Khamis, 29 Januari 2015

...Serangan ' Khadam '..

Untuk  memusnahkan  tangkal  atau barang-barang
berkhadam...biasanya berisiko mendapat serangan
balas...atau serangan mempertahankan diri.

Maka  untuk  memusnahkannya....sebaik-baiknya
biarlah anda atau seseorang yang ada persediaan.

Al maklum saja khadam ini adalah jin-jin berilmu
dan tentu saja ' samseng ' jinnya.

Khadam ini tak akan peduli ia ada guna atau tak
ada  guna  pada  anda  malah kalau ia menyakiti
anda  atau  keluarga anda pun..jin ini tetap akan
rasa  tak  sepatutnya  ia di  buang dan sedia ber-
tindak kasar tanpa batasan apabila cuba dipisah-
kan atau di buang.

Memang  inilah  hakikat  namanya makhluk jin 
yang  kita  gelar  khadam  ini...walaupun  lebih
sesuai kita panggil  ia  syaitan...seperti  syaitan
keris...syaitan tangkal...syaitan cincin...syaitan
tongkat...syaitan  batu...dan   macam-macam 
syaitan lagilah supaya mudah kita faham kalau
kita ini sebenarnya simpan atau pelihara syaitan
barang-barang.

Kalau bukan anda...anak bini anda jadi mangsa
dan malah mungkin anda serta keturunan anda
maka sesuai mana kita gelar ia khadam...kalau
anda panggil ia syaitan...anda betul !

Walaupun  pada  'praktikal  sulung'  saya me-
musnahkan  9  barang 'berkhadam' itu tak ada
serangan...iaitu  pada  waktu  petang...namun
sebenarnya serangan sudah bermula sejak baru
beberapa minit saya menerima benda-benda 
tersebut pada paginya.

Saya berpendapat ianya serangan dengan angin 
bisa  serta ' senjata  jarak  jauh '  jin...dan ber-
terusan  hingga  sejam  lamanya...mungkin jin-
jin tersebut cuba mengambil kesempatan kerana
saya  berada   di   pekan  dan   'sibuk' berbual 
dengan  makcik  tuan  punya   benda- benda  
tersebut.

Biasanya  serangan  sulung jin adalah serangan
berhabis-habisan......tapi   kalau   serangan  itu 
patah atau apalagi mendapat tentangan...maka
jin  akan  merasa  berputus  asa dan  rasa tak
berdaya...maka   tidak   ada   lagi  sebarang 
serangan selepas itu...dengan izin Tuhan.

Ada  juga  orang memandang mudah benda-
benda    ' berkhadam'  ini.....di sebabkan  ia 
menyangka  kalau   tak  percaya maka tidak
akan  ada  gangguan...atau   memang  benda
itu  tidak ada ' khadam' ...atau syaitannya...
namun   sudah  beberapa  kes   saya  dapati  
jin benda-benda yang di  sangka kosong itu  
sedang  pun  mengganggu   atau  menyakiti  
' tuan ' atau keluarganya.

Malah  ada  juga benda terutama tangkal
yang  dibuang  begitu  saja sejak belasan
tahun lalu...sedangkan' khadam' ( iaitu
syaitan } benda itu sebenarnya terus 'ber-
semayam' dalam badan ' tuannya' . ( saya 
nak kata 'tuannya' pun segan pula...kalau 
tuan taklah kena makan...kalau sebut ma-
kanan...maaf...macam betul pula...)

Sebaik-baiknya  anda  dan   kita   semua
perlu mengambil perhatian  tentang perkara
berkaitan dengan benda-benda bersyaitan
ini...

Wallohu a'lam

Selasa, 27 Januari 2015

Petua Buang Tangkal ?

Baru selang tiga hari saya mendapat petua dari ustaz
perukyah tersebut...seorang makcik minta buangkan
9 ' barang ' dari rumahnya.

Saya bawa benda-benda tersebut ke kawasan tamu
bawah tebing sungai Liwagu tapi kali ini tak akan
ada khadam ' merasa ' air sungai.

Saya campakkan benda-benda tersebut berlonggok
atas tanah kemudian memijaknya ' secukup-cukup
rasa ' agar tak rasa tak cukup pijak pula nanti...
maklumlah ini ' praktikal sulung ' saya.

Terdetik dalam hati saya...kalau dulu cuma 4 barang
saya hanyutkan baik-baik ke dalam sungai...demam
sakit kepala seminggu...kali ini lagi banyak..main
pijak-pijak...kalau petua si ustaz ini ' tak jalan'...
alamatnya...' ini kalilah ! '.

Kemudian saya ' kerjakan ' benda-benda tersebut
satu persatu...dua bentuk cincin tua bermata batu
berwarna biru dan putih saya pecahkan dengan batu
kemudian sebilah pisau lipat yang dibungkus kain
putih seperti mayat.....sebuah tangkal ikat tangan
mungkin  tangkal  ilmu  pendekar...kemudian  saya
koyakkan lima lagi tangkal penjaga diri berbungkus
kain putih berisi kemenyan.

Saya  letak  semuanya  atas  kertas  kotak berserta
plastik sampah dan membakarnya.

Semuanya selesai tanpa sebarang tentangan dengan
 izin Tuhan...dan tinggal tunggu 'padahnya saja lagi
kerana memperlakukan sedemikian rupa pada barang-
barang berkhadam...

...Alhamdulillah...tenyata macam si ustaz juga...aman
damai saja rasanya...

Wallohu a'lam
 

Isnin, 19 Januari 2015

'Cara Baik' Melayan Khadam Benda ?

Setelah di'scan' dan dirawat oleh ustaz tersebut 
yang merupakan seorang perawat rukyah ber-
asal  dari  Bandung.....didapati  bahawa  perut 
wanita  itu  jadi  penempatan  khadam tangkal
kebal kepunyaan suaminya.

Suaminya bekas askar minta buat tangkal ter-
sebut pada golongan tua yang mengamalkan
sedikit ayat Qur'an bercampur mentera.

Setelah   bersara.....tangkal   itu   disimpannya
dalam   bilik   tidur   tanpa mengetahui tangkal
itu   ada   khadamnya....dan   yang  lebih teruk
lagi...suka  pada   bininya...'alahai'   jin  jantan
katakan.....yang   biasanya   memang  ' buaya
angin punya jin '.

Sebaik   sahaja    menerima   tangkal   tersebut
daripada   si   suami....sangat  di   luar  dugaan 
saya  dan   pastinya  juga  hadirin  lain  apalagi
tuan punya tangkal tersebut...

...dipijak-pijaknya  si  ustaz  tangkal   itu  yang 
selama ini disimpan dengan penuh hormat oleh 
suami wanita berkenaan.

Beberapa tangkal  lain...juga cincin  serta tasbih  
berkhadam  juga  menerima  nasib yang sama.

Tak  cukup  dipijak-pijak...dikoyak   dan    di-
pecahkan...dibuang   pula   masuk  ke   dalam 
api  sampah.

Secara  peribadinya...saya ' ngeri ' juga  dengan  
cara  si    ustaz   'melayan' barang-barang   ber-
khadam ini...kerana   pernah   saya   hanyutkan  
dengan baik-baik dan 'bersopan santun '  empat  
buah tangkal penjaga rumah seorang  rakan ke-
dalam sungai Liwagu...seminggu   saya  demam
dan sakit kepala.

Agaknya kalau main pijak pula sebulan demam
...tapi ' pelik ' juga....dalam beberapa hari 
pemerhatian...ternyata ' aman damai ' saja si 
ustaz.( tentunya dengan izin Tuhan ).

Agaknya  memang  begitulah  caranya ' yang
baik' melayan khadam barang.

Wallohu a'lam

Jumaat, 16 Januari 2015

Lagi Kisah ' Khadam ' tak guna...

Apabila saya letakkan hujung jari telunjuk saya
ke tengah-tengah tapak tangan kirinya...tiba-
tiba ia  mula  rasa benda bergerak dan ber-
denyut dalam  bahagian  kanan  kepalanya...
kemudian  gerakan  itu  berpindah  pula  ke 
bahagian kiri kepalanya.

