Sudah seminggu lebih...ZA merasa tubuhnya pa-
nas membahang siang dan malam tanpa sebarang
sebab yang munasabah...
Beberapa hari lalu...saya telah memberikan
kepadanya air doa...tapi ternyata panas badan-
nya tak berkurang...malah terus bertambah hin-
gga memaksanya menelefon saya...
Ia dah cuba meminta rawatan pada salah seorang
rakannya..tapi rakan tersebut menolak kerana
menurutnya penyakit ZA itu dah teruk sangat...
Saya meminta ZA baring sambil menutup mata...
kemudian saya meletakkan tapak tangan kanan se-
inci di atas ubun-ubunnya...
Saya merukyahnya dengan Fatihah...salawat...Ayat
7...Ayat Kursi...3 Qul...Doa Nabi Khidir as dan
Ayat-Ayat Sihir...
Saya jangkakan angin panas itu boleh ditarik ke-
luar melalui ubun-ubunnya...
...tapi saya merasa pelik kerana tak ada sebarang
angin panas keluar melaluinya seperti pada kebia-
saan kes-kes gangguan sebelum ini...malah saya tak
mendapati sebarang tanda kehadiran jin dalam badan-
nya...
Namun ZA memberitahu...bahang panas dalam badannya
dah berkurang...
Saya meminta ZA memasang niat untuk melihat punca
gangguan ke atasnya...dan saya merukyahnya dengan
ayat Seribu Dinar berserta pernafasan sambil ber-
niat membuka ruang untuk titik 2 bahagian kepala-
nya...
ZA memberitahu...ia ternampak dua orang lelaki ya-
ng kedua-duanya amat dikenalinya...
Lelaki itu berada pada sebuah kampung yang jauhnya
15 km daripada Pekan Ranau...
Salah seorang lelaki itu marah pada ZA dan mengupah
lelaki yang seorang lagi untuk mengenakan sihir ke-
atas ZA...
Lelaki penyihir itu melayur sebuah patung atas api
dan ketika itu ZA merasa tubuhnya panas membahang...
Saya membaca Ayat 1 hingga 10 As Soffat...menarik
nafas dan membuat pukulan peletup jin kepada patung
tersebut...
Patung itu terpelanting...dan jatuh ke tanah...
Kedua-dua lelaki tersebut terkejut....bingkas ber-
diri dan segera berundur beberapa langkah ke bela-
kang...
Ketika itu ZA beritahu bahu kanannya juga sakit se-
jak seminggu lebih...
Saya meminta ZA menumpukan perhatian kepada patung
tersebut...
...dan ZA beritahu...ada sebatang paku sedang ter-
tanam menikam bahu patung dan tembus ke belakang.
Saya membayangkan ada besi tajam tertanam pada bahu
ZA dan menggunakan gerakan...nafas serta zikir untuk
mencabut...
Serentak itu...paku pada patung tersebut tercabut...
dan sakit seperti ditusuk benda tajam pada bahunya
juga hilang serta merta...
Ketika itu...si lelaki penyihir nampaknya sangat ma-
rah dan menunjukkan isyarat tiga jarinya ke arah ZA
dan menurut ZA...lelaki itu akan menentang atau men-
yerang saya dalam 3 kali 'pertarungan'...
Manakala lelaki yang mengupahnya tak berkata apa-
apa...dan nampaknya ada satu makhluk lain berdiri
tak jauh di belakang kedua-dua lelaki tersebut...
Iaitu seorang lelaki tinggi...bertopeng dan berjan-
ggut panjang...
Ia adalah jin pendamping lelaki tukang sihir...dan
makhluk itu juga tak menunjukkan sebarang reaksi
selain diam memerhatikan ke arah tuannya...
Panas serta sakit badan ZA dah hilang...tapi apabi-
la saya meminta ZA duduk...ia tak larat...ada sesu-
atu menghalangnya...
ZA merasakan lilitan-lilitan kuat tali pada paha ki-
rinya...dan saya memintanya menutup mata dan cuba
memerhatikan patung tadi...
ZA beritahu..ada benang hitam dililit pada paha kiri
patung tersebut...
Saya menggunakan kaedah pancung ke arah paha kiri
ZA dan ZA beritahu benang pada paha patung itu pu-
tus...
...dan ZA merasa tali yang melilit paha kirinya
juga putus dan terlerai...
Selama ZA memerhatikan kedua-dua lelaki itu...ia
dapat merasakan lelaki yang mengupah tukang sihir
itu merasa marah kepada ZA kerana cemburu dan tak
berpuas hati...
Mereka berdua berminat kepada wanita yang sama...
dan wanita itu lebih rapat kepada ZA...
...akan bersambung...Insya Allah...
salam tuan ,tima kasih atas pengalaman tuan yg sedikit sebanyak itu dapat dijadikan pedoman.Boleh kah tuan terangkan bagaimana cara kaedah pancung yg tuan gunakan, bagaimanakah kaedah atau cara untuk melakukannya ,harap sudi cerahkan tq
BalasPadamWa alaikum salam Kilat...
BalasPadamCaranya...( saya andaikan anda yang mem-
baca penerangan dibawah ini adalah se-
orang ahli tenaga dalam...)
1.Tarik nafas melalui hidung...perlahan
dan dalam...
2.Nafas yang ditarik...bayangkan terus
mengalir ke tangan kanan...
3.Bengkokkan tapak tangan kebelakang se-
hingga tapak tangan terasa tegang...
4.Tumpukan perasaan pada tepi bawah tapak tangan yang akan digunakan untuk memancung.
5.Tahan nafas....sehingga tekanan nafas
dalam dada terasa cukup kuat...
6.Hayunkan tangan kanan seperti memancung
sambil lepaskan nafas sekaligus dan cepat
kedalam dada...
Semasa gerakan memancung itu bayangkan
pancungan memancung atau memutuskan sasa-
ran..iaitu gerakan itu satu tenaga...dan
sambil bayangkan sasaran putus juga satu tenaga lain...
Maaf ya...kalau penerangannya kurang je-
las tapi Insya Allah bolehlah Kilat atau
anda dimana-mana juga bertanya pada
mana-mana bahagian yang kurang jelas...
Wallohu a'lam
salam tuan,nak tanya kalau kita dah bukakan titik 2 bhgn kepala adakah org tersebut nanti mata ketiganya sentiasa terbuka dan nampak benda-benda alam ghaib. adakah kita perlu tutupkan mata ketiganya,bagaimanakah caranya. Saya pernah menggunakan kaedah tuan tersebut pd seseorang yang selalu mengadu demam dan sakit kepala serta dikacau lembaga perempuan berbaju putih di suatu jalan kat kampung beliau, selepas scan dia kata dia nampak sebuah kubur org islam dengan jelas dan sebuah lorong jalan yg selalu dia ikut.selepas saya rukyahkan dengan beberapa ayt manzil dia telah sihat dengan izin allah.persoalannya adakah perlu kita tutupkan titik 2 kepala itu tadi, harap sudi perjelaaskan tima kasih
BalasPadamWa alaikum salam Kilat...
BalasPadamSetakat sekarang ini saya berpendapat
ianya berlaku kerana ada gangguan atau
angin bisa jin pada otaknya...
Maka apabila angin bisa itu ditarik
keluar melalui dahinya...maka dengan
sendirinya kebolehan itu akan hilang.
Selagi ia nampak...maka bererti jin
atau angin bisa pada bahagian terse-
but masih ada dan perlu ditarik
keluar...
Wallohu a'lam
Bagaimana mau buka titik 2 bahagian kepala...mohon d terangkan...
BalasPadamBiasanya ia akan terbuka sendiri kalau ada
BalasPadamangin bisanya semasa dirukyah...atau
rukyah sambil niat menampakkan si sakit
pada punca gangguannya...atau arahkan
hujung jari telunjuk...atau sentuh tengah
dahi dan rukyah atau buat penafasan
niat membuat pengisian atau buka pan-
dangannya...dan sebagainya...
Kadang-kadang apabila ada angin bisa-
nya sesorang itu boleh nampak jin peng-
gangu semasa cuci muka atau basuh
muka ketika berwuduk...
Wallohu a'lam
Terima kasih tn...semoga ALLAH merahmati kita semua
BalasPadamAmiin...sama-sama saudara...
BalasPadam