Selasa, 30 September 2014

Bengkak Jantung Berjangkit...

Sejak awal tahun...sudah tiga atau empat kali
pakcik  itu  merawat  birasnya.....iaitu  suami
kepada adik perempuan  isterinya.

Sekembalinya  dari  rumah birasnya tersebut
pakcik itu merasa dadanya sesak seperti di-
himpit dan panas badan.

Setelah ia duduk beramal merawat diri dengan
izin Tuhan...barulah ia rasa lega.

Sekarang hampir sepuluh bulan berlalu...biras-
ya masih mendapat serangan yang menyebab-
kannya sesak nafas...keras dan pedih dalam
perut serta demam panas.

Seorang bomoh wanita  yang  cuba  merawat-
nya ternyata  tiba-tiba  mengalami pendarahan 
yang banyak...panas badan dan  pitam  hingga  
terpaksa  di  tahan  di wad hospital Ranau be-
berapa hari.

Pakcik itu tidak lagi merawat birasnya..mungkin
kerana  merasa  kurang  bersedia  untuk  meng-
hadapi serangan balas...

...namun  baru  seminggu  lebih  lalu isterinya di-
kesan mengalami bengkak jantung oleh doktor...
iaitu sama seperti penyakit utama birasnya.

Perawat  terlepas...tapi  mungkin...belum  tentu
keluarganya.

Wallohu a'lam

Jumaat, 19 September 2014

' Formula ' Pelerai Alat Sihir...

Sebaik sahaja rakan itu...Tm menutup matanya...ia
nampak  sebuah patung dicucuk dengan  beberapa
batang jarum...dan   ia dapat merasakan patung  itu
adalah alat sihir yang menjadi pengganti dirinya.

Sudah beberapa minggu Tm merasa sakit dan bisa-
bisa seluruh badan.

Tm terus menumpukan perhatian dan memberitahu
kedudukan  setiap  batang  jarum yang menembusi
patung tersebut...dan saya membayangkan  batang
besi  dicucuk  pada  badan  Tm  dan mencabutnya
dengan  gerakan...pernafasan dan zikir.

" tepi kanan kepala..."  saya bayangkan ada batang
besi  di situ  dan  mencabutnya..." tepi kiri kepala..."
saya cabut.." dahi..." saya cabut..." mata kanan dan
kiri..." saya cabut..." jantung..." saya cabut..." pingg-
ang..." saya cabut..." perut..." saya cabut...

"...kemaluan..." saya  terkaku  seketika...kalau  nak
buat  gerak  cabut  di  bahagian   tersebut...rasanya
kurang  senonoh  pula...maka  saya bayangkan dan
buat isyarat gerak sentap saja...

" ...bahagian lutut..." saya cabut..." atas tapak kaki"
saya cabut...itu  jarum terakhir  namun  masih  ada
perkara lainnya.

Tangan  kanan  dan   kiri   patung  itu diikat antara
satu sama lain...saya  buat gerak tarik dengan  niat
meleraikannya...begitu juga dengan bahagian kaki-
nya.....kemudian  saya  guna  gerak  ' peletup  jin '
dengan  niat  memusnahkan alat sihir tersebut.

Tm  beritahu  bahawa  kaki  dan tangan patung itu
diikat  dengan   tujuan  cuba   melumpuhkannya...
malah  saya  bependapat lebih  daripada  sekadar
cuba  menyeksa...tikaman   jarum  pada jatung itu
adalah suatu cubaan membunuh dengan sihir.

Kemudian Tm dapat melihat bomohnya...kelihatan-
nya seperti 'bomoh Islam'...dan orang yang meng-
upah bomoh itu adalah ibu mertuanya sendiri

Si ibu  mertua  adalah  orang kuat  sebuah rumah
ibadat yang dibinanya sendiri...dan berharap anak
perempuannya jadi pengganti...namun apabila ia
memeluk Islam...si ibu sangat kecewa tapi belum
berputus asa.

Maka rakan itu yang juga rakan sekampung serta
seperguruan menjadi sasaran serangan halus yang
bertali arus.

Dulunya  si  ibu  buat  sendiri...malah mencampur
serbuk  yang  rakan  itu syak sebagai serbuk abu
mayat ke dalam bahan makan mereka  sekelurga
selain dicampur ke dalam garam makan di dapur

Berbalik pada bomoh tadi...Tm  beritahu  bomoh
bomoh itu tidak mengalah...malah akan terus cuba
menyihirnya dengan sekeping gambar Tm yang
diletak atas sebuah meja.

Di  depan  gambar  itu...ada  beberapa mangkuk
berisi bahan yang tidak diketahuinya...selain se-
mangkuk berisi kemenyan.

Gambar itu sentiasa kena dengan asap kemenyan
tersebut.

Saya gunakan gerak 'peletup jin' dengan 11 ayat
Permulaan As Soffat...dengan niat memusnahkan
gambar tersebut.

Tak semena-mena si bomoh kelihatan marah dan
mengamuk...habis  barang-barang  sihir  tersebut
bertaburan jatuh ke atas lantai apabila si   bomoh
menolak mejanya hingga terbalik.

Tm beritahu ia dapat merasakan  bomoh itu akan
terus cuba menyihirnya...maka  saya  guna  gerak
sentap ke atas bomoh tersebut dengan ayat  Lau
Anzalna...saya  niatkan  untuk  melemahkan  ilmu
sihirnya...

...namun lain pula jadinya...Tm melihat darah men-
yembur keluar dari mulut si bomoh...dan kali ini
si bomoh benar-benar berang..." awas kau !..."
si bomoh sempat menjerit memberi amaran.

Tm beritahu...bukan saya atau Tm yang bomoh itu
maksudkan...tapi ibu mertuanya.

Si bomoh merasa sangat marah apabila mendapati
ia  disuruh  menyihir  orang  yang  dapat  memberi
tentangan kepada ilmunya ( dengan izin Tuhan ).

Nota

1. Kelebihan guna alat sihir...biasanya rawatan akan
menjadi sukar selagi alat sihir itu tidak dapat dibatal
atau dimusnahkan.

Sedangkan...mencari alat sihir itu juga menjadi suatu
masalah  kerana  ia  biasanya  tersembunyi atau jauh
tidak diketahui kedudukannya.

Maka formulanya...kalau  alat  sihir  itu dibayangkan
sebagai  pengganti  diri  pesakit...maka  untuk  mem-
batalkan atau memusnahkannya...kita bayangkan diri
pesakit itu sebagai  wakil atau pengganti alat sihir.

2  Pada kisah Rasulullah SAW disihir...apabila alat
sihir berupa patung itu diambil...simpulan-simpulan
benang sihir padanya sudah pun sedia terlerai...

...dan dikatakan rahsianya adalah...setiap ayat pada
Al falaq dan An Naas apabila dibaca oleh Rasulullah
maka terlerailah setiap simpul satu demi satu pada
patung tersebut...dan terlerai juga kesan sihirnya.

Wallohu a'lam

Isnin, 15 September 2014

Rahsia Tapak Tangan Si Bomoh...

Apabila  rakan yang sedang sakit kepala itu minta
rawat...melalui dahinya..bomoh itu menarik keluar
batu-batu  kecil   hingga   hampir   penuh  segelas 
banyaknya.

Rakan kedua pula yang sedang sakit pinggang....
dua  gelas  batu-batu  kecil  ditarik  keluar  oleh
si bomoh tersebut.

Menurut  si bomoh...batu-batu  kecil itulah punca 
penyakit mereka dan ianya adalah penyakit biasa.

Bagi pesakit-pesakit  lain di mana paku-paku dan 
batang-batang  jarum  ditariknya keluar...menurut
bomoh tersebut  adalah penyakit yang disebabkan 
oleh sihir.

Namun  si  rakan  kedua....ada  seorang  rakan lain
yang kebetulan rapat dengan si bomoh memberitahu
satu rahsia...

...iaitu sebenarnya  semua  batu...paku...jarum  dan
sebagainya  itu  bukannya  ditarik  keluar dari tubuh 
pesakit...tapi  ianya 'disimpan' dan dikeluarkan dari 
tapak tangan si bomoh sendiri.

Sudah  beberapa  kali  ia melihat si bomoh meletak-
kan  batu-batu kecil  di atas  tapak  tangannya...
kemudian  setelah  diurut perlahan oleh si bomoh....
batu itu kelihatan 'terbenam' dan hilang dalam tapak
tangannya.

Begitu juga  caranya  ia  memasukkan paku...jarum
dan sebagainya...yang  kemudiannya  akan  'ditarik
keluar' oleh si bomoh daripada tubuh pesakit.

Malah pernah sekali...bomoh itu  megutip  batu kecil
yang  basah  dan  bersalut lumpur...kemudian  'mem-
benamkannya'  ke  dalam tapak tangan...ketika ianya
'ditarik keluar' daripada tubuh pesakit...batu itu masih
basah dan bersalut lumpur seperti asalnya.

Tidak cukup dengan paku...batu-batu...jarum dan se-
bagainya...bomoh itu pernah 'membenamkan' seekor
katak di tengah-tengah tapak tangannya...

...dan ketika 'ditarik keluar' dari leher seorang pesakit 
yang bengkak...ternyata katak itu masih hidup.

Bomoh itu kata...patutlah leher kau bengkak..rupanya
ada katak di dalam...

Pesakitnya ada juga yang sembuh.... dan ada yang tidak 
sembuh.

Rakan  kedua ketika  memerhatikan  si  bomoh merawat  
sambil   menunggu   gilirannya   berbisik  pada    seorang 
rakan di sebelah..."....boleh percaya ka ni...atau bomoh 
ni saja main silap mata ? ".

" His...kalau  tidak  percaya ...penyakit  tidak  sembuh " 
jawab si rakan.

" Habis tu...sakit kepala kau sembuh..? " si rakan kedua 
bertanya pada si rakan pertama...si rakan pertama meng-
geleng kepala..." kau macam mana..?' tanyanya balik...

" Tidak ada pun kurang sakitnya... " jawab si rakan kedua.

Mungkin yang sembuh itu sakitnya lebih kepada permainan
perasaan atau keyakinannya sendiri...atau gangguan ringan
yang sembuh cukup dengan hanya sekadar 'motivasi'.

Wallohu a'lam