Sudah sebulan lamanya Tm sakit lutut kiri...dan
sudah bermacam ikhtiarnya termasuk meminta
urut...namun tak ada perubahan...malah ketika
ia berjumpa saya...ia nampak kesakitan pada
bahagian tersebut...
Ketika Tm meminta rawat...saya minta ia melu-
ruskan kaki ke depan...dan saya menghadapkan
tapak tangan kanan ke hujung-hujung jari kaki-
nya sambil membuat dua set pernafasan berserta
zikir...
Jari kaki sebelah ibujarinya dirasanya kurang se-
lesa dan apabila saya menyentuh hujung jari ter-
sebut dengan jari telunjuk...jari tersebut bergerak-
gerak tanpa dapat dikawal Tm...dan pada yang
sama Tm merasa ada sesuatu bergerak dalam
lututnya yang sakit...
Saya meminta Tm menutup mata dan saya mem-
buat pernafasan 'scan'...
Tm beritahu...ia nampak seekor anjing hitam
dalam lututnya yang sakit..kemudian ia terbayang
sebuah tokong...
Dalam tokong itu ada banyak patung-patung kecil
dan Tm dapat merasakan salah satu patung yang
berwarna hitam...ada kaitan dengan anjing hitam
tersebut...
Tm juga dapat merasakan...anjing hitam tersebut
bermaksud hendak membawanya ke situ...untuk
jadi penjaga tempatnya...
Pada pendapat saya...kalau tak ada rawatan yang
serasi..mungkin sakit lututnya akan sembuh kalau
ia meminta rawat di tempat tersebut...dan Tm
akan terhutang budi pada tuan punya tempat yang
juga dari kalangan keluarganya sendiri...
Saya sudah dapat laluan masuk jin tersebut...dan
biasanya saya akan guna kaedah cubit cabut untuk
menariknya keluar...
Tapi oleh kerana jarang-jarang sekali Tm yang juga
rakan seperguruan dapat pulang bercuti ke Ranau...
saya menunjukkan caranya...dan minta Tm tarik
sendiri benda tu keluar melalui hujung jari tadi...
Dengan izin Tuhan cuma dengan sekali cubit cabut
yang tak sampai pun setengah minit...apabila Tm
menggerak-gerakkan kakinya..ternyata sakit lutut-
nya hilang serta merta....
Sebenarnya kalau Tm tahu caranya...ia boleh mena-
rik benda itu keluar sejak mula sakit lagi...
Apabila Tm menutup matanya..ia melihat anjing
itu terkulai dalam himpitan antara kedua jarinya...
dan Tm beritahu...anjing itu sudah mati...
Dengan menggunakan cara yang sama...Tm men-
arik nafas sambil menutup gerak pernafasannya
dengan petikan jari tadi...tubuh anjing itu berkecai
menjadi debu-debu halus...dan ketika itu juga ia
melihat seorang lelaki merintih kesakitan...dan
ia kenal...itu adalah tuan punya tempat tadi...
Pada kes rakan di atas..ia berkaitan sihir..tapi tak
kurang banyaknya...ia adalah disebabkan oleh jin
saka...
Maka sakit lutut itu samada kerana ada jin...atau
ada angin bisa jin didalamnya....
Antara tujuan menyakitkan lutut...
1.Agar anda terhalang dari terus solat berjemaah
di surau atau masjid...
2.Agar solat anda dirumah terganggu atau kalau
boleh...terhenti...
3.Caranya jin itu menghalang dari keluar rumah
pergi ke mana-mana...
Jin itu mahu anda duduk terperap di rumah
agar lebih mudah dijaganya...
..atau bagi 'jin ikhlas'...agar anda lebih selamat
daripada gangguan di luar...
Atau agar anda terhalang pergi ke mana-mana
tempat atau berjumpa orang-orang yang tak
disukai..atau ditakuti oleh jin tersebut....
Atau agar anda lebih banyak masa 'melayan-
nya'...contohnya menyediakan makanan...
atau sebagainya bagi sebahagian jin ilmu...
4.Caranya jin itu melemahkan jiwa dan sema-
ngat anda...
5.Caranya jin itu 'menghajar' atau menyakit-
kan anda...manalah tau anda langgar atau tak
ikut pantang larang atau 'undang-undangnya'
dan kebetulan itu pula kepakarannya...
6.Atau ia menyakitkan anda kemudian mem-
bisikkan...anda kena sihir itu ini...atau kena
bagi makan itu ini...atau kena buat itu ini dan
sebagainya...
7.Caranya jin itu...saja-saja nak menyakitkan
anda...maklumlah dah hobinya menganiaya
orang...
...dan sebagainya...
Kadang-kadang sakit lutut itu bengkak kering
tapi boleh jadi pula akan ada air berkumpul
padanya...kalau dibuang oleh hospital pun...
dalam masa yang singkat...ia akan bengkak air
semula...
Kadang-kadang sakit lututnya sekadar bisa-
bisa...tapi boleh jadi pula sangat berbisa...
Kadang-kadang ia boleh buat seseorang seka-
dar boleh melangkah perlahan-lahan......tapi
ia juga boleh buat anda duduk atas kerusi roda
atau terlantar atas katil...
Gangguan yang sama dengan sakit lutut ini ia-
lah bisa-bisa semua sendi-sendi...dan biasanya
anda akan merasa lenguh atau sakit-sakit selu-
ruh badan...
Wallohu a'lam
assalamualaikum
BalasPadamboleh kongsi teknik cubit cabut tu, wasalam
Wa alaikum salam wbkth adamazahar...
BalasPadamInsya Allah....silakan...
Assalamualaikum wbt. sy sudah hampir 4 tahun sakit. sy berubat dgn rawatan islam dsemenanjung dgn lebih 5 0rg ustaz. ternyata ade sdkit perubahan, tapi menurut ustaz yg merawat sy sekrang sy hanya tinggal sarang gangguan atau kesan gangguan, sihir telah tiada dh dibuang, tp sy sekarang masih tak dpt melakukan kerja yg lasak atau berat, tp sudah segar dh boleh buat kerja rumah dan bermain dgn anak, tpi utk lebih dari itu sy tidak mampu. jika dipaksa akan rasa lesu letih hikang tenaga mahu pengsan.. tidak berdaya dan akan berlarutan hingga seminggu tak dapat bangun..sy juge tak dapat menaiki kereta berjalan jauh dari kawasan rumah (penumpang), naik kereta 1 @ 2 kilometer sudah pening teramat sgt rasanya. tidak terdaya. tapi tahun2 yg lepas keadaan sy lagi teruk. skrg ni kirenya Alhamdulillah, tapi jikalau aderezeqi utk lebih sihat amat sy inginkan, mohon penjelasan dr sdr tntang sakit sy dan bagaimana cara utk lebih pulih?
PadamWa alaikum salam wbkth pira...
Padam1.Sedikit perubahan...juga 'tinggal
sarang' atau 'kesan gangguan' boleh
jadi...
- masih ada jin dalam badan...tinggal
atau sekadar keluar masuk...
- atau sekadar ada angin bisanya...
tapi ia juga bererti...bila-bila masa
terlalai ia akan masuk atau aktif...
Angin bisa itu mungkin ada pada sendi
dan boleh jadi seluruh badan...
- atau keletihan itu juga boleh jadi
gangguan dari luar...contohnya jin
duduk bertenggek atas bahu atau teng-
kuk pada masa-masa tertentu...
- atau mungkin keletihan itu bererti
sesuai untuk mendapat makanan tambahan
seperti madu...habbatus saudah minum
terutama yang sudah didoakan...
...atau TM1 mineral keluaran Revell
yang berasaskan zat garam galian...
dan sebagainya...
2.Namun dari tanda yang ada...ia
menunjukkan sebaiknya pira terus men-
dapatkan rawatan biarpun sekadar sekali
seminggu selagi kesannya masih ada...
3.Amalkan juga pendinding diri...dan
kalau boleh...amalkan Ayat Manzil
pagi petang...dan tidak sekadar
bergantung kepada rawatan semata-
mata...
4.Dan kalau boleh...minum air Yasin
malam Jumaat atau mana-mana setiap
hari juga guna mandi...
Seperkara lagi...tentang TM1 yang
tidak didoakan maka boleh juga di-
bacakan Yasin agar ia juga akan ber-
tindakbalas pada gangguan...lebih
kerap lebih baik...serta gunakan
sapu pada sendi-sendi yang dirasa
bermasalah...
Minyak gosok Habbatus saudah juga
sangat sesuai sapu pada seluruh badan
jika masalah itu berkaitan dengan
gangguan...juga boleh sapu pada
bahagian kepala...dan boleh pula tambahkan juga pengisiannya dengan Yasin atau Manzil
....dan sebagainya...
5.Pira perhatikan juga ya...kalau
makanan bercampur telur...pisang dan
binatang berkaki empat memberi kesan
menambah kuat gangguan...pantangkan
atau kurangkan sementara kerana
ada jenisnya gangguan akan mendapat
'zat' dari makanan ini...
Insya Allah pira...yang paling pen-
ting...apa pun ikhtiar...hati kita
sentiasa bergantung kepada pertolongan
Tuhan...dan mencari keredhaanNYA...
Wallohu a'lam
assalamua'laikum saudara junied,mohon reply...ana musykillah pasal tenaga dalam ni..saya e-mailkan masalah saya ya.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Hafiz...
BalasPadamSilakan...
bila ana dah belajar tenaga dalam melalui gerak sejati ni,ana rasa ibadah ana yang kurang pun dah makin kurang..pastu yang paling obvious,malam susah nak tidur,rasa macam ada sesuatu bermain kat telinga kanan ana ni..bila usap2 telinga pun sama je.bila dengan ruqyah mp3 masa nak tidur tu, makin banyak gerak2,sesemut bergerak2 dalam badan(sebab sebelum belajar gerak sejati,ana memang selalu dengan ruqyah sebelum tidur and gerak2 sesemut tu memang kurang,berbeza sangat masa dah belajar jurus).pastu ana bertanya pada Cik Din(guru gerak sejati cawangan Gombak),katanya tu syaitan cuba menggangu/nak berdamping bila kita belajar ilmu2 tenaga dalam ni,dia duk jauh tapi pancarkan cahaya dia ke ana sebab tu ana terasa terganggu kat telinga tu.(tu ulasan cik din dan dia suruh saya sentiasa berjurus dan makrifatkan syaitan yang menggangu dan hentem dia dengan jurus)
BalasPadamPastu ana pergi darusyifa' bertanya pasal tenaga dalam..depa kata tenaga dalam ni ada bantuan jin walaupun kata tak dek bantuan jin..ana pening ni bro hmmm minta pencerahan bro.
Intipati perbincangan ana dengan ustaz jufry kat darusyifa' tu.
1)ilmu gerak scan/scanning tu
katanya ilmu tu termasuk dalam dalam kategori "Kahin" - yang mengetahui perkara2 ghaib..tak kiralah scan benda yang telah berlaku or sedang berlaku(walaupun tak scan benda yang akan berlaku),ia menunjukkan seseorang itu mengetahui perkara ghaib,ia termasuk juga dalam kategori " 'arraf " - tukang tilik sebagaimana dalam hadith nabi Muhammad S.A.W,mafhumnya
"Sesiapa yang mendatangi ahli sihir,atau Kahin(seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib), atau 'Arraf(tukang tilik), lalu mempercayai dakwaan tersebut,sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quran al-Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W".
hadith ni ana petik daripada buku "MENJAWAB PERSOALAN makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din page 119.
2)tenaga dalam
BalasPadamustaz jufry juga mengatakan dalam islam tak ada tenaga dalam,alasannya Nabi tak ajar pun benda2 tu..Nabi ajar membaca surah2 terpilih sebagai pendinding diri juga untuk merawat pesakit.
melalui sumber yang lain,ada satu article yang mengatakan yang kelebihan buat orang tercampak t,tangkap jin guna jurus,gerak scan,tenaga dalam semua tu terbahagi kepada 2 kategori :-
kategori 1
karamah - kelebihan yang betul2,suci daripada ALlah dan tidak mudah untuk di perturunkan/diajar pada sesiapa,hanya orang yang terpilih oleh-Nya sahaja dapat mempraktikkannya dengan izin Allah S.W.T,sebagai contoh kisah Nabi Musa A.S dan Nabi Khaidir..Nabi Musa nak belajar ilmu ladunni daripada Nabi Khaidir tapi tak dapat kerana kekurangkannya yang tak sabar..sedangkan Nabi Musa itu adalah rasul yang boleh bercakap dengan ALlah S.W.T pun tak dapat belajar ilmu yang lagi dalam,ilmu ladunni Nabi Khaidir.
ulasan kisah nabi musa and nabi khaidir juga ana petik daripada buku "MENJAWAB PERSOALAN makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din page 157-160.
kategori 2
bantuan syaitan/jin yang membolehkan buat semua tu and mudah untuk di ajar2 dan diwariskan pada sesiapa sahaja.
Sebagai konklusi,ulasan diatas make sense juga sebabnya tenaga dalam ramai yang belajar and praktikkannya so maksudnya ia mudah diajarkan.
tapi bila ana tengok youtube,pengubatan oleh Budi Losong kalau tak silap saya,macam menggunakan jurus+ruqyah macam yang dipraktikkan oleh saudara.selain itu,kalau saudara check link ni, http://www.quranic-healing.blogspot.com/2012/06/bertarung-dengan-dukun.html and baca article dia tu,menunjukkan dia menggunakan jurus juga.Tambahan pula,ana petik satu hadith daripada buku MENJAWAB PERSOALAN makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din page 43-44,
yang bermaksud, “Syaitan telah datang menggangu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekeknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman A.S, nescaya akan aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu”.
Melalui hadith ni ana konklusikan berdasarkan pemahaman ana membaca hadith tu juga ulasan daripada buku MENJAWAB PERSOALAN makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din page 43-44,:
Sekiranya Allah S.W.T tidak memakbulkan doa nabi sulaiman(ana tak tahu).
-Allah S.W.T tidak memakbulkan doa nabi sulaiman yang mana dia pernah berdoa supaya kekuatan yang ada padanya(nabi sulaiman),boleh menawan,menangkap dan mengurung makhlus halus ini tidak diberikan kepada orang lain.Ini kerana,Nabi Muhammad S.A.W boleh menangkap jin ifrit sebagaimana dalam hadith diatas tetapi melepaskannya sebagai menghormati doa nabi Sulaiman(mungkin itu adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W)
- Sekiranya Allah S.W.T tidak memakbulkan doa nabi sulaiman, ini juga bermaksud manusia biasa juga ada kemungkinan diberi kelebihan untuk menangkap,menawan or mengurung makhluk halus sebagai contoh dengan menggunakan tenaga dalam misalnya.
Sekiranya Allah S.W.T memakbulkan doa nabi sulaiman(ana tak tahu).
Nabi Muhammad S.A.W tak ikat jin tu kerana menghormati doa Nabi Sulaiman A.S.
Okay tu je kemusykilan ana,boleh bro utarakan pendapat bro,ana tak berniat nak menyinggung sapa2 just nak berkongsi pendapat ana dan mencari kebenaran ..maaf kalau ana ada silap dalam menggunakan hadith-hadith diatas atau ana tafsir salah,mohon pencerahan dan pembetulan.
aduh jadi tak teraturlah bro bila copy and paste ke sini...ana e-mailkan supaya bro mudah baca hehe
BalasPadamSalam Hafiz...nanti Insya Allah saya akan
BalasPadamulas apa yang Hafiz rasa tersebut setelah
belajar tenaga dalam gerak sejati...
1.Tenaga dalam ini ada 3 perkara berkaitan
jin...
-ada tenaga dalam yang guna jin...
-ada tenaga dalam yang tidak guna jin tapi
ada jin cuba perdaya terutama daripada jin
saka masing-masing...
(Namun keadaan ini juga turut ditempuhi
oleh pelajar Rukyah semata-mata...dan juga
biasanya ia daripada jin saka masing-masing)
-ada tenaga dalam tak guna jin...tapi pela-
jar itu sendiri yang mencari jin melalui
ilmu jin...tangkal azimat dan sebagainya...
tapi ini bukan masalah tenaga dalam...
melainkan empunya diri itu sendiri...
...dan sebagainya...
2.'scan' itu ada yang berbentuk syirik
BalasPadamseperti meramal perkara yang akan terjadi
tapi 'scan' jin pada badan bukan ramalan
sebaliknya gerak rasa atau sekadar huraian
dari pengalaman...
Contohnya...apabila kita rasa ada semut-
semut bergerak dalam badan...atau tiba-
tiba jantung berdebar kuat tanpa sebab...
atau rasa panas tanpa sebab munasabah...
atau kerasukan...maka tandanya ada jin
dalam badan...ini bukan meramal masa
depan...
Umpamamya kita jumpa doktor...kata sakit
dada...maka ia akan dengar degupan jantung
untuk memastikan juka ada masalah pada
jantung melalui rentak degupannya...
Tapi kalau dah guna jin...tak kira ia dari
aliran tenaga dalam atau kebatinan dan sebagainya...mereka itulah jenis peramal
yang seolah-olah mengetahui perkara-perkara
yang akan berlaku...itu yang dimaksudkan
dalam hadis tersebut...Wallohu a'lam
3.Perkara yang kita tak boleh buat itu bukan
BalasPadamberdasarkan Nabi SAW ajar atau tak ajar...
tapi yang Rasulullah larang...atau terang-
terang bertentangan dengan hukum bolehnya.
Contohnya...ketika pengamal mentera memeluk
Islam...mereka bertanya kepada Rasulullah
samada mentera semasa kafir itu bolehkah
mereka terus amalkan...
Rasulullah tidak kata...tak boleh...sebalik-
nya Rasulullah meminta mereka membacanya
satu-satu dan baginda mendengarnya...
Kemudian Rasulullah akan kata...ini boleh...
atau ini tidak boleh...
Mentera itu tentunya bukan Rasulullah yang
ajarkan...tapi yang boleh tu kerana tidak bertentangan dengan ajaran Islam...
Kalau nak ikutkan Rasulullah tak ajar...
Ayat Manzil tu tak boleh amal pagi petang
kerana dalam hadis tersebut Rasulullah membacanya sebagai rukyah kepada seseorang
sakit...dan Rasulullah tak ada pun menye-
butkan ia boleh di amal pagi petang...
Begitu juga...kalau ada rakan yang rajin
membaca Ayat Kursi 11 kali setiap lepas
solat...juga tak boleh kerana Rasulullah
tak ajar pun sedemikian...
Contoh lain...Rasulullah tak ajar pun kita
membaca Qur'an menarik nafas panjang-
panjang dan membacanya berlagu-lagu...
lalu kita bagi markah...depan khalayak
ramai...kena siar tv pula tu ke seluruh
dunia...tapi kita buat juga...kerana
Rasulullah tak ada katakan pun tak boleh.
4.Sumber tersebut sekadar mengambilkira
BalasPadamdua perkara tersebut tanpa mengambil kira
roh halus dalam badan manusia yang mem-
punyai kelebihannya sendiri...
Roh kita adalah 'benda halus' maka ia
boleh digunakan untuk perkara yang tubuh
kasar tak mampu buat...
Dari sinilah hakikat kekuatan tenaga dalam.
Dr Fadhilah Kamsah pernah berkata...niat
itu suatu tenaga...itu baru niat...belum
kepada tumpuan fikiran berserta keyakinan.
Pada pengalaman saya sendiri...kita boleh
'menyentuh' jin dalam badan seseorang
apabila melatih pernafasan dan dapat 'menga-
lirkan' nafas (rasa)/tenaga itu ke tapak tangan...
'Menyentuh' itu bukan bererti saya rasa
bendanya...tapi ia dapat ditarik keluar
(dengan izin Tuhan).
Cara lain mudah nak faham...apabila kita menutup mata sambil meluruskan kelima-lima jari tangan...kita 'alirkan' nafas tadi ke salah satu jari...dan ketika itu seolah-olah
kita rasa cuma ada satu jari tersebut...
iaitu kita telah menumpukan tenaga ke jari
tersebut dan ia boleh dengan izin Tuhan
untuk mencederakan jin (macam Ustaz Sharhan
cuma mungkin Ustaz tak guna pernafasan).
Kebanyakan orang menilai tenaga dalam itu
dari luar...maka ia sekadar mengagak mela-
lui pandangan matanya tanpa merasai atau
mengetahui hakikat tenaga dalam...
Soal tenaga dalam bukan soal sekadar mana
kedudukan kita di sisi Tuhan...tapi latihan
pernafasan dan tumpuan...dan bukan ilmu
laduni...
Cuma apabila ia berserta amalan ayat Qur'an
ia lebih berkesan untuk menghadapi jin...
dengan izin Tuhan...
Namun tidak pula saya nafikan...kelebihan-
kelebihan seumpama itu juga boleh didapati
oleh orang yang guna jin...
Tentang maklumat lebih lanjut mengenai
tenaga dalam sila baca pada blog gerak
sejati...dan sebagainya...
Maka sebaiknya bagi anda yang ingin belajar
tenaga dalam...pastikan ia tak guna jin...
Wallohu a'lam
5.Sebenarnya teknik tenaga dalam itu asas-
BalasPadamnya sekadar pernafasan kemudian selebihnya
adalah terpulang kepada kreativiti dan
latihan masing-masing...
Mungkin kebetulan teknik luarnya ada per-
samaan....tapi biasanya tenaga yang ter-
hasil adalah berbeza mengikut amalan..niat dan tumpuan masing-masing...
Contohnya...ada orang kata...kalau kita
menarik nafas...maka kita akan membentuk
daya tarik...kalau hembus pula...daya
tolak...
..tapi kalau kita bayangkan semasa menarik nafas itu menghasilkan daya tolak...dan
mengembuskan nafas menghasilkan daya tarik
maka begitulah tenaga yang terhasil...
Cuma saya berminat nak tahu apa yang Hafiz
faham dengan Budi Losong ni....
Wallohu a'lam
6.Maaf ya...saya kurang faham apa yang
BalasPadamHafiz maksudkan dengan membentangkan
peristiwa Rasulullah menangkap jin...
Cuma rasanya baik kita fahami apa yang Nabi Allah Sulaiman as doa pada Tuhan iaitu....
Ya Allah..berikan kepadaku suatu kerajaan yang tidak akan ada seseorang pun memiliki
seumpamanya selepasku...
Maka Nabi Sulaiman as itu menjadi raja ke-
pada manusia...binatang...dan dapat memerin-
tah angin...juga jin syaitan...
Maksudnya...tidak akan ada sesiapa lagi
yang akan memiliki kerajaan seumpamanya...
Jadi kalau setakat seseorang manusia biasa
(bukan Rasulullah SAW) dapat menangkap dan
mengurung 'sekor dua' atau lebih jin...
ia samasekali bukan seperti mendapat suatu kerajaan seperti Nabi Allah Sulaiman as
...maka ia tidak bertentangan dengan doa
Nabi Sulaiman as tadi...
Maka tiada sebarang sangkalan di sini ten-
tang bolehnya manusia biasa menangkap jin
samada dengan tenaga dalam atau sihir dan
sebagainya...
Insya Allah Hafiz...kalau ada sebarang per-
kongsian lagi...silakan ya...
Wallohu a'lam
Kemudian...
BalasPadam1.Secara umum...
-Semut-semut yang bergerak dalam badan
semasa dirukyah atau dengar mp3 rukyah
adalah jin...dan pada kebiasaannya ia
adalah tanda seseorang itu ada saka...
-Kesan gangguan dan gejala gangguan ber-
gantung kepada banyak 'semut'...juga ke-
padatan angin bisanya serta kedudukannya
dalam badan...
2.Beza jumlah 'semut' dalam badan....
BalasPadamsebelum dan selepas ambil amalan...
-Sebelumnya...katakan 5 ekor...dan selepas
ambil amalan...jadi 10 ekor semasa mendengar
rukyah mp3...
Sebelum...yang 5 ekor itu adalah jumlah jin
dalam badan yang terkena 'pukulan' rukyah
mp3...
...kemudian selepas ambil amalan...jumlahnya
jadi 10 ekor...
5 ekor tambahan itu bukan dari luar...tapi
ianya sedia ada dalam badan cuma ia dapat
bertahan dari kesan rukyah mp3 dengan ber-
tahan dalam kubunya...dalam badan...
Setelah ambil amalan...kubunya pecah...maka
5 ekor itu turut 'lintang pukang' terkena
pukulan rukyah...jadilah 10 ekor jin lintang
pukang...
Rawatan itu utamanya...pecahkan kubunya...
lalu musnahkan...atau halau keluar...
Maka semakin banyak semut-semut itu perkem-
bangan positif...jaga amalan dan sambil
tu minta rawatan berterusan dari mana juga
samada rawatan rukyah...tenaga dalam atau
kedua-duanya...dan sebagainya...
Rawatan itu kita tahu berkesan apabila kemudiannya semut-semut itu semakin ber-
kurangan...Wallohu a'lam
3.Sukar tidur malam...
BalasPadamAntara sebabnya...
- ada jin atau angin bisanya pada otak
maka kita jadi macam jin...segar waktu
malam...
....atau apabila terkena kesan amalan
maka 'fikiran' jin itu jadi 'kacau
bilau' resah tak menentu (macam tajuk
lagu pula)...maka kita yang ada angin
bisanya juga turut jadi gelisah..banyak
fikir tapi tak tau apa bendanya...dan
sebagainya...jadi...sukar tidur...
Bisikan atau gangguan pada telinga itu
samada kerana ada jin dalam otak...atau
bersembunyi di belakang daun telinga...
duduk dalam saluran telinga...atau ber-
bisik dari luar...atau membuat serangan
atau gangguan jarak jauh dengan aura
(angin bisanya)...dan sebagainya...maka
ia menimbulkan gangguan pada bahagian
telinga...
Maka jangan juga lupa cara Rasulullah
SAW membaca pada tapak tangan dan sapu
kemuka dan seluruh tubuh...Wallohu a'lam
4.Halangan beramal...
BalasPadam-Seorang rakan didampingi 2 'ekor'
perempuan muda (jin)..tapi tiada
masalah nak solat atau sebagainya.
-Selepas ambil amalan tenaga dalam
ia jadi banyak halangan...ada-ada
saja bisikan dan tipu helah makhluk
tu nak menghalangnya...
Kerana sebelumnya...makhluk-makhluk
itu seperti kurang terjejas dengan
apa juga amalan rakan tadi...tapi
setelah ambil amalan...seperti ada
benteng makhluk itu yang 'pecah'...
maka amalan-malan tadi mula menjejas-
kan mereka...
Kerana itu timbul halangan-halangan
dan dalam kata mudahnya kita kata...
kalau tak ada apa-apa...kenapa 'mereka'
nak halang?
Selain itu....kesan aura yang lebih
aktif mula bergerak dalam dan luar badan
maka kesannya jika ada angin bisa atau
jin dalam badan...ianya menjadi terjejas
dan ia akan membuat kita rasa lesu...
lemah...berat dan sebagainya...
Ini mungkin juga akan memberatkan kita
untuk beramal seperti sebelumnya...
...namun ianya adalah untuk sementara
dimana semakin lama...angin bisanya
semakin kurang maka kita rasa lebih
ringan dan 'sihat'...Insya Allah...
Walloohu a'lam...
...tentang jin dan tenaga dalam...Insya Allah
BalasPadamsaya akan terangkannya pada tajuk besar pada
masa-masa terdekat ini...Insya Allah...
Saya sakit lutut ...dh diet,dah mkn ubat mcm2,supplement pun ambik..rawatan islam yg sya perlukn
BalasPadam