Dalam masa yang sama...jantungnya berdegup
kencang....dadanya terasa berat dan ia mula
rasa sesak nafas.

Ketika itu...satu-satunya benda yang terlintas
dalam kepala jack adalah sebentuk cincin
yang telah dipungutnya di tepi jalan bertahun-
tahun lalu.

Cincin itu masih disimpan dalam rumahnya...
dan kini baru Jack sedar...bahawa makhluk
hitam besar yang pernah ia juga isterinya
nampak dalam keadaan antara tidur dan
jaga itu adalah khadam cincin tersebut.

Jin itu juga yang masuk dalam jantungnya
hingga  ia  pernah  dimasukkan  ke wad
kecemasan dan dihantar ke hospital besar 
Kota Kinabalu kerana sakit jantung dan 
sesak nafas yang teruk.

Namun pemeriksaan hospital tidak men-
dapati sebarang masalah dan ianya men-
jadi tandanya pada dokor yang memeriksa-
nya.

Kini  bayinya  yang  baru  seminggu lahir
pula  jadi   sasaran   apabila  mengalami
panas  badan  dan  tali  pusat yang terus
mengeluarkan air.

Kalau anda pungut jin mana-mana pun...
atau berbakti kepada jin....jangan harap
jin akan berterima kasih pada anda....
dan jangan pula sesuka hati memungut
cincin atau barang-barang lama terbuang
atau tercicir...lebih baik buang saja ke 
dalam sungai...

...itu lebih baik daripada bawa 'serigala 
liar' ( jin ) pulang ke rumah anda.

Wallohu a'lam

Selasa, 13 Januari 2015

' Scan ' Diri Sendiri..

Ia adalah petua semata-mata...caranya...

1. Angkat kedua tangan seperti berdoa...rapatkan
antara dua tepi tapak tangan.

2. Dekatkan  ke mulut  hingga hampir-hampir me-
nutup mulut.

3. Baca...

Istighfar...3x

Bismillah...3x

Syahadat...3x

Salawat...3x

Doa...Ya Allah...sekiranya dalam tubuhku ini
ada penyakit...saya mohon padamu ya Allah
...sembuhkan dan hilangkanlah...

Sekiranya dalam tubuhku ini ada bisa-bisa dan
racun..saya mohon kepadamu ya Allah...tawar-
kanlah...dan jadikan ubat untukku...

Sekiranya dalam tubuhku ini ada gangguan atau
jin samada jin saka...jin sihir atau dari mana
juga asal usulnya...saya mohon kepadamu
ya Allah...hancurkanlah sehancur-hancurnya
dan keluarkan ia...

Ya Allah saya memohon kepadamu perlindung-
an untuk diri dan keluargaku dan hartaku dari 
setiap bahaya dan kejahatan samada dari jin...
manusia...binatang atau dari mana juga datang-
nya...

Laa haula wala Quwwata illa billaah...3x

3. Baca 

fatihah 1x

Qul hualloh lengkap 3x...

Al Falaq 1x 

An Naas 1x

4. Tutup muka  dengan dua tapak tangan dan tarik 
nafas perlahan-lahan melalui hidung...rasakan per-
gerakan nafas seolah-olah mula memenuhi bahagian 
kepala....turun ke leher...dada...sambil memenuhi 
ke dua belah tangan...perut...terus ke dua belah 
kaki hingga ke jari-jari kaki.

5. Tahan nafas...

6. Tangan yang menutup muka perlahan-lahan sapu 
ke atas kepala turun melalui belakang  dua  cuping 
telinga....tengkuk....sapu  tangan  ke   mana  juga 
bahagian  tubuh yang  dapat  dicapai...terus turun 
ke hujung jari dua belah kaki.

7. Duduk tenang dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

8. Apabila  menutup muka...mula tutup juga mata 
sehingga selesai melepaskan nafas.

Nota

1. Semasa  proses  menyapu  dari   muka
hingga  hujung  jari  kaki...pastikan  tekan
sedikit  tapak  tangan  dan jangan sampai
terangkat  dari  atas kulit ( atau  pakaian )
sebagai  ganti  kerana  tangan  tidak akan
sampai ke bahagian tertentu terutamanya
belakang.

2. Setiap bentuk tindakbalas yang anda
alami tandanya ada  gangguan jin...iaitu
ada  angin  bisa  jin apabil rasa panas... 
atau  jin  apabila  terasa  semut-semut...
cacing..atau ada sesuatu yang bergerak 
bawah atau atas kulit .

3. Peringatan...bagi gangguan padat...
mungkin  tindakbalas  agak  kuat  atau
menyakitkan..atau  rasa  bisa...lenguh-
lenguh....menggeletar....dan  mungkin
perlu  perawat  agar  kesan tindakbalas
itu  lebih  ringan  atau  cepat t erhenti
maka perhatikan kesannya jika anda 
rasa sesuai untuk  mengulanginya
pada suatu masa yang sama.

Dalam perkara ini sebaiknya juga
kalau tuada perawat...maka amal
sambil minum air doa...

4. Sebarang tindakbalas sekiranya ada
perkongsian anda sangat di alu-alukan
dan tindakbalas itu mungkin anda perlu
amalan   pendinding  berterusan   atau
mungkin perlu juga rawatan sama.

5. Kalau terasa ada penyakit biasa...
boleh  kita  buat...dan  kalau  penyakit
biasa  itu  memberi  tinda kbalas maka 
bererti ia bukan penyakit biasa semata-
mata...maka ambilah tindakan sam-
pingan yang sesuai.

6 Kalau untuk pendinding atau rawatan
diri secara berterusan lebih baik 3 Qul
itu dibaca tiga-tiga kali...

...dan lebih baik pula Fatihah itu 7
kali.

Selesai sapu badan maka baca semula
dengan kaedah yang sama Ayat Kursi
sekali tapi ayat akhir mula walaa ya
uduhuu...sampai akhir 11 kali baru
sapu muka semula...

...atau lebih baik pula ayat Kursi
penuh di baca 11 kali.

Namun mulakan amalan ringan...dan
kalau sudah yakin baru tambah per-
lahan-lahan untuk mengelakkan tin-
dakbalas  kuat secara  mengejut...
sila ambil berat peraturan ini.

Wallohu a'lam

Khamis, 8 Januari 2015

Sakit Jantung Dan Khadam Cincin

Sudah berbulan-bulan rakan itu sakit jantung
tapi  hasil pemeriksaan hospital mendapati ia
tidak ada sebarang penyakit atau masalah.

Kalau sakitnya datang...jantung terasa seperti
dicucuk  sesuatu....kadang-kadang  ia  terasa
seperti saluran jantungnya dipicit.

Apabila rakan itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian pada jantungnya yang tiba-tiba
saja berdebar kencang...ia melihat satu lembaga
seperti asap hitam..kemudian bertukar menjadi
seorang lelaki tapi dalam suasana samar-samar.

Makhluk itu adalah jin yang duduk dalam jantung-
nya dan menjadi punca kepada sakit tersebut.

Apabila rakan itu terus menumpukan perhatian...
tiba-tiba ia membuka mata dan bingkas berdiri 
sambil menyebut perkataan cincin.

Rakan itu pergi ke keretanya...dan apabila ia
kembali...ia membawa sebentuk cincin bermata
batu empat segi berwarna biru.

Jin  yang  tinggal  dalam  jantungnya  itu adalah 
khadam kepada cincin 'ilmu pendekarnya'.

Rakan itu duduk semula...menutup mata dan
menumpukan perhatian...lalu berbisik dalam 
hati sambil meniatkan ia bercakap dengan jin
itu bahawa ia sudah memutuskan apa juga 
bentuk hubungan antara mereka....dan men-
yuruhnya keluar.

Rakan itu membuka mata...ternyata jin itu tidak
mahu keluar akan terus bertahan tinggal dalam 
jantungnya.

Saya  dapati  ada  laluan jin dari tengah tapak
tangan kirinya terus bersambung ke jantung...
maka saya letakkan cincin itu di situ ( tengah
tapak tangan ) kemudian saya letak tapak
tangan kanan saya menekan cincin tersebut.

Saya gunakan zikir berserta pernafasan...dengan
izin Tuhan rakan itu merasa jantungnya lega...
hilang sakit juga debaran kencang tadi apabila
jin dapat ditarik masuk ke cincin.

Hampir setahun lalu rakan itu dimandikan oleh
seorang ahli kebatinan yang dijemput khas ke 
Ranau dari negara seberang.

Sebaik  saja  selesai  mandi...rakan  itu  dihayun
dan dicincang dengan pedang samurai...ternyata
ia tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan.

Ketika itulah ia menerima hadiah cincin tersebut
dan  kelebihannya...ia  juga  boleh  memandikan
orang yang menerima ilmu kependekaran tersebut.

Sejak itu rakan  tersebut sering mimpi berperang
dengan  senjata  tajam......dan  keadaan tersebut
berterusan berbulan-bilan lamanya walaupun ianya 
bukan setiap malam.

Paling mengerikannya...apabila ia bermimpi men-
yembelih seekor binatang...namun ketika darah 
membuak-buak keluar  dari leher yang yang di-
sembelih...tiba-tiba binatang itu bertukar menjadi 
seorang perempuan.

Rakan itu sangat terkejut...malah dalam mimpi itu 
ia sempat mengangkat perempuan tersebut untuk 
mencari pertolongan.

Sejak itu juga rakan itu menjadi panas baran tak 
tentu pasal.

Setakat  pemerhatian   saya...jin  jenis  pendekar
biasanya pasti menyasarkan jantung....dan  boleh 
menyebabkan sakit jantung...lemah jantung..sesak 
nafas...strok atau lumpuh sebelah badan...lumpuh 
dari pinggang ke bawah atau lumpuh penuh...di 
samping rasukan dan gangguan perasaan menjadi-
kan seseorang itu bersikap kejam...pendendam...
atau mudah hilang pertimbangan dan sebagainya.

Kalau  anda  pula tak pernah  menuntut  ilmu tapi
ada gejala panas baran  tak tentu pasal...masalah
jantung  dan sebagainya...sila 'jeling-jeling' pada
cincin anda...atau pada senjata lama...atau tangkal 
penjaga diri...atau...anda mungkin keturunan 
pendekar ( Jin saka ).

Wallohu a'lam

Isnin, 5 Januari 2015

Selamat Tahun Baharu...

Tahun baharu menjelma lagi...
Ternyata..engkau masih menghirup udara
segar di atas muka bumi ini...
Inilah  peluang  yang  tak akan ada ganti-
nya lagi apabila ianya sudah berlalu...

Mungkin...selepas tahun ini...engkau 
masa ada puluhan tahun untuk hidup...
atau mungkin berbelas tahun...atau...
mungkin beberapa tahun...atau...
mungkin tak sampai setahun...tinggal
beberapa bulan...atau...mungkin
tinggal beberapa minggu...atau...
engkau...mungkin tinggal menunggu 
hari...atau...mungkin hari ini...Tuhan
sudah menetapkan suatu saat...
temu janjimu dengan malaikat Izrael.

Betapa ramai orang yang ada pe-
rancangan berpuluh tahun...tapi
ia tak sedar...malaikat maut sedang
menunggunya...akhirnya pada
ketika itu...barulah engkau tahu...
betapa nilainya kehidupan dunia
ini...yang akan menentukan nasib-
mu di alam selepas kematian.

Masa depanmu...adalah pada alam
yang kekal...sedangkan dunia ini
sekadar umpama ladang untuk
engkau bercucuk tanam....dan
hasilya akan engkau kutip setelah
engkau meninggalkan kehidupan
sementara ini...

Tapi...adakah engkau pasti...
engkau memanafaatkan hidup ini...
atau engkau hanya tinggal me-
nunggu masa untuk suatu pe-
nyesalan yang tak akan ada guna-
nya lagi...?

Wallohu a'lam