Sabtu, 29 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (19) . . . Dirahmati Atau Dimurkai ?

Jam 9 pagi....ZD didapati telah meninggal dunia
dalam kereta...

Sejak betahun lamanya ia menjadi penagih arak
tegar...dan dikatakan sudah lama ia jarang seka-
li makan nasi...sebaliknya ia hidup dengan arak.

Walaupun sudah dua hari sebelum meninggalnya...
ia dikatakan kebetulan tak minum arak...

...namun tindakbalas bahan tersebut yang sebati
dalam badannya menjadi penyebab kematian apabila
ia tertidur dalam kereta yang bertutup rapat jen-
delanya sejak malam hingga kepagi...dibawah pem-
anasan cerahnya pancaran cahaya matahari...

Sejak zaman kanak-kanak hingga awal remaja...ka-
mi sangat rapat...namun bertahun lamanya kebela-
kangan ini kami agak jarang berjumpa disebabkan
kesibukan urusan hidup masing-masing...

Pada hati saya tak pernah terlintas...suatu hari
nanti saya bakal turut membantu memandikan jena-
zahnya...

Lebih kurang jam 11 pagi di bilik mandi mayat Hos-
pital Daerah Ranau...ternyata mungkin kerana masih
baru...urusan pemandian berjalan cukup mudah kera-
na sendi-sendinya masih lembut dan mudah dilentur.

Cuma seperkara...kelopak matanya yang sedikit ter-
buka tak dapat ditutup rapat walaupun ustaz...saya
dan beberapa rakan lain cuba menutupnya...

Kelopak mata itu seolah-olah dah keras...

Sebelum diangkat ke Masjid Besar Daerah Ranau untuk
urusan solat jenazah...

...jenazah itu di bawa ke rumah untuk tatapan akhir
ahli keluarga...khususnya ibu arwah yang sudah sang-
at tua dan bertahun-tahun terlantar di katil kerana
penyakit sendi yang agak teruk di alaminya...( ayah-
nya sudah lama meningal dunia juga kerana sakit ).

Kemudian semua urusan seterusnya berjalan lancar...
dan jam 2 petang jenazah itu sudah sempurna dikebu-
mikan...

Malamnya saya sempat menziarahi ibu arwah...dan ada
sesuatu yang sangat menarik perhatian saya...

Ibu tua itu menceritakan detik-detik terakhir ketika
ia menatap wajah jenazah anaknya...

Ibu itu mendapati kelopak matanya sedikit terbuka...
maka ibu yang sedang dalam keadaan sangat sedih itu
berbisik kepada jenazah anaknya...tutup matamu nak...
nanti masuk pasir...

Kemudian ibu itu menyapunya dengan tapak tangan kanan
lalu kelopak mata jenazah tersebut tertutup rapat...

Saya tak menceritakan pada si ibu...bagaimana kami dah
berusaha menutup mata jenazah tersebut semasa dimandi-
kan lagi...namun tak berjaya...

Secara logiknya...semakin lama semakin sukar kelopak
mata itu ditutup apabila ianya sudah semakin kering
dan mengeras...

Hati saya tertanya-tanya...arwah semasa hidupnya ada-
lah seorang penagih arak...tapi bagaimana kedudukannya
seseorang anak yang masih diizinkan Tuhan untuk menta-
ati ibunya walau ia sudah jadi jenazah...

Saya terus cuba menyelidikinya...tentu ada perkaranya
yang belum saya ketahui...

GANGGUAN SAKA...AZAM BERTAUBAT DAN KASIH SAYANG IBU...

Akhirnya jelas...arwah itu dan keluarganya tahu...ba-
hawa ketagihan arak itu ada kaitannya dengan gangguan
jin saka...

Arwah itu pernah memberitahu...semuanya ada 3 ekor dan
sering mengekorinya ke mana-mana juga...

Maka apabila ia berusaha...paling lama pun seminggu le-
bih ia akan kembali semula kepada tabiat tersebut...

Rasa ketagihan serta hasutan makhluk-makhluk tersebut
tak termampu ia melawannya...dan mungkin juga disamping
secara semula jadi apabila benda itu dah 'dilatih' sejak
lama maka agak sukar meninggalkannya...

Sudah berusaha berubat tapi saka itu masih mengekorinya.

Cuma dua hari sebelum meninggalnya arwah itu berazam un-
tuk ke K.Kinabalu minggu hadapannya berjumpa seorang
Ustaz perawat yang dikenali oleh adiknya yang berkerja
di bandar tersebut...

Ia berkata akan memisahkan saka tersebut...akan mula
menjaga solat dan meninggalkan minuman arak untuk sela-
manya...

Namun ternyata...2 hari selapasnya iaitu 2 hari sebelum
minggu hadapannya...ia meninggal dunia...

Menceritakan kisah anaknya...ibu itu yang tak pernah me-
ngeluh dan mengungkit ujian Tuhan terhadapnya...juga
menceritakan...sejak dahulu hinggalah sepanjang masa ia
terlantar sakit...anaknya itu tak pernah sekali pun meng-
angkat suara terhadapnya...

Sebagai anak lelaki ZD serba sedikit turut membantu adik
dan kakaknya mengurus hidupan harian si ibu...

Maka cuma 3 perkara ini yang saya fikirkan...iaitu ujian
ada saka...ikhtiar serta azam bertaubat....dan kasih sa-
yang serta akhlaknya pada si ibu...

Kita tak akan tahu nasib seseorang yang sudah meninggal
tapi tak salah rasanya dari pandangan lahir...kita ber-
sangka baik terhadap nasibnya...apalagi kalau serba se-
dikit ada tanda-tanda kebaikannya...

PEREMPUAN ADA SAKA BERJUMPA RASULULLAH SAW...

Teringat kisahnya apabila seorang wanita yang sering di-
rasuki jin berjumpa pada Rasulullah SAW...

Maka baginda mengatakan padanya bermaksud...seandainya
ia mendoakannya...wanita itu akan terlepas dari gangguan
jin tersebut...

Tapi kalau wanita itu sanggup bersabar dengan keadaannya
itu...maka Rasulullah SAW pasti...bahawa wanita itu ada-
lah bakal ahli syurga...

Perhatikan...kalau ia meminta doa agar terlepas...Rasul-
lillah SAW tak menyebutkan bakal nasibnya di Akhirat...
samada ia bakal ahli syurga atau ahli Neraka...

Namun dengan ujian Tuhan terhadapnya dengan gangguan
jin itu...Rasulullah SAW dah pasti...ia adalah bakal
ahli Syurga...

TAK AKAN ADA UJIAN YANG SIA-SIA...

Maka inilah yang saya ingin katakan pada saudara AM...
juga pada diri serta kita semua...

Bahawa apa juga ujian Tuhan terhadap kita...termasuk
jin saka...

Insya Allah..Tuhan takakan mempersia-siakan kita dengan-
nya...

Kecuali kalau kita yang mempersia-siakan diri kita sen-
diri...

Apa juga ujian...Tuhan pasti akan megambil kira perkara-
perkara yang benar-benar menjadi keuzuran dan di luar
kemampuan kita...

Betapa ramai orang yang kemalangan kerana jalan raya
yang lurus...dan betapa ramai yang jalannya selamat
kerana jalan berliku-liku...kerana kita akan semakin
sedar dan berhati-hati...

Begitu perumpamaan hidup kita di dunia...

Yang paling penting...redha...jangan bersedih...dan
terus berusaha...jangan berputus asa terhadap perto-
longan dan rahmat kasih sayang Tuhan...

SEHINGGA sekarang...sudah 3 bulan lalu ibu tua itu
meninggal dunia kerana umur dan penyakitnya...

Semoga rohnya tenang di sisi Allah..dan dapat ber-
kumpul atau berjumpa dengan anak yang dikasihinya
itu...yang sudah lama mendahului ke Alam Barzakh...

Insya Allah...Al Fatihah...

Jumaat, 28 Oktober 2011

WARISAN SAKA 3 : Tekanan Perasaan

1. Iaitu jin atau sekurang-kurangnya angin bisa jin
menempati bahagian dada anda...

Maka antara kesan utamanya...

a. Anda merasa tertekan tanpa sebarang sebab...
- Iaitu apa juga bentuk tekanan perasaan samada
suka atau duka...

b. Anda merasa tertekan tanpa sebab munasabah...
- Iaitu ada sebabnya...tapi tekanan perasaan yang
anda rasakan terlalu besar berbanding dengan
penyebabnya yang malah mungkin anda anggap kecil.

c. Anda merasa tertekan atau gelisah berpanjangan...
...dan sebagainya...

2. Kalau tekanan itu berbentuk kegembiraan dan kesero-
nokan...maka anda merasai tekanan untuk terus ber-
gembira dan berseronok hingga tak dapat mengawal
diri...

Kalau ia berbentuk kerunsingan dan kesedihan...maka
anda akan menjadi seorang pemurung berpanjangan...

Kalau ia berbentuk penentangan seperti marah...dengki
...benci...dan sebagainya...maka anda akan berdendam
kesumat dan tersumbat...

...iaitu perasaan anda tersumbat daripada keinsafan...
sebaliknya asyik berfikir nak menganiaya...membalas...
atau memusnahkan orang semata-mata...

3. Pendek kata...apa pun yang anda hadapi...atau anda
alami...akan membuat anda merasa gelisah dan tertekan
sepanjang masa...

4. Tekanan itu mungkin berbentuk tekanan mudah...dan
santai...atau sederhana...atau boleh jadi sangat he-
bat...

..hinggakan membuat seseorang itu menjadi ' setengah
tiang ' iaitu adik beradik kepada tiga suku...

...atau mungkin membawa seseorang itu kepada separuh
gila...gila buatan...atau boleh juga jadi gila betul-
betul ( bukan gila cubaan...)

5. Dari tekanan perasaan gangguan jin saka ini...sese-
rang itu biasanya boleh melakukan sesuatu tindakan
di luar dugaan...

...iaitu bergantung kepada kesebatian jin atau angin
bisa dalam dada...

6. Biasanya pembentukan tekanan gangguan ini bermula
dari kecil-kecilan...

Dan tanpa pertahanan atau rawatan...ia semakin banyak
dan semakin padat...bersama betambahnya masa...

7. Agar tekanan ini lebih ' sedap' maka ada juga ' re-
mpah ratus ' yang ' chef ' jin itu sediakan khas untuk
anda iaitu...

a. Jantung berdebar-debar...atau dada berdebar-debar...

b. Rasa sempit dada...

c. Rasa berat atau sesak dada ( sesak nafas...)

d. Rasa panas dada ( atau mungkin anda rasa panas
hati )

e. Rasa terhimpit...

f. Rasa sakit dada ( yang mungkin anda rasakan sebagai
sakit hati...)

...dan sebagainya...

8. Tekniknya...kalau perasaan anda merasa tertekan...
atau kalau anda cuba melawan atau mengawal perasaan
jahat anda...anda akan merasai mana-mana gejala di atas.

Kalau angin bisanya dah padat..semakin di lawan...maka
semakin teruk kesan di atas anda rasakan...

Maka ia biasanya antara dua...

a. Anda tak merasa lega daripada tekanan perasaan dan
gejala di atas...selagi anda tak melempiaskan apa yang
mejadi tekanan kepada anda...

Contohnya...anda tertekan oleh perasaan marah dan anda
tak akan reda sebelum anda melakukan kekerasan...


b. Dan yang lebih teruk adalah anda bukan merasa ter-
tekan semata-mata tapi sebaliknya terasa sangat sakit
hati...sakit dada...sakit jantung...dan sebagainya...

Makin dilawan...semakin sakit...makin diikut pula...
semakin menjadi-jadi...dan bila dah menjadi-jadi tu...
anda ' lepas habis '...baru anda mula rasa lega atau
hilang kesakitan...

Yang jadi masalahnya...bila dah lega itu...sedar-sedar
sahaja...anda baru siap sterika belakang orang...atau
baru siap kelar orang dan sebagainya...

Iaitu tindakan anda semata-mata untuk menghilang rasa
sakit dalam dada...yang menambahkan seksa pada tekanan
perasaan...

Kerana itu...kekejaman pengaruh tekanan dan kesakitan
ini tak ada hadnya..tak ada peraturan...tak ada lampu
merah lampu hijaunya...lampu kelabu pun tak ada...

9. Biasanya jin akan mempergunakn setiap alat dan pel-
uang....yang anda sendiri sediakan...

Samada anda seorang suami...atau isteri yang ada pasa-
ngan bermasalah...atau anak-anak bermasalah...

Samada anda ' bos ' atau pekerja biasa...lebih-lebih
lagi pekerja luar biasa...mula kerja jam 8 am...datang
jam 8 lebih ( tapi lebihnya 3 jam )...

Samada anda berkerja sendiri...atau memanjang cari
kerja tapi tak kerja-kerja...sebab suka pilih-pilih
kerja...

Samada anda di tempat sendiri atau seronok jadi PTI
di tempat orang...

Samada anda sihat...atau sebaliknya...dan sebagainya...

Tak kira anda siapa...dan dimana juga...zaman mana...
syaitan itu akan mempergunakan setiap cara berfikir...
cara merasa...dan keadaan anda...untuk membentuk suatu
tekanan dalam perasaan anda sendiri...

Dan hasilnya...samada anda berwaspada dan selamat...
atau bakal menjadi kuda tunggangannya...

Wallohu a'lam

Rabu, 26 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (18). . . Tanda Jin Putus Tangan . . .

Seorang rakan yang berhadapan dengan seorang
ibu yang dirasuki jin jantan ' Islam ' ber-
tarung dengan menggunakan tenaga dalam...

Seperti rakan tadi...jin itu juga menggunakan
kaedah memampan dan menyerang dengan teknik
tenaga dalam...

Pada suatu ketika...sebelah tangan ibu itu
jatuh terkulai...kemudian rakan itu membuat
isyarat pancungan ke sebelah lagi tangannya
dan ianya juga jatuh terkulai...

Kini ibu yang kerasukan jin itu tak mampu
menggerakkan lagi kedua belah tangannya...

Rakan itu membisikkan...kedua belah tangan
jin dah putus...tapi ia hanya untuk sement-
ara...

Lebih kurang dalam masa seminggu dua...tangan
jin itu akan bersambung semula...

Budak-budak yang lebih berpengalaman mengajar-
kan...kalau nak tangan itu lebih lama untuk
bersambung semula...baca Ayat Kursi dan tiup
...niatkan tiup pada sambungan yang putus...

Wallohu a'lam

Jumaat, 21 Oktober 2011

AL HIKAM . . . Pemeliharaa Tuhan . . .

Kadangkala...kesenangan itu akan menjadikan
engkau lupa kepada Tuhanmu...

Maka IA menjauhkan engkau dari kesenangan
agar engkau terus ingat kepadaNYA...

Kadangkala...kecukupan itu akan membuat
hati engkau jauh daripada Tuhan...

Maka IA menjauhkan engkau daripada kecuku-
pan...agar hati engkau sentiasa dekat
padaNYA...

Sementara sebahagian orang itu mengatakan
bahawa kesusahan dan kesempitan itu bala...

Sebaliknya ia adalah tanda kasih sayang
Tuhan kepada seseorang hambNYA...

Wallohu a'lam

AL HIKAM . . . Benteng Teguh . . .

Keikhlasanmu dalam perjuangan mencari keredhaan
Tuhan...adalah seteguh-teguh benteng hatimu
dalam menghadapi segala ujian dunia...

Wallohu a'lam

AL HIKAM . . . Kesal Dengan Ujian ?

Adakah engkau akan merasa kesal dengan beratnya
ujian Tuhan...

Sedangkan dengan ujian itu...Tuhan mendekatkan-
mu kepada rahmat kasih sayangNYA...

Dan Tuhan menetapkan engkau pada suatu kedudu-
kan di sisiNYA...yang mana kedudukan itu tak
akan mampu engkau capai dengan amal taatmu...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI (17) . . . Jin Hujan ?

Jam 8.30 malam...di rumah seorang keluarga dekat...
salah seorang anak buah lelaki yang baru berumur 11
tahun...sejak petang tadi ia terbaring demam panas
atas kerusi panjang...

Plaster ubat demam dilekat pada dahinya...dan seca-
ra berseloroh saya bertanya padanya...samada ia di-
ganggu jin...dan ia menjawab tak ada...

Saya menyuruhnya menutup mata...dan saya membuat satu
set pernafasan dengan 3 Fatihah senafas...

Ia memberitahu merasa ada gerakan semut dalam lutut
kanannya...makhluk itu berupa lembaga hitam...dan
cuma seekor...

Apabila saya bertanya makhluk itu datang dari mana...
ia memberitahu...dari hujan...

Saya berpendapat ia bermaksud bahawa jin itu adalah
jin yang suka merayau di kawasan yang mana budak ter-
sebut pergi bermain semasa hujan petang tadi...

Ia adalah satu kawasan berhampiran kebun pisang...ber-
paya dan ada beberapa batu serta pokok besar...

Saya menyuruhnya membuka mata...dan budak tersebut me-
mberitahu...'semut' itu dah tak ada...

Saya merasa pelik...tak kan baru setakat kena 'scan'
pun jin itu dah lari...tentu ada muslihatnya...

Saya menyuruhnya menutup mata semula...dan membuat sa-
tu set pernafasan sambil membuat pengisian dengan tapak
tangan dari bahagian lutut hingga ke hujung jari kaki
kanannya...

Anak buah tersebut memberitahu...'semut' itu bersembunyi
di tengah-tengah antara ibu jari dan jari kedua kaki ka-
nannya...

Saya menariknya keluar dengan kaedah cubitan...dan dengan
izin Tuhan benda itu dapat saya tarik keluar...

Jam 11 malam ketika saya meminta diri untuk pulang...budak
tersebut dah kelihatan sihat...suhu dahi dan pipinya dah
normal dan sedang bermain dengan anak buah lainnya...

Tapi saya masih tak pasti samada demamnya itu ada kaitan
dengan jin yang masuk ke dalam lututnya...atau ia sekadar
gangguan sampingan jin yang mengambil kesempatan...

...atau demamnya turun kerana palster ubat demam itu se-
rasi dengannya...

Namun yang pasti...plaster itu 'kurang sesuai' untuk rawa-
tan gangguan pada bahagian lututnya...

CUBITAN TENAGA DALAM ( Cubit Dan Cabut )

Ia seperti kita mencubit seekor semut di atas kulit...dan
mencabutnya dengan dua hujung jari...

Salah satu daripada caranya...

1. Letak ibujari dan jari telunjuk atas kulit...

2. Tekan hujung kedua jari itu perlahan-lahan ke kulit...
sambil menarik nafas...dan zikir Allah...Allah dalam
hati...

Oleh kerana 'semut-semut' biasanya berada di bawah kulit
maka anda bayangkan jari-jari anda itu masuk menembusi
kulit...dan mencubit 'semut-semut' tersebut...

Terus tarik nafas perlahan-lahan sambil membayangkan...
anda terus mencubit 'semut-semut' tersebut...dan cubit
ia lebih kuat...dan lebih kuat...di antara kedua hujung
jari...

Pada peringkat ini..aura kehujung jari anda semakin me-
nebal'...bersamaan semakin kuat anda mencubitnya...

3. Dengan satu tarikan nafas cepat ke dalam melalui hidung
...'cabut' 'semut-semut' itu keluar juga dengan gerakan
cepat serentak dengan tarikan nafas tadi...

Cara lainnya..semasa menarik nafas itu baca Ayat Afahasib-
tum kerana ayat ini ada kelebihan khususnya yang tersendiri
dan tarik nafas cepat berserta gerakan 'mencabut' sebaik sa-
haja anda habis membacanya...

Kalau 'semut' itu belum dapat 'dicabut' keluar...maka ulang
sehingga pesakit merasakan semut itu dah tak ada...

Sekali 'cabut' itu anda boleh tarik keluar lebih daripada
satu 'semut'..contohnya sekumpulan dalam jumlah berpuluh
atas beratus ekor...dan ulang sehingga habis semuanya
dikeluarkan...

Kaedah mencubit ini juga boleh digunakan untuk 'mencabut'
keluar angin bisa melalui liang roma ( kulit )...termasuk
angin panas yang dirasakan oleh pesakit...

Ia juga boleh dibuat dengan lapisan kain agak tebal atas
kulit..contohnya sapu tangan...dan anda 'cubit' kain atau
sapu tangan sambil membayangkan anda 'mencubit semut'
di bawah kulit...

Pada peringkat awal saya biasanya menutup mata dan mem-
bayangkan...tapi bila benda itu dah dibiasakan ( dilatih )
anda tak perlu lagi menutup mata...

Antara tempat 'semut-semut' atau angin panas yang boleh
anda cubit dan tarik keluar adalah pada bahagian jari...
anggota...bahagian kepala...belakang...perut ( termasuk
angin bisa yang menyebabkan perut kembung...sakit atau
rasa panas ) dan sebagainya...

( Termasuk angin panas pada bahagian leher : seorang
rakan memberitahu...seorang perawat mengatakan kepadanya
bahawa lehernya dah teruk dan perlu pembedahan batin
dengan kos rawatan ribuan ringgit...sedangkan ia hanya-
lah jenis angin bisa yang boleh dicubit keluar...dengan
izin Tuhan..)

Iaitu bergantung kepada bentuk gangguan...serta daya
tumpuan anda sendiri...juga amalan dan latihan...

Antara syarat anda boleh menggunakan kaedah ini...sela-
in anda mungkin seorang pengamal tenaga dalam atau il-
mu pernafasan...

1. Anda boleh merasakan perasaan anda seolah-olah berada
pada mana-mana jari...dan pada perkara ini...anda boleh
merasakan perasaan anda itu ada dalam kedua jari terma-
suk pada hujung jari...

Ini adalah kerana...tumpuan perasaan pada jari bererti
anda mengalirkan tenaga ( aura ) pada bahagian tersebut.

2. Anda buat pengisian terlebih dahulu pada pesakit...
dan apabila aura itu meliputi segenap bahagian tubuhnya
ia akan merasakan atau lebih merasakan kehadiran 'semut-
semut'...benda bergetar...cacing-cacing atau sebagainya
dalam tubuh atau anggota...


3. Bagi 'semut ' ( sebenarnya adalah jin yang dengan
izin Tuhan dapat anda kecilkan saiznya seperti semut-
semut...) yang sudah berkubu di bawah kulit...mungkin
anda perlu sedikit masa untuk mencubit ( menghancurkan )
kubunya sebelum makhluk itu anda dapat capai...

