Khamis, 28 Jun 2012

Angin Bisa (42)...Rakan Jin ?

Ketika DY minta 'scan' kerana merasakan ada
sesuatu  yang  tidak  kena....saya memintanya
menutup  mata...dan  saya membuat pengisian
ke bahagian dahinya ( otak depan ).


DY memberitahu ia dapat merasakan ada suatu 
makhluk mendampinginya...dan ianya perempuan 
( jin betina...)

Makhluk itu berambut panjang dan berpakaian
serba putih..datang dari kawasan kebun pisang
di  belakang rumah mereka...

Makhluk itu cuma nak berkawan....dan 'ia'
turut mengikut DY apabila ia pergi ke sekolah-
nya di keningau...


Namun ada 'perkara' lain lagi...dulu bilik DY
di rumah yang dibina sejak tahun 60'an itu...
pernah digunakan oleh seorang lelaki yang
gemar menyimpan tangkal dan belajar ilmu
kebatinan...


Walaupun lelaki tersebut sudah lama berpindah
tapi ternyata ada makhluk-makhluk halus yang
pernah di pujanya...masih datang-datang ke bilik
tersebut...


kerana itu orang yang baru sekali tidur di situ 
pasti akan merasa gangguan seperti rasa seram...
ada 'benda lain' dalam bilik..nampak kelibat dan 
sebagainya....


Bukan hanya pada bilik...sebaliknya pada mana-
mana tempat juga apabila ia pernah menjadi tem-
pat pemujaan atau tempat panggil jin...biasanya
tempat itu akan terus menjadi tempat singgah...
tempat 'bertandang'...atau mungkin menjadi
tempat tinggal makhluk-makhluk tersebut....


Maka apabila ia dihuni...atau dibuat tempat ting-
gal...termasuk mendirikan bangunan atau rumah
...biasanya ia akan ada gangguan kecuali jika
terlebih dahulu tempat di rawat...di bersihkan
atau di pagar....


Akhirnya...apabila DY membuka matanya..ia ber-
tanya...betulkah apa yang saya bagitau tadi tu
pakcik ?


...rasanya...ada yang aneh pada pertanyaan DY...


Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan