Rabu, 28 Mei 2014

Suara Jin Dan Aura Putih...

" Mak!..." Fn...budak lelaki tingkatan tiga
itu tersentak...

Jam menunjukkan 10 malam...apa pula hal-
nya...tiba-tiba saja abangnya yang tinggal
berjiran di rumah nenek datang ke rumah
memanggil ibu mereka malam-malam
begini.

Fn mendengar ibunya yang turut berada
di ruang tamu merungut sesuatu.

" Mak!..." suara abangnya memanggil lagi
tapi kali ini suaranya kedengaran semakin
jauh...dan pada kali ketiga...suara itu
kedengaran sudah berada di jalanraya
depan rumah.

" Kenapa dengan abang tu mak...? tanya
Fn kepada ibunya...namun sekali lagi
menjadi tandatanya apabila ibu mereka
itu tidak dengar suara abangnya...malah
ibunya itu tiada ada pun merungut.

Jam 6 petang...kebetulan saya singgah di
rumah mereka ( keluarga dekat )...Fn
menceritakan kisah itu yang berlaku pada
malam tadinya.

Saya meminta Fn menutup mata dan me-
numpukan perhatian...saya letak hujung jari
telunjuk ke dahinya lalu membuat beberapa
set pernafasan.

" Saya nampak bendanya..." kata Fn...kerana
tadi ia bertanya pada saya suara siapa sebenar-
nya yang memanggil tersebut.

Suara yang menyerupai suara abangnya adalah
suara dari satu lembaga berpakaian serba putih
...dengan rambut hitam panjang mengerbang
menutupi mukanya...namun menurut Fn..ianya
seorang 'perempuan'...berdiri di luar pintu.

Makhluk itu  datang  dari  sebuah  batu besar
yang ditumbuhi  pokok  pada  bahagian atas-
nya...tidak jauh dari rumah mereka.

Menurut Fn...makhluk itu lumpuh...dan datang
mengensot ke rumah mereka.

Fn terus menumpukan perhatian...ada persoalan
lain pula...iaitu kenapa jin tersebut meniru
suara abangnya...

Fn beritahu...jin tu sering mengekori abangnya...
kadang-kadang jin itu mengensot...tapi kadang-
kadang berdiri seperti biasa...

Abang Fn membuka sebuah kolam ikan ber-
hampiran batu besar tersebut dan sering duduk
di situ hingga larut malam atau dinihari...

...ini kerana sudah beberapa kali orang-orang
yang tidak dikenali datang malam dan mencuri
memancing atau menjala di situ.

Mungkin kerana itu jin yang tinggal berdekatan
itu akhirnya 'suka' pada abangnya dan kemudian
mula mengekorinya ke mana-mana pada masa-
masa tertentu.

Dua persoalan sudah terjawab...dan persoalan
akhirnya...dari mana datangnya angin bisa jin
yang menyebabkan Fn dapat 'melihat' semua-
nya itu.

Dalam masa yang singkat...Fn beritahu ia ter-
nampak suatu makhluk berupa seekor beruk.

Saya berpendapat jin itu ada dalam bahagian
otaknya dan cuba menyentapnya beberapa
kali.

Fn mula terasa seperti ada aliran karan pada
tangan kanannya...dan dalam masa yang
sama tangannya itu terasa berat.

Apabila ia menumpukan perhatian...Fn dapat
melihat makhluk beruk berwarna hitam itu
sedang memeluk bergayut pada lengannya.

Saya cuba menyentapnya beberapa kali....
namun 'beruk' itu terus bertahan.

Saya terfikir...lebih baik Fn cuba menghalau
sendiri makhluk itu dan memberitahu
kaedahnya.

Fn menarik nafas perlahan-lahan sambil ber-
zikir dalam hati...dan dalam masa yang sama
membayangkan tubuhnya mula diliputi
oleh suatu lapisan cahaya putih yang sangat
panas...

Cuma dalam seminit lebih...Fn tersenyum...
menurutnya makhluk itu sudah melepaskan
tangannya.

Saya membuat cubit cabut beberapa kali
pada bahagian dahinya...dan apabila saya
minta Fn menumpukan perhatian semula...
Fn beritahu...ia tidak lagi dapat melihat
apa-apa sepert tadi...tandanya angin bisa
sudah keluar dari bahagian otaknya.

Wallohu a'lam

Nota

1. Fn telah mengambil ijazah amalan dari
rakan juga guru saya yang dihormati Ustaz
Salehudin atas tujuan rawatan dan amalan
pendinding diri sendiri...dan ini hanya salah
satu daripada cara guna IT.

Selasa, 20 Mei 2014

Intisari ( 3 )...Balas Putus Asa...

Siapa yang suka membuat orang lain ber-
putus asa pada rahmat Tuhan...

...pada hari Akhirat kelak...Tuhan akan
buat ia berputus asa pada rahmatNYA.

Intisari Al Hikam

Wallohu a'lam

Intisari ( 2)...Jihad ?

Seorang ulama berdebat dengan seorang
pemuda yang mengatakan bahawa ada-
lah dibolehkan ( halal ) untuk meletupkan
sebuah pusat hiburan itu walaupun majoriti
pengunjungnya adalah orang Islam.

Ulama itu bertanya kepadanya..." pada
pendapat engkau...sekiranya mereka ter-
bunuh...ke manakah mereka akan pergi...?"

Pemuda itu menjawab..." mereka akan
masuk ke dalam neraka..."

Ulama itu berkata "...itulah persamaan
engkau dengan syaitan yang juga mahu
membawa manusia mati masuk ke dalam
neraka..." ( Intisari Kisah ).

Wallohu a'lam