Rabu, 1 Mei 2013

Tanda Ada saka...Rumah 'Keras'...6N

Sebaik sahaja selesai rawatan...ibu itu rasa 
lebih sihat dan bertenaga...namun sebaik
sahaja ia melangkah masuk ke dalam rumah-
nya..tiba-tiba badannya rasa berat semula
seperti sebelumnya...

6 Nota

1. Biasanya ia tanda gangguan saka...dan
jin saka tersebut juga turut tinggal sama
dalam rumahnya...

2. Bagi gangguan jin saka...sebaiknya rumah
juga perlu 'dirawat' dan dipagar...kerana
jin saka biasanya akan tinggal serumah...

..malah tidak kurang pula yang turut beranak
pinak...lalu bertambah banyak dalam rumah
juga...badan tuannya...atau  turut  melarat 
kepada semua orang yang tinggal dalam 
rumah...

Maka bukan luarbiasa...kalau sebahagian atau
malah semua orang dalam sesebuah rumah itu
ada jin saka dalam badan...

3. Rumah yang dihuni jin saka boleh dikata-
kan tempat keras...kerana biasanya angin
bisa jin akan merata dalam rumah tersebut...

Kerana itu bagi orang luar yang peka...ia boleh
rasa kurang sedap badan..kurang selesa...
pening...takut...seram...rasa sejuk atau panas 
apabila masuk ke dalam rumah tersebut...

4. Mungkin juga akan berlaku lintasan-lintasan
bayang atau makhluk aneh dalam rumah...

Atau rasa seram..atau terasa seperti ada orang 
lain ketika keseorangan...

5. Boleh jadi rawatan atau pagar rumah itu
perlu berulangkali...dan semua tangkal...barang
lama yang disyaki dan sebagainya...perlu di-
keluarkan dari rumah...

6. Antara laluan masuk semula jin ke dalam
rumah ialah apabila anda masuk tanpa membaca 
Bismillah...dan jin itu akan ikut di belakang...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. Aslm en juneid,
    Bgaimana saya boleh hntar email pd e juneid untuk mndapatkn bantuan rawatan dari e juneid? Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Unknown...

    Sebenarnya saya lebih kepada penulis dan pengkaji
    bebas...dan dalam perguruan IT sendiri saya juga
    bukanlah seorang perawat bertauliah...

    Cumanya kalau anda juga di Ranau dan 'mudah
    jumpa'...In-sha Allah...mungkin kita boleh 'tengok'
    dulu perkaranya...

    Tapi kalau anda luar Ranau...sebaiknya hubungi
    terus ke Pusat Rawatan Imantheraphy ( boleh
    ambil nombor hubungan pada blognya iaitu pada
    Yang Berbahagia Guru Utama Ustaz Abdullah...
    yang juga ada fbnya...atau guru yang dihormati
    dan juga rakan saya Ustaz Salehuddin perawat
    bertauliah untuk kk dan Ranau...atau lain-lain
    rakan perawat dekat seperti yang tertera di situ
    dan sebagainya...)

    ...juga mungkin masih ada perkhidmatan rawatan
    tanpa sempadannya...

    Tapi kalau anda rasa perlu juga berhubung secara
    email...silalah ya berikan alamat emailnya agar
    dapat saya hubungi In-sha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam saudara junied, itu yang saya alami sejap dari kecil lg, duduk seorang dalam rumah pon saya rasa amat takut, masa nak tido pon terasa macam ada seseoang sebelah saya, sekarang saya dalam proses rawatan, cuma masalah ekonomi buat saya masih lagi tinggal di rumah milik ayah,ibu saya

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Kenu..

    Saya pernah tinggal selama setahun dalam rumah
    yang ada bilik sajian jin ilmu...dan saya dapati
    sangat banyak tipu daya serta daya upaya jin
    dalam rumah tersebut...banyak serangan...dan
    banyak gangguan...

    Pernah saya pening selama tiga hari berturut-
    turut..juga sering rasa nak muntah dari sebab
    termakan terminum benda yang diganggu benda-
    benda tersebut...

    Cuma saya masih percaya...untuk sembuh tidak
    semestinya pindah rumah...yang penting amal
    pendinding dan buat sekadar mana pagar untuk
    bilik tidur...atau ruang-ruang dalam rumah...

    Mudah-mudahan Kenu ada amalkan serba sedikit
    pendinding diri...dan minum air doa setiap hari...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam