjadi masalah
      gangguan atau penyakit...

      Mungkin jin itu sengaja kerana niat
      jahatnya...atau mungkin pula dengan
      niat baik agar terus dapat bersama
      kita dan menjaga kita...

      ...namun angin bisanya tetap menjadi
      racun kepada otak dan jantung kita...
      maka jadi penyakit seperti migrin dan
      strok...

      Jantung juga menjadi antara tempat
      kesukaan jin.duduk...maka antaranya
      bila ia peluk rasa jantung digenggam..
      bila ia duduk atas dan berpegang pada
      salur masuk...jadi rasa dipicit...malah
      tak kurang jin yang cuba membunuh
      manusia melalui serangannya pada
      jantung menjadikan jantung lemah se-
      cara perlahan-lahan...

      Maka pernah terjadi seseorang mati
      sakit jantung...sedangkan pada kes
      hospital ia tak ada masalah jantung.

      Jin perlu 'jaga jantung' kerana dari
      sini jin itu cuba melemahkan jiwa
      kita agar jin itu lebih selamat ber-
      sama kita...maka walau dengan niat
      baiknya pun...jantung kita tetap akan
      'keracunan bisanya'...

      Memang benar...kebanyakan kes ini
      adalah dari gangguan jin saka...
      manakala kalau ianya melalui sihir
      iaitu gabungan kekuatan roh tukang
      sihir dan jin...tidak mustahil pula
      boleh menyebabkan mati oleh ser-
      angan jantung secara tiba-tiba...dengan
      izin Tuhan...

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. Assalamualaikum..

    Kalau dalam pengajian ilmu yg sy pelajari. Makhluk serangga itu dinamakan syaitan za'ba. Yg kerjanya suka mencengkam jantung dan hati manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm saudara umat muhamad,
      sy penah mgalami rasa sesuatu yg mcgkam hati. Dari mane dtg serangga ghaib ni dan mcm mane nk buang bende ni?

      Padam
    2. wa alaikum salam wbkth tuan...

      Kalau jin jenis ini tuan...adakah ia biasanya datang sendiri atau kiriman
      ...dan mungkin ada sebabnya ia
      memilih dan datang pada seseorang ?

      Wallohu a'lam

      Padam
  3. Wslm..

    Biasanya dtg sendiri. Tp sudah tentu dari arahan bosnya. Tujuan utama utk menutup cahaya hati. Biar kita lalai tak ingat tuhan. Biasanya juga yg kena tu jenis kejap ingat Allah kejap lupa. Kalau yg langsung tak ingat Allah dia tak suka hinggap. Mcm mentol lampu la. Ada cahaya serangga berkumpul.

    Kalau cahaya terang sangat dia tak berani dekat. Antara amalan untuk keluarkan dia. Baca Al Fatihah tiup di tapak tangan. Kemudian letak tapak tangan di dada. Baca lg Al Fatiha sambil buat gerakan usap, tarik dan buang. Nak buat putaran arah lawan jam pun bole. Insyallah..

    BalasPadam
  4. Assalam tuan,
    Apakah kita berisiko serangan strok buatan jin jika kita merukyah bapa mentua yg terkena strok?Untuk pengetahuan tuan bapa mentua ini bkn beragama islam dan sudah 2kali serangan strok.
    Wasalam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Pada asasnya...jinnnya itu pakar strok buatan
    maka apabla ia menyerang...kepakaran itulah
    yang akan ia gunakan...malah pada serangan
    sulung yang biasanya bertujuan membinasa-
    kan atau membuat kita 'jera'...mungkin jin itu
    akan buat serangan jarak jauh dengan angin
    bisa atau senjatanya ke arah jantung...atau
    sebagainya...

    Begitu juga jin saka pakar strok...kalau ia me-
    nurun...maka badan barunya juga akan dapat
    strok buatan...

    Maka pada asasnya...memang kita berisiko...
    kecuali kalau jin itu tidak dapat menembusi
    pertahanan kita dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam