Jumaat, 25 November 2011

Angin Bisa (06)...Solat Hati beku...

Semalam...seorang makcik menyuarakan keresa-
hannya...ia sering tak dapat khyusuk dalam
solat...

Hanya bibir membaca bacaan solat...tapi hati-
nya lansung tak rasa sedikit pun sedang solat.

Kadang-kadang makcik itu menitiskan air mata
dengan keadaan tersebut...dan ia sangat rindu-
kan perasaan khyusuk dalam solat...

Makcik itu pernah mengadukan hal itu pada se-
orang ustaz..dan ustaz itu menasihatinya agar
banyak-banyak bersabar...dan bersyukur walau
sekadar mana amal yang mampu ia kerjakan...
kerana memang dah kerjanya syaitan mengganggu
orang yang solat...

Kini...makcik itu bertanya pada saya pula akan
puncanya...

Mungkin makcik rasa resah gelisah semasa solat
kerana itu hati makcik tak rasa pun sedang solat
kata saya cuba menyelidiki perkara tersebut...

...saya tak rasa resah...mungkin Dee tak faham
soal begini...Kata makcik itu...

Saya syak ada gangguan jin biasa...tapi kalau dah
ke tahap ini...saya memang rasa agak bingung...

Tapi apabila saya bertanya beberapa perkara...saya
dapat maklumat di bawah ini...

1.Makcik itu sering merasa sakit pada urat leher
sebelah kanan...dan kadang-kadang makcik itu mera-
sakan ada jarum disitu...

2.Kalau sekali sekala ia dapat solat dengan lebih
khuyusuk...makcik itu merasa sakit pada tapak kaki
kanannya...

Apabila saya meletakkan hujung jari telunjuk pada
tapak kaki kanan makcik itu...tiba-tiba ia merasa
tepi kanan lehernya sakit...

Kemudian makcik itu memegang pula kepalanya...ia me-
rasa pening...dan tak ada sebarang tindakbalas da-
lam bahagian dadanya...

Keputusan 'Scan'...

1.Ada gangguan angin bisa (jin) pada bahagian kepa-
la (otak/fikiran) makcik tersebut...

2.Sakit pada lehernya adalah sakit gangguan jin...

3.Ada laluan angin bisa dari kepala...ke leher...
hingga ke tapak kaki kanan makcik tersebut...

Apabila ia dapat solat khyusuk...maka jin yang me-
ngganggunya akan kesakitan...kerana itu jin terse-
but berusaha menghalangnya dari khyusuk solat...

Kesimpulannya...langsung tak rasa sedang solat itu
adalah gangguan jin yang berpunca daripada ganggu-
an ke bahagian fikirannya...

Angin bisa itu menghalang makcik tersebut dari se-
barang tumpuan dalam solat...maka hatinya seolah-
olah beku...langsung tak dapat merasa sedang solat.

Sebaiknya..kalau anda merasa gejala ini...sebaik-
nya minta 'scan' jika nak dapat kepastian...dan
meminta rawatan jika perlu...juga jaga amalan...

Biasanya gangguan ini menyebabkan ramai orang men-
inggalkan solat iaitu jin tersebut juga membisikkan
...kalau tak khyusuk...Tuhan tak akan terima...
maka sama juga dengan tak solat...maka...lebih ba-
ik tak solat langsung...dari bersusah payah tak
ada faedahnya...

Sebenarnya kita cuma perlu buat sebaik mungkin...
walau tak khyusuk...kekalkan amal sambil terus me-
mohon kepada Tuhan...sambil belajar menambah ilmu.

Tuhan lebih tahu akan sekadar mana kemampuan kita
dan dengan pandangan rahmatnya...amal sedikit yang
kita syukuri itu...semoga berlipat kali ganda be-
sarnya di sisi Tuhan...

Tak akan ada orang yang berputus asa dari rahmat
Tuhan...kecuali orang kafir (maksud ayat Qur'an).

Wallohu a'lam

Khamis, 24 November 2011

Di Ufuk Timur (18)...Peringatan Mati...



Orang yang ingat kepada mati akan ingat 3 perkara :

1. Segera bertaubat...

2. Berhati tenang...

3. Istiqomah beribadah...


Bagi orang yang lupa mati...

1. Menunda-nunda taubat...

2. Tidak rela hidup sederhana...

3. Malas beribadah...


Dikatakan...siapa yang lupa mati...nescaya Tuhan
akan menjadikan kuburnya itu sebagai lubang-
lubang dari neraka...

( Cacitan huraian hikmah...)

Wallohu a'lam

( Gambar...sebahagian rakan sedang bergotong royong
membersihkan tanah perkuburan PALIMA...)

Rabu, 23 November 2011

Di Ufuk Timur (17)...Dunia Umpama Ladang...



Dunia ini umpama ladang tempat bercucuk tanam dan
engkau akan menuai hasilnya di Akhirat kelak...

Tanaman yang baik...Insya Allah..baik hasilnya...
tapi tanaman yang sia-sia...maka engkau bakal me-
nuai penyesalan...

Wallohu a'lam

Dunia Misteri (23)(G 1)..Sekadar Batu ?



Kalau anda merujuk kepada blog rahsia nampak
jin catitan November 2009...pada tajuk DUNIA
MISTERI...Penghuni Batu Besar...ia adalah me-
ngenai batu ini...iaitu batu yang lebih kecil
...dan ada pokok langsat tumbuh di atasnya...

Setakat yang saya fahami...makhluk tersebut
masih tinggal di situ...dan biasanya tak meng-
ganggu...

Bagi orang baru datang...biasanya pada waktu
malam...anda mungkin merasa kawasan tersebut
'banyak orang berkeliaran' atau memerhatikan
anda...dan lebih-lebih lagi bagi orang yang
ada saka atau jin pendamping...Wallohu a'lam.

Batu jenis ini ada nama khususnya...saya tak
ingat..tapi dikatakan biasanya ia adalah batu
pada sesuatu tempat yang pernah menjadi tapak
gunung berapi yang sudah meletup sejak lama
dahulu...Wallohu a'lam...

Batu hitam yang lebih besar boleh dilihat di-
kawasan Hospital Daerah Ranau pada gambar
yang Insya Allah akan disertakan...dan mungkin
juga boleh didapati pada mana-mana kawasan lain
dalam negara kita...

Gambar hanya untuk tujuan 'cuci mata' ya...dan
untuk tatapan sebahagian antara kita yang belum
pernah melihatnya...

Wallohu a'lam

Angin Bisa (05)...Jentikan Maut...

kelmarin...jam 7.30 malam...seorang rakan se-
perguruan menelefon dari K.Kinabalu...

Petang tadinya ia menjentik bahu anaknya yang
berumur dalam lingkungan 3 tahun...

Anaknya itu menangis kesakitan..tempat jent-
ikannya mula membengkak dan menjadi biru...

Badan budak tersebut juga menjadi panas...se-
perti demam...

Rakan itu telah memberi anaknya itu minum air
yang dibacakan Fatihah dan Ayat Kursi...

Kesan biru itu hilang...tapi bahunya masih be-
ngkak dan badannya juga masih panas...

Ibunya yang tak tahu apa-apa...menjadi hairan
dan panik dengan keadaan budak tersebut yang
tiba-tiba diserang demam panas...

Semasa ibunya membawa anak tersebut berjumpa
doktor...rakan itu mengambil kesempatan menele-
fon saya...

Saya terkejut apabila rakan itu memberitahu...
ia mengamalkan jurus pukulan maut...

Walaupun pada asasnya perguruan Iman Therapy
adalah serba guna...tapi Ustaz tak pernah meng-
ajarkan sebarang jurus pukulan maut...

Sebaliknya menekankan bahagian pertahanan dan
rawatan semata-mata...

Sebelum dan selepas mengambil ijazah Iman Ther-
apy...rakan itu ada mengambil ijazah daripada
beberapa perguruan...tentu ia adalah salah satu
amalan yang dipelajarinya dari mana-mana pergu-
ruan tersebut...

Kalau begitu...rawatan hospital tak sesuai...ma-
lah pasti akan ada kesan sampingannya kecuali
rakan tersebut mesti menarik keluar bisa amalan-
nya dari badan budak tersebut...

Saya syorkan ia menarik bisa pukulannya tadi me-
lalui ubun-ubun...iaitu dengan meletakkan tapak
tangan atas ubun-ubun budak itu...tarik nafas
sambil niatkan menarik bisa keluar dari seluruh
tubuh anak tersebut...

Hampir jam dua belas tengah malam...rakan itu me-
nelefon semula...ia telah buat seperti yang di-
syorkan...dan bengkak pada bahu kanak-kanak itu
telah surut...tapi badannya masih panas membah-
ang...

Kalau begitu...kemungkinan besarnya...ada angin
bisa gangguan jin dalam badan budak tersebut...
kerana itu panas badannya akan mengambil sedik-
it masa untuk turun...

Tadi rakan itu menelefon...pada pagi selepas pe-
tang kejadian ia menjentik bahu anaknya itu...
baru demam anaknya itu hilang...syukurlah...

Nampaknya kejadian itu ada hikmahnya...rakan te-
rsebut mengakui sebelumnya ia tak rasa sayang
pada anaknya itu...

Apabila ia melihat wajah anak tersebut..ia ter-
bayangkan wajah seorang lelaki lain...maksudnya
ia merasa bahawa anak itu adalah hasil perbuatan
curang isterinya dengan lelaki lain...

Tapi setelah anaknya sembuh dari demam...baru ia
dapat merasakan betapa ia sayangkan anaknya itu
dan tak ada lagi bayangan wajah lelaki lain se-
perti sebelumnya...

Ia bererti sebelum ini...anaknya itu juga dise-
lubungi aura gangguan...yang menghalang perasaan
kasih sayang si ayah...dan menimbulkan prasangka
yang sangat buruk...

Itulah hikmahnya...tapi tanpa pertolongan Tuhan
sebaliknya anak tersebut mungkin menderita se-
umur hidup atau mungkin maut dari sebab jenti-
kan amalan jurus mautnya...

Biasanya kalau tangan tersebut digunakan untuk
menampar...menumbuk atau sebagainya ke badan se-
seorang...antara kemungkinannya seluruh badannya
akan menjadi bengkak dan biru...mungkin muntah
darah...tapi yang pastinya...dengan izin Tuhan
dalam masa yang sangat singkat...boleh membawa
maut...

Wallohu a'lam


Nota.

1.Setakat yang saya fahami...jurus maut tenaga
dalam asli tanpa campur tangan jin...sepatutnya
tak berkesan kecuali apabila keadaan benar-benar
terdesak...contohnya diserang musuh yang benar-
benar berniat nak menzalimi atau membinasakan...

Tenaga dalam asli tak mudah atau kalau tak tahu
kaedah khususnya...maka ia tak dapat dibuat per-
tunjukan...dan...apabila anda mengalami keadaan
seperti rakan di atas...anda perlu minta 'scan'
gangguan...dan saya sangat pasti...anda ada gan-
gguan...

Rakan itu ada menyebutkan satu perguruan...yang
hanya menggunakan zikir dalam amalan jurus pu-
kulan mautnya...dan saya pernah bertanya rakan
lain Ms yang juga ada mengambil ijazah perguruan
tersebut...

Rakan itu menceritakan...semasa ijazah...guru
itu cuba memasukkan sesuatu makhluk ke dalam
tubuhnya melalui ubun-ubun...

...tapi benda tersebut tak dapat masuk...maka
ia merayap atas kepalanya...kerana ketika itu
ia dah mengambil ijazah bebrapa perguruan seb-
elumnya...

Bagi rakan lain semasa ijazah itu...mereka me-
rasakan ada resapan sejuk dari ubun-ubun ke se-
luruh tubuhnya...

Maka kita perlu berhati-hati untuk mengambil se-
barang ijazah ilmu...dan ingat seperkara...peng-
gunaan zikir semata-mata tanpa mentera aneh atau
syirik...tak menjamin...tak ada penggunaan jin.

Antara tanda zahir mudah mengenal ilmu jin...te-
rutama ilmu pertahanan diri...kita akan menjadi
panas baran...atau suka mencari gaduh...selain
dapat merasakan kekuatan atau keberanian luar-
biasa yang mana sebelumnya tak ada...

2.Bagi kes rakan di atas...tanpa sedar ia meng-
umpulkan antara ilmu putih dan ilmu jin...dan
masalahnya ia giat mengamalkan ilmu yang sangat
meragukan tersebut...

Dua hari sebelum kejadian di atas...ia menelefon
..ia menceritakan...suatu ketika ia merasa sangat
marah pada seseorang...hingga ia mengepalkan
penumbuknya...tapi kemudiannya apabila ia me-
buka genggaman tangannya tadi...ia merasa semut-
semut yang amat banyak pada tapak tangannya...
dan saya sudah mengingatkan ia agar tak menggu-
nakan tangan tersebut kerana semut-semut itu
kemungkinan besarnya adalah jin yang menjadikan
tangannya 'berbisa'...tapi ketika itu saya tak
tahu ia ada amalan khusus berkaitannya...

Dan ia tak menyangka...sekadar jentikan...ia se-
benarnya telah mengalirkan bisa tersebut ke tu-
buh si anak...yelah...jin tak akan peduli siapa
mangsanya...

Wallohu a'lam

Ahad, 20 November 2011

Angin Bisa (04)...Saka Penggerun...

Sejak pulang dari menghadiri majlis pengebumi-
an seorang jirannya...Gn mula merasakan tak
sedap hati...

Tiba-tiba sahaja ia menjadi pemanas tak tentu
pasal...

Kadang-kadang ia merasa runsing...dan susah
hati tanpa sebarang sebab...di samping sela-
lu bermimpi aneh...

Ketika ia duduk dikerusi sambil menutup mata
saya membaca Ayat-Ayat Sihir...dan membuat
satu set pernafasan...

Ketika itu tiba-tiba Gn merasa jantungnya
berdebar-debar...dan jari tengah tangan kanan-
nya bergerak-gerak...

Seketika itu rasa berdebar-debar itu hilang me-
nunjukkan jin yang ada dalam dada...dan ada ora-
ng yang kata biasanya jin itu bergantung pada
jantung...telah keluar melalui jari tengah tadi.

Semasa di rukyah Gn tak merasa sebarang tindak-
balas dalam badannya...kecuali kulit muka yang
terasa panas membahang...menunjukkan ada aura
jin melapisi mukanya...

Beberapa minit kemudian panas itu hilang...

Beberapa kesimpulan...

1.Ada dua kawasan penempatan jin padanya iaitu
pada bahagian dada...dan belakang kepala (otak).

Maka aura jin dari belakang kepala itu melapisi
ke bahagian mukanya...juga menyebabkan ia sela-
lu bermimpi aneh...

Kesan pada dadanya pula selalu rasa berdebar
dan sukar mangawal perasaan marah yang sering
naik mendadak...walau pun disebabkan oleh per-
kara kecil...

2.Berdebar-debar dan lapisan aura jin pada muka
menunjukkan kemungkinan besar ia dijaga oleh
jin ilmu penggerun...

Kesan aura itu samada menjadikan orang segan..
atau gerun padanya...

Maka ia mungkin selamat daripada gangguan orang
yang berniat jahat...tapi aura itu juga akan
menakutkan orang yang berminat padanya...

Mungkin kerana itu sehingga sekarang ia masih
bujang walaupun ada 'markah agak tinggi' untuk
memikat hati orang lain...( iaitu sepatutnya
ia tak ada masalah kalau dinilai dari segi
daya tarikan biasa...maka dari pandangan peru-
batannya...ia mungkin ada masalah gangguan...
atau halangan ghoib...dan siapa pun anda kalau
rasanya seolah-olah ada halangan jodoh...seba-
iknya minta 'scan' untuk mendapat kepastian...
dan rawatan sekiranya ada gangguan...)

Perkara ini biasa terjadi...iaitu apabila jin
menjaga anda...maka bukan setakat 'dijaga' da-
ri gangguan orang...tapi hingga ke tahap jaga
dari kahwin...kerana jin itu sendiri nak jaga
anda...

Kalau dah kahwin pula...boleh jadi dicerai be-
raikan agar anda tak ada pasangan yang 'kacau
daun kerja jaganya'...

Sebenarnya Gn pernah Ustaz rawat...dan sudah
lama ia tak mengalami gangguan...hingga ia mula
lalai menjaga amalan dan gangguan itu datang se-
mula walaupun ada tanda-tanda...ia bukan jin
saka yang sama...

Hal ini Gn akui sendiri...kerana sibuk dengan
gerainya...ia mula lalai dan lupa amalan...

Seorang rakan yang banyak berguru dan lebih be-
rpengalaman berkata pada saya...kita tak boleh
lagi tinggalkan amalan...kalau tidak...kita
akan jadi sasaran serangan jin yang pernah ikut
kita dulu ( jin tangkal buang keluarga tua )
juga serangan balas dendam jin orang yang per-
nah kita rawat...

..apa boleh buat...bisik hati saya...kalau dah
begitu caranya Tuhan nak kita terus istiqomah
beramal...

Begitu juga pada semua orang yang ada gangguan
saka...sebenarnya tak ada pilihan yang jelas
selain beramal seumur hidup...

Kerana apabila kita mula rasa tak memerlukan
Tuhan...maka hati kita akan mula jauh dan men-
jauh daripada Tuhan...

Guru utama pernah berkata...hal gangguan ini
perkara kecil...yang penting kita istiqomah
ini untuk mencari keredhaan Allah...

Yalah...kalau Tuhan mengkhendaki...tanpa amal-
an pun kita boleh sihat seumur hidup...

Seolah-olah Tuhan menjentik telinga dan berk-
ata...wahai pulan...ingat padaku...

Yang baik itu semuanya dari Tuhan...

Wallohu a'lam

Nota

1.Salah satu kelebihan orang yang ' dijaga' jin
iaitu ada halangan jodoh...ialah sekali pandang
sahaja anda mungkin ada aura penarik...malah
mungkin wajah anda kelihatan bercahaya...

Cuma apabila anda cuba mendekati seseorang...at-
au sebaliknya..pasti akan timbul masalah yang
bukan-bukan...dan biasanya anda dan rakan anda
itu akan selalu merasa marah...bertengkar...
atau saling bergaduh tak tentu pasal...

Kadang-kadang baru berkawan saja pun dah putus
...atau sekadar sempat bertunang...atau sempat
kahwin tapi bercerai akibat gangguan jin ter-
sebut.

2.Tak semua jin saka itu jin pendekar...atau jin
pengggerun...ia mungkin sekadar ' perempuan tua '
yang biasanya pakar pemanis juga pakar pemisah.

Ia menghalang jodoh anda semata-mata kerana ter-
lalu sayang pada anda dan tak mahu melepaskan
anda kepada orang lain...dan dalam masa yang
sama...ia 'memaniskan' anda...agar tak ada or-
ang merasa marah atau benci kepada anda...

Agaknya jin itu tak faham...ia sebenarnya men-
yusahkan anda...dan ia termasuk dalam golongan
jin ' bodo '...yang patut anda buang...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (16)...Fadhilat Doa...



( Kubah Subuh...Masjid Daerah Ranau..)

Tidak ada orang Islam di atas muka bumi ini yang
berdoa kepada Allah dengan sesuatu doa...melain-
kan Allah akan kabulkan permintaannya itu...atau
Tuhan jauhi kejahatan daripadanya selama dia tid-
ak mendoakan dengan doa yang membawa kepada
dosa atau putus silaturrahim...

Sesungguhnya doa itu memberi manafaat terhadap
bala bencana yang telah berlaku...dan yang masih
belum berlaku...dan tidak menolak Qodho Allah
melainkan dengan doa...maka sayugialah kamu ber-
doa...

( Daripada Huraian Maksud Hadis At Tarmizi...)

ANTARA FADHILAT BERDOA......

1.Memuliakan Tuhan...

2.Mendapat keredhaan dan rahmatNYA...

3.Perlindungan diri dari bencana...

4.Meringankan sebarang tekanan...

5.Menjadi perisai dari musuh...

6.Mendapat hajat-hajat kita...

7.Dapat memudahkan pekerjaan-pekerjaan susah...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 18 November 2011

Di Ufuk Timur (15)...Pahala Sabar...



Sesungguhnya sabar itu terbahagi kepada 3...

1. Sabar terhadap ujian bencana...

Dicatat baginya 300 darjat...dan jarak antara dua
darjat itu seperti jauh antara langit dan bumi...

2. Sabar mengerjakan ketaatan...

Dicatat baginya 600 darjat...dan jarak antara dua
darjat itu...seperti jauh antara permukaan bumi
teratas dengan dasar bumi yang ke tujuh...

3. Sabar menjauhi perbuatan dosa...

Dicatat baginya 900 darjat...dan jauhnya antara
dua darjat itu seperti jarak antara Arsy dan bumi.


Catitan dari huraian maksud Hadis...
3.14 petang 18/10/1994.

Khamis, 17 November 2011

Dunia Misteri (22)...Pisau Alam Ghoib?

Beberapa orang rakan diminta tolong untuk meng-
halau jin yang mengganggu di sebuah rumah...

Menurut Ms yang juga perawat utamanya...jin itu
datangnya dari sebuah kawasan berdekatan dan
jin itu berpindah apabila tempat asalnya di-
bina sebuah rumah baru...

Ms menggunakan pelepah pisang...dan ia nampak
kelibat putih makhluk itu melarikan diri ke-
sebuah rumah berhampiran...

...tak lama kemudian ada suara budak menangis
seperti dipukul dari arah rumah jiran tersebut

...agaknya jin itu terlanggar semasa lari...

Hari masih awal...lebih kurang jam 3 petang.

Rakan-rakan lain menceritakan...ketika mer-
eka sedang berada di tepi rumah...tiba-tiba
Ms melompat dan membuka langkah silat...

Ms yang pernah belajar Silat Gayong...Gerak
Kilat dan juga mengambil ijazah dengan Ustaz...
juga adalah rakan seperguruan...

Ketika melmopat...Ms seperti menyambar sesu-
atu dari udara...tiba-tiba ada pisau separuh
berkarat berjenama panther di tangannya...

"..Waah bagus ni...saya mau bawa pulang bik-
in potong sayur..." kata Ms...

Tapi baru sahaja di letak di dapur rumah...
pisau itu telah hilang tanpa kesan...

Saya baru berjumpa dengan Ms dan bertanya
dari mana ia dapat pisau itu semasa keja-
dian tersebut...

Ms menceritakan...ketika mereka sedang ber-
kumpul...tiba-tiba ia ternampak satu lemb-
aga hitam berdiri di bahagian sudut luar
rumah...

Lembaga itu melempar sesuatu ke arahnya...
iaitu pada arah dadanya...

Ms yang agak pelik dengan lembaga tersebut
memerhatikan benda yang sedang melayang ke-
arahnya...

Ia tak dapat pastikan apa bendanya...tapi
ia sangkakan puntung kayu...

Serta merta Ms tahu...ia serangan jin...
dan ia terus memerhatikan benda itu yang se-
makin dekat dan sempat menghabiskan 3 kali
Fatihah sebelum menyambar benda tersebut
yang kemudian didapatinya sebilah pisau se-
paruh berkarat...

Ketika itu lembaga tadi sudah menghilangkan
diri...

Kalau ikut lojiknya...apabila kita melempar-
kan pisau pada seseorang...ia biasanya dalam
sekelip mata akan sampai pada sasaran ter-
sebut tanpa sempat menghabiskan walau sekali
membaca Fatihah...

Menurut Ms itu kerana ada perbezaan masa an-
tara alam manusia dan alam jin...

Bagi jin tersebut...lemparan itu adalah sece-
pat kilat...tapi bagi manusia...sepantas
kilat jin itu masanya sangat panjang...

...dan dalam kejadian ini...Ms sempat mengha-
biskan 3 kali Fatihah sebelum pisau itu sampai
kepadanya...iaitu pisau itu bergerak dalam
gerakan yang amat perlahan...kerana itu mudah
saja ditangkapnya...

Saya pernah bertanya ustaz (guru) tentang sen-
jata berkhadam...

Menurut Ustaz...senjata itu kadang-kadang ada-
lah milik seseorang manusia...dan tercicir
di mana-mana...

Apabila ia sudah lama terletak pada sesuatu
tempat...maka ada jin mengambil dan menjaga-
nya...

Dengan izin Tuhan...apabila ustaz berjaya me-
rampas sebilah keris pendek dari seekor kha-
dam...ustaz rasa pelik...kenapa jin itu ber-
ia-ia sangat nak mempertahankan keris terse-
but...kerana setelah di pereksanya...hanya
keris biasa yang tak ada kelebihannya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (14)...Teguh Pendirian...



Sesungguhnya salah satu daripada ciri-ciri manusia
yang dikasihi Allah itu ialah...teguh pendiriannya
dalam perjuangan mencari keredhaan Allah...

Dan seandainya tapak sebuah gunung itu dapat di-
pindahkan...tapi tidak pendiriannya...

Huraian Hikmah...Wallohu a'lam

Rabu, 16 November 2011

Angin Bisa (3)...Cara-cara Jin Menghalang Ke Sekolah...

Iaitu cara--cara jin menghalang seseorang kanak-
kanak itu ke sekolah...

1.Kanak-kanak tersebut sukar bangun pagi kerana
keletihan tanpa sebab munasabah...atau kerana
sukar tidur malam...

2.Bangun pagi atau apabila nak ke sekolah...
kanak-kanak tersebut tiba-tiba merasa pening...
sakit kepala...berat kepala atau sebagainya...

Biasanya bila dah 'confirm' tak ke sekolah pen-
yakitnya akan sembuh sendiri tanpa rawatan...

3.Sakit perut semasa bangun pagi atau bila ia
berniat nak ke sekolah...

4.Badan terasa bisa-bisa atau sakit-sakit tanpa
sebab munasabah apabila nak ke sekolah...

...atau setiap kali bangun pagi...

5.Kanak-kanak itu tiba-tiba sakit perut...atau
demam apabila bersedia untuk ke sekolah...

...dan keadaan itu sering berlaku berulang-ula-
ng tanpa sebab munasabah...

6.Kanak-kanak itu merasa takut atau benci ke se-
kolah tanpa sebab munasabah...

Atau merasa takut pada seseorang di sekolah tanpa
sebab munasabah...

7.Kanak-kanak itu sering kerasukan apabila nak
ke sekolah...samada rasukan ringan atau rasukan
berat...

8.Kanak-kanak itu hilang minat belajar tanpa se-
bab munasabah...atau kerana fikirannya runsing
tanpa sebab...atau ligat memikirkan perkara lain.

9.Jin itu membisikkan dalam hati...atau pada te-
linganya untuk menghalangnya dari ke sekolah...

Atau kadang-kadang ia menghasut kanak-kanak itu
agar melencong ke tempat lain...dan ponteng ke
sekolah...

10.Jin itu menampakkan dirinya pada kanak-kanak
itu agar ia takut dan tak jadi ke sekolah...

11.Jin memperdayakan fikiran atau pandangan ka-
nak-kanak tersebut agar tak mahu...atau tak sa-
mpai ke sekolah...

12.Kanak-kanak tersebut merasa badan...atau bahu
atau kakinya berat apabila nak ke sekolah...

...atau mungkin merasa ada sesuatu memegang atau
menekannya agar tak pergi ke sekolah...

...dan sebagainya...

Sebab Jin Menghalang Ke Sekolah...

1.Ia biasanya adalah jin saka yang mendampingi
seseorang kanak-kanak...

Kalau kanak-kanak itu ke sekolah...maka ia sam-
ada terpaksa ikut atau berpisah...

Sedangkan jin itu tak suka sekolah kerana ia
mungkin takut pada jin saka budak lain...atau
takut pada guru-guru atau sebagainya yang ada
amalan pendinding...

Maka jin berusaha menghalang kanak-kanak terse-
but agar jin itu lebih selamat...atau tak ter-
pisah...

2.Dah jadi tabiat jin yang mendampingi manusia
kalau boleh ia sentiasa cuba melalaikannya...
juga menjauhkan manusia dampingannya daripada
ilmu yang bermanafaat apalagi ilmu berkaitan
agama secara langsung...

3.Pengajaran ilmu yang bermanafaat...apalagi
ilmu agama...dan lebih-lebih lagi...jika ada ha-
dis atau ayat-ayat Qur'an...adalah panas bagi
jin...

...malah ceramah agama juga panas bagi jin...ke-
rana itu ada orangnya kalau mendengar ceramah
politik...segar sentiasa...tapi apabila menden-
gar ceramah agama...rasa bingung...pening...
mengantuk...malah kalau dah berat...tak mustahil
boleh tumbang tertidur...kerana hal itu memberi
kesan kepada jin dampingannya...

Maka jin cuba menghalang-kanak-kanak tersebut da-
ri ke sekolah untuk mengelakkan kepanasan atau
kesakitan...

4.Ada sesuatu yang ditakuti jin tersebut dalam
perjalanan ke sekolah...contohnya ada jin lain
yang lebih kuat dan suka membuli atau sebagai-
nya...maka jin dampingan tersebut cuba menghal-
ang kanak-kanak itu ke sekolah terutamanya yang
berjalan kaki ke sekolah...

5.Jin itu tak sanggup berpisah dengan kanak-ka-
nak dampingannya walaupun sekadar sekejap ke
sekolah...mungkin atas alasan terlalu sayang
atau nak menjaga keselamatnnya...

...maka kalau boleh ia nak duduk berdua sahaja
dengan kanak-kanak tersebut sepanjang masa di
dalam rumah...

6.Ada jin yang tak tahan cahaya...maka ia sent-
iasa menghalang kanak-kanak dampingannya keluar
rumah terutama pada waktu siang cerah...

7.Ada jin yang takut pada orang atau jin di luar
rumah walau atas apa juga sebab...maka ia senti-
asa menghalang kanak-kanak dampingannya keluar
rumah termasuk ke sekolah...

..dan sebagainya...

wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (13)...Mentari pagi...



Di Ufuk Timur...betapa ramai kalangan kita...yang pernah
menyaksikan keindahan saat-saat terbitnya matahari...kini
bersemadi dibawah timbunan tanah kubur...dan engkau...
pasti akan sampai juga gilirannya...

Cukuplah kematian itu sebagai nasihat...kehidupan mana
yang sepatutnya engkau cita-citakan...

Adakah setimpal bagimu...engkau menghabiskan umur dan
ikhtiarmu untuk menghimpun kemegahan dan kesenangan
Dunia...kemudian engkau meninggalkannya begitu sahaja.

Sedangkan engkau akan berpindah ke Alam Barzakh...tanpa
sebarang bekal amal...

Ambillah peringatan...selagi peringatan itu bermanafaat
untukmu...

Wallohu a'lam


GAMBAR...SAN DAERAH RANAU NOV. 2011...


GAMBAR...MASJID DAERAH RANAU...

Isnin, 14 November 2011

Angin Bisa (02)...Laluan Moden Jin...

Iaitu jin boleh sampai ke sesuatu tempat yang
dekat atau jauh di seberang laut melalui alat
moden...seperti...

TELEFON...

Samada telefon rumah atau telefon bimbit...
dan samada dengan perbuatan menelefon atau
menghantar mesej (sms)...

Kalau anda bercakap dengan seseorang yang berada
jauh di seberang laut contohnya...dan ia ada jin
pendamping samada kerana menuntut ilmu...saka...
sedang sakit disihir...atau sebagainya...

Maka jin padanya boleh sampai...atau malah masuk
ke dalam badan anda dengan hanya beberapa saat
atau minit...

Atau ia menghantar sms...maka jin itu boleh sampai
pada anda bersamaan sampainya sms rakan tadi...

INTERNET...

Iaitu jin juga boleh pergi ke sesuatu tempat mela-
lui siaran internet...

Maka anda boleh menghadapi serangan jin semasa
berhubungan dengan seseorang contohnya sedang be-
remail...

Begitu pula...jin boleh dikirim kepada anda...me-
lalui gambar anda...nama anda dan sebagainya pada
internet...contohnya melalui gambar 'facebook'...
dan sebagainya...

Iaitu anda boleh terkena sihir melalui pendedahan
nama dan gambar anda dalam internet...

Biasanya pergerakan jin melalui telefon dan juga
internet adalah dari sebab keinginan jin itu sen-
diri atas sesuatu maksud buruk...iaitu tanpa niat
jahat...malah tanpa diketahui oleh rakan anda ter-
sebut...tapi anda akan menanggung akibatnya sepe-
rti sakit...atau terkena gangguan lainnya...

Lebih bahaya lagi kalau anda sedang sakit...kera-
na gangguan jin...maka pendedahan atau hubungan
yang lebih banyak...memungkinkan anda megalami
kedatangan jin dari mana-mana orang atau rakan...

SERANGAN MELALUI INTERNET...

Ada rakan pembaca blog yang menghantar email...
menceritakan gangguan jin saka yang menyebabkan
ada antara ahli keluarganya yang mengalami sakit
dan bengkak jantung...juga muntah lipan hidup...

Ada perawat menyifatkan jin saka keluarganya itu
jin kelas satu...kerana sukar ditundukkan...dan
kuat gangguannya...

Kurang seminit saya menaip untuk membalas email
rakan tersebut...tiba-tiba bau getah terbakar
memenuhi ruang bilik...

Saya cuba mencari punca bau tersebut dari luar...
namun ternyata ia dari dalam bilik...iaitu dari
arah monitor komputer...tapi bau itu seolah-
olah telah keluar dan berada di luar 'badan'
monitor...

Saya menunggu beberapa minit monitor itu rosak
atau terbakar...namun sehingga bau getah terba-
kar itu hilang...tak ada sebarang masalah pada
monitor.

Saya jangkakan ia adalah cubaan serangan melalui
internet...tanpa diketahui oleh rakan tadi...

Pada kali kedua...sebaik sahaja saya selesai me-
ngirim email untuk rakan tersebut...tiba-tiba
burung hantu berbunyi di luar jendela...sedang-
kan ketika itu jam sudah menunjukkan 5 pagi...
iaitu masuk waktu Subuh...ia tak pernah berlaku
sebelum ini...

Sekadar pendapat saya...bunyi burung hantu tak
membawa sebarang alamat baik atau buruk...tapi
sekadar isyarat burung tersebut mungkin nampak
sesuatu (jin) di luar rumah...

Untuk beberapa malam kemudiannya...saya selalu
mendengar bunyi burung hantu di luar rumah...
dari pokok yang betul-betul terletak di luar
jendela bilik...

Kalau anda pula mengalami sebarang tindakbalas
sakit...pening atau sebagainya setiap kali mene-
lefon seseorang...

...ia mungkin kerana anda dan rakan tersebut ma-
sing-masing ada gangguan...

Atau cuma anda ada gangguan..dan anda terkena ama-
lan pagar rakan tersebut...dan ini penting untuk
menghalang serangan jin pengganggu anda menyerang-
nya melalui laluan telefon...

Wallohu a'lam

Jumaat, 11 November 2011

WARISAN SAKA 5...Penyakit Tubuh Badan...

Iaitu penyakit-penyakit jasmani yang seolah-olah
menjadi warisan dalam sesuatu keturunan manusia
dari sebab penurunan jin saka...

Bahagian Kepala...

1. barah...
2. Sakit kepala...apa juga bentuk sakit kepala.
3. Bengkak pada mana-mana bahagian termasuk
otak.
4. Selalu pitam...
5. selalu pening...
6. Lemah kerana sentiasa mengantuk...
...dan sebagainya...

Bahagian Mata...

1. Sakit mata...
2. Pedih mata...
3. Kabur pandangan...
4. Buta buatan...
5. gatal...
6. Alah cahaya...
...dan sebagainya...

Bahagian Leher...

1. Bengkak pada mana-mana bahagian
terutama pada bahagian urat...
2. Bisa-bisa...
3. Sakit tengkuk...
4. sakit tekak...
5. Lenguh-lenguh...
...dan sebagainya...

Bahagian Dada...

1. Barah pada mana-mana organ...
2. Penyakit pada paru-paru seperti
paru-paru berair dan sebagainya...
3. Sakit jantung...bengkak jantung...lemah
jantung berdebar-debar...tersumbat...dan
sebagainya berkaitan jantung...
4. Sesak nafas...berat dada...rasa terhimpit...
terasa tgang pada otot-otot dada...dan
sebagainya...
5. Kahak atau batuk berpanjangan...
...dan sebagainya...

Bahagian Perut Dan Uluhati...

1. Bengkak...
2. Mengeras...
3. Sakit...
4. Panas...
5. Muntah...
6. Tak menerima makanan...
7. Tiada selera...
8. Berlebih makan...
9. Barah...
...dan sebagainya...

Bahagian Anggota...

1. Cacat buatan...
2. Lemah...
3. Sakit...
4. Sukar dikawal pergerakannya...
5. Lenguh-lenguh...
6. Bisa-bisa terutama pada bahagian
sendi atau urat.
7. Lumpuh buatan...
8. Berat...
9. Panas...
...dan sebagainya...

Bahagian Telinga...

1. Sakit...termasuk berkudis...bengkak
dan bernanah....
2. Pekak buatan...
3. Berair...
...dan sebagainya...

Bahagian Mulut...

1. Sakit...termasuk sakit gigi...
2. Bisu buatan...
3. Bengkak pada mana-mana bahagian...
...dan sebagainya...

Bahagian Pinggang...

1. Sakit...
2. Bengkak...
3. Bisa-bisa...
4. Sakit...
5. Lemah...
...dan sebagainya...

Bahagian Tulang belakang...

1. Sakit...
2. Bengkak...
3. Bisa-bisa...
4. Lenguh-lenguh...
5. lemah....
...dan sebagainya...

Iaitu penyakit itu terbahagi kepada beberapa baha-
gian...

1. Penyakit biasa semata-mata...

2. Penyakit biasa tapi kerana ia menyebabkan anda
lemah...maka ada jin mengambil kesempatan untuk
turut mengganggu atau menambah sakit...terutamanya
jin saka...

3. Gangguan jin yeng menyebabkan timbulnya penya-
kit biasa terutama kalau ianya mengganggu ruang
dalam salur darah..urat atau saraf...

Ia termasuk gangguan pada otak atau saraf yang me-
ngganggu atau memutuskan hubungan antara otak de-
ngan mana-mana anggota atau sebagainya...

Juga jin yang tinggal pada otak dan mengganggu at-
au menguasai tubuh atau anggota dari mana-mana
titik kawalan dalam bahagian otak...

Atau menyebabkan sumbatan kepada salur darah...
dan sebagainya...

4. Penyakit itu gangguan jin semata-mata dan sama-
da ia menampakkan ciri-ciri penyakit biasa atau
gangguan jin...

...dan sebagainya...

Maka ia bererti...kadang-kadang penyakit yang ke-
lihatan biasa itu sebenarnya adalah gangguan...
atau penyakit biasa yang berpunca daripada tipu-
daya atau gangguan jin...

Ciri-cirinya berkaitan rawatan hospital...

1. Sakit nyata...tapi punca sakit tak dapat dikesan.

2. Gejala sakit berubah-ubah secara tak wajar...

3. Gejala sakit datang hilang tanpa sebab munasabah.

4. Gejala penyakit yang tak bersesuaian...iaitu ge-
jalnya yang bercampur aduk hingga sukar dipastikan
penyakit sebenarnya...

5. Terlalu banyak penyakit dalam satu-satu masa tan-
pa sebarang kewajaran...

6. Rawatan hospital langsung tak berkesan...

7. Kesan rawatan tak wajar...contohnya...makan ubat
sakit hilang sekejap sahaja...kemudian datang semula
dan gejala ini berterusan...

8. Penyakit datang silih berganti tanpa sebarang
kewajaran...

9. Gejala penyakit yang aneh...contohnya demam se-
paruh badan...atau pada mana-mana bahagian anggota
atau sebagainya...

10.Pesakit menunjukkan gejala terkena gangguan jin
contohnya...ia sakit biasa tapi pada yang sama me-
ngalami rasukan...atau tingkah laku yang aneh...

Atau gejala mudah yang lain...pesakit selalu mimpi
aneh atau buruk...selalu berdebar...

...sakit dada tapi tak dapat dikesan penyakitnya...
sesak nafas sedangkan yang sakit hanya perut...

...selalu pening sedangkan tekanan darah didapati
normal...

...melihat benda ghoib...atau mendengar suara-su-
ara ghoib...

...sangat lemah semangat...putus asa...rasa dah
nak meninggal...

...mendengar bisikan dalam hati...tahu ada orang
nak datang terutama perawat...

...ia tahu ada orang mati sedangkan ia tak diber-
itahu...

...ada benda bergerak-gerak dalam badan...mengge-
letar tanpa sebab...takut tak tentu pasal...

...tak kenal orang walau pada ahli keluarganya se-
ndiri...

...saya pernah memerhatikan seseorang yang sedang
sakit...ia tak kenal ahli keluarganya...termasuk
anaknya sendiri...tapi ternyata hal itu tak dise-
dari atau mungkin tak difahami oleh ahli keluarga-
nya sendiri...dan mereka tak tahu bahawa yang
sedang bercakap itu adalah jin dalam badannya...

...panas baran tak tentu pasal...atau tiba-tiba
merasa benci pada orang sebelumnya ia sayangi...

...mata merah meliar...sedangkan sikapnya yang
sebenarnya tidak sedemikian...

...pesakit banyak bercakap perkara yang aneh-aneh
atau ada permintaannya yang aneh...

11.Kalau anda perhatikan pada catitan hospital...
biasanya ia ditulis bermaksud...

...pesakit ini menghidapi penyakit A...penyakit B
dan sebagainya...tapi kemudian pada penutupnya ia
ditulis bermaksud - dan penyakit yang tak di ke-
tahui -

Maka catitan di atas boleh saya katakan pengesahan
adanya penglibatan gangguan jin...

Sekurang-kurangnya walaupun anda tak yakin...tapi
kalau anda mengharapkan rawatan yang sewajarnya
untuk si sakit yang mungkin keluarga rapat anda
maka sebaiknya minta 'scan' padanya untuk menge-
san gangguan jin...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (12)...Mentari Terbenam...

Mentari pagi...
engkau menampakkan diri...
di celah hijaunya perbukitan...

Semakin tinggi...dunia yang
indah...semakin cerah...

Akhirnya...engkau di puncak...
kilauanmu menyilaukan mata...
terikmu...membakar kulit...

( mengingatkanku...pada Neraka )

Kemudian...

Perlahan-lahan...engkau mula
turun...semakin rendah...

Engkau tenggelam di ufuk barat...
kegelapan menutupi pandangan...

Wahai...

Engkau...bayi comel...engkau
umpama mentari pagi...cahaya
hati ayah ibu....dewasa
bersama bahagia...

Namun...suatu ketika nanti...
cahayamu akan berakhir...engkau
terbenam...di perkuburan...

Sehari-hari...mentari itu...mem-
bawa peringatan Tuhanmu tentang
kematian...

Cahaya terang...akan hilang...
dalam kegelapan...

Cahaya kehidupan...akan menyusuri
gelap kematian...

Dunia ini...sekadar persinggahan...
sejauh mana jua kisahmu...namun
akan berakhir juga...dinoktah
kematian...

Wallohu a'lam

Khamis, 10 November 2011

Gejala (1)...Gangguan fikiran...

Gejala dirasakan...

1. Fikiran runsing tanpa sebab...

2. Fikiran bercelaru tanpa sebab...

3. Sukar tidur malam kerana fikiran
sering bercelaru tanpa sebab...

Gangguan fikiran itu ia mula rasakan apabila
tengkuk dan pangkal leher kanan kirinya mula
sakit...

Dan sakit itu akan meresap naik ke bahagian
kepala...dan menyebabkan gangguan fikiran...

'Scan'...

1. Ada penempatan jin sebesar hujung jari
pada...tengkuk...pangkal leher kanan dan ki-
ri...

Maka angin bisa naik dari penempatan tersebut
ke bahagian kepala menyebabkan gangguan
fikiran...

Ia tak merasakan gangguan itu sepanjang masa
hanya pada masa-masa tertentu tapi semakin
kerap sebelum dirawat...

Wallohu a'lam

Gejala...Pengenalan...

Iaitu sedikit pengalaman 'scan' berkaitan
gejala ganguan jin...dan mana-mana maklu-
mat termampu yang dapat saya beri...dan
kalau kebetulan anda mengalami gejala-
nya...anda mungkin boleh menilai sendiri
samada perlu kepada rawatan gangguan...

Insya Allah..

Rabu, 9 November 2011

Di Ufuk Timur (11)...Buta Hati...

Yang disebut buta mata itu...engkau tak
nampak benda di hadapanmu...

Yang disebut buta hati itu...engkau tak
nampak Tuhan dalam kehidupanmu...

Kemudian engkau berusaha mengumpul Dunia
yang akan engkau tinggalkan...

Dan engkau melupakan amalan yang akan en-
gkau bawa ke Alam Akhirat...

Engkau akan mati dalam keadaan papa amal-
mu...seolah-olah engkau tak pernah hidup
di Dunia ini...

Kerana engkau mati dalam hidupmu...dan
engkau telah mati..sebelum matimu...

Huraian Hikmah

Wallohu a'lam

Isnin, 7 November 2011

Di Ufuk Timur (10)...Kerehatan Yang Hakiki...

Siapa yang menjadikan dunia ini tempat ber-
ehatnya...nescaya Akhirat itu akan menjadi
tempat bersusah payahnya...

Siapa yang menjadikan dunia ini tempat ber-
susah payahnya...nescaya Akhirat itu akan
menjadi tempat berehat baginya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (09)...Pahitnya Sabar...

Sifat sabar itu sangat pahit kulitnya ta-
pi sangat manis isinya...

Sifat mengikut perasaan itu ( Tak sabar )
sangat manis kulitnya...tapi sangat pahit
isinya...

Kerana itu...hanya orang yang kuat akan
memilih kesabaran...maka ia akan mendapat
kemanisannya...

Sedangkan orang yang lemah itu...akan mem-
lih ketidaksabaran...kemudian nanti ia akan
merasai kepahitannya...

Wallohu a'lam

Ahad, 6 November 2011

WARISAN SAKA 4 : Sikap-sikap Buruk...

Iaitu antara kesan gangguan saka...dan kesan itu
seolah-olah menjadi warisan dalam sesuatu ketur-
unan manusia yang diganggu atau didampinginya
adalah berbagai sikap buruk atau negatif...

Maka samada gangguan itu menguatkan sikap-sikap
buruk yang benar-benar ada dalam hati anda...

...atau anda mendapat sikap-sikap atau perangai
buruk baru yang pada hakikatnya adalah sikap jin
saka anda...dan ianya seperti berikut...

1. Pemanas...

2. Penyombong...samada merasa diri hebat...atau
sentiasa merasa lebih baik daripada orang
lain.

3. Suka memandang rendah atau hina pada diri se-
ndiri...atau pada orang lain...

4. Takut pada orang tak tentu pasal...

5. Mudah merasa buntu...atau mudah mati akal...

6. Mudah hilang pertimbangan...

7. Pendengki...

8. Pendendam...hati sentiasa merasa tertekan se-
belum merasa dendam terbalas...

9. Degil tak tentu pasal...

10. Selalu merasa was-was dan ragu-ragu...

11. Anda Suka atau mudah menyangka buruk terhadap
Tuhan...khususnya takdir Tuhan..
kepada diri sendiri atau kepada orang lain...

12. Suka mengikut perasaan...iaitu perkara-perk-
ara yang anda suka atau anda benci...sentiasa
menyebabkan anda hilang pertimbangan atau ke-
warasan...

13. Mudah berputus asa...

14. Mudah bosan pada perkara-perkara baik...

15. Suka berangan kosong...

16. Tak rajin belajar...

17. Tak rajin bekerja...

19. Mementingkan diri sendiri...

20. Suka bertengkar...

21. Suka berdebat dengan tujuan menegakkan ego
diri...iaitu untuk mencari kemenangan dan
bukan mencari kebenaran...

22. Suka bercakap bohong...

23. Suka mencari alasan...

24. Suka bergaduh...

25. Banyak cakap kosong...

26. Suka mengata orang...

27. Suka memfitnah...

28. Suka membuli...

29. Suka menganiaya atau menzalimi orang lain
atau pada binatang...

30. Suka merosakkan harta sendiri atau orang
lain...

31. Suka mengambil barang orang...

32. Suka menipu...

33. Lemah semangat...

34. Suka menghasut...

35. Suka mengadu domba...

36. Suka menyebarkan perihal atau rahsia orang
lain...

37. Kurang berperikemanusiaan...

38. Tamak...

39. Suka berlagak atau menunjuk-nunjuk...

40. Suka melanggar peraturan...dan antaranya
anda suka atau melakukan sesuatu semata-
mata kerana tahu benda itu dosa...

41. Suka mengikut nafsu...

42. Fanatik tak tentu pasal...iaitu fanatik
yang menghalang anda daripada kebenaran
...kebaikan...kewarasan...

43. Suka menolak kebenaran...sebaliknya suka ke-
pada benda-benda yang menjauhkan anda dari-
pada kebenaran...

44. Suka 'komplen' Tuhan atas apa sahaja perkara-
nya yang anda tak puas hati...

45. Takut hantu...tapi tak takut Tuhan...

46. Suka kepada perkara-perkara syirik...samada
dari segi cara berfikir...perasaan...amalan
atau perbuatan...dan inilah antara setajam-
tajam senjata syaitan untuk menyesatkan dan
menjauhkan anda daripada Tuhan...

