Khamis, 9 Mei 2013

Jin Di Buah Pinggang...3N

Kadang-kadang Fhan anak buah saya itu
merasa kebas pada bahagian pinggang 
kanannya.

Dalam masa yang sama...ia merasa buah
pinggangnya seperti digenggam sesuatu...

Saya memberinya minum air doa...lalu
dalam keadaan menutup mata...saya me-
minta Fhan menumpukan perhatian pada
bahagian pinggang tersebut...

Saya letak hujung jari telunjuk kanan ke-
dahi...dan telunjuk kiri saya letak pada
bahagian pinggangnya itu kemudian saya 
buat satu set pernafasan...

Fhan beritahu...ada  satu  lembaga  hitam
sedang melekap di dinding buah pinggang-
nya...

Makhluk itu dulunya tinggal di pohon kayu
yang tidak jauh dari rumahnya...tapi pokok 
itu sudah tumbang...dan kerana itu jin ter-
sebut masuk ke bahagian pinggangnya...
( mungkin nak tinggal...Wallohu a'lam)

Makhluk itu masuk melaui liang roma...terus
ke pinggang...dan melekap pada dinding
buah pinggang...dan mungkin ini sebabnya
Fhan terasa buah pinggangnya seperti di-
genggam sesuatu...

...bagaimanapun...makhluk itu tidak dapat
masuk ke dalam buah pinggang...

Dalam badan...ia lebih kecil dari buah ping-
gang...dan kalau ia keluar...ia berupa satu
lembaga hitam setinggi 2 kaki lebih...

...tapi kalau ia menyerupa...ia berupa suatu
lembaga hitam besar setinggi pintu rumah...

Oleh kerana laluan masuknya melalui kulit
maka saya menariknya keluar dengan cara
cubit cabut melalui kulit pada bahagian
pinggang tersebut...

Dengan izin Tuhan...sekali cabut saja...Fhan
beritahu...benda itu sudah keluar dari badan-
nya...

Wallohu a'lam

1. Kaedah cubit cabut bagi saya antara cara
mudah menarik keluar jin dari badan...tanpa
perlu sebarang rasukan...dan melalui 'scan'
mudah tenaga dalam...kedudukan jin dalam
badan akan dapat dirasa...atau mungkin
dapat 'dilihat' sendiri oleh pesakit...

Tapi saya berpendapat...tidak semua gangguan
itu sesuai dengan kaedah ini...dan ia terpulang
pada izin Tuhan semata-mata...

2. Gangguan pada organ dalam badan manusia
biasanya berlaku apabila jin bertumpu pada
bahagian tersebut...dan adakalanya makhluk
itu masuk kedalamnya...terutama bahagian 
jantung...

3. Sebaiknya...bagi penyakit yang melibatkan
organ dalaman...dan mempunyai gejala luar-
biasa yang sukar dikenalpasti puncanya oleh
pemeriksaan hospital...mungkin anda perlu
minta 'scan' bagi mengesan sekiranya adanya
sebarang gangguan jin padanya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan