Rabu, 29 April 2015

Sihir manusia Dan Sihir Jin...

Iaitu pada hakikatnya..apa juga sihir yang dibuat 
oleh seseorang manusia adalah melibatkan jin
juga secara langsung...

..namun ada sejenis sihir iatu  sihir yang  dibuat
oleh jin tanpa penglibatan manusia.

Biasanya jin ini adalah jin-jin ilmu yang mendam-
pingi manusia kemudian ditinggal mati...dibuang
atau sebagainya...

...maka jin yang berpengalaman ini akan menyihir
manusia secara sendiri tanpa penglibatan manusia.

Ini seperti...jin itu buat patung yang mewakili se-
seorang manusia...kemudain patung itu akan di
cucuknya jarum sebagaimana yang manusia
buat.

Maka untuk melepaskan sihir ini...sebaik-baiknya
jarum itu perlu di cabut atau patung itu dimusnah-
kan...atau pilihan lain...aliran sihir jin yang meng-
hubungkan antara patung buatan jin itu dengan
manusia perlu diputuskan.

Begitu pula jin-jin senjata...di mana senjata itu
sudah hilang pada alam manusia tapi ujud pada
alam jin...maka jin-jin senjata ini mengganggu
atau menyerang manusia tanpa panduan atau
disuruh oleh seseorang manusia.

Untuk membatalkan atau melemahkan jin itu
antara pilihannya adalah senjata yang masih
ujud di alam jin itu perlu dimusnahkan.

Maka cabaran perawat kini bukan hanya dari
manusia-manusia penyihir...malah juga dari 
jin-jin penyihir...

Wallohu a'lam

Isnin, 20 April 2015

Jin Dan Amalan Bersih

Rakan itu kelihatan amat kecewa apabila 
ia niatkan mahu melihat punca gangguan
pada bahagian kepala dan jantungnya...

...ternyata ia melihat dengan  jelas  adalah 
rakannya  yang rapat dan terkenal sangat 
baik bersopan.

Malah  ia  melihat  rakannya  itu  sedang 
menghalakan senjata ke arahnya.

Rakannya itu adalah seorang perawat...
amalannya yang biasa didengar adalah
bacaan doa dan ayat Qur'an...dan di-
panggl  ustaz  kerana  perawakannya
lemah  lembut  dan  bercakap seperti 
seorang ustaz.

Rakan ini hanya belajar doa dan ayat
Qur'an dari perawat tersebut...untuk
pelbagai guna seperti untuk pendinding
dan rawatan.

Namun sebenarnya ada jin pendamping
yang saya sendiri tidak pasti samada 
perawat itu tahu atau tidak...yang ia
ceritakan hanyalah mendapat kelebihan
semula jadi.

Dengan mengambil amalan bersih dari
perawat tersebut...rakan  ini telah me-
menerima  jin  tersebut   tanpa  sedar...
hingga  ia  merasa  ada sesuatu  yang
tidak kena apabila sakit kepala...rasa
berat dan kadangkala bingung tanpa
sebab.

Ia juga merasa berdebar-debar tanpa
sebab munasabah dan sesak nafas...
kerana itu ia minta 'scan'.

Apabila  saya  menyarankan  ia mem-
bakar tulisan-tulisan yang perawat itu 
berikan sebagai pelengkap kepada 
ikrar pemutus dari jin yang berpndah 
kepadanya....rakan itu ketakutan 
kerana ia yakin perawati tu tahu akan 
perkara sekarang iaitu ia minta 'scan' 
dan mendapati ada jin dari perawat 
tersebut.

Malah  apabila  ia  melihat  jin pada 
jantungnya  yang  merupai  perawat
itu dan buat ikrar pemutus...

...makhluk  itu  tidak  pergi  sebalik-
nya berkeras berpeluk tubuh tegak 
merenungnya hingga terpaksa saya 
menarik jin itu keluar melalui tapak 
tangan kanannya.

Sebenarnya apa yang berlaku...
perawat itu mendakwa kebolehan
merawatnnya itu adalah anugerah
Tuhan yang datang tiba-tiba...

...maka kalau ianya benar...ia 
sebenarnya didatangi oleh jin
ilmu...atau ia belajar atau ambil
sebarang amalan yang mungkin
bersih daripada seseorang
yang ada jin pendamping.

Apabila rakan itu mengambil
amalan dan doa darinya walau
pun bersih...namun dalam
masa yang sama perawat itu
menjadi stesen atau diperguna-
kan oleh jin tersebut untuk ber-
pindah kepada seseorang lain.

Dengan kata lain...rakan yang
ambil amalan itu menjadi sasaran 
jin tersebut...dan jelas kepala
dan jantung menjadi sasarannya.

Pernah ketika saya sedang merawat
ibu rakan tersebut...si perawat mem-
beitahu si rakan...saya sedang me-
rawat ibunya sedangkan ketika itu
mereka berada di pekan Ranau
iaitu 12 km jauhnya dari rumah
rakan tersebut.

Ibu si rakan meghadapi serangan
sejenis jin yang membuat si ibu
rasa panas seperti ada api dalam
pinggangnya...malah sehingga
kulitnya menjadi merah berair 
seperti terkena bahang panas
api.

Pada awal 'scan'...si rakan nampak
makhluk seperti naga terbang 
dalam kepalanya...kemudian ka'abah
di ikuti oleh tasbih dalam bahagian 
jantung sebelum timbul jin men-
yerupai si perawat.

Si perawat pernah cuba mengeluar-
kan makhluk yang seperti ada aura
panas pada tubuhnya namun tidak
berjaya...makhluk itu bersembunyi
dalam tubuh si ibu.

Ada perawat cina yang nampak
kesan panas pada kulit si ibu itu
dan menurutnya mereka menama-
kan ianya lingkaran naga.

Kemudian si rakan nampak naga
dalam bahagian kepalanya...
kemudian jin yang meyerupai
perawat...

...saya tertanya-tanya...mungkin-
kah jin berupa naga itu juga se-
benarnya datang dari perawat
tersebut...dan ternyata si perawat
juga tidak menyedarinya.

Si rakan bertanya bolehkah ia terus
berkawan dengan perawat tersebut
saya menjawab boleh...tapi ia mesti
ada pendinding...dan tidak lagi boleh
mengambil sebarang amalan dari
perawat tersebut...kerana jin itu
mungkin akan menyerangnya semula.

Yang jelas...perawat itu juga adalah
mangsa tipudaya jin...dan samasekali
tak berdaya mengawal jin tersebut...
malah saya berpendapat...memang
perawat itu sendiri tidak mengetahui
keadaannya...

Wallohu a'lam

Rabu, 15 April 2015

'Barah Rahim' ?

Sudah  sebulan  ibu  itu berulang alik ke hospital
namun  tidak ada sebarang  punca dapat dikesan
daripada  keadaan  ibu  itu  yang  terus menerus
mengalami  pendarahan  serta   selalu  kembung 
keras seolah-olah ada sesuatu di dalamnya.

Selepas sehari minum air doa..ia sakit perut tak
tertahan sehingga ia terpaksa ke hospital walau-
pun belum sampai tarikh temujanji.

Akhirnya  pihak  hospital dapat mengesan suatu
ketumbuhan dalam rahimnya...dan ianya masih
kecil.

Pihak  hospital Daerah  Ranau mengambil kepu-
tusan  untuk  menghantarnya ke Hospital Besar
kota Kinabalu untuk menjalani rawatan lanjut.

Sehari  sebelum itu...si suami yang juga rakan
saya meminta rawat isterinya secara berdepan.

Saya gunakan kaedah ' scan tapak '...

Apabila si ibu itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian...ia ternampak suatu benda seperti
batu hitam dalam bengkak rahimnya.

Saya tidak dapat ' mencapai ' benda itu melalui
tapak tangannya dan saya percaya jin tuan punya
benda itu telah meletakkan ' halangan '...

...tapi ibu itu dapat  merasakan  ada  laluan  dari 
tengah dahinya terus ke dalam rahimnya...maka 
saya menarik keluar benda hitam itu melaluinya.

Benda  itu  meninggalkan  suatu  ruang  kosong 
dalam rahim...iaitu dalam bengkak tersebut.

Biasanya ruang sebegitu juga perlu dibuka kerana
jin lain juga boleh masuk dan tinggal di dalamnya.

Kali ini ada laluan terus dari tengah tapak tangan
kiri terus  ke  ruang  tersebut  dan  saya  gunakan
' cubit cabut ' sehingga dengan izin Tuhan...ruang
kosong itu juga hilang dari ruangan rahimnya.

Adalah  perkara  biasa bagi bangsa jin  yang cuba
menyembunyikan  sesuatu  penyakit buatan atau
penyakit sebenar terutama dalam bahagian perut.

Maka  kadang-kadang  berlaku.... terutama  bagi 
barah...yang  hanya  dapat dikesan ketika dalam
peringkat parah.

Sebarang pembengkakan samada bawah kulit atau
dalam badan dan  sebagainya...sebaiknya ' dapat 
pengesahan  ' bahawa   tidak  ada  kaitan dengan 
gangguan atau ulah jin...

...dan begitu pula sebarang luka atau  rasa  luka 
dalaman  yang  tidak  dapat  dikesan  oleh pihak
hospital akan puncanya...

Wallohu a'lam

Khamis, 9 April 2015

Anda Dan Jin...

Kalau anda takut jin...jin akan merasa berani 
terhadap anda.

Kalau anda tak takut jin...jin tak akan berani
terhadap anda.

Kalau anda anggap jin itu kuat...jin itu akan
lihat anda lemah.

Kalau anda melihat jin itu lemah...jin itu tak 
akan merasa kuat terhadap anda.

Kalau anda pandang jin itu besar...jin itu
akan pandang anda kecil...

...kalau anda pandang jin itu kecil..jin akan
pandang anda besar.

Jin suka menyasarkan orang yang penakut
rahsianya kerana jin itu adalah makhluk
penakut...

Wallohu a'lam

Rahsia Nasi Cepat Basi...

Asal saja ia memasak nasi...kalau pagi...akan basi
pada tengaharinya...kalau dimasak tengahari...
akan basi pada petangnya...

...sedangkan  rakan   sekerja lain...kalau  masak
nasi  pagi..sampai  petang  pun  tak  basi...maka
pasti Ij yang ada masalah.

Saya buat 'scan tapak'...ketika Ij menutup mata
dan menumpukan perhatian...ia terasa ada semut
pada pelipat siku tangan kanannya...

...dan Ij dapat melihatnya...berupa seekor semut
berwarna merah ( jin ).

Saya minta Ij buat kata pemutus kemudian mem-
baca Fatihah sekali...dengan izin Tuhan...ketika
itu juga semut ( jin ) itu hilang dari tangannya.

Kalau makanan cepat basi walau siapa pun yang
memasaknya...maka gangguan jin adalah ber-
kaitan tempat tersebut.

Wallohu a'lam