Apabila saya menghadapkan tapak tangan
ke arah bahagian bawah rusuk kirinya...
anak buah saya AZ memberitahu...tempat
sakit tersebut terasa panas...
Sakit dan panas itu bergerak perlahan-lahan
ke arah ulu hati...kemudian hilang begitu
sahaja.
Namun sakit yang hampir seminggu yang di-
deritainya itu...apabila sembuh dalam masa
kurang seminit...membuat saya rasa curiga...
pasti ada helah jin yang mengganggu...
Apabila saya melekapkan tapak tangan kiri
di belakangnya dan membaca Fatihah serta
Ayat Kursi...Az mula sesak nafas dan
jantungnya terasa sakit seolah-olah ada se-
suatu yang memicit salurdarah jantungnya...
Saya buat 'cubit cabut ' beberapa kali...
nafasnya kembali normal...tapi jantungnya
masih terasa sakit....
Apabila Az menumpukan perhatiannya
sambil menutup mata...Az beritahu ia dapat
melihat jantungnya...
Ada suatu aura meliputi jantung tersebut...
yang kemudiannnya menjadi kecil dan
berkumpul pada dinding jantung berupa
benda bulat berwarna hitam....
Az terus menumpukan perhatian...ia nampak
satu lembaga lelaki berpakaian serba hitam
sedang duduk membelakanginya...dan
menurut Az makhluk tersebut duduk dalam
jantungnya...
Makhluk itu perlahan-lahan menoleh ke-
arahnya...mukanya tidak jelas..tapi Az
nampak dengan cukup jelas ianya ada
sepasang tanduk seperti tanduk kerbau.
Ciri-cirinya menunjukkan ianya adalah
jin pendekar ( ilmu perang )...maka saya
mencari laluan masuknya ditangan kiri Az.
Saya letakkan hujung jari telunjuk ke tengah
tapak tangannya dan Az beritahu ia rasa ada
suatu laluan di situ yang bersambung terus
ke jantungnya...
Dengan izin Tuhan mudah saja ia dicubit
keluar...dan inilah salah satu kemudahan-
nya kalau kita dapat mengesan laluan
masuk jin dalam badan...
Sebelumnya...sudah hampir seminggu Az
merasa sakit pada jantungnya...iaitu
muncul bersama sakit rusuk...namun sakit
jantung itu sekadar datang hilang tanpa
mengira masa...
Tidak ada sebarang rasukan...tapi saya
dapat mengesan 3 kali cubaan serangan
jin tersebut dalam tempoh sehari selepas
rawatannya....
Wallohu a'lam
3 Nota...
1. Sakit yang tiba-tiba timbul atau tiba-
tiba semasa rawatan atau penyaluran
tenaga menunjukkan ianya sakit dari
sebab gangguan jin...
2. Jin ini bukannya dicari atau dipuja
tapi lebih merupakan jin ilmu orang-
orang yang sudah lama meninggal dunia
dan masuk ke dalam badannya...
Dan bagi kebanyakan orang yang sakit
dada atau khususnya sakit jantung
buatan...ia biasa jin saka...
3. Antara kelebihan apabila jin ilmu
tinggal dalam dada...anda mungkin mem-
punyai 'ilmu firasat'...atau gerak hati
dari sebab kebolehan semulajadi jin ter-
sebut...tapi biasanya...padah itu lebih
besar daripada manafaatnya...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan