Beberapa hari lalu saya terbaca satu blog
yang menyebutkan adanya cerita-cerita
tentang kejadian di mana anggota kese-
lamatan yang terlibat dalam pertempuran
dengan pengganas...dikatakan mereka
melihat roh pengganas yang terbunuh itu
datang berkeliaran...
Dan penulis kemudiannya menyifatkan-
nya sebagai karut...
Saya bersetuju dengan penulis...iaitu
kita bebas memberi pendapat tentang
sesuatu yang tidak pasti atau yang ber-
kaitan dengan makhluk-makhluk yang
tidak terlihat oleh mata kepala...
...namun ia mengingatkan saya sesuatu.
Dua puluh tahun lalu...seorang rakan
menceritakan...ia telah menyertai se-
kumpulan rakan lain yang kemudian-
nya membelasah seorang pemuda
hingga menyebabkan kematian...
Dengan kecekapan pihak polis...dalam
masa singkat...semua orang yang ter-
libat telah ditangkap...dan rakan itu
kerana turut berada dalam kumpulan
tersebut sempat ditahan reman 7 hari.
Rakan itu menceritakan...ketika dalam
lokap mereka mengalami malam-malam
yang sangat menyeramkan...
Roh pemuda yang terbunuh itu datang
kepada mereka dalam keadaannya
compang camping...parah kesakitan
sambil merintih penuh dendam...
Kesemua mereka melihatnya dengan
cukup jelas...dan masing-masing men-
elungkup kelantai sambil menutup
telinga sekuat-kuatnya kerana
ketakutan...
Bagi saya perkara sedemikian tidak
mustahil berlaku di LD memandangkan
perang itu cukup jelas melibatkan ilmu
sihir jin perang oleh kebanyakan peng-
ganas...
( Iaitu..ianya bukan roh orang yang mati....
tapi jin yang pakar menyamar atas se-
suatu sebab...)
Kalaulah kejadian itu cuma sementara
mungkin ia hanya akan melibatkan
serba sedikit gangguan pada perasaan
tapi kalau ianya berpanjangan...apalagi
kalau gangguan itu masih berlaku setelah
keluar dari LD...atau setelah pulang
kampung...
...maka sebaiknya seseorang itu minta
'scan' dan rawatan kalau perlu...
Gangguan paling ringan adalah gangguan
pada fikiran dan perasaan secara ber-
panjangan...seperti runsing...resah
gelisah..selalu pening...jantung berdebar
dan sebagainya...dan untuk jangka masa
panjang mungkin ia akan bertambah dan
membahayakan...
Banyak jin perang yang hilang tuan...
maka boleh jadi ada antaranya yang
cari tuan baharu...atau membalas dendam
untuk tuannya yang terbunuh dan boleh
masuk ke badan orang lain....
wallohu a'lam...
Dalam jangka masa bertahun-tahun saya
mendengar beberapa cerita yang menye-
butkan di kampung kawasan Islam negara
seberang itu...biasa saja berlaku dua orang
berbalah kemudian dapat didamaikan
hingga bersalaman tangan...
Namun sekembalinya kerumah...antara
satu atau kedua-duanya akan kembali
membawa senjata kemudiannya mem-
bunuh 'rakan seperbalahan' tadi...
Mungkin itulah kebiasaan atau teladan
dari golongan tua mereka bagaimana
nak 'selesaikan' masalah...tapi ada satu
kemungkinan lain...iaitu hasutan jin
pendekar atau jin perang yang men-
diami tubuh atau mendampingi mereka...
Saya kenal seorang pakcik yang pernah
ditembak dengan peluru penabur saiz
'buck shot'...iaitu dengan sedas saja
biasanya sudah cukup untuk menum-
bangkan seekor lembu...( secara tidak
sengaja...)
Pakcik itu pengsan tapi tidak mengalami
sebarang kecederaan...dan ianya banyak
menuntut ilmu juga menyimpan tangkal...
Kesimpulannya...pakcik itu ada dampin-
gan jin perang...
Setelah beliau meninggal dunia...tiba-tiba
sahaja balu pakcik itu berubah sikap dari
penyabar dan lemah lembut jadi pemanas
dan 'ganas mulut' sehingga digelar nenek
jahat oleh cucunya...
Atas permintaan anaknya yang juga rakan
saya pernah 'scan' dan memang gangguan-
nya agak kuat...
Pihak hospital juga mengesan berbagai
penyakit pada organ dalamannya...
terutama bengkak tanpa sebab yang dapat
dikenal pasti...
Namun nenek itu berterus terang...ia tidak
dapat mengawal kemarahannya...
"...kalau timbul sebarang masalah dengan
anak-anak...biasanya saya akan mudah
sahaja menerima kalau saya yang tersilap
...hati saya rasa cukup tenang dan terbuka
tapi setelah anak saya itu pergi...saya men-
dengar suara-suara bisikan yang meng-
hasut menjadikan saya tidak puas hati
dengan anak tadi serta menimbulkan rasa
marah meluap-luap...
...biasanya sebaik sahaja saya nampak
anak tadi...walau dari jauh...saya tidak
dapat menunggu atau bersabar...saya
akan keluar dari rumah dan memekik-
mekik memaki hamun anak tersebut..."
Inilah kesan apabila jin saka dari suami
yang meninggal itu berpindah kepada
makcik tersebut...dan sikapnya itu men-
unjukkan...ia adalah daripada jenis jin
pendekar atau jin perang...
Untuk bersabar...agak atau memang
sukar...kerana biasanya kita akan me-
rasa sangat sakit hati...dada panas..
perasan marah meluap-luap.....malah
kalau tak ikutkan rasa....dada terasa
sesak terhimpit atau sakit...bergantung
sepadat mana angin bisa jin dalam dada.
Bayangkan kalau makcik tadi ada m16...
saya yakin...ia pasti akan berbuat sebagai-
mana golongan dari selatan negara se-
berang tersebut...
Bukan sahaja segi rawatan psikologi...
mungkin seseorang itu perlukan rawatan
gangguan jin...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan