Jumaat, 30 Disember 2011

Angin Bisa (17)...Ulah Jiran..

Perawat yang baik dan dikatakan dapat melihat aura tapi
apabila ia menolak untuk merawat seorang budak lelaki
kerana bependapat ia tak ada gangguan melalui penilaian
seimbas pandang...rasanya saya kurang puas hati...

Pada satu ruang lain...saya meletakkan hujung jari telunjuk
ke ubun-ubunnya...dan budak itu memberitahu seluruh
tubuhnya terasa sejuk...menandakan ada angin bisa jin.

Kedua-dua buku lalinya sakit dan bengkak...dan apabila
di'scan'...budak tersebut yang sebenarnya juga adalah
anak buah saya memberitahu..ada dua biji batu merah
pada setiap kedua-dua buku lalinya...

Apabila batu-batu ditarik keluar...ia nampak satu lembaga
berambut panjang berpakaian serba putih bertahan di-
didalamnya...

Semakin ditarik dengan kaedah cubit cabut...semakin kuat
ia mencengkam...tentu ada bendanya yang tak kena...

Apabila anak buah saya itu menumpukan perhatian...ia
memberitahu ia cuma satu tapi ' membahagikan' tubuhnya
dan mencengkam kedua-dua belah buku lalinya...maka
saya menariknya sekali gus...

Dengan izin Tuhan...cengkamannya terlepas...dan anak bu-
ah saya memberitahu...makhluk itu sudah pulang ke rumah-
nya...iaitu di sebatang pokok besar yang tumbuh di tepi
sebuah batu besar pula...

La...'jiran' rupanya...pokok itu cuma terletak lebih kurang
lima puluh meter jauhnya dari situ...dan saya selalu ke sa-
na untuk melihat kolam ikan seorang anak buah lain yang
juga dekat dengan batu besar itu...

Seorang sepupu pernah melihat satu lembaga seperti lelaki
berbadan besar dan tegap...bertocang rambut keluar dari
batu besar tersebut pada tahun 70 an...dan pokok itu
pula tumbuh di tepi batu terebut...

Makhluk itu agaknya memang tinggal di situ...dan saya
tak berminat nak 'gaduh-gaduh'...cukuplah ia dah lepaskan
anak buah tadi...

Wallohu a'lam



Khamis, 29 Disember 2011

Di Ufuk Timur (23)...Siapa Lebih Hebat ?

Antara engkau dengan orang lain...siapa lebih hebat ?

Kehebatanmu itu dari Tuhan...kehebatan orang lain
itu...juga dari Tuhan...

Maka engkau tak hebat...dan orang lain juga tak
hebat...

Yang hebat itu adalah Tuhan...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (22)...Hikmah Takut Tuhan...

Siapa yang tidak takut melainkan kepada Tuhan...maka
tidak akan ada orang merasa berani terhadapnya...

Huraian maksud Hadis...

Wallohu a'lam

Angin Bisa (16)...Lubang Dalam Badan...

Semasa di 'scan'...kadang-kadang ada rakan yang
bertanya...adakah yang saya nampak ini betul..
atau khayalan saya semata-mata ?

...iaitu apabila semasa menutup mata itu ia melihat
sesuatu samada makhluk...tempat...alam asing
atau sebagainya...

Tapi kali ini...saya pula yang rasa nak tanya rakan
tu...samada ia benar-benar melihatnya atau sekadar
khayalan...apabila ia memberitahu nampak satu
lubang dengan garis pusatnya lebih kurang dua
inci di dalam badannya sendiri...

Mulut lubang itu terletak di bahagian belakang be-
rtentangan dengan dada kiri...dan ia memberitahu
...ia melihat dagingnya pada dinding lubang itu
sudah mula reput...

Tapi saya menahan diri...takut pula ia terasa ditud-
uh mereka cerita pula...lagi pun...ia cikgu...perem-
puan...rasanya tak ada perlunya ia nak  'melawak'
tak tentu pasal...

Lainlah dengan anak buah atau rakan-rakan dekat
 'sespesis' (lelaki la tu...) kalau dia kata nampak
 harta karun Pir'aun pun...tak 'heran'...melawak-
lah katakan...

...tapi seperti biasanya...saya akan mengujinya...
saya memintanya memerhatikan apa yang ada da-
lam lubang tersebut...

Rakan itu memberitahu...ia nampak paku-paku se-
panjang dua inci bertaburan di dalamnya...

Tanpa memberitahunya...saya menarik paku-paku
tersebut keluar dengan kaedah cubit cabut...dan
rakan itu memberitahu paku itu dah tak ada...tapi
ada benda lain di situ...iaitu dawai-dawai bergu-
lung...

Dawai itu juga saya tarik dengan kaedah cubit ca-
but...3 kali tarik...dan rakan itu memberitahu...
dawai itu juga dah hilang dan lubang besar tadi
tinggal sebesar hujung jari sahaja...

Saya meminta rakan itu terus memerhati sambil sa-
ya membuat beberapa pernafasan 'scan'...dan
rakan itu memberitahu...ia nampak sebuah rumah
di tepi hutan...

Pintu dan jendela rumah itu semuanya bertutup...
dan ia tak dapat melihat apa yang ada di dalamnya.

Say menarik nafas...tahan...dan ketika itu sambil me-
nutup mata...saya membayangkan rumah itu ada di-
hadapan dahi kemudian perlahan-lahan melepaskan
nafas sambil membayangkan saya melihat dalam
rumah tersebut ( tapi saya sebenarnya tak nampak)...

Saya anggap ia satu dari seni 'scan' ini...sebagai pen-
yuluh dan rakan itu memberitahu ia dah dapat melihat
isi rumah tersebut...