... dan sebagainya...

KHUSUS BERKAITAN SOLAT...

1. Tak peduli tentang kewajipan solat...

2. Selalu lupa solat...

3. Benci atau sengaja tak mahu solat...

4. Merasa susah hati nak solat...

5. Merasa takut nak solat...

6. Merasa malas nak solat...

7. Suka melengah-lengahkan solat...dan kadang-
kadang hingga tertinggal waktunya...

8. Selalu lalai dan melayang fikiran dalam solat.

9. Malas...takut...atau malu nak berdoa...

...dan sebagainya...

BERKAITAN QUR"AN DAN ILMU AGAMA

1. Malas membaca atau belajar...

2. Takut membaca atau belajar...

3. Benci membaca atau belajar...

4. Suka bersangka buruk atau meghina orang semata-
mata kerana orang itu dilihatnya alim...

...dan sebagainya...

Seperti yang telah dinyatakan...bahawa punca atau
jalan gangguan fikiran serta perasaan itu adalah
kerana adanya jin atau angin bisa jin dalam bahag-
ian dada juga bahagian kepala...

Dan kesannya...

1. Ia menguatkan lagi sikap negatif anda...mela-
lui jalan bisikan...hasutan...bayangan...dan pe-
rencah angin bisanya agar kejahatan jin tersebut
meresap dalam fikiran dan perasaan anda...

2.Apabila angin bisanya cukup padat...atau jin ter-
sebut sebati dalam diri...maka anda akan mengalami
rasukan fikiran dan perasaan samada sedikit...
sederhana atau mungkin sampai ke tahap luar kawalan
diri...

Pada tahap lebih serius...ia boleh menjadikan sese-
orang itu memiliki kebolehan dan keinginan luar
manusia...contohnya dapat melihat isi badan manusia
...rasa lapar atau haus darah...berselera dengan
benda-benda kotor...gemar melihat orang diseksa atau
dibunuh...atau mungkin ia ingin melakukannya sendiri
...atau mungkin ia gemar menyeksa diri sendiri...
dan sebagainya...

Perkara-perkara yang menentukan tahap penguasaan
makhluk ini terhadap seseorang...

1. Ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama...

2. Kefahamannya terhadap sifat dan strategi gangg-
uan ini...

3. Pertahanan khusus atau amalan pendinding diri
berkaitan gangguan...

3. Tahap kesebatian angin bisa atau jin dalam ba-
dan...

4. Sifat semulajadinya sendiri...iaitu...biasanya
penguasaan gangguan ini menjadi lebih kuat kalau
ia mempergunakan sikap negatif anda yang sedia ada
dan biasa inilah yang yang berlaku...

5. Penggunaan makhluk tersebut terhadap keadaan
atau tekanan yang sedang anda hadapi...

6. Dan sangat penting...jauh dekatnya hati anda de-
ngan Tuhan pastinya akan memberi pengaruh yang sa-
ngat besar kepada kekuatan anda menghadapi segala
ujian termasuk ujian hasutan dan gangguan makhluk
ini...

..dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Sabtu, 5 November 2011

Di Ufuk Timur (7)...Dosa Tak Di Ampuni...

Di Akhirat kelak...Tuhan akan mengampunkan dosa
pada siapa sahaja yang dikehendakiNYA...kecuali
pada 2 perkara...

1. Dosa Syirik...

2. Seseorang mengerjakan dosa...lalu Tuhan men-
utupinya daripada pengetahuan orang lain...

Tapi kemudian orang itu sengaja menceritakan-
nya kepada orang lain dengan maksud bermegah-
megah dan ia mati tanpa bertaubat dari hal
yang demikian...

Maka sudah sepatutnya ia menanggung azab seksa
sebagai pembalasan dari dosa-dosanya tersebut...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...

Pekan Ranau...Restoran India...petang itu bersama
dua orang anak buah...

Baru beberapa minggu selepas mengambil ijazah
tenaga dalam dengan Ustaz...

Seorang pakcik yang duduk selang satu baris meja
di hadapan kelihatan sangat mengantuk...

Sambil duduk..ia tersengguk-sengguk beberapa kali
dan akhirnya ia meletakkan tangannya atas meja
lalu merebahkan pipinya dan tertidur...

Saya yang sejak tadi tertarik memerhatikan telatah
pakcik itu...tiba-tiba terlintas niat jahat dalam
hati...

Setelah mempertimbangkannya..saya yakin ia tak akan
memudaratkan..dan malah saya tak yakin ia akan ber-
kesan...maka saya membuat keputusan untuk mencuba
satu teknik yang terlintas dalam fikiran...

Saya merenung pakcik tadi...tarik nafas...tahan...
kemudian saya melepaskan nafas sekaligus ke dalam
dada sambil membayangkan ada letupan udara dalam
badan pakcik tersebut...

Ternyata tindakbalasnya sangat di luar dugaan saya.

Sepantas kilat pakcik itu bangun dan berpaling ke
belakang merenung tajam ke arah saya...

Tergamam saya dibuatnya...dan kami bertentang mata
secara berdepan...

Matanya merah bercahaya menggerunkan...dan terlin-
tas dalam hati saya...siapalah suruh saya cari
penyakit...

Elok-elok makan roti canai dengan nescafe ping tadi
...macam dah nak kelain sudah ceritanya ni...

Sehingga lapan saat..sembilan saat...mata pakcik
yang merenung garang tadi tiba-tiba mula kelihatan
layu..dan semakin layu...

Akhirnya pakcik itu berpaling ke hadapan semula dan
merebahkan pipi atas meja menyambung tidurnya...

Lega hati saya...dan selepas itu saya tak pernah
mengulanginya lagi...benda ini bukan permainan dan
saya tak izin anda menirunya...ini hanya sekadar
luahan pengalaman...

Tapi kalau anda berminat nak menggunakannya...ini
ada satu pengalaman lain...

Ketika seorang kakak baru selesai di rukyah...ia
kelihatan bingung...

Ia nak bangun...tapi kelihatan seperti ia tak tahu
apa yang nak dibuatnya...

Rakan yang menjadi ketua kumpulan rukyah memberit-
ahu...jin yang sudah keluar tadi sedang cuba masuk
semula ke dalam badannya...

Dan tiba-tiba rakan itu mengeluarkan arahan mengejut
kepada saya...tutup laluan masuk badan kakak ini...

Saya yang terkejut merasa buntu seketika...perkara
ni saya belum sempat belajar lagi...lupa tanya Ustaz
dan lupa tanya rakan-rakan yang lebih tahu...

Ketika itu saya teringat peristiwa di restoran ter-
sebut...rasanya ia lebih sesuai di uji pada waktu
ini...

Saya merenung bahagian kepala kakak itu...tarik
nafas sambil zikir Allah dalam hati 11 kali...
tahan nafas..dan baca Fatihah sekali dalam hati...

...kemudian lepaskan nafas dengan cepat dan sekali-
gus ke dalam dada sambil membayangkan ada letupan
udara atau aura dalam kepala kakak tersebut...

Kakak itu tersentak dan terpinga-pinga seperti or-
ang baru bangun dari tidur...senyum lalu berdiri...

Kalau nak keluarkan secara cepat dan sekali gus jin
yang terasa seperti semut-semut bergerak dalam
badan pesakit...

Baca Ayat 45 dan 46 Suroh Al Isro'...baru buat per-
nafasannya seperti di atas...sambil bayangkan jin
tersebut terpelanting keluar serentak dengan letu-
pan aura...

Kalau nak tambah...semasa melepaskan nafas itu...
tepuk belakang pesakit dengan tapak tangan kanan.

Cara tepuk yang sesuai adalah dengan tepukan lembut
tapi bayangkan tepukan itu sangat kuat apabila sa-
mpai ke belakang pesakit...

Seperkara perlu di ingat...kekuatan sebenar tepukan
itu bukan pada kekuatan tepukan tapak tangan...tapi
pada ma'rifat kita tentang kekuatannya...

Maka lembutkan hayunan...dan sebaik sampai ke bela-
kang pesakit...bengkokkan jari-jari tangan ke be-
lakang agar kulit tapak tangan menjadi tegang...

Jadi tegang itu maksudnya...kita tumpukan kekuatan
aura kepadanya...dan apabila membuat tepukan...
genggam tangan kiri...dan tumpukan perhatian pada
tapak tangan kanan serta kekuatan aura yang masuk
ke dalam badan pesakit...iaitu...

Sebaik sahaja tapak tangan anda sampai ke badan pe-
sakit maka anda membayangkan beberapa perkara se-
serentak seperti di bawah...

1. Pukulan tapak tangan anda itu sangat kuat hingga
sampai ke setluruh bahagian luar dan dalam badan
pesakit...maka ia mengenai semua jin dalam badan
tak kira di mana juga makhluk itu berada atau ber-
sembunyi...

2. Bayangkan semua makhluk itu terpelanting keluar
sekali gus...

3. Bayangkan ia terpelanting keluar itu dalam kead-
aan semua ilmu dan kepandaiannya mengganggu atau
kebolehannya untuk masuk semula musnah tak berdaya.

...dan sebagainya...

Dan yang paling penting hendaklah anda fahami...
kita sekadar berusaha...dan apa sejauh mana kesan
pukulan itu...adalah dengan izin...dan dengan ke-
kuasaan Allah...

Wallohu a'lam

Jumaat, 4 November 2011

Di Ufuk Timur (6)...Jangan Pandang Remeh Tuhanmu...

Janganlah engkau berbuat dosa...semata-mata
kerana engkau tahu...

...Tuhanmu itu Maha Pengampun lagi lagi Maha
Penerima Taubat...

Kerana yang demikian itu...bererti engkau te-
lah meremehkan Kebesaran dan Keperkasaan
Tuhanmu.

Tak ada dosa memandang remeh kepada Tuhan...
melainkan...ia sebesar-besar dosa...

Wallohu a'lam

Khamis, 3 November 2011

Angin Bisa (1)...4 Tempat Jin Menangis...

Iaitu apabila anda sedang mengalami gangguan
jin...maka anda boleh mendengar suara tangisan-
nya daripada 4 tempat...

1. Kepala...

2. Dalam hati...

3. Dan mana-mana bahagian selain daripada dalam
kepala dan dalam hati...contohnya dalam rusuk
kiri...

Maka salah satu hikmahnya meletakkan tapak ta-
ngan pada bahagian bawah rusuk kiri adalah un-
tuk menutup ruangan kosong padanya daripada
masuk gangguan semasa solat...Wallohu a'lam.

Selain itu...boleh juga dari tempat lain...
seperti dalam perut dan sebagainya...

4. Dari luar tubuh anda...samada jin itu duduk
bertenggek pada bahu...tengkuk...atau duduk
pada tepi lubang telinga...dan boleh jadi
pula dalam telinga...

...atau suara itu dari tempat yang agak jauh
daripada anda...

Bentuk Tangisan Jin...

1. Anda mendengar suara tangisan...

2. Anda tak dengar tapi anda merasa mendengar-
nya...

3. Anda tak dengar suara tapi anda merasa ada
tangisan biasanya dalam kepala...dada dan seba-
gainya...

Tangisan jin dalam badan itu boleh jadi hanya
anda dapat merasa atau mendengarnya...dan
boleh jadi orang lain juga dapat mendengarnya
bergantung kepada bentuk dan kekuatan gangguan
pada anda...atau orang tersebut...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (5)...Kisah Kemuliaan Azazil...

Adapun azazil itu adalah daripada bangsa jin yang
dipilih dan dimuliakan Tuhan kedudukannya hingga
ia itu seumpama menteri di kalangan para malaikat.

Maka duduklah ia berdiam pada langit pertama...dan
ia tak melakukan sesuatu selain daripada terus
menerus beribadah kepada Tuhan...

Kemudian ia diangkat ke langit kedua..dan diamlah
ia di sana beberapa lama...dan ia sentiasa beriba-
dah kepada Tuhan...

Dari langit kedua..ia diangkat Tuhan ke langit ke-
tiga...dan demikianlah keadaannya sepanjang masa.

Maka dalam tempoh ribuan tahun...ia sentiasa di-
angkat darjat dan kedudukannya...hinggalah Azazil
itu diam beribadah di langit tertinggi...iaitu
langit ke tujuh...

Setelah lama berdiam padanya...Azazil memohon ke-
pada Tuhan agar ia ditempatkan ke langit ke enam
maka Tuhan memperkenankannya...

Maka berdiamlah Azazil pada langit ke enam dan ia
terus menerus mengerjakan ibadah kepada Tuhan...

Sekian lama ia diam padanya..Azazil berdoa lagi
kepada Tuhan...memohon agar ia ditempatkan ke lan-
git ke lima...

Sebagai hamba yang dikasihi Tuhannya...Tuhan sen-
tiasa menerima dan memperkenankan permohonannya
maka duduklah Azazil beribadah beberapa lama
di langit ke lima...

Begitulah keadaannya...setelah beberapa lama duduk
beribadah...Azazil sentiasa memohon agar di pindah-
kan ke tingkat langit yang lebih rendah...sehingga-
lah Azazil sampai dan beribadah di langit pertama...

Demikian kasihnya Tuhan pada Azazil...ditinggikan
darjatnya..dan Tuhan sentiasa mengabulkan doa
serta permintaannya...

Adapun rahsia kenapa akhirnya Azazil itu menjadi
Iblis terkutuk adalah kerana kesombongannya.

Dan rahsia disebalik kesombongan Iblis itu ialah
kerana ada terselit dalam hatinya perasaan tak be-
syukur dengan kedudukan dan nikmat yang Tuhan ku-
niakan kepadanya...

Maka demikianlah yang tersebut dalam Qur'an itu
bermaksud...kalau engkau bersyukur nescaya Aku
akan tambahkan lagi nikmatku untukmu...tapi
kalau engkau berpaling...sesungguhnya azabku
sangat pedih...semoga kita dapat mengambil pela-
jaran dan peringatan darinya...

Nota

Ada satu kisah...ketika Rasulullah SAW berbicara
dengan malaikat Jibil AS...tiba-tiba Malaikat
Jibril AS menangis...

Maka Rasulullah SAW bertanya padanya bermaksud...
wahai Jibril...dengan kedudukanmu sebegini di sisi
Tuhan...apa lagi yang perlu engkau khuatirkan ?

Maka jawab Malaikat Jibril AS bermaksud...Wahai
kekasih Allah...bagaimana aku tak merasa khuatir
sedangkan Azazil itu sedemikian mulia kedudukan-
nya...akhirnya ia jatuh pada keadaan sekarang...

Seketika mendengar kata-kata Malaikat Jibril AS
maka Rasululah SAW terdiam dan baginda juga turut
menangis bersama Malaikat Jibril AS...

Demikianlah...siapa yang lebih tahu akan peris-
tiwa masa hadapan...selain daripada Tuhan Yang
Maha Perkasa itu sendiri...

Tiba-tiba ada suara ketuhanan yang menyeru ber-
maksud...sesungguhnya Aku telah menjamin kete-
tapan kedudukan kamu berdua disisiku...

Setelah mendengar seruan berkenaan...barulah
Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril AS menjadi
tenang semula...

...dan bagaimana pula dengan bakal nasib kita
yang tiada ketetapan dan kedudukan disisi Tuhan

..tapi sebaliknya kita merasa seolah-olah telah
baik...terjamin dan selamat...?

( Huraian Catitan sejarah - Kalau silap harap di-
perbetulkan )

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (04)...Kisah Paku Bumi...

Diceritakan bahawa asal usul cakerawala ini adalah
daripada satu bintang yang sangat besar...

Apabila bintang itu meletup dan berkecai...serpi-
hannya bertaburan ke seluruh angkasa raya...

Maka daripada serpihan yang sains moden sebutkan
sebagai gas..tapi Qur'an menyebutkannya sebagai
wap air ( dan Qur'an itu pasti lebih benar )...
maka wap air itu mula bercantum dan semakin padat
lalu membentuk taburan bintang dan planet yang
sangat banyak...

Adapun bumi ketika telah keras paduan wapnya mem-
bentuk satu planet berwarna putih yang sangat panas.

Sehinggalah warnanya berubah dan menjadi lebih sejuk
maka terciptalah bumi itu dengan permukaannya yang
datar...

Dikatakan ketika itu...bumi ini sentiasa berpusing
dari timur kebarat dan sebaliknya...dan kesemua arah
tanpa keseimbangan...

Maka Tuhan memerintahkan para malaikat agar mene-
tapkan bumi itu hanya ke satu arah sahaja pusingan-
nya...

Turunlah para malaikat dari langit ke permukaan bumi
dan memegang untuk mengawal arah putarannya...namun
bumi terus berputar tanpa arah tertentu...

Maka malaikat itu mengadukannya kepada Tuhan...dan
Tuhan memerintahkan agar lebih ramai malaikat turun
padanya...malah sehingga penuhlah muka bumi ini de-
ngan para malaikat..namun bumi terus berputar dan
berpusing ke merata arah tanpa terkawal...

Maka ketua malaikat mengadukan lagi bahawa telah pe-
nuh meraka pada permukaan bumi...namun mereka tak
mampu mengendalikan arah putarannya...

Maka Tuhan pun mencipta padanya gunung ganang serta
bukit bukau...lalu bumi itu berputar pada satu paksi
yang tetap...

Demikian dkatakan bahawa gunung ganang serta bukit
bukau itu adalah paku bumi...

( Catitan sejarah - kalau ada yang silap harap di-
perbetulkan...)

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (03)...Dosa Putus Asa...

Biar sebesar mana pun dosa yang engkau perbuat
lalu engkau merasa berputus asa dengan menyang-
ka bahawa Tuhan tak akan dapat mengampunimu...

Maka dosa putus asa itu adalah sebesar-besar
dosa...dan lebih besar daripada dosa yang eng-
kau perbuat...

Kerana yang demikian itu engkau telah memper-
kecilkan Rahmat Keampunan Tuhanmu...

Sesungguhnya apabila Tuhan menghamparkan rahmat-
nya pada Hari Akhirat kelak...nescaya Iblis ter-
kutuk itu masih mahu mendongak kerana mengharap
mendapat tempias dari sebab melihat betapa luas-
nya rahmat Tuhan...

Wallohu a'lam

Rabu, 2 November 2011

Imej 1 : Janji Allah...

Di Ufuk Timur (02)...kasih Tuhan atau kasih dunia.

Siapa yang mengasihi dunia...
nescaya...ia akan menderita kerana dunia...

Ia kelelahan mengejar dunia...kemudian ia
ia ketakutan akan kehilangannya...

Siapa yang mengasihi Tuhan...derita dunia
hanya akan menambah kebahagiaan pada
hatinya...

Kebahagiaanmu itu akan sempurna...apabila
telah sempurna kasihmu terhadap Tuhanmu...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI (20)...Di Cintai Jin Jantan...

Isnin...1 November 2011...

Petang itu tiba-tiba saya merasa sakit pada
bahagian dalam belakang kepala...

Apabila saya melekapkan tapak tangan kanan...
terasa bahang panas dari tapak tangan masuk
ke dalam bahagian kepala yang sakit...

Ia menandakan bahagian itu ada angin bisa jin
dan merupakan kesan serangan dari belakang atau
' pukul curi '...

Saya merasa pelik kerana selain jarak jauh...
saya tiada merawat sesiapa secara berhadapan
sejak beberapa lama kebelakangan ini...

Biasanya serangan begini adalah daripada benda
dekat...

Semakin mendekati waktu Maghrib...sakit kepala
itu semakin kuat...malah kadang-kadang berden-
yut sakitnya...

Selepas beramal ala kadar selepas Solat Maghrib
sambung solat Isya...kemudian saya tertidur
pada jam 7.30 malam...

Jam 9 malam..saya terjaga...seorang rakan mene-
lefon...Alhamdulillah...nampaknya sakit kepala
saya dah sembuh...

Tengah hari keesokannya...seorang pakcik men-
lefon...

Pernah dulu...ia sakit terlantar selama sebulan
lebih...dan pihak hospital tak dapat mengesan
sebarang sakit padanya...walaupun ia di tahan
selama beberapa minggu untuk pemeriksaan...

Melalui seorang kakak...isterinya mencari saya
dan dengan izin Tuhan...ia sembuh...

Cuma kali ini..lain kesnya...anak perempuannya
yang berumur 22 tahun pula sedang sakit...
juga sudah sebulan lebih dan pihak hospital
tak dapat mengesan sebarang penyakit...

Ia mengalami sakit kepala...sakit perut...sakit-
sakit badan...dan sebagainya...

Tentu ia ada kaitan dengan serangan yang saya
alami...dan rasanya ada sesuatu yang istimewa da-
lam kes ini...

Masuk waktu Asar...kepala saya mula sakit semula
tapi kali ini ia tak berlangsung lama...kurang
setengah jam ianya hilang...dengan izin Tuhan...

Dan petang ini...3 November 2011...jam 3.30 petang
saya merukyah anak pakcik itu selama 40 minit...

Setelah selesai rukyah...Mimi namanya...ternyata
sakitnya belum hilang...

Maka saya merawatnya dengan zikir...serta kaedah
mencubit tenaga dalam...di samping 'scan' sekali.

Ia ada beberapa perkara...

1. Mimi selalu bermimpi didatangi lelaki..samada
yang ia kenal atau tidak silih berganti...dan
semua lelaki itu suka padanya...

Menunjukkan...ia didampingi jin jantan yang menyi-
ntainya...

2. Apabila saya menyentuh dengan hujung jari telu-
njuk ke belakang...Ia merasa bahang panas atas
kulitnya pada bahagian belakang...bahu kanan kiri
...dan tengkuknya...

Menunjukkan...ia adalah kesan angin bisa jin...dan
ia juga bererti ada masanya jin jantan itu berten-
gggek pada belakang atau tengkuknya...

Kerana itu Mimi selalu merasa sangat letih tanpa
sebarang sebab...yang sebenarnya keletihan memikul
makhluk tersebut...

3. Jantungnya tiba-tiba merasa berdebar-debar...

Menunjukkan Ada angin bisa pada bahagian jantung
juga dadanya...

Dan kesannya...sukar mengawal perasaan marah..ter-
masuk marah tak tentu pasal...

Mimi memberitahu...perasaan marahnya hanya akan reda
setelah ia membuat perlakuan-perlakuan kasar untuk
melempiaskan perasan marahnya...

Kerana itu ia bercerai dengan suaminya...

4. Mimi menceritakan...2 bulan sebelum sakitnya ber-
tambah berat...ia selalu dihimpit lembaga yang tak
kelihatan semasa tidur malamnya...

Walaupun ia tak nampak makhluk yang menindihnya...
tapi dari gerak rasanya...makhluk itu adalah jantan
iaitu jin jantan...

Kemudian...tiba-tiba gangguan himpitan itu hilang
tapi ia bukanlah suatu berita baik...

Saya dapati benda itu dah masuk ke dalam badannya
iaitu dibahagian perut atau uluhati...

Setakat ini ia berbentuk benda keras sebesar bola
tenis...

Kadang-kadang benda keras itu terasa mengimpit ke-
atas...menyebabkan Mimi rasa nak muntah...tapi ia
belum pernah muntah...

Rasanya ini pengalaman pertama saya berhadapan de-
ngan 'benda bulat' dalam perut setelah mengambil
ijazah tenaga dalam...

Setelah mempertimbangkan sejenak...saya mengambil
keputusan cuba menariknya keluar dengan mencubit
lapisan baju belakang yang bertentangan dengan
kedudukan benda keras tersebut...

Tapi terlebih dahulu saya cuba pecahkan benda bulat
itu dengan kaedah peletup jin...

Mimi rasakan benda keras itu pecah menjadi semut-
semut yang berselerak dalam uluhatinya dan ia rasa
sakit didalamnya...

kemudian dengan izin Tuhan...tiga kali cubit...Mimi
memberitahu semut-semut dan rasa sakit itu dah hilang.

Begitu juga dengan lapisan angin bisa pada bahagian
belakang...saya tarik dengan cubitan...

Lapisan ini menunjukkan bahawa jin itu pernah duduk
di situ dan selagi ada angin bisa tersebut...biasa-
nya ia akan datang bertenggek semula...

5. Setelah dirukyah...Mimi merasakan dahinya berat
seolah-olah ada sesuatu benda berat bergayut pada-
nya...

Namun setakat yang saya faham...ia adalah lapisan
angin bisa...dan apabila sakit kepalanya datang
Mimi merasakan kepalanya termasuk pada tepi kanan
kiri dahinya seperti dihimpit atau ditekan oleh
suatu tangan yang tak kelihatan...

Saya meletakkan tapak tangan kiri dibelakang ke-
palanya...dan membuat aura tolakan ke hadapan
sementara jari tangan kanan saya mencubit dan
menarik angin bisa pada bahagaian dahinya...

Kemudian ia memberitahu...tiba-tiba pinggang ki-
rinya sakit tiba-tiba sejak beberapa hari lalu...

Bila saya letakkan hujung jari telunjuk padanya
ia merasa bahagian sakit tersebut panas...

Ia boleh kita katakan di pukul jin...dan angin
bisa yang masuk pada bahagian tersebut menyebab-
kan kesakitan...

Bila saya mencubitnya keluar...ketika rasa panas
itu hilang..rasa sakitnya juga urut hilang...

Apabila mimi bertanyakan berapa lama perlu rawat-
an...saya cuma kata terpulang pada Tuhan...

Kalau IA izinkan sekali dah selesai...maka selesai
tapi kalau IA tak izin...terus berubat setakat
mana termampu...

Bagi saya...amat nyata...jin jantan itu akan cuba
mempertahankan Mimi agar terus menjadi miliknya.

Jin tersebut telah memusnahkan rumah tangga Mimi
dan baru sahaja bapa Mimi berusaha mencari saya...
awal-awal lagi saya menjadi sasaran serangannya
padahal saya tak tahu pun sedang dicari...

Semasa dirawat oleh seorang bomoh yang menggunakan
telur ayam...telur tersebut telah pecah...dan bo-
moh itu menarik diri...kerana katanya makhluk itu
mempertahan Mimi agar terus berada dalam genggam-
annya...

Janjinya jumaat lusa...kami akan berjumpa semula
dan saya tak ada sebarang jaminan akan hasilnya...

Tuhan Lebih Tahu Akan Segala Perkara...

Di Ufuk Timur (01)...selamat pulang kampung...

Selamat malam sayang...
engkau rebah di pembaringan...
hari masih siang...
tapi malammu...
kegelapan liang perkuburan...

Berehatlah...
tak ada keributanmu dihari
esok...
dan tak akan ada lagi...
mimpi-mimpimu...

Semalam...
engkau di kelilingi keluargamu...
saudara...dan teman-temanmu...

Tadi...
mereka menghantarmu ke sini...
dan engkau ditinggalkan...
keseorangan...
kesepian di perut bumi...

Kulitmu memucat...
darahmu membeku...
tubuhmu...keras kaku...

Dagingmu...
mula membengkak...
esok...
kulitmu bertukar kebiruan...
dan mula merekah...

Darah...
nanah...
mula mengalir merata...

Perutmu...
mula pecah...
usus-ususmu yang hancur...
meleleh keluar...

Air busuk...
menggenangi hamparanmu...

Kain kafanmu...
bertukar merah...hitam...

Tubuhmu...
mula luluh...
daging-dagingmu...
berguguran jatuh...

Engkau dikerumuni ulat...
dan cacing-cacing...
ribuan banyaknya...

Tubuhmu menjadi...
santapan istimewa...

Kini...
tubuhmu tinggal...
separuh...
tulang-belulangmu...
mula memunculkan diri...

Kulit kepalamu...
terkopak...
biji matamu...
tersembul keluar...

Bibirmu...
yang di atas...
dan yang dibawah...
dulunya mungil...
menguntum senyuman...
kini...berjatuhan...

Dan engkau...
Menyeringai...

Tak mengapalah ya...

Janganlah engkau bersedih...
dunia ini...
sekadar persinggahan...

Tubuhmu ini pinjaman...
dan akan kembali kepada...
yang memberi pinjam...

Wahai engkau...

Bukankah dulu...
semasa hidupmu di dunia...
engkau menyaksikan...
kematian itu dipergilirkan...

Antara keluargamu...saudara...
dan teman-temanmu...

Ketika itu...
seharusnya...
engkau sudah tahu...
bahawa...
akan tiba juga saat ini...
kepadamu...

Berbahagialah engkau...
seandainya...
engkau...
telah mengambil peringatan...

Atau...

Mungkin...
maut merenggutmu seketika...

Sedangkan...
sedetik sebelumnya...
engkau menyangka...

Akan hidup...
seribu tahun lagi..

Wallohu a'lam

Selasa, 1 November 2011

Aku menulis...Di Ufuk Timur...

Aku ingin...
engkau tahu...

Aku menulis...

Bukan kerana...
aku...
orang baik-baik...

Tapi kerana...
banyaknya...
dosa-dosaku...

Aku tenggelam...
dalam...
kegelapan nafsu...

Aku lemas...
dalam...
lautan kejahilan...

Sesekali...
aku terlihat...

Kesamaran cahaya...
di kejauhan...

Aku harungi...
gelombang ini...

Perjuangan...

Yang...
sangat...
melelahkan...

Aku...

Cuba...
menggapainya...

Namun...
seketika...

Cahaya itu...
menghilang...

Semakin...
lemah...
upayaku...

Dan...
hatiku...
berbisik...

Wahai Tuhan...

Hanya Engkau...
menentukan...

Aku...
selamat...

Atau...

Akhirnya...
aku binasa...

dalam...
kesesatan...