Jumaat, 31 Januari 2014

Bengkak Rumah Jin...

Mulanya  ada dua bengkak..apabila ianya
hilang...timbul  pula bengkak baharu pada
belakang pinggang kirinya...

Dalam keadaan menutup mata Sp beritahu
ia  ternampak  sepohon pokok kayu besar
di penuhi akar yang melilit juga berjuntai.

Dan Sp melihat satu lembaga seperti wanita
berambut panjang berpakaian serba putih...

Lembaga  itu  mengekorinya  dari rumahnya
di  kampung ...tapi  tidak  masuk  ke  dalam 
rumah kakak saya...makhluk itu sedang ber-
legar-legar di luar...

Ketika  masih  di  rumah kampung tadi...se-
orang  anak  buahnya yang berumur 4 tahun
berkata  pada  Sp..."saya  takut  tu  hantu di
belakang pakcik"...ternyata kanak-kanak itu 
bercakap benar...

Apbila  Sp  menumpukan  perhatian  pada
bengkak dibelakang pinggangnya...Sp mem-
beritahu ada sebuah rumah besar dalam 
bengkak tersebut.

Pemiliknya adalah lembaga yang sedang ber-
legar-legar di luar rumah...

Saya letak tapak tangan atas bengkak itu dan 
membaca Suroh Inshiroh 3 kali...Sp melihat 
rumah itu bertukar menjadi pokok besar tadi.

Saya menekan tapak tangan perlahan-lahan 
berserta pernafasan zikir dan membayangkan
tapak tangan saya masuk ke dalam bengkak-
nya...

...kemudian menyapunya dengan cepat niat
membuang pokok tersebut...

Dengan  izin Tuhan...pokok  itu  juga  tidak
kelihatan lagi...

Pada gerak hati Sp jin itu tinggal pada pokok 
besar tersebut  yang terletak di tepi jalanraya
...namun Sp tidak ingat tempatnya  kerana ia 
sering pergi ke berbagai  tempat  demi tugas-
nya.

Jin itu jatuh cinta kepadanya...dan Sp sendiri 
tidak tahu apa sebabnya...

...tapi  saya sudah nampak sebabnya...cepat-
cepat saya menyuruh Sp membuka mata...

Saya mengesan Sp tadinya mula mengalami 
kesukaran untuk membuka mata juga mulut-
nya...

...kerana...ada jin dalam badan Sp mungkin 
ianya jantan...dan jin itu mula cuba merasuk-
nya...

Banyak kes...orang masuk hutan...dan pulang 
di ekori jin baharu...kerana ada jin dalam
badannya...

Pada  pendapat saya...angin  bisa  jin dalam 
badan buat kita kelihatan cantik atau tampan 
pada pandangan jin....atau sebenarnya...jin 
luar itu jatuh cinta pada jin dalam badan kita.

Wallohu a'lam

Selasa, 21 Januari 2014

Gerbang Jin ?

Dari  kampung yang jauhnya tak sampai
setengah kilometer itu...rakan itu melihat
suatu pemandangan aneh di lereng  anak
bukit tersebut...

Ada sebuah gerbang besar tersergam di
situ...sedangkan  rakan  itu  sangat  pasti
selama ia berulang alik ke situ membuka
kawasan hutan untuk penanaman padi
bukit...tidak pernah ia melihat pintu
gerbang tersebut...

Pada  bahagian tengah pintu gerbang itu
jelas kelihatan  seperti sebuah terowong
yang dalam dan gelap...

Ketika rakan tersebut memasuki kawa-
san berkenaan tiba-tiba saja ia degupan
jantungnya menjadi kuat...

Itu kejadian belasan tahun lalu...dan kini
saya pula membuka kawasan hutan itu.

Pada hari kedua saya merasakan suatu
keanehan...

Walaupun pokok kayunya jarang-jarang
namun daunnya yang rimbun menyebab-
kan kawasan itu terlindung dari panahan
cahaya matahari...

Tumbuhan utama pada bahagian bawah-
nya  ialah  pokok  buluh  menjalar...dan
sedikit jenis pokok pakis...

Ketika  menghampiri  kawasan  gerbang
yang pernah dilihat oleh rakan itu...
terasa  suasananya sunyi sepi...tapi saya
tak pedulikan sangat...

Cuma  ketika  dalam  perjalanan pulang...
saya dapat rasakan gerakan degup-degup
kecil  pada  bahagian  jantung...dan  hati
saya yakin...ada 'bendanya' sedang men-
yerang dan menyasarkan ke jantung...

Ketika sampai dirumah...dengan izin Tuhan
...tiada lagi serangan tersebut...

Tiga hari selepasnya...saya  mendaki ke
atas  bukit  dan ketika sampai  pada ke-
dudukan  gerbang itu...saya  merasakan
ada  suatu  tekanan  yang  agak  kuat...
bukan pada bahagian kepala...tapi terus
ke bahagian otak ( otak  rasa  terhimpit
dan sedikit sakit ).

Saya teruskan saja perjalanan...dan ketika
turun dari bukit tersebut...badan mula
rasa demam...

Dengan izin Tuhan...ketika bangun subuh
keesokannya....tinggal  sedikit  saja  rasa
ketidakselesaan...

Adapun bukit berkenaan...bahagian puncak-
nya  pernah  ditemui  suatu  tempat seperti
bekas  pemujaan...dan  seseorang  pernah
ternampak seekor beruk putih besar duduk
di situ.

Nota

Memang  ada  golongan  jin ilmu yang suka
menyasarkan serangan ke bahagian jantung
dan pada jangkamasa  panjang...seseorang
itu  mungkin  mati  mengejut  kerana  sakit
jantung...sedangkan  ia  tidak ada kes sakit
jantung sebelumnya...

...dan mungkin ini sebab utamanya...iaitu jin
juga tidak  dapat bertahan lama apabila kita
sasarkan serangan kebahagian jantungnya...

Wallohu a'lam

Isnin, 20 Januari 2014

Rezeki yang Menguntungkan...

Beruntunglah orang yang urusan rezekinya
mengingatkan ia kepada Tuhannya...

Wallohu a'lam

' Keberkatan ' Ujian...

Semua  orang  Tuhan timpakan kepadanya
ujian  dan  pengajaran...sebagai  peringatan 
kepada kebenaran...dan agar ia kembali 
kepada Tuhannya...

...tapi tidak semua orang...Tuhan pilih dan
timpakan kepadanya ujian demi ujian untuk 
memaksa ia kembali dan mendekati Tuhan-
nya...

Wallohu a'lam

Rabu, 15 Januari 2014

Keadilan Menurut Nafsu...

Engkau cenderung mengatakan  Tuhan itu
adil...apabila engkau  mendapat apa  yang
engkau ingin atau cita-citakan...

Dan engkau cenderung mengatakan Tuhan 
itu tidak adil...apabila engkau  tidak diberi 
apa yang engkau inginkan...

Iaitu engkau menilai  keadilan  Tuhan  itu
dengan  pandangan  nafsu  keinginanmu
sendiri....bukan dengan pandangan mata
hati atau iman...

Wallohu a'lam

Sekilas...Takutkan Diri Sendiri...

Kebanyakan  orang  lebih takut kepada
bayang-bayang daripada pada perkara
yang sebenarnya...

Kerana itu...apabila anda ingin menjadi
lebih berani...jangan cipta bayang-
bayang untuk anda takuti...

Wallohu a'lam

Sekilas...Kesan Rasa Takut...

Ketakutan  tidak  akan menjadikan anda
lemah...

Tapi ketakutan itu hanya akan membuat
anda berfikir dengan cara yang tidak
sepatutnya...

Wallohu a'lam

Rabu, 8 Januari 2014

Nak Cepat Mati ?

Ada orang bercita-cita nak cepat mati
bukan kerana ia sudah bersedia...tapi
kerana di dunia ia rasa derita...

Ada orang berharap akan  terus hidup
dan lupa mati...kerana ia merasa di-
dunia...ia bahagia...

Sedangkan kematian  tidak  mengenal
sesiapa...ketika derita...ketika bahagia
apabila sudah sampai saatnya...dunia
tetap akan engkau tinggalkan...

Tidak  akan   menyesal   pada  engkau
yang sentiasa bersedia...dan tidak akan
ada tangguhan pada engkau yang yang
terlupa...

Wallohu a'lam

Ahad, 5 Januari 2014

Erti Kematian...

Kematian itu ialah...engkau berpindah
dari rumahmu yang besar dan indah...
ke lubang kuburmu yang gelap dan
sempit...

Kematian itu ialah...engkau meninggal-
kan kemeriahan keluarga dan sahabat 
handaimu...kepada kesepian tanah 
perkuburan...

Kematian itu ialah..engkau berpindah
dari  kehidupanmu  di  dunia  ini.....ke 
taman Syurga...atau ke lubang Neraka.

Wallohu a'lam

Semua Orang Mati ?

Ada orang ingat mati....tapi lupa bersedia
untuk menghadapinya...maka ia hidup...
seolah-olah untuk selamanya...

Ada orang ingat mati...tapi ia senang hati...
dan berkata...semua orang pun akan
mati...

Tapi ia lupa...setiap orang itu akan kese-
orangan dalam lubang kuburnya sendiri...

Apabila engkau lupa persediaan untuk
meghadapi mati...maka bersedialah...
untuk meminta tempoh...pada malaikat
maut nanti...

Wallohu a'lam


Pada Saatnya...

Engkau...tak akan terkurang sedegup...
dan...tak akan terlebih sedegup...

Engkau...tak akan terkurang senafas...

dan...tak akan terlebih senafas...

Engkau...tak  akan terkurang  sekelip 

mata...dan...tak akan terlebih sekelip
mata...

Engkau...tak akan terlambat sesaat...

dan...tak akan tercepat sesaat...

Apabila detiknya sudah sampai...

maka...satu-satunya pilihan untuk-
mu...adalah...kematian...

Wallohu a'lam


Dunia Ini Sementara...

Hidup di dunia ini hanya sementara...
Tapi jangan sekali-kali engkau per-
sia-siakan...
Kerana...engkau tidak akan hidup 
di dunia ini...untuk kali kedua...

Wallohu a'lam