Jumaat, 3 Mei 2013

Sejuk Tapak Kaki...17N

Walaupun tubuhnya panas...tapi tapak kakinya
 sejuk...

17 Nota

1. Iaitu  badan  demam  panas  tapi tapak kaki 
sejuk biasanya menunjukkan bahawa demam
itu ada penglibatan gangguan jin...

2. Tanda-tanda  lain ialah ubat demam kurang
atau tidak berkesan...atau sembuh sekejap
kemudian demam semula...

3. Sejuk  kaki juga  menunjukkan adanya  angin
bisa yang agak padat dalam badan...

4. Ia juga menunjukkan badan agak lemah untuk
menghadapi  gangguan  tersebut...tapi  bukan
bererti seseorang itu tidak dapat melawannya
atau tidak dapat dirawat...

5. Sejuk  kaki  juga  biasanya  menunjukkan ada
laluan keluar masuk jin atau angin bisanya
pada hujung-hujung jari bahagian kaki tersebut.

6.Kadang-kadang  kedua-dua  belah  kaki  rasa
sejuk..dan kadang-kadang yang sejuk itu tapak
tangan...sebelah atau kedua-dua belah...

...tandanya  ada  laluan  masuk  pada  anggota-
anggota tersebut...iaitu pada hujung-hujng jari.

7. Kadang-kadang  sejuk  itu  sampai  kelutut...
atau ke atas...atau betis...atau buku lali...atau
tapak kaki...atau jari-jari kaki...atau pada
hujung-hujng jari kaki...

... pada tangan..mungkin sampai ke siku...per-
gelangan tangan...tapak tangan atau jari...dan
sebagainya...

8. Semakin  kuat  sejuknya...semakin jauh ka-
wasan sejuknya...menunjukkan lebih padat
angin bisa dalam badan...

9. Walau apa  juga  penyakit seseorang...kalau
sejuk  pada  tangan atau kakinya...ia menunjuk-
kan ada penglibatan gangguan jin padanya..

10. Biasanya  anggota  yang  menjadi  laluan
keluar masuk jin ke dalam badan...akan ber-
gerak-gerak semasa seseorang itu sedang 
tidur.

11. Demam gangguan  pada  kanak-kanak  itu
paling  mudah  dikesan melalui gejala tangan 
atau kakinya yang sejuk...

12.Sejuk itu  menunjukkan  adanya angin bisa
jin dan ia boleh jadi laluan atau penempatan
jin...

13. Kadang-kadang  rasukan  jin  pada  sese-
orang itu  bermula  dari resapan angin sejuk
dari kaki dan meresap naik ke seluruh tubuh
dan ia kerasukan...

14. Tanda-tanda  lain  angin  bisa dalam badan
ialah anda rasa kurang sihat atau badan terasa
seperti demam panas sejuk...

15. Apabila  dirawat...angin  bisa  yang  ber-
kurang  dari  badan  boleh diketahui dengan
berkurang  atau  hilangnya  rasa sejuk tadi...
samada pada badan atau anggota kaki
tangan...

16. Bagi demam...kalau ada ubatnya...maka
bolehlah diminum dengan air doa...

17. Bagi  orang  sihat...tapi  ada  sejuk pada
hujung  jari  kaki  atau tangannya...ia menun-
jukkan...ada  laluan jin  yang  agak luas pada-
nya...dan mungkin pada masa-masa tertentu
'sesuatu' akan masuk melaluinya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

13 ulasan:

  1. As salam..
    Sekadar perkongsian. Ikut pengalaman.
    Bagi yg sejuk tangan dan kaki terutamanya kanak2 yg demam atau mengaruk tiba2 bole sapu minyak wangi yg dirukyah kat situ. Insyallah kesannya cepat. Isi sendiri myk wangi dgn ayat2 rukyah pun bole. Xsmstnya beli dgn perawat.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth sirna purnama...

    Petua rawatan yang sangat berguna semoga
    dapat kita semua memanafaatkannya...In-sha
    Allah...

    Kalau sekadar bergantung kepada rawatan
    hospital semata-mata...agak lama sembuh-
    nya...dan takut-takut terlebih makan ubat
    pula anak-anak kita...

    Terima kasih sp atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam tuan junied..boleh tak sya ingin mendapatkn rawatan melalui tuan..saya ingin kepastian apa puncanya sakit yang saya alami sejak 2008 lagi..kalau boleh saya nak minta no telefon tuan. sila hantar ke farishdanish1985@gmail.com semoga tuan diberkati Allah SWT. wasalam

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Saya sekadar 'pelajar biasa' dalam perguruan IT...dan
    bukan perawat bertauliah...

    Untuk rawatan...sebaiknya hubungi terus pada Tuan
    Guru Utama kami...Ustaz Abdullah...atau pada
    mana-mana perawat IT yang lebih dekat...

    Silalah tuan ya..rujuk pada Blog Perguruan Iman
    Theraphy...dan lihat pada ruang khidmat rawatan.

    Kecuali kalau tuan juga di Ranau...dan mudah jumpa
    serta perlu segera...saya akan hubungi juga pada
    email tuan...In-sha Allah...

    BalasPadam
  5. saya sudah membuat rawatan di sana cuma saya nak tahu saja punca sakit saya ni..siapa yang buat atau sebagainya..sebab melalui cara en junid, boleh membuatkan pesakit 'melihat sendiri'..saya ni terlampau cepat percayakan orang en. junid..mudah kesian..so saya nak tahu juga siapa2 yang saya kena hati2..kalau dapat jumpa en junid..saya akan ke ranau bila2..email saya pun en junid belum reply..mungkin en. junid sibuk..maaf kalau mengganggu ya. wasalam

    BalasPadam
  6. As salam saudara...

    Maaf ya..saya ada balas email saudara beberapa
    hari selepas dapat alamat email saudara...
    mungkin ada tersalah silap...nampaknya tidak
    sampai...tapi Insha Allah...saya akan cuba
    hubung balik...

    Sebenarnya cara saya tidak semestinya akan mem-
    buat sesorang itu nampak punca atau orang yang
    terlibat dalam sihirnya...ia bergantung sekiranya ada
    angin bisa jin pada bahagian kepala pesakit..terutama
    dalam bahagian dahinya...

    Tanpa angin bisa tersebut....biasanya seseorang itu
    tidak akan nampak...atau rasa...atau terbayang punca-
    nya...

    Bagaimanapun kalau saya dapat hubung saudara...kita
    akan cuba buat penilaian sejauh mana kemungkinan
    boleh nampak punca gangguannya...

    Tapi ada satu cara lagi...iaitu jumpa perawat rukyah....
    dan semasa dirukyah itu...tutup mata...pasang niat nak
    lihat atau nak tahu punca gangguan...

    In sha Allah...kalau 'betul' kedudukan angin bisanya...
    ...juga boleh nampak atau rasa ( gerak hati ) puncanya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalam tuan Junied, di mana lokasi pusat rawatan IT di Ranau.
    Jaini - Tambunam

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Di Ranau belum ada pusat rawatan IT...ramai ahli
    cuma biasanya guna sendiri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Salam.. sy trasa tangan n kaki macam sesemut kadang sejuk.. leher trasa tegang..kapla macm memusing .. rasa macam berhayal..blh tlg jelaskan x apa pnyakit

    BalasPadam
  10. Salam.. sy trasa tangan n kaki macam sesemut kadang sejuk.. leher trasa tegang..kapla macm memusing .. rasa macam berhayal..blh tlg jelaskan x apa pnyakit

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth EY...

    Kalau berkaitan gangguan...sesemut itu
    jin sejuk itu kesan angin bisanya...
    dan tanda agak banyak angin bisa
    dalam badan.

    Leher rasa tegang...kepala macam me-
    musing...samada penempatan pada
    bahagian leher dan kepala...atau
    ada bendanya menumpangkan kepala-
    nya...berkhayal itu angin bisa
    dalam bahagian otak...atau kalau
    benda menumpang kepala...maka ianya
    pengaruh fikiran benda tersebut...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..
    Saya ingin bertanya kepada ustaz.
    Ibu saya maimah binti kamisah sudah 2 minggu demam.
    Telah berjumpa doktor dan makan ubat.
    Demam nya on off. Kebiasaannya pada waktu tgahari dan malam.
    Apa yang patut saya lakukan. Saya pernah bawa berjumpa perawat, ustaz.. dan diberi air penawar. Selepas mandi dan minum berkurangan.
    Tapi demam itu berulang semula..

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth Husnima...

    1. Sila pereksa dalam blog ini...
    sebaiknya buat air doa sendiri
    dengan fatihah dan tiga Qul di-
    baca tiga-tiga atau tujuh-tujuh
    kali...jadikan air minum juga air
    makan ubat sehari-hari.

    2. Kalau mampu sebaiknya ibu juga
    amal fatihah serta 3 Qul pernafasan
    dan kalau mampu Husnima juga boleh
    buat pengisian pada ibu bacakan
    ayat Kursi 11 kali kemudian tiup
    dari ubun-ubun ke ke kaki niatkan
    ya Allah sembuhkan segala penyakit
    dan musnahkan dan hilangkan segala
    gangguan dari tubuh ibu saya ini.

    3. Pantang sementara makan buah
    pisang..telur ayam dan daging
    binatang berkaki 4 kerana boleh
    mengaktifkan gangguan.

    Air doa juga renjis 4 penjuru bilik
    tidur...juga boleh campur air mandi.

    Buat air doa...amalan pendinding
    juga membuat pengisian boleh di
    buat sepanjang masa niatkan se-
    bagai membaca doa ketika 'cuti'.

    minta rawatan juga kalau mampu
    secara berterusan...sehingga benar-
    benar sembuh atau teruskan dan
    rawatan diri atau merawat sendiri.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam