Apabila engkau sengaja mengatakan...
bahawa Islam itu sama saja kesucian-
nya...sama saja ketinggiannya...sama
saja kemuliaannya....sama saja
kebenarannya dan seumpamanya
dengan sesuatu agama lain...
...iaitu engkau mengatakan...bahawa
agama yang diturunkan Tuhan Pencipta
alam itu sama saja dengan agama buatan
atau agama yang datang dari tangan-
tangan manusia...
...maka engkau jatuh syirik...dan ter-
batal imanmu...
Dan takdirnya...sebaik saja engkau meng-
ucapkan yang sedemikian itu di hadapan
saksi-saksi yang diterima kesaksiannya...
...tiba-tiba...kematian menjemputmu...
dan dipastikan tanpa sebarang kesangsian
lagi sedikit pun juga...bahawa engkau
tidak sempat bertaubat atau mengucap-
kan dua kalimah syahadah...
...maka gugur hakmu daripada kewajipan
terhadap jenazah sebagai seorang Islam.
Maka...
1. Mayatmu...tidak perlu perlu dimandikan.
2. Mayatmu...tidak perlu disolatkan...
3. Mayatmu..tidak wajib dikafankan...
4. Dan mayatmu...sekali-kali tidak boleh
dkebumikan di perkuburan orang-orang
Islam...
Namun...Islam akan masih membela hak
terakhirmu...iaitu...engkau tidak boleh
dikebumikan di perkuburan penganut-
penganut agama lain...
Sebaliknya..engkau akan dikebumikan
ditanah perkuburan yang terasing...
Dan di hari-hari perayaan...kuburmu
tidak perlu diziarah...dan engkau tidak
perlu didoakan...
...kerana engkau....bukan orang Islam.
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan