Sesampainya ia di rumah petang itu...pertama sekali
yang dilakukan oleh En.Richard ialah membuka bung-
kusan kain pada dua gelang tembaga yang baru dibeli-
nya di kaki lima kedai...
Ia duduk mencangkung di hadapan rumah...dan melaga-
lagakan antara ke dua-dua gelang tersebut hingga
menimbulkan bunyi seperti lonceng...
Setiap kali pula ia akan berhenti sekejap untuk me-
lihat sekiranya ada sesuatu yang berlaku...dan beg-
itulah yang ia buat sepanjang petang itu...
Nampaknya tak ada apa-apa yang ganjil...tapi ter-
nyata penjual gelang tersebut tak memberikannya
pantang 'kosong'...
Ketika En Richard mula melelapkan mata malam itu...
ia terkejut besar...ia melihat dengan sangat jelas
biliknya dipenuhi oleh lelaki dan juga perempuan
tua yang semuanya berpakaian serba hitam...
Bukan hanya sekitar ruang lantai bilik...sekeliling
katil...malah atas katil dan jendela biliknya juga
dipenuhi oleh orang-orang tua...
Sepanjang malam itu En Richard dicengkam oleh keta-
kutan...kerana setiap kali ia mula melelapkan mata
nescaya ia akan dapat melihat orang-orang tua yang
memenuhi segenap ruang dalam biliknya..malah orang
tua yang paling hampir dengannya sempat bertanya
dengan senyum manis dan penuh lemah lembut...
..." anak panggil kami ?"...
Awal paginya En Richard segera ke pekan ( Kalau tak
silap saya Pekan Penampang K.Kinabalu )...dan men-
cari penjual gelang tersebut...
Penjual tersebut sangat marah apabila mendapati bu-
ngkusan kain pada gelang itu telah dibuka...
dan En Richard yang bertekad untuk mengembalikan
gelang itu terus sahaja bertahan dengan sumpah sera-
nah si penjual...
Ia bernasib baik apabila penjual itu sanggup meng-
ambilnya semula...itupun setelah En Richard memebe-
ritahu kepadanya..harga gelang itu Rm 50 tak per-
lu dikembalikan...
Ada kalangan rakan yang membeli sesuatu di kaki-
kaki lima kedai seperti gelang...cincin dan sebagai-
nya dengan bangga memberitahu...benda itu ada penja-
ga atau khadamnya...
Tapi saya tak fikir...kebanggaan itu kena pada tem-
patnya...
Seorang rakan didampingi tujuh ekor nenek...dan ia
mengalami beberapa gejala...
1.Sukar mengawal emosi...terutamanya perasaan marah
dan cemburu...
2.Menghadapi risiko yang besar menerima serangan
jin dari mana-mana tempat...
3.Akhirnya ia mula merasa kebas pada bahagian kiri
badan...( kebas sebelah badan )...tapi Alhamdulillah
kerana ianya masih baru...ia dapat dirawat segera...
Kalau terbiar...pada jangka masa panjangnya...ia mu-
ngkin ke arah mati sebelah badan...
4.Suatu ketika ia meminta rawat kerana kepalanya ra-
sa kurang selesa...nampaknya ada tentangan lemah da-
ripada pendampingnya...
Kemudian malam esoknya...waktu malam gelap...saya
ke rumah jirannya...tiba-tiba rakan itu menghantar
pesanan ringkas ( sms )...kenapa ni bang..saya rasa
seperti nak keluar memburu seseorang...
Dan saya pasti rakan itu tak tahu saya berada diru-
mah sebelah...dan ada pengaruh jin pada perasaanya
untuk membalas dendam...pasti daripada jin pendam-
pingnya sendiri...
Ia cuba mempengaruhi rakan tadi untuk memburu saya...
...dan saya menghantar sms padanya...
beri saya masa 10 minit...dan saya gunakan masa itu
untuk menyerang jin tersebut...
Apabila saya bertanya kemudiannya...rakan itu beri-
tahu perasaan ganjil itu dah hilang...
...semuanya dengan izin Allah.
Itu baru nenek tujuh ekor...kalau jin tua penuh sebi-
lik pula nak makan tuan...sukar nak kita jangkakan
padahnya...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum...
BalasPadamini adalah pengalaman beberapa orang rakan yang berkunjung ke Sabah beberapa minggu lepas dicerita oleh B kepada saya... semuanya 4 orang perempuan... dari KK mereka menyewa pacuan 4 roda dengan seorang pemandu (pemandu ini adalah kenalan salah seorang dari daripada rakan2 tadi di FB)
Sekembali dari Kudat ada road block dan rupa rupanya pemandu ini tidak membawa lesen katanya..jadi pemandu ini membawa mereka ke rumah panjang sesampai disana salah seorg dari rakan saya ini saya namakan mereka L,N,B,dan Y. B tiba2 jadi takut air mukanya berubah dan tidak mahu naik kerumah panjang manakala rakan yg lain begitu teruja dan naik tiada pelawat lain selain dari merak berempat setelah dipujuk B naik dengan berat hati... setiap mereka membeli cenderahati ada yang beli gelang dan ada yang beli manik rasanya yang berupa manik2 kerjatangan...orang tempatan... B kembali turun dan menunggu dibawah yang lain masih melihat dan sibuk bergambar... kata B pada saya perassannya ketika itu amat takut... kemudian pemandu bertanya siapa yg boleh membawa kereta manual katanya dia memerlukan hanya untuk melepasi sekatan polis sahaja... rupanya tiada siapa yng boleh kerana semuanya memandu kereta auto.... keta pemandu ini lagi sekiranya ditahan nanti meeka akan lama disitu disoal siasat... jadi salah seorg mengambil inisiatif untuk belajar memandu manual iaitu N boleh la sbb N pernah memandu manual sebelum ini (katanya masa ambil lesen) berjaya melepasi sekatan polis dan B masih lagi diam... Sesampai mereka di salah sebuah hotel di KK semasa masuk kebilik hotel salah sorg dari rakan ini Y buat perangai... seperti merungut2 kaedahnya... Y menjadi mengamuk tidak tentu pasal dan targetnya si N. N nampaknya lebih mengambil jalan tidak mahu peduli dan membiarkan sahaja.. Rupanya si H masa mula2 masuk ke bilik hotel sudah merasakan ada yang tidak kena dgn bilik tersebut terutama semasa dibik air dia seperti rasa ada org memerhatikannya di bilik air lalu menutup tingkap bilik air...
mereka kemudiannya ke SH untuk menikmati dan bergambar dan melihat matahari jatuh dan si Y masih ikut tapi menyendiri....
malamnya si Y memilih untuk tidur seorang dibilik lain dan yang lain masuk dalam 1 bilik . Adat bila smua perempuan berkumpul ada shj sehingga kegembiraan yang melampau dan ketawa terlalu seronok....Dalam seronok2 tu si N ada mendegar suara budak kecil ketawa dan dia diam kan shaja dan tiba2 si B kata ada org menekan locang dan mengajak si L
menemaninya untuk buka pintu dan mereka berdua berlari kembali dan mengajak si N sekali si N menambajh yg dia tidak dgr pun bunyi loceng begitu juga si L. dan si N kata jgn buka pintu dan buka semua lampu jgn padam kerana kata si N jam hampir ke pukul 12 mendengar si N berkata begitu si B membuka rakaman ayat kursi dari HP nya kata si B keadaan amat meyeramkan waktu itu... Si N menelefon Pakciknya dan pakciknya meminta Si N menyediakan sebotol air mineral water dan apabila dia selesai membaca dan meminta si N hembus kedalam air dan diberi minum pada rakan2 tadi.... Pakcik Si N juga meminta si N membaca ayat2 Kursi 2 dan mula apabila pak cik nya suruh hebus dia menut=rut arahan seperti menghembus keluar ( ini B cerita sendiri kerana waktu Si N berhubung dgn pakciknya dia meletakan telefon ke loud speaker... smua orang dalam bilik boleh dengar...) mereka hannya boleh tidur selepas itu..... paginya semasa si N mengerakan untuk solat subuh kepada si B dan L rupa2nya si N tidak tidur sepanjang malam..
Sebelum mereka check out si N meminta semua yang membeli hasil tangan di rumah panjang untuk meninggalkan smua barang itu di hotel itu sebelum keluar dan mereka semua si N minta berniat sebelum keluar dari bilik itu berniat kpd Allah apa sahaja yg tak baik jgn ikut....
sebelum si N keluar dia terpandang salah sebuah bilik ditepi pintu besar itu terbuka... dan seperti ada sesuatu...
adakah barang2 yang mereka beli di rumah panjang itu ada sesuatu atau mungkin bilik di hotel itu yang ada sesuatu...
Wa alaikum salam AV...
BalasPadamApabila kita mengalami keadaan ada antara
rakan kita merasa seperti si B...sebaik-
nya tempat itu kita elakkan...
Dari maklumat di atas...ada antara barang-
an yang dibeli itu ada 'isi'...juga sepe-
rtinya...pada bilik itu juga ada gangguan.
Saya bersetuju dengan cadangan si N...wa-
laupun mungkin tak semua barangan yang dibeli itu ada gangguannya...tapi sebaik-
nya kita tak perlu mengambil risiko nasib
baik atau nasib tak baiknya...
kecuali ada rakan yang dapat mengenal pas-
ti barang yang 'selamat' dibawa...
Wallohu a'lam