Saya pernah mengambil masa 10 minit untuk mencabut cuma
'sekor' semut yang berkubu dalam sendi pergelangan kaki
seorang anak buah...

Dan yang lebih penting daripada latihan dan penghayatan
teknik ini...ialah setakat mana izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Khamis, 20 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (16). . .Garam Misteri. . .

Sudah sekian lama ibu itu mendapati ada sesuatu
yang tak kena pada rakan sekerjanya yang juga
seorang wanita...

Apabila ia berdiri di sebelah belakang atau du-
duk dikerusi yang baru ditinggalkan rakannya itu
ia terhidu bau hamis...

Pernah suatu ketika semasa bergurau dan memegang
pergelangan tangan rakannya itu...ibu tadi terasa
memegang satu pergelangan tangan berbulu tebal...

Rakannya itu juga sangat gemar memakan garam...
dan hinggalah suatu ketika kakinya sakit serta
membengkak...

Hospital tak dapat mengesan puncanya...dan ubat
yang diberi juga tak berkesan...

Maka ia meminta nombor telefon perawat berdekatan
dan ibu itu memberi nombor telefon bimbit seorang
perawat yang tak sampai setengah kilometer jauhnya
dari pejabat...

Namun ternyata rakannya itu tak berani menelefon
perawat tersebut...

Tiga hari kemudian...suatu malam...ibu itu mendapati
ada taburan ketul-ketul garam besar dalam nasi yang
digorengnya...sedangkan ia tak menggunakan garam be-
sar...juga tak menyimpannya dalam rumah...

Ibu itu mengutip ketul-ketul garam tersebut kemudian
menghabiskan nasi gorangnya...walaupun sekali sekala
ia terasa mual semasa memakannya...

Malam ketiga selepas itu...ia merasa tak sedap badan
..panas...gelisah dan tak dapat tidur...

Rasa sakit berpindah-pindah dari kepala...perut dan
sendi-sendi...

Hari ketiga ia menelefon saya minta buatkan air doa.

Saya beri padanya air yang dibacakan...

1.Fatihah 7 x

- Tiup air

2.Salawat 3 x

- Tiup air

3.Ayat Tujuh 1x

- Tiup air

4.Ayat Kursi 1x

- Tiup air

5.Yasin 1x

- Tiup air

6.Auuzu billaahissamii el' Aliimi
mishaithoo nirrojiim 21 x

- Tiup air

7.Lau Anzalna 3x

- Tiup air

8.3 Qul 3x

- Tiup air

9.Ayat Seribu Dinar 3x

- Tiup air

10.Bismillaahi..Maasyaa Allah...laa haula walaa
quwwata illaaa billahil Aliiyil Aziim...11x

- Tiup air

Siangnya saya beri...dengan izin Tuhan...malamnya
ia rasa dah agak selesa dan tidur nyenyak...

Amalan di atas biasanya saya buat setiap malam...
kecuali sekiranya ada sesuatu halangan yang tak dapat
dielakkan...sedangkan Ayat Manzil saya cuba juga tak
tinggalkan jadi amalan biasa pagi petang atau pagi
malam...

( cuma untuk amalan biasa...Fatihah itu saya baca 3 x
sedangkan 7 x itu untuk rawatan diri atau orang lain )

Saya ada bertanya pada ibu itu...samada ia ada memberi-
tahu perawat tersebut mengenai rakannya...

...ia dah beritahu dan perawat itu mengingatkannya....
agar berhati-hati...walau sekadar memberi telefon kepada
seseorang kerana pasti ada risiko serangan jin yang meng-
ganggu orang tersebut...

Sebaiknya apabila anda meminum atau memakan sesuatu...
tiba-tiba anda merasa mual tanpa sebab...

...maka sebaiknya anda tinggalkan kerana antara kemung-
kinan besar sebabnya adalah...

1. Ada bisa jin padanya...tak kira dari mana puncanya.

...atau...

2. Ada benda kotor atau tak halal padanya...

Wallohu a'lam

Selasa, 18 Oktober 2011

WARISAN SAKA 3 : Gangguan Fikiran . . .

Iaitu antara kesan perpindahan saka dalam satu-
satu keturunan manusia adalah gangguan fikiran
seperti...

1. Anda sangat pelupa...

2. Selalu runsing tanpa sebab munasabah...

3. Fikiran anda lembab buatan...iaitu bukan ke-
rana anda benar-benar lembab tapi adalah kesan
daripada angin bisa jin pada bahagian otak...

4. Anda menghadapi masalah tumpuan...

5. Suka berkhayal...

6. Anda sentiasa mudah buntu...

7. anda mudah hilang pertimbangan...

8. Selalu bingung tanpa sebab munasabah...

9. Suka berfikir negatif...perkara-perkara buruk
atau bukan-bukan tentang apa sahaja...bergantung
kepada keadaan dan suasana hidup seseorang...

10. Suka berfikir buruk ( sangka buruk ) terhadap
orang lain...

11. Selalu atau mudah pitam tanpa sebab munasabah.

12. Ada gejala rasukan fikiran...iaitu fikiran
kacau tanpa sebab munasabah...

13. Anda sentisa mendapat khidmat ' nasihat '
yang buruk...jahat...kejam atau sebagainya...

...samada berupa bisikan...atau ilham-ilham...
termasuk yang anda sangkakan ' ilham ketuhanan '
bergantung kepada kepakaran dan bentuk gangguan.

14. Dan lebih daripada sekadar gangguan...malah
gangguan ini boleh menyebabkan kecacatan buatan
samada ia sekadar menyasarkan kepada otak...

...atau malah boleh jadi ia menyebabkan seseor-
ang itu kurang kawalan terhadap anggota atau per-
gerakannya sendiri...hingga kelihatannya ia sepe-
rti suatu kecacatan...

...dan sebagainya...

Maka samada semua orang dalam sesuatu keturunan
itu akan mengalami gangguan fikiran dari sebab
ini...ia bergantung antaranya jumlah jin tersebut.

Kalau sekadar 'sekor-sekor'...tak ada keluarga...
geng atau pasangan nak beranak pinak...maka biasa-
nya hanya akan melibatkan seorang demi seorang...

...namun kebanyakannya jin itu beranak pinak...atau
berkumpulan sebagai keluarga atau sebagainya...

Maka kalau cukup berbagi 'warisan manusia'...maka
akan ada lebih dari satu....malah mungkin hampir
semua dalam sekeluarga manusia tersebut akan menga-
lami antara gangguan demikian...

Ada juga jin yang gangguannya ' tak berapa nampak '
walaupun sudah lama mendampingi seseorang manusia...
tapi pada satu peringakt umur...boleh jadi gangguan-
nya keluar sekali gus...maka mungkin pada ketika itu
kesan gangguannya lebih daripada sekadar gangguan
fikiran semata-mata...dan sebagainya...

Walllohu a'lam

Jumaat, 14 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (15)...'Saudara Membunuh Diri'. . .

Kisah 1

Ada satu kisah dari Barat...bagaimana seorang pekerja
lelaki yang terperangkap dalam sebuah bilik sejuk tem-
pat penyimpanan daging beku selama beberapa belas jam
akhirnya didapati terbunuh kerana darahnya membeku...

..sedangkan penyiasatan polis mendapati sebenarnya
alat penyejuk bilik itu telah rosak dan tak cukup un-
tuk membekukan darah seseorang di dalamnya...apalagi
menyebabkan kematian...

Maka kesimpulannya...bukan alat penyejuk...tapi keku-
atan keyakinannnya sendiri yang menjadikan darahnya
membeku...

Dalam beberapa jam terperangkap itu ia pastinya yakin
bilik itu terlalu sejuk...maka perlahan-lahan kekuatan
daripada keyakinannya itu membekukan darahnya sendiri
dan membunuh dirinya...

Kisah 2

Seorang taukeh yang baru berumur awal empat puluhan
didapati telah meninggal dunia oleh keluarganya apa-
bila mereka cuba mengejutkannya bangun pada satu pagi.

Tak ada sebarang penyakit yang dikesan yang dapat di-
kesan sebagainya penyebab kematiannya...

...tapi beberapa bulan sebelumnya ia pernah meluahkan
perasaannya pada saya yang kebetulan membeli sesuatu
dikedainya yang menjual alat kelengkapan rumah dan
kebun...

Perniagaannya cukup tenat...kadang-kadang selama be-
berapa lama kedainya langsung tak didatangi pelanggan
tapi ia tetap membuka kedainya setiap pagi kerana ia
dah buntu...tak tahu apa bendanya lain yang dapat ia
buat...

" Kalau boleh...saya tidak mahu bangun pagi lagi..."

Dan akhirnya ia benar-benar tak bangun pagi lagi...


KEYAKINAN DAN KEMAHUAN ' MEMBUNUH DIRI '

Kisah pertama menunjukkan betapa keyakinan boleh men-
yebabkan kebinasaan...

Dan kisah kedua...kemahuan yang kuat dari sebab pera-
saan berputus asa...juga boleh menyebabkan kebinasaan..

...dengan izin Tuhan...

Kedua-dua kisah di atas sebenarnya antara contoh...
apa yang boleh kita buat dengan kekuatan dalaman kita
sendiri (roh)...

Dalam hidup sehari-hari ia umpama kita meniti dengan
mudah sekeping papan yang diletakkan antara dua biji
bata...

Tapi apabila papan itu direntangkan antara dua buah
puncak bangunan pencakar langit...kita akan jatuh
sebelum sampai ke sebelah...

Ia papan yang sama...tempat berpijak yang sama...tapi
ada perkaranya yang berbeza iaitu...keyakinan kita...

Pada papan atas dua biji bata...kita yakin boleh...ma-
ka dengan mudah sahaja menyeberangnya...

Pada papan atas puncak bengunan pula...kita akan jatuh
kerana kita yakin akan jatuh...padahal ia laluan yang
sama...

Adapun kerana tempat itu terlalu tinggi hingga membuat
kita gayat..pening..pitam dan sebagainya...maka ia ada-
lah alasan ciptaan kita sendiri...dan kalau fikiran
serta perasaan kita pada papan atas bata itu kita bawa
ke papan atas puncak dua buah bangunan...

...maka pasti kita akan mudah sahaja menyeberanginya...

Namun ternyata tak sedikit kalangan kita yang gagal...
jatuh...hilang punca dan sebagainya...kerana kita sen-
diri selalu mencipta alasan...

Maka dari alasan...kita kerahkan kekuatan kita untuk
menjatuhkan diri sendiri...malah untuk membunuh cita-
cita...membunuh usaha...

...juga perlahan-lahan 'membunuh' diri kita sendiri
dengan alasan penyakit...kuat gangguan dan sebagainya.

Kekuatan daripada keyakinan itu adalah suatu kelebi-
han dan kehebatan kurniaan Tuhan...

Dan terpulang pada kita bagaimana menggunakannya...dan
keyakinan itu akan membawa kita ke mana sahaja yang
kita mahu...

Keyakinan yang baik...baik jadinya...keyakinan buruk
maka buruk jadinya...dengan izin Tuhan...

...kenapa perlu kita menyalahgunakannya...?

Wallohu a'lam

Rabu, 12 Oktober 2011

TANDA ADA SAKA. . .Firasat Keluarga. . .

Iaitu anda dapat merasakan beberapa kelebihan
tanpa belajar...seolah-olah 'ilmu firasat' itu
'datang' sendiri...

Kadang-kadang orang mengatakannya sebagai
'ilmu keturunan'...

1.Anda sentiasa dapat merasakan jika ada keja-
dian buruk berlaku pada ahli keluarga lain...
contohnya kemalangan...jatuh sakit...sakit
tenat dan sebagainya...

2.Anda dapat merasakan sesuatu 'firasat' jika
ada ahli keluarga meninggal dunia...tak kira
di mana juga anda berada...seperti di luar
kampung...luar daerah....malah mungkin di-
luar negeri...

(...dan biasa juga pada sebahagian orang 'fir-
asat' itu dapat dirasakan kalau ada jiran...
rakan...saudara mara...orang sekampung dan
sebagainya kemalangan...jatuh sakit...menin-
ggal dunia dan sebagainya).

3.Anda dapat merasakan 'firasat' kalau sese-
orang ahli keluarga sedang mencari...atau
sedang datang ke tempat anda dan sebagainya.

4.Kadang-kadang anda pada sesuatu tempat...
contohnya di pekan...dan anda dapat merasakan
'firasat' ada ahli keluarga di kawasan yang
sama walaupun anda belum melihatnya...

...dan sebagainya...

Kadang-kadang 'ilmu firasat' itu adalah dari
sebab halusnya perasaan sseseorang...tapi
pada adat kebiasaannya...kalau anda memiliki
kelebihan tersebut tanpa latihan atau belajar
maka sebaiknya minta 'scan'...

...kerana ia mungkin berkaitan dengan kesan
angin bisa jin saka keluarga atau keturunan
...dalam badan...atau mungkin dalam bahagian
kepala...

Wallohu a'lam

Ahad, 9 Oktober 2011

Al Kisah Malaikat Kubur. . .

Makhluk hitam kebiruan...
Yang Munkar...suaranya sehebat halilintar...
Setiap kali ia membuka mulutnya...
Api panas menyambar keluar...

Yang namanya Nakir...
Buta matanya...dan terkunci telinganya...
Maka ia tak dapat mendengar sesuatu...

Bukan mempersenda...
Tapi agar Nakir tak dapat melihat...
Betapa azabnya orang yang diseksanya...

Dan agar ia tak dapat mendengar...
Raungan hebat kesakitan kerana pukulannya...

Maka tak akan timbul...
Soal belas kasihan dalam hatinya...

Kukunya...sekali dibenam...
Menembusi tujuh puluh hasta ke dalam bumi...

Kalau Malaikat Munkar pergi...
Dan pergi bersamanya Malaikat Nakir...

Alhamdulillah..petandanya kubur engkau akan
menjadi seluas mata memandang...penuh
kehijauan...dan...menjadi taman daripada...
Taman-Taman Syurga...

Tapi seandainya Malaikat Munkar pergi...
Dan Malaikat Nakir 'menemani' engkau...
Sangat buruk padanya...

Kubur engkau bakal menghimpit...
Dan akan menjadi sebuah lubang...
Iaitu daripada lubang-lubang dari Neraka...

Bukan untuk mempertakuti...
Melainkan hanya sekadar mengingatkan...
Pada engkau yang terlupa...

Agar...janganlah kemurkaan Tuhan itu...
Engkau jadikan pertaruhan...
Semata-mata kerana kecintaanmu pada Dunia...

Dan apa juga yang menimpamu...
Dari segala macam ujian dan kesusahan...
Sebenarnya belum apa-apa...berbanding...
Apa yang bakal engkau hadapi...
Di Alam Kubur...

Ada pula...yang kerana deritanya...
Ia mengambil jalan mudah...dengan membunuh
diri...

Ia menyangka akan bebas...sedangkan...
Ia menjerumuskan dirinya ke dalam azab yang
sangat mengerikan...

Sesungguhnya...Hidup ini ujian...
Dan mati itu juga ujian...

Semoga...apa juga kekurangan dan ujian...
Dalam kehidupan duniamu ini...adalah galang
ganti...

Sebagai kemudahan...dalam perjalananmu mene-
mpuhi Alam Kubur...hingga ke alam Akhirat
kelak...dengan Rahmat Allah...

Wallohu a'lam

Selasa, 4 Oktober 2011

Redhakah. . .Dunia Ini Syurgamu ?

Wahai engkau...
Engkau taat kepada Tuhanmu...
Engkau beribadah pada setiap saat...
Pada setiap detik dan gerakmu...

Engkau sentiasa bermunajat...
Memohon kepadaNYA...
Ketika engkau dikalangan temanmu...
Atau di kala malam yang sepi...

Namun...
Ternyata ujian demi ujian menimpamu...
Apabila engkau menggenggam...
Terasa bara membakar...

Apabila engkau melangkah...
Terasa batu-batu kerikil tajam menusuk
kaki...

Wahai engkau...
Pernahkah engkau memandang si polan...
Yang tak percaya kepada Tuhan...

Atau si polan...
Yang sentiasa menyekutukan Tuhannya...

Ia sentiasa melakukan dosa-dosa besar...
Malah memesongkan teman-temannya dari-
pada kebenaran...

Namun ternyata...
Sihat sejahtera hidupnya...
Harta mewah...kesihatan melimpah...
Senang hati...cerah wajahnya...seolah-
olah...tak pernah ada badai dalam hidupnya....

Apakah engkau menyangka...
Si polan itu tak layak mengecapinya...?

Sedangkan ia pernah merasakan...perit jerih-
nya mengejar cita-cita...

Ia menyayangi keluarganya...dan ia mengasihi
teman-temannya...malah...ia membantu orang
yang kesusahan...

Kerana itu...ia layak mendapat pembalasan...
Iaitu...berupa kesejahteraan...kesenangan...
Dan kebahagiaan hidup di dunia...Sehingga...
engkau merasa cemburu dan irihati...

Kecuali...seandainya engkau tahu...
Tanpa hidayah...si polan itu bakal menghembus-
kan nafas terakhirnya...

Sedangkan...semua kebaikannya telah terbalas...
dan...tak akan ada dalam kehidupannya selepas
ini...selain Neraka yang membakar...

Adakah engkau masih tak bersyukur...
Dengan kehidupanmu ini...
Biar...penuh dengan ranjau dan duri...

Atau...
Engkau redha...bahawa dunia ini adalah...
...satu-satunya Syurgamu...

Wallohu a'lam

Isnin, 3 Oktober 2011

Solat Sunat Subuh. . .Penghindar kejahatan Manusi.

Kalau engkau mengkhendaki terhindar daripada
kejahatan tangan-tangan manusia dan tiada
merasa pedas pada tubuhmu maka lazimkan
olehmu membaca pada Solat Sunat Subuh
akan...selepas Fatihah...

Pada rakaat pertama...baca Suroh Insyiroh
( Alam Nashroh )...

Pada rakaat kedua...baca Al Fiil ( Alam
tarokai )...

Ia adalah daripada amalan Imam Ghazali RA.

( terhindar daripada kejahatan orang-orang
zalim dan seteru...)

Wallohu a'lam...

Al Hikam. . .Ikhlas. . .

Kalau engkau berkehendak ikhlas hatimu
dalam beribadah...

...maka hendaklah engkau mengekali me-
baca Suroh Al Ikhlas...

Wallohu a'lam

Al Hikam. . .Baik Agama. . .

Kalau engkau ingin baik agamamu...maka
lazimkanlah olehmu murah hati dan baik
perangai...

Wallohu a'lam

Al Hikam. . .Penghindar Kezaliman. . .

Kalau engkau ingin sejahtera daripada
kezaliman orang lain...

...maka jangan sekali-kali engkau men-
zalimi orang lain...

Wallohu a'lam

Sabtu, 1 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (14)...Bahana 'Ilmu Sejuk'. . .

Seorang bomoh mengatakan...amalan pendinding
ayat-ayat Qur'an itu panas...

..dan padanya...ilmu yang ia amalkan adalah
lebih baik...

Ia sering mendapat'petunjuk' daripada makhluk
halus yang datang dalam mimpinya...dan men-
dakwa bahawa makhluk itu beragama Islam.

Apa pun masalahnya...seperti orang sakit ter-
kena gangguan jin...memindahkan jin dari
rumah atau ladang-ladang dan sebagainya...
bomoh itu akan menggunakan langkah perundingan
secara baik-baik...

Ia akan beri apa sahaja makhluk-makhluk halus
itu minta...terutamanya persembahan binatang
seperti ayam...kambing dan kerbau atau lembu...

Akhirnya pada satu malam bomoh itu dalam usia
lima puluhan...dan dalam keadaan sihat mening-
gal dunia secara mengejut...

Ia meninggal dunia itu setelah ia berjanji akan
merawat seseorang yang sudah lama terkena gangg-
uan saka...mungkin ada kena mengena atau sekadar
kebetulan...

Seorang rakan lain yang juga seorang perawat me-
mberitahu saya...bomoh itu ditembusi serangan
jin...Walllohu a'lam...

( tak akan terjadi sesuatu...kecuali atas izin
Tuhan ).

Namun pada seseorang itu ternyata memang ada 'pe-
jaganya'...

Suatu malam...

Ketika seorang rakan yang saya pernah beri air
Yasin menghantar mesej (sms) tentang jirannya se-
seorang itu yang sedang sakit...kebetulannya
mereka ada hubungan keluarga...saya beritahu sa-
haja agar memberi separuh air Yasin padanya...

Ketika itu juga...rakan tadi mengalami suasana
seram dalam rumahnya sendiri...

Ketika ia mencuci muka di dapur...ada kelibat
lembaga hitam berwajah seperti harimau melintas
dihadapan jendela dapurnya...

Wajah makhluk itu berbelang tapi bulunya ber-
warna hitam...

Malah ketika saya sedang membalas mesejnya tadi
jelas pada suasana malam yang hening itu...bu-
yi kayu patah seperti dipijak benda besar di-
luar rumah...

Kemudiannya saya tahu..seseorang itu sempat men-
gamuk dalam keadaan dirasuk sebelum ia tertidur
setelah diberi air Yasin...

Satu perkara...samada anda seorang perawat...atau
sekadar memperkenalkan rakan yang sakit kerana
gangguan pada perawat...

...anda mungkin menghadapi kemungkinan gangguan
atau serangan...

...iaitu samada anda diganggu serta merta..atau
malamnya...dan ada juga rakan yang sakit misteri
setelah 3 hari kemudiannya...dan sebagainya...

..dan berbuat baik atau berdiplomasi dengan jin
semata-mata...tak akan ada jaminan...bahawa anda
tak akan menghadapi risiko serangan......malah...
mungkin sia-sia sahaja...

Lebih baik...musuh itu...biar anda pandang seba-
gai musuh...atau anda anggap kawan...dan ia ba-
kal 'memakan' anda...

Wallohu a'lam

Nota

Ketika saya menziarahi seseorang tersebut...ia
mengakui 'dijaga' oleh dua makhluk halus (jin)
iaitu perempuan berjubah dan harimau hitam...

Ketika malam ia sakit tersebut...ia mendengar
ngauman harimau di luar rumahnya...sedangkan
orang lain dalam rumah tak mendengarnya...

Wallohu a'lam