Ada seorang lelaki tua berjanggut sedang duduk men-
gasap keris dan di hadapannya ada sebuah patung...

Saya meminta rakan itu memerhatikan patung tersebut
...dan ia memberitahu ada sebatang jarum dicucuk pada
 pada bahagian belakangnya...

Apabila saya bertanya...rakan itu memberitahu...ia me-
mang rasa sakit pada bahagian belakang...maka saya
membayangkan ada sebatang besi tercucuk pada be-
lakang rakan  tersebut dan menggunakan nafas serta
gerakan...mencabut batang besi tadi...

Rakan itu memberitahu...jarum pada bahagian belakang
patung itu dah tak ada lagi...dan serentak itu ia merasa
sakit belakangnya juga hilang...dengan izin Tuhan...

Saya abaikan lelaki tua tadi...dan membuat kaedah pele-
tup jin untuk memusnahkan rumah tersebut...

Saya sendiri kurang pasti samada ia rumah sebenar di-
alam nyata atau di alam jin...tapi apabila rakan itu mem-
beritahu rumah itu hilang kemudian perlahan-lahan
timbul semula seperti bayang-bayang...saya pasti ia-
nya bukan di alam nyata...

Saya cuba memusnahkannya beberapa kali dengan pe-
letup jin...namun sebaik saja rumah itu hilang...
perlahan-lahan ia muncul semula...

Rasanya...saya tak dapat memusnahkannya...

Apabila rakan itu membuka mata...ia bertanya samada
apa yang dilihatnya tadi itu benar...kerana ia merasa ada
bisikan yang mengatakan kepadanya...itu semua tak
benar...

Tapi yang menariknya...rakan itu cukup yakin mengata-
kan bahawa rumah itu terletak dibawah tulang belikat
kanannya...dan ia menjadi tempat persinggahan jin
dalam badannya...

Wallohu a'lam


Sabtu, 24 Disember 2011

Angin Bisa (15)...Dicintai Jin Jantan...

Ketika rakan itu menutup mata...saya membuat satu
set pernafasan 'scan'...

Rakan itu melihat satu makhluk seperti beruk...
bertaring panjang...dan ia dapat merasakan makh-
luk itu adalah jantan...

Sebelum ini..rakan itu tak pernah melihat...malah
tak pernah mengetahui adanya makhluk tersebut...

Tingginya dan caranya berdiri sama seperti manusia
biasa...

Makhluk itu berdiri di bawah sepohon kayu di ping-
gir hutan sedang memerhatikan rakan itu dari jauh.

Olah kerana rakan itu melihatnya..maka bererti ada
angin bisa makhluk itu dalam bahagian otaknya...
atau dengan kata lain....makhluk itu mendampingi-
nya...

Saya bertanya kepada rakan itu samada ia dapat mer-
asakan kenapa makhluk itu mendampinginya...cepat
saja rakan itu manjawab...makhluk itu suka (cinta)
kepadanya...

Bererti..angin bisa makhluk itu juga dah agak padat
dalam bahagian dadanya...

Saya memintanya membuat 4 Qul pernafasan iaitu ter-
masuk Suroh Al Kafirun...

Setelah selesai...rakan itu memerhatikan semula ma-
khluk tadi...dan memberitahu...makhluk itu keliha-
tan senyum padanya...

Pelik pula saya rasakan...seolah-olah amalan pend-
inding tersebut langsung tak berkesan...tapi saya
ada idea lain...

Ada angin bisa dalam dada rakan tersebut...maka ia
dapat merasakan perasan makhluk itu...maka saya ber-
tanya apa yang sedang rakan itu rasakan...

Ia memberitahu...tiba-tiba ia merasa resah tanpa se-
barang sebab...bererti makhluk itu sedang merasa
resah...iaitu ia telah mendapat kesan dari amalan
tadi...

Jadi rupanya...'senyum beruk' makhluk yang memang
beruk itu adalah lakonan semata-mata...atau suatu
tipu helah...

Ini seperti anda membaca Ayat Kursi...tapi tiba-
tiba orang yang kerasukan jin itu senyum atau men-
gajuk...atau malah mungkin kelihatan seperti tam-
bah seronok...

Kalau anda kurang faham...maka anda mungkin lemah
atau terus patah semangat...

Biasanya tambah sakit...jin itu akan tambah keta-
wa atau tambah lakonan 'gumbiranya'...

Ketika saya sedang merukyah seorang isteri rakan
...rakan itu akhirnya memberitahu saya...hampir-
hampir saja ia menyuruh saya menghentikan rukyah
kerana ternyata isterinya yang sedang kerasukan
itu semakin bertambah lawak jenaka serta maki ha-
munnya...

Namun ternyata...akhirnya jin tersebut tak dapat
bertahan dan lari keluar...dengan izin Tuhan...

Maka mungkin kalaulah rakan itu sendiri yang mer-
awatnya...ia sudah menghentikan rawatan kerana te-
rmakan tipu helah jin perasuk...dan memang itulah
tujuan jin tersebut...

Saya meminta rakan itu mengulangi pernafasan tadi
sekali lagi...

Setelah selesai...rakan itu memberitahu...makhluk
itu sedang memegang kepalanya...seperti sedang
sakit kepala...

Ketika itu juga rakan tadi merasa resah dan mula
merasa marah kepada dirinya sendiri...iaitu jin
beruk itu mula kesakitan dan merasa marah kepada
rakan tersebut...

Saya memintanya buat untuk ke tiga setnya...dan
setelah selesai...nampaknya rakan itu mula meng-
alami tekanan jiwa...

Ia melihat makhluk tersebut terbaring di atas ta-
nah sambil memegang kepalanya menahan kesakitan
sdan dalam masa yang sama tiba-tiba rakan itu me-
rasa sangat sayu...terasing...sangat kecewa...ra-
sa dipersia-siakan...sakit hati...

...tapi?...ada tapinya...

Rakan itu dapat merasakan suatu perasaan halus...
"...tak apa...saya akan memujuk rayu engkau agar
kita dapat bersama semula..." itulah yang tersi-
rat di dalam perasaan jin beruk tersebut...

...ternyata 'jejaka romantik' itu masih sangat
mencintai 'kekasihnya'...walaupun 'ia' telah di-
sakiti sebegitu rupa...cuma buat masa ini...'ia'
masih 'frust beruk' lagi...

Secara terus terang saya mengingatkan rakan itu..
jin jantan tersebut mencintainya...dan pasti jin
tersebut tak akan membenarkan rakan itu didampingi
lelaki manusia terutama yang bergelar suami...

Seandainya jin tersebut masih dapat mendekatinya
maka kalaupun rakan tadi dapat berkahwin semula...
sejarah mungkin akan berulang seperti sebelumnya
...iaitu penceraian...

Belum sampai setahun rakan itu diceraikan...sete-
lah 2 tahun suaminya dulu makan hati dan menangg-
ung tekanan apabila rakan itu bersikap agak keras
padanya...suka membantah...marah tak bersebab
atau tak bertempat...akibat rasukan angin bisa jin
tersebut dalam dirinya...

Yelah...perasaan jin itu dah separuh bersatu dalam
perasaanya...maka ia sentiasa rasa nak mengamuk se-
bagaimana marahnya jin tersebut kerana terpaksa
berkongsi kekasihnya...

...nampaknya jin itu berjaya memisahkan mereka...
dan kini rakan itu dah menjadi miliknya seekor...

Selama terpisah...khabarnya dah ramai 'cowok' yang
cuba menguratnya...malah yang menelefon sendiri...
atau jumpa sendiri...'al maklumlah'...

...rakan itu bukan saja masih muda...malah berker-
jaya baik...sedang giat mendalami agama...( Alham-
dulillah)...sebenarnya baik akhlak...ramah...sopan
...dan ada rupa ( macam saya la tu...kalau tak ada
rupa...muka datar saja...bukan orang namanya...tapi
'mambang' tanah )...namun...

Saya menekankan kepadanya...pentingnya ia meminta
rawatan...sambil manjaga amalan...kerana selagi
jin itu mendampinginya...maka ia akan mempertahan-
kan rakan tersebut...dan akan cuba menguasai rakan
tersebut selama hidupnya...

...dan kesan sampingan lainnya pada jangka masa
panjang...apabila angin bisa jin tersebut semakin
padat dalam jasadnya...akan timbul penyakit yang
tak akan dapat dirawat oleh rawatan hospital...

Biasanya sasaran bagi gangguan ini adalah penyakit
gangguan pada bahagian kepala...dan dada...termasuk
sakit kepala dan jantung...

...kemudian kemungkinan lainnya adalah seperti pe-
nyakit dalam perut...kerana ada kemungkinannya jin
itu akan masuk dan tinggal dalam perut...sakit
tulang atau sendi...termasuk lutut...bisa-bisa atau
sakit sendi...dan boleh jadi barah rahim...atau
sebarang ketumbuhan buatan...lumpuh buatan...dan
sebagainya...

...iaitu selain gangguan fikiran dan tekanan jiwa
serta rasukan...dan sebagainya...iaitu bergantung
kepada keadaan gangguan juga pertahanan diri...

Lain-lain kemungkinan adalah samada seseorang itu
akan hidup liar atau sebaliknya sentiasa berkurung
menghindari orang ramai..atau kalau lebih berat...
menghindari cahaya terang...

Apa-apa pun...semuanya bergantung kepada ketentuan
Tuhan...yang penting kita berusaha dan berikhtiar
semoga Tuhan mempermudahkan kita dalam segala uru-
san...

Wallohu a'lam

Jumaat, 23 Disember 2011

Angin Bisa (14)...Jin Pendekar...

Ketika akan keluar dari rumah...tiba-tiba rakan
itu merasa kepala dan belakangnya menjadi berat
...hingga terlintas pada hatinya nak pergi
baring dan tidur...

Tapi oleh kerana abangnya menelefon...digagahi-
nya juga...

Sebaik ia masuk ke dalam rumah abangnya...ia me-
rasa sakit pada rusuk kiri...

Sambil rakan itu duduk bersila menutup mata...
saya membuat satu set pernafasan untuk tujuan
'scan'...tapi ternyata ada tindakbalas ganjil.

Kedua-dua tangannya diangkat ke depan sambil ber-
gerak-gerak seolah-olah diresapi sesuatu...

Dari cara duduk dan gerak badannya...saya pasti
ia sedang diresapi oleh jin pendekar...

Kalau terus dirukyah atau dibuat pengisian 'scan'
semata-mata...ia pasti akan kerasukan...dan ke-
mungkinan besar akan mengamuk...

Rakan itu membuka matanya sedikit dan menjeling
tajam...lain macam saja jelingannya...silap-silap
haribulan...bukan saja saya buat rawatan percuma
(syukurlah Tuhan bagi kekuatan) tapi juga bakal
menerima tumbukan percuma...

Agak tergugat juga hati saya...maklum saja ini
kali pertama saya menghadapi seseorang yang di-
rasuki jin pendekar bersendirian...biasanya ada
ustaz atau rakan-rakan yang jauh lebih berpenga-
laman...maka ketika saya rasa sangat selesa...

Kali ini nampaknya saya terpaksa membuat pertim-
bangan dan keputusan sendiri...

Saya mendekatinya perlahan-lahan dan menepuk ba-
hunya meminta ia cuba melawan rasukan...dalam
keresahan rakan itu mengangguk dan menutup mata-
nya semula...tubuh dan tangannya masih bergerak-
gerak...tandanya jin tersebut masih sedang cuba
merasuk...

Saya berundur sedikit dan duduk bersila menghadap
rakan tersebut...saya mengambil keputusan untuk
cuba mencegah rasukannya...

Saya membaca Ayat 44,45 dan 46 Al Isra'...kemud-
ian menarik nafas dalam-dalam...dan membaca
Fatihah 3 kali dalam hati semasa menahan nafas...

Apabila saya melepaskan nafas perlahan-lahan...
saya niatkan melemahkan dan mengunci pergerakan
jin yang cuba merasuknya...

Saya buat 3 set pernafasan...dan Alhamdulillah
rakan itu mula kelihatan tenang...

Tenaga yang cuba meresap tubuhnya sudah beransur
kecil dan berkumpul dalam rusuk kirinya menyebab-
kan ia rasa sakit...tapi tapak tangannya masih
kelihatan merah bercahaya dan ada bahang panas.

Saya cuba menarik angin bisa dari tapak tangannya
itu...tapi ternyata...masih ada sisa bahang panas-
nya...

Saya mula menumpukan perhatian kepada penempatan
jin tersebut iaitu dalam rusuk kiri...

Tapak tangan kiri saya lekap di belakang...dan
menarik angin bisa itu terus dari rusuknya...

Ketika sakit rusuk itu hilang...rakan itu merasa-
kan ada benda lari ke tengah-tengah tapak tangan-
nya...

Dari rasa hatinya...benda itu adalah jin pendekar
tersebut...ia sempat terlihat kelibat makhluk itu
semasa dirawat...berupa lembaga hitam...besar dan
tinggi...

Oleh kerana ia dah sekecil semut...dengan izin
Tuhan mudah saja ia ditarik keluar...

Secara umumnya setakat yang saya fahami...apabila
semut-semut itu berada pada tengah tapak tangan
kanan atau kiri...ia adalah jin ilmu yang 'mem-
beri' bisa kepada tapak tangan tersebut...

Maka ia samada jin ilmu kuat...pendekar...peruba-
tan seperti mengurut...'aura sakti' dan sebagai-
nya...Wallohu a'lam

...akan bersambung...Insya Allah...

Khamis, 22 Disember 2011

Angin Bisa (13)...Ular dalam Otak ?

Seorang ibu menceritakan bahawa beberapa hari
lalu ia bermimpi ada seekor ular kuning ber-
lingkar di atas perutnya...

Dalam mimpi itu ia sangat terkejut dan ketak-
utan hingga terjaga...cepat-cepat ia mengangkat
selimutnya...tapi tak ada sesuatu di situ...

Sejak hari itu..ia sentiasa merasa takut dan
teringat pada ular tersebut...

Saya memintanya menutup mata...dan membuat
beberapa set pernafasan...

Apabila si ibu menumpukan perhatian ke dalam
bahagian kepalanya...ia ternampak sesuatu
benda berlingkar berwarna kuning...

Saya memintanya menumpukan perhatian pada ling-
karan tersebut...tiba-tiba muncul seorang lela-
ki botak berpakaian serba kuning di dalamnya...

Si ibu dapat merasakan makhluk itu turun dari le-
reng bukit dan datang kepadanya...tapi ia tidak
dapat merasakan tujuan 'lelaki' itu...

Apabila saya pereksa...sebenarnya makhluk itu se-
dang berada dalam bahagian otaknya...iaitu atas
kepala tepi kiri di mana si ibu merasa ada satu
kawasan sebesar syiling lima puluh sen yang sen-
tiasa sakit sejak beberapa hari lalu...

Laluan masuknya adalah dari atas kepala juga da-
ri kedua-dua mata...maka saya menarik benda ter-
sebut keluar dari atas kepala dan mata...

Si ibu tak lagi melihat makhluk serba kuning
tadi...tapi memberitahu tiba-tiba jantung terasa
berdebar-debar...

Saya memintanya menutup mata semula dan menumpu-
kan perhatian pada bahagian jantungnya...dan si
ibu memberitahu ada bola berwarna merah melekat
pada bahagian hadapan jantungnya...

Tak lama kemudian...ia tak melihat lagi jantung-
nya tapi ia ada suatu makhluk berpakaian serba
putih berambut panjang sedang berdiri di atas
bola merah tersebut...ia setinggi jari telunjuk.

Walaupun makhluk itu cuba melindungi mukanya de-
ngan memalingkan muka...tapi ibu itu dapat mera-
sakan makhluk itu perempuan (betina)...dan
datang dari kawasan pejabatnya...

Saya menarik nafas dan menghadapkan tapak tangan
ke hujung jari kakinya...dan ibu itu memberitahu
ibujari kaki kirinya terasa panas...

Apabila saya meletakkan hujung jari...ibu itu te-
rasa bahang panas mengalir masuk ibujari...ke da-
da dan kepalanya...menunjukkan peta laluan angin
bisanya...

Maka saya menarik makhluk itu dari ibujari kaki
kiri...

Hilang saja rasa berdebar...ibu itu mengaduh ke-
sakitan...tiba-tiba saja lutut kirinya terasa
sakit...

Saya terus menariknya...hilang rasa sakit di lu-
tut...ibujari kaki kirinya pula tiba-tiba terasa
sakit seperti ada benda tajam...

Apabila saya mencubit cabut...ibu itu terasa se-
perti ada duri dicabut dari hujung ibujarinya
itu...

Ia mungkin makhluk yang sama...apabila ibu itu
dan semua rakan perempuannya pindah ke pejabat
baru itu..semuanya pernah mengalami sakit lutut
secara tiba-tiba...

Wallohu a'lam

Ahad, 18 Disember 2011

Angin Bisa (12)... Pindah Ilmu?

" Saya tidak pernah belajar sebarang ilmu...
cuma saya sekadar minta buat pengisian pada
Ir saja agar tangan saya boleh mengubat..."
kata makcik itu tak puas hati bila saya
mengatakan ada jin ilmu dalam tangannya.

Makcik itu terus memerhatikan kedua belah
tangannya dari jari ke paras siku menggele-
tar dengan kuat...setelah saya membuat
pengisian aura 'scan'...

Selepas Ir mengisi ilmu perubatan ke tangan-
nya Ustaz Hs pula telah mengijazahkan amalan
Bismillah 5 juga kepada tangan yang sama...
maka makcik menyangka pengisian pertama tadi
dah 'batal'...(pengijazahan dengan memasukkan
ayat ke dalam tangan juga biasanya perlu di-
elakkan...)

Sebaliknya keputusan 'scan' menunjukkan sekura-
ng-kurangnya ada beratus ekor jin pada kedua
belah tangan makcik tersebut...

Bisanya telah meresap ke bahagian dada menyebab-
kan dadanya terasa berat dan jantung berdegup
kuat dengan tiba-tiba...

Perkara ini perlu anda ambil perhatian...bahawa
biasanya kalau dengan sekadar 'pemindahan' atau
pengisian sudah boleh buat anda tiba-tiba pandai
ilmu kebatinan...maka sangat besar kemungkinan-
nya anda telah menerima jin masuk ke dalam
anggota atau tubuh anda...

Maka janganlah keghairahan kepada ilmu pelik at-
au sebarang kelebihan menjadikan anda lalai...
hingga anda melakukan sesuatu yang anda sendiri
tak memahaminya...

Wallohu a'lam

Khamis, 15 Disember 2011

Angin Bisa (11)...Hikmah Angin Bisa?

Sudah setahun lebih...leher kiri makcik itu mem-
bengkak tanpa sebarang punca yang dapat dikesan
oleh hospital...

Bahu kirinya juga sakit...malah tangan kirinya
jadi lemah...rawatan hospital ternyata kurang
berkesan...

Ketika makcik itu menutup mata...saya membuat
satu set pernafasan...dan makcik itu merasakan
semut-semut memenuhi segenap tubuhnya termasuk
pada bahagian bengkak dan tangan...

Makcik itu melihat semut-semut hitam yang datang
dari satu kawasan berumput berbaris panjang dan
memasuki tubuhnya...

Apabila semut-semut tersebut menggigit urat leher
kirinya...ia menyebabkan lehernya itu membengkak.

Tak lama kemudian...makcik itu melihat sebuah batu
yang terletak di tengah-tengah ladangnya...sedang-
kan ladangnya itu sejauh lebih kurang 70 kilometer
dari pekan Ranau...

Di bawah batu itu ada mata air...apabila saya me-
minta makcik itu melihat apa ada di dalamnya...
makcik memberitahu ada sebuah rumah bambu beratap
nipah di situ...

Dalam rumah itu terdapat ramai orang...lelaki dan
perempuan berpakaian serba hitam...yang memandang
ke arah makcik itu dengan wajah marah...

...dan apabila saya tanyakan...makcik itu berkata
minta maaf banyak-banyak nak...dorang tu orang
Dusun...

Serta merta terlintas pada fikiran saya suatu per-
kara yang saya rasakan pelik...makcik ni bangsa
sungai...saya dan jin itu pula...sama-sama bangsa
Dusun...saya pasti makcik yang sedang menutup mata
itu tak melihat saya senyum...lucu pula rasanya...

Tak lama kemudian...batu itu menghilang dan diga-
nti dengan sebuah busut berhampiran yang telah
makcik itu ratakan...

Semut-semut hitam itu datang dari batu dan busut
dan masuk ke dalam badannya...

Kesimpulannya jin itu marah kerana makcik itu te-
lah mengganggu penempatan mereka tanpa sedar...
maka saya mengambil keputusan untuk meminimakan
kesan rawatan...(makcik itu juga dapat merasakan
sebab itulah ia diganggu).

Saya menarik nafas...dan semasa menahan nafas saya
membaca Ayat Kursi satu kali...lalu membuat isyarat
laluan dari badan makcik ke batu serta busut terse-
but...kemudian menyuruh semut-semut itu keluar dan
pulang ke kawasan asalnya...

Makcik yang sedang menutup mata itu memberitahu...
semut-semut itu sedang keluar dari badannya dan
kembali ke ladang...

Beberapa minit kemudian...tinggal beberapa belas
ekor lagi semut-semut yang menggigit dalam bengkak
...bahu serta tangannya...

Saya terpaksa menarik semut-semut itu keluar dengan
teknik cubit dan cabut...yang dengan izin Tuhan mu-
ngkin boleh mencederakan atau membunuh mereka...

Ketika makcik itu membuka matanya...tangan kirinya
dah lebih ringan dan bertenaga...

Semuanya dengan izin Tuhan...terima kasih pada ra-
kan..Mus yang pernah mengajarkan petua membuat
laluan jin ini...

Wallohu a'lam

Selasa, 13 Disember 2011

Angin Bisa (10)...Rumah Dalam Perut...

Seorang anak buah lelaki tahun 6 mengadu...ia
selalu merasa lapar walaupun baru saja ia lepas
makan...

Tiba-tiba saja perutnya terasa kosong...seolah-
olah ia belum makan...

Ia menutup mata dan saya membuat satu set perna-
fasan...

Ia memberitahu ternampak satu lembaga aneh dalam
perutnya...iaitu seorang lelaki berserban jubah.

Tubuh dan pakaian lelaki itu bercahaya...dan pada
rasa hatinya ia merasa makhluk itu beragama Islam.

Namun anak buah saya Fhn memberitahu...makhluk itu
bersedia untuk bertahan tinggal dalam perutnya dan
akan melawan...

Saya menutup mata...dan membayangkan sedang berde-
pan dengan 'lelaki' itu...kemudian berbisik..."ke-
luar!"...tapi membayangkan suara saya itu sangat
kuat hingga membingitkan telinga membentaknya...

Ketika saya nak bertanya sesuatu pada Fhn...saya
terdiam...rasa agak cemas apabila saya memerhat-
kan ada keanehan pada wajahnya...

Air mukanya agak tegang dan seolah-olah 'jatuh'
ke bawah...sambil tunduk seperti bertafakur...

Saya pernah melihat air muka sedemikian iaitu apa-
bila seorang ibu mula dirasuki jin jantan 'Islam'.

'Silap haribulan' tak lama lagi akan keluarlah ka-
ta-kata hikmahnya ni dan akan bercakap berjam-jam
lamanya...sesuatu yang sangat-sangat saya tak mi-
nat dan pula saya sangat kurang pengalaman 'mengu-
rus' jin yang bercakap...

Hampir seminit...tiba-tiba Fhn membuka matanya dan
senyum...baru tadi ia merasa pergi ke satu alam
asing...

...tubuhnya terasa bergerak-gerak ringan...dan ia
memberitahu...makluk itu sudah menghilang ke alam
tersebut...

Alhamdulillah...lega hati saya...dan apabila Fhan
menutup matanya semula...tak ada lagi makhluk ter-
sebut dalam perutnya...

Tiga hari kemudian...saya berjumpa dengan Fhn dan
mengajaknya ke rumah seorang rakan...Fhn beritahu
ia masih lagi merasa lapar sebaik saja habis ma-
kan...

Saya sempat 'scan'...dan apabila Fhn menutup mata-
nya...ia tak lagi melihat lembaga tersebut...tapi
ia memberitahu ada sebuah rumah papan kosong tak
berpenghuni betul-betul di bahagian dalam pusatnya.

Saya buat 'peletup jin'...Fhan beritahu...rumah
tersebut sudah musnah...dan meninggalkan sebuah
tanah lapang...

Saya membaca tiga ayat dari Suroh Al A'rof sambil
menumpukan perhatian kepada tanah lapang tersebut
dan Fhan beritahu...tanah lapang itu sudah lesap.

Saya berpendapat rumah dan kawasan tanah lapang
itu adalah peninggalan jin jantan berserban jubah
beberapa hari lalu...

Saya tak menarik sebarang angin keluar dari perut
Fhn sebelum ini...maka mungkin angin bisa itu pada
pandangan atau di alam jin adalah penempatan jin...

Ini bukan kali pertama...sebelum ini seorang budak
lelaki pernah memberitahu ternampak sebuah kawasan
bandar...dan bandar itu sebenarnya dalam dadanya
sendiri...

Seorang rakan lain terbayang sebuah rumah di tengah
hutan...apaila saya cuba memusnahkannya...ternyata
rumah itu hilang kemudian muncul semula seperti
bayang-bayang...beberapa kali...

Kemudian rakan itu merasakan bahawa rumah itu sebe-
narnya terletak di bawah tulang belikatnya sendiri.

Apabila angin bisa masih ada dalam badan...maka wa-
laupun jin penghuni asalnya dah pergi atau dibunuh
namun penempatan tinggal itu boleh di isi atau men-
arik perhatian jin lain masuk ke dalamnya...

Maka tujuan rawatan atau pendinding antara lainnya
adalah untuk memusnahkan angin tersebut...

Wallohu a'lam

Rabu, 7 Disember 2011

Angin Bisa (09)...Ujian Dan Doa...

"...saya sembahyang Sunat Hajat...saya sembahyang
Sunat Tahajjud tiap-tiap malam...apa saja saya
minta..cepat saja Tuhan bagi...tapi bila saya min-
ta kesembuhan...tiada reaksi...sudah sekian lama
sampailah sekarang..tidak pernah ada reaksi...

..saya mahu...kalau saya berdoa...terus saja Tuhan
bagi reaksi..." kata makcik tu penuh bersemangat
sambil mengisyaratkan tangan pada dadanya...

"...kalau saya berdoa...saya minta Tuhan bagi saya
kesembuhan di dunia ini juga...bolehkah begitu..?
tanya makcik tu kemudiannya...

Kalau kita berdoa...ikut adab orang berdoa...kita
memohon saja tapi jangan pula kita paksa Tuhan ikut
kemahuan kita...

Kita cuma tahu meminta sesuatu...tapi Tuhan lebih
tahu adakah benda yang kita minta itu sebenarnya
baik atau buruk pada kita...

...dan Tuhan lebih tahu bila masanya doa kita itu
benar-benar kita perlukan...samada di Dunia atau
di Akhirat...

Makcik tu rasanya boleh menerima sekadar pandangan
saya...walaupun makcik tu terpaksa menggigit bibir-
nya...ternyata ia tak suka pendapatnya di bantah...

Makcik itu baru saja bersara dari perkhidmatan...
dan ia sangat banyak pengalaman berkaitan sejak za-
man mudanya...

Ia pernah menanam 99 susuk kayu ke tubuhnya...tapi
ia dah buang semuanya...

Kini makcik itu menghadapi masalah gangguan dalam di-
rinya...iaitu jin yang mendamping dan tinggal dalam
badannya...

Silap tempat saja makcik itu pergi..ia akan jatuh
sakit...malah jin itu juga 'menentukan' apa yang ia
boleh buat...apa yang ia tak boleh buat...

Sudah puas berubat pada perawat-perawat Islam sana
sini...termasuk perawat yang meragukan kerana ter-
desak...namun jin tersebut masih kuat bertahan dalam
badannya...

Sekarang amalannya di ambil dari seorang Ustaz...ia-
itu antara perawat terkenal di KK...

Amalannya...mesti menghabiskan beberapa suroh panj-
ang setiap hari termasuk Yasin...Al Mulk..Al Waqiah
...dan lain-lain semuanya lebih kurang 7 suroh...

Namun setiap kali beramal...makcik itu beritahu...
jin yang tinggal dalam badannya akan membuat satu
barisan pada tulang belakangnya...dan ternyata
dengan cara begitu...jin yang banyak tinggal dalam
badannya terus bertahan...

Pada pemahaman saya...jin tersebut berkubu...atau
membuat perisai...dan makcik tu perlu suatu amalan
yang boleh memecahkan perisai tersebut...atau
minta bantuan seseorang...

Hati saya tergerak nak menawarkan diri...tapi apa-
bila teringat pada pesanan ustaz...jangan terlalu
mudah menawar diri kecuali dalam kalangan keluarga
sendiri...niat itu saya batalkan...lagi pun saya
sekadar dapat berusaha...hanya Tuhan yang menentu-
kan segala sesuatu...

Seperkara lagi yang menyusahkan hati makcik tu...
anak tunggal lelakinya...dulu taat solat...tapi
kini dah lama meninggalkannya...

Empat orang ustaz yang dipanggil ke rumah untuk me-
nasihatinya...ternyata hanya membuat anak makcik
tersebut menyimpan sejadahnya elok-elok...tanpa
diusik...

Saya beritahu makcik tu...kalau ibu ada gangguan la-
ma...maka sebaiknya anaknya juga di 'scan' dan bia-
sanya memerlukan rawatan...sangat-sangat tak memadai
hanya dengan nasihat tanpa menjauhkan ia dari jin
yang mempengaruhinya...

"...kena tempias dari saya kah...? tanya makcik ter-
sebut...dan saya hanya mengangguk walaupun saya syak
ia lebih daripada sekadar tempias semata-mata...

Malam...tiga jam selepas itu...kebetulan kami ber-
kumpul dalam satu majlis perkahwinan kalangan kelu-
arga...saya sempat menegur anak makcik tersebut
yang sentiasa ramah dan santai...

Saya mengambil tempat duduk di bahagian tengah-te-
ngah tempat duduk tetamu yang penuh dengan keluarga
...saudara juga rakan-rakan pengantin baru...

Suatu ketika hati saya tergerak untuk menoleh ke-
arah kiri...dan saya dapati betul-betul bertentang
mata dengan anak makcik tersebut yang rupanya dari
tadi sedang merenung saya dengan pandangan tajam...
ada cahaya kemarahan pada matanya......

Tiba-tiba anak makcik tersebut kelihatan terkejut
dan terpinga-pinga..macam orang terkejut dari tidur.

...ia menggosok-gosok dahinya beberapa kali dan
mengeluarkan telefon bimbitnya lalu tunduk melihat
sesuatu padanya...

Sebenarnya...jin itu telah menjadi saka anaknya...

Wallohu a'lam

Isnin, 5 Disember 2011

Di Ufuk Timur (21)...Orang Yang Kaya...



Orang yang kaya itu bukanlah orang yang banyak
hartanya...

...tapi orang kaya itu adalah orang yang meng-
uasai nafsunya...

Huraian Maksud Hadis...

( Gambar...Bangunan Milimewa Pekan Ranau...
jam 6 pagi...)

Angin Bisa (08)...Jin Pada Jantung...

Anak buah saya DYG baru akan masuk ke tingkatan
tiga pada tahun depan...namun ia dah mula menga-
lami masalah mengawal perasaan marahnya...

Ketika DYG minta 'scan'...ia memberitahu...tiba-
tiba ia merasa jantungnya berdebar-debar...

Saya meminta DYG menutup matanya...dan saya mem-
buat satu set pernafasan...

Sebelumnya saya memberitahunya agar memusatkan
perhatian kepada jantung yang berdebar-debar...

Tiba-tiba DYG terjerit kecil...malah DYA yang se-
dang duduk didekatnya juga terjerit kerana terke-
jut...yelah...budak-budak perempuan katakan...

"...eee...hantuu..." semua anak-anak buah lain
memandang ke arahnya...malah ibu dan nenek juga
terdiam seketika untuk mengetahui apa yang sedang
berlaku...

DYG beritahu ia nampak satu lembaga hodoh sedang
bergayut pada bahagian atas jantungnya...dan dalam
masa yang sama ia terbayangkan asal makhluk terse-
but yang terletak jauh di tengah hutan belantara.

Ketika saya nak mula menarik keluar jin tersebut
DYG kelihatan menangis...

Ia adalah perasaan jin tersebut yang menguasai
perasaannya...jin itu sedih kerana tak mahu ber-
pisah...

Saya menepuk belakang DYG beberapa kali...dan me-
narik keluar makhluk tersebut melalui kaedah cub-
it tarik melalui belakang yang bertentangan
dengan jantung...

Tiga kali tarik...debar jantung itu hilang...pe-
rasaan sedihnya juga dah tak terasa lagi...dengan
izin Tuhan...

Saya dah menerangkan sedapat mana kesan gangguan
jin pada bahagian dada dalam blog rnj juga blog
nh...dan saya dapati...hampir semua orang yang ada
gangguan jin...terutama saka...pasti ada jin pada
jantungnya...

Antara tanda utamanya adalah jantung berdebar tak
tentu pasal...gangguan perasaan termasuk marah tak
terkawal...sedih tanpa sebab...ada bisikan meng-
hasut...putus asa...rasukan perasaan dan sebagai-
nya...

...dan pada jangka masa panjang ia boleh menyebab-
kan ketidakselesan juga apa juga jenis penyakit
dalam dada...termasuk...sakit jantung...sakit dada
..barah...sesak nafas...kahak berpanjangan dan
sebagainya...

Bagi jin...kawalan perasaan itu penting untuk me-
mastikan agar anda lalai...dan lemah untuk mengha-
dapi atau mengatasinya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 2 Disember 2011

Di Ufuk Timur (20)...Kubur 'Perahu'...?



Reka bentuk kubur ini dikatakan berasal dari Bandung
dan dibawakan ke Ranau oleh seorang rakan...

Bentuk kubur ini untuk memudahkan mengenal kubur be-
kas pelajar-pelajar Mandur Sharif yang berperanan agak
penting dalam pengembangan dan penerimaan Agama Islam
di kalangan penduduk Dusun Ranau pada sekitar tahun
lima puluhan...atau mungkin lebih awal iaitu sekitar
tahun empat puluhan...

Saya pernah bertanya pada seorang pakcik yang pernah
berguru juga memeluk Islam di tangan Mandur Sharif...
apa yang sebenarnya menyebabkan kalangan bangsa Dusun
ini ramai yang memeluk Islam...jawabnya...kerana da-
lam Islam ada perubatan berkaitan gangguan...di mana
sebelumnya biasanya guna jin...iaitu sebelum ada
agama...

Apabila ia memeluk agama lain...cuma setahun...ia ke-
mudiannya memeluk Agama Islam kerana agamanya sebelum
itu tak ada perkara berkaitan...dan rasa tak lengkap.

Mandur Sharif adalah mandur dalam estet getah British
di lobou ( Menggatal )...dan pernah mengalami beberapa
cubaan bunuh oleh tentera Jepun...

Beliau berasal dari Bandung...dan sempat tinggal bebe-
rapa tahun di kampung halamannya sebelum meninggal
dunia kerana sakit tua...

Wallohu a'lam

Angin Bisa (07)...Jin Setinggi Pokok Kelapa...



Dalam blog rnj..ada kisah jin setinggi pokok kelapa
dan pokok tersebut ialah pokok kelapa di tengah-
tengah gambar...

Lembaga 'lelaki' bermata merah itu berhenti seketika
berhampiran pokok sambil matanya meliar ke sana-sini
sebelum meneruskan perjalanan tanpa mengganggu rakan
yang melihatnya dari jarak 60 meter sahaja...

Ianya pada waktu senja semasa rakan tersebut mengam-
bil wuduk di bilik air yang terletak di bahagian be-
lakang rumah...

Saya pernah bertanya pada jin yang merasuk seorang
rakan...ia memberitahu...tubuhnya setinggi pokok ke-
lapa...

Saya bertanya lagi...samada rakan itu mandapat seba-
rang faedah daripada rasukan atau tinggalnya jin
tersebut dalam badannya...ia tak berkata apa-apa...

Sahlah tu...tak ada gunanya...

Tapi sebenarnya ia adalah jin pendekar juga perub-
atan...yang mengganggu rakan tersebut dalam urusan
seharian dan juga mencari rezeki...

Ketika rakan itu bersekolah di Johor tak silap saya
ia kerasukan...dan empat orang rakan sekali hayun
saja semuanya terhumban...

Nasib baik ada rakan-rakan yang baik hati di sana
kalau tak...alamat belajar separuh jalan...jin bawa
pulang kampung...dah lama tak balik...itu yang ia
mengamuk tu...

Wallohu a'lam...

Di Ufuk Timur (19)...Selamat Tahun Baru...



Setahun lagi berlalu...ternyata engkau masih ada
kesempatan...

Selamat melangkah ke tahun baru...semoga ke-
hidupanmu akan lebih bermakna...namun...

Ingatlah sentiasa...perjalananmu ini akan sampai
juga ke saat-saat penghujungnya...

...iaitu apabila mata kepalamu mula tertutup untuk
selama-lamanya...

Maka selagi ada ruang waktu...capailah Dunia ini...
sekadar mana engkau tak terleka untuk amal bekalmu

...melewati tirai kematian...menuju ke alam Akhirat
yang kekal abadi...

Hidup ini...pastinya tak akan selalunya indah...

Berbagai ujian...bermacam pancaroba...akan merent-
angi jalanmu...

Maka kalau Dunia ini cita-citamu...hatimu akan ke-
cewa dan derita...ternyata indahnya...penuh cacat
dan cela...

Tapi kalau Akhirat itu matlamatmu...walau terpijak
kerikil dan duri...engkau rasa tenang dan bahagia...

kerana engkau tahu...sesungguhnya engkau itu masih
dalam perantauan...dan engkau tak akan pernah ber-
henti di sini...

Di balik gerbang kematian...ada kehidupan yang lebih
baik dan bermakna untukmu...

...di situ...ada Syurga...kebahagiaan yang hakiki...

Wallohu a'lam...

( Gambar...Pemandangan Gunung Kinabalu dari perjala-
nan...Kg Tembiau ke Kg Kibbas...lebuhraya KK-Ranau )