Saya merasa pelik apabila apabila di'scan'...tidak ada se-
barang tanda adanya angin bisa jin pada bahagian kepala
GW sedangkan sudah beberapa bulan ia mengalami ke-
sukaran tidur malam tanpa sebarang sebab yang jelas...
...malah...juga tidak ada sebarang tanda adanya jin atau
angin bisa pada bahagian perutnya yang menyebabkan
GW terpaksa dipapah ke wad kecemasan Hospital
Ranau di waktu malam kerana sakit perut...sedangkan
pemeriksaan X-Ray serta contoh darahnya menunjuk-
kan GW tidak ada sebarang penyakit...
Tapi persoalan tersebut mula mendapat jawapannya
apabila saya tanyakan...GW memberitahu ia sering me-
rasa ada makhluk yang tidak kelihatan turut memenuhi
ruang bilik tidurnya di waktu malam...dan pada ketika
perutnya mula terasa sakit serta ada suatu benda ber-
gerak dalam perutnya...
...kadang-kadang ia dapat merasakan benda dalam
perut itu seperti berduri atau berbulu tajam mencucuk
ke bahagian dinding perutnya...
Tapi semasa di'scan'...saya dapati tidak ada tanda-
tanda gangguan pada bahagian perutnya namun apa-
bila saya 'scan' bahagian tangan kanannya...
...ternyata ada laluan jin pada jari tengah...dan ketka
itu ada 3 ekor bersembunyi pada lengannya...serta
seekor pada urat leher kanannya...
Mungkin benda itu sudah berpengalaman dan cuba
mengelirukan dengan mengosongkan kawasan baha-
gian perutnya agar ia kelihatan tak ada sebarang
gangguan....
Setelah menarik keluar makhluk-makhluk tersebut
melalui jari tengah tadi dengan izin Tuhan...saya
meminta GW duduk bersila sambil menutup mata.
Saya merukyahnya dalam masa dua puluh minit...
dan ketika itu GW dapat merasakan ada angin atau
wap panas (angin bisa jin). keluar melalui ubun-
ubunnya...
Nota
1.Sealin daripada kesan gangguan angin bisa atau
jin pada bahagian mata...atau dalam kepala...
seperkara lain yang boleh menyebabkan seseorang
itu sukar tidur malam adalah apabila ada jin dari luar
badan sedang memerhatikannya dan berniat jahat...
Ia akan membuat anda merasa rimas dan gelisah
tanpa sebab...
Bukan saja dalam satu ruang yang sama...tapi anda
juga merasakan kesan yang sama walaupun jin ter-
sebut berada di luar rumah....
Maka apabila anda merasa gelisah tanpa sebab...
dan kadang-kadang berseta panas badan...baca-
lah ayat-ayat pendinding diri seperti Fatihah...
salawat...Ayat Kursi...3 Qul dan sebagainya...
dan kalau perlu...ambil wuduk...
Renjiskan juga air doa sekurang-kurang pada 4
penjuru bilik..minum serta sapu sedikit ke muka.
...atau minta rawatan yang sesuai...
2.Sakit perut GW disebabkan oleh gangguan jin
yang keluar masuk perutnya...
Ketika sakit...GW juga merasakan perutnya pa-
nas hingga ke bahagian bawah dada...dan ia
menunjukkan kawasan 'jajahan' jin pada tubuh-
nya...
Tanpa rawatan...bahagian perut GW mungkin
akan menjadi penempatan jin...dan apa juga
penyakit boleh timbul...
Seorang pakcik cuma ada 'sekor' jin saja dalam
perutnya...namun ia menderita sakit perut hin-
gga ke akhir hayatnya dengan penyakit barah
perut...
3.Angin bisa jin yang keluar melalui ubun-ubun
itu boleh jadi berasal dari mana juga...mungkin
kepala...perut...anggota atau sebagainya...
tapi ubun-ubun seringkali menjadi laluan keluar
masuk jin dalam badan selain hujung jari kaki
dan jari tangan...
Wallohu a'lam
alam..d mana lokasi saudara junied melakukan rawatan? sy mengalami gangguan 3 bln yg lalu selepas melahirkan anak. sy selalu rasa panas blkg badan, sakit pinggang, sakit kepala..dan sakit dada..sy telah mendapatkan rawatan dan sy disahkan terkena sihir..syukran..
BalasPadamWa alaikum salam wbkth puan...
BalasPadamSaya sekadar 'perawat terjun'...dan lebih
kepada penulis serta pengkaji bebas se-
mata-mata...
Saya tidak ada sebarang pusat rawatan...
dan biasanya merawat dimana-mana saja
kerana orang yang minta rawat itu biasanya
keluarga...saudara mara..rakan-rakan
atau secara kebetulan...
Kalau rawatan sekarang dirasa serasi dan
tiada keraguan maka sebaiknya teruskan
rawatan...
Atau boleh datang...atau berhubung dengan
guru saya di Pusat Rawatan Iman Theraphy
di Putatan...
Insya Allah ya...
Salam ..
BalasPadamsaya nak tanya ..
adakah jin-jin ini semua tak akan masuk ke dalam rumah sekiranya kita menampal atau meletakkan ayat suci Al-quran di pintu masuk rumah mahupun pintu masuk bilik ??
adakah kita meletakkan ayat suci Al-quran di pintu bilik ,jin-jin juga boleh memasuki melalui tingkap bilik ??
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamJin juga ada berbagai bangsa...jenis...
kepandaian...serta tingkat kekuatan...
maka ia mungkin jadi penghalang untuk
sebahagiannya...dan tidak jadi halangan
untuk sebahagian lainnya pula...
Wallohu a'lam
salam, saya mengalami kesakitan yg kerap setiap kali uzur bulanan, di dapati ada sis, masih mendapatkan rawatan hingga kini, tetapi selepas tempoh uzur saya diserang pula sakit perut yg teramat sangat setiap kali menjelang maghrib....dah berubat selama dua tahun lebih...keadaan masih serupa,terasa seperti ada sesuatu yg bergerak2 di dalam perut saya, apakah yg perlu saya lakukan...kerana kesakitannya ada kalanya tidak tertanggung.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Jupiter...
BalasPadamSekurang-kurangnya ada 4 gejala di atas adalah
tanda gangguan maka sebaiknya jumpa perawat
Islam...
Perhatikan kalau makan telur...daging binatang
4 kaki dan pisang menambahkan kesakitan dan
gangguan maka kalau ada...pantang sementara.
Jadikan air doa sebagai minuman berterusan
sekurang-kurang pagi petang...
Perhatikan juga kalau kesakitan itu seolah-olah
ada kaitan dengan sesuatu tempat...maka
minta pagar juga tempat tersebut...
Amal 3 Qul pernafasan...dan jangan lupa sapu
tapak tangan pada bahagian perut...
cuma sebaiknya anda jumpa perawat ...
In-shaa Allah ya...