Isnin, 13 Mei 2013

Ayat 44...45 dan 46 Al A'rof...3N

Jam 9.45 malam...ada suara rintihan lemah 
yang amat perlahan di luar pintu...tapi ia 
menimbulkan kesan luarbiasa...

...rasa seram dan..suhu ruang tamu juga tiba-
tiba menjadi sejuk..

Tiga kali suara rintihan...saya cukup yakin
ada sesuatu diluar pintu...

Dua ahli keluarga lain yang duduk sama di-
ruang tamu juga turut merasa seram...

Perlahan-lahan saya membuka pintu dan 
keluar...tidak ada sesiapa di luar...tapi
suasana malam di bawah sinaran cahaya 
bulan yang suram...terasa amat asing...
seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaik saja saya menutup pintu...salah
seorang ahli keluarga (A) memberitahu...
jelas dalam bayangan fikirannya...ada se-
orang perempuan yang sangat tua ber-
tongkat sedang berdiri di luar pintu...

Saya ada idea bagus...saya membaca ayat
44...45...dan 46 dari Suroh Al Isro...
kemudian membuat satu set pernafasan...

Saya alirkan tenaga keluar melalui dahi dan
membayangkan tenaga itu masuk ke dalam
fikiran ahli kelurga tadi...kemudian tenaga 
itu melantun ke arah makhluk tersebut...

Dengan izin Tuhan ia berkesan...bayangan
itu semakin kabur dan apabila saya buat
set ketiga...bayangan itu hilang dan ia
beritahu...perempuan tua itu sudah pergi.

3 Nota

1. Ia adalah jin tangkal yang dipanggil
kemburongoh dalam bahasa Dusun...

Tangkal itu sudah lama dibuang ke laut...
tapi ternyata 'orangnya tak bodoh' untuk
ikut terjun ke laut...

Ia bererti..jin itu sebenarnya tidak terikat
dengan tangkal tersebut...dan ia terus ber-
keliaran dikalangan ahli keluarga tuannya
yang sudah lama meninggal dunia...

2. Jin ini biasanya jadi tukang ramal...dan
juga tukang hasut dalam keluarga tuannya.

3. Jin tua ini biasanya agak tahan lasak..
dan boleh jadi 'ia' menjadi ketua kepada
suatu puak jin...

Wallohu a'lam

1 ulasan:

  1. As slm tuan,klu kita berhasrat nak bakar tangkal itu..apakah langkah-langkah yang tuan cadangkan(dari bacaan dan apa2 lafaz) agar JIN itu tidak menyerang diri atau anak isteri?

    Saya pernah diberi oleh seorang rakan satu beg kecil yang mengandungi sebotol mineral yang berisi air dan terdapat kayu-kayu kecil..sebagai tangkal..namun saya percaya ianya adalah syirik, walaubagaimanapun saya terima juga untuk menjaga hati rakan itu..boleh kah, saya hanyutkan di sungai atau membiarkan begitu saja..mohon tuan beri pencerahan.
    Wasalam.

    BalasPadam