Jumaat, 26 Oktober 2012

...Saat Maut Menjelang...

Ketika Malaikat maut...
mencabut engkau (ruh) keluar...
dari jasadmu...

Maka sejuk kematian itu...
mula menjalar dari hujung jari kaki....
perlahan-lahan meresapi segenap....
urat darah...tulang belulang...daging
dan kulitmu...bahkan setiap romamu...

Detik demi detik...akhirnya...
nyawamu sampai di tenggorok...
darahmu mula dingin membeku...
nafasmu...tinggal satu...satu...
penuh kepayahan...

Di saat yang sebegitu genting...
engkau akan diperlihatkan...
seluruh kehidupanmu di dunia...

Segala kenangan pahit manis...
segala ketaatan...kelalaian dan
kedurhakaan...
akan tergambar sejelas-jelasnya...
terpahat dalam ingatan dan perasaanmu...

Ketika itu...
seandainya ada engkau berlaku syirik
kepada Tuhanmu...
nescaya engkau akan melihat hakikat
kesesatanmu itu...
sehingga engkau sedar dan insaf...

Dan bagi yang kufur dan kafir terhadap
Tuhannya...
akan diperlihatkan hakikat kekufuran dan
kekafirannya itu...
sehingga ia menjadi insaf dan beriman...

Namun ingatlah...
segala-galanya hanya sia-sia belaka...
kerana pintu taubat untukmu telah tertutup...

Bahagialah bagi engkau yang baik amal
dan imanmu...

Tapi bagi engkau yang sebaliknya....
bawalah rintihan penyesalanmu itu ke alam
kematian...

Engkau telah melihat tempatmu...
di taman Syurga...atau di jurang neraka...

Selamat jalan...dan kembalilah engkau
kepada Tuhanmu...

Wallohu a'lam

Khamis, 18 Oktober 2012

Bukan Jin Islam Baik...

Apabila jin mendampingi manusia maka ia
akan mejadikan manusia itu bergantung
harap atau meminta pertolongan kepada-
nya...

Maka jin itu menjerumuskan ia ke dalam
kesesatan...

Perbandingannya kalau anda diganggu jin
maka anda mungkin sekadar sakit badan
juga mengalami gangguan fikiran dan
perasaan...

...tapi kalau mendampingi jin...kesesatan
itu bahayanya adalah masuk neraka...

Kerana itu jin Islam yang baik tidak akan
mendampingi manusia...kerana ia tahu
hal yang tersebut akan menjejaskan 
akidah orangnya...dan juga membawa ke-
rosakan akidah kepada orang lain...

Jin yang biasa mendampingi manusia ada-
lah jin Islam fasik...tapi lebih kerap adalah
jin munafik atau jin kafir...

'Kesolehan' yang diperlihatkan oleh jin
pendamping biasanya sekadar tipu helah
psikologi agar ia dianggap baik...dan 
mudah mendapat kepercayaan tuannya
juga orang lain...

...malah tidak kurang jin yang tinggi ilmu
agamanya tapi ia pergunakan ilmu akhirat
itu untuk alat pencapai segala cita-cita
keduniaannya...

Wallohu a'lam

Air Doa Bomoh JIn...

Air  yang  didoakan  atau  dibuat  oleh bomoh 
jin adalah air yang mengandungi bisa jin...

Apabila anda meminumnya...bisa air tersebut 

akan membuka ruang laluan masuk jinnya ke 
dalam badan...

Dari segi 'perubatannya'...jin bomoh tersebut

akan masuk badan dan menyerang atau meng-
halau jin yang mengganggu anda...

Apabila jin pengganggu itu lari...maka gejala

gangguan atau penyakit yang disebabkan
olehnya mungkin akan berkurang atau sembuh.

Ruang yang ditinggalkan oleh jin tadi akan di-

isi oleh jin bomoh...

Kadang-kadang jin bomoh tersebut hanya

tinggal sementara dan keluar...mungkin kerana
balik kepada tuannya atau sebagainya...maka 
biasanya jin pengganggu akan masuk semula.

...maka 'penyakit' lama  akan berulang...


Kadang-kadang  jin  bomoh  itu  tinggal terus

dan ia pula yang bersarang dalam badan anda
yang akhirnya...anda akan dapat gejala 
gangguan atau penyakit baru mengikut ke-
pakaran jin tadi...

Malah tidak kurang jin bomoh yang beranak

pinak  dalam  badan  dan  menjadi saka yang
melarat kepada keluarga atau keturunan
anda...

Seperkara  juga  perlu  diambil perhatian...

kalau  jin  bomoh itu dapat menghalau jin
pengganggu tadi...maka jin bomoh tersebut
lebih kuat...

Maka  apabila  ia mula  mencengkam  anda

pasti  akibatnya   akan lebih parah...dan ia
akan lebih kuat melawan rawatan bersih.

Ada pula...bomohnya  sekadar  jadi  alat

jin  tersebut  untuk  memindahkan  sekutu
atau keluarganya kepada manusia lain...

...maka hasil rawatan bukan bertambah baik

tapi  anda akan mendapat lebih banyak jin
baru yang menumpang  tinggal  dan  makan 
dalam  badan  anda...iaitu  anda  bertambah 
sakit...

Wallohu a'lam


Selasa, 16 Oktober 2012

...Apabila Jin Bercakap (02)....

Seorang  ibu  menceritakan....sebaik saja
iparnya suami isteri balik dari berjumpa
seorang perawat...ibu itu perasan sangat
mereka tidak mahu menjamah masakan-
nya seperti biasa malah masak baru
untuk mereka...

Esoknya masakan si ibu tadi mereka beri
makan pada ayam...

Dari seorang rakan akhirnya ibu itu tahu
ada antara orang yang di rawat oleh per-
awat yang berkenaan kerasukan...

Jin yang merasuk itu memberitahu si ibu
itu mencampurkn darah babi ke masakan-
nya untuk menundukkan mereka se-
keluarga kerana tamak kepada harta....

Setakat saya tahu.....jin itu bercakap
bohong tapi jin itu memang pandai men-
gambil kesempatan dari kebencian dalam
diam-diam mereka kepada si ibu tadi...

Saya sering menemani guru (pkt 2) yang
juga rakan (ust Salehuddin) merawat...dan
dulu saya selalu harapkan pesakit yang
dirawat akan kerasukan...

...hinggalah saya tahu 'tak ada harapan'...
apabila Ustaz beritahu saya ia sengaja
mengunci pesakit agar tidak dirasuki
dan bercakap...

...buat apa bagi bercakap kalau sekadar
berbohong dan memfitnah ? kata Ustaz.

Saya setuju dengan ustaz...tapi bagi saya
pula ada sikit masalah.....hampir-hampir
jin tidak pernah bercakap kalau saya yang
rukyah....

Setakat saya tahu...saya tidak tahu teknik
mengunci..tapi saya cukup meluat tengok
jin merasuk dan bercakap...

Sepanjang yang saya pernah lihat...jin itu
akan mencampur adukkan antara yang
benar dan yang salah...dan tidak kurang
yang hebat berlagak seperti wali-wali
atau orang-orang alim...

Malah yang menipu dalam rawatan pun
banyak...kononnya nak keluar tapi se-
benarnya bersembunyi dalam badan atau
pada kaki tangan pesakit...dan sebagainya.

Setakat yang saya fahami...kalau anda
suka bercakap dengan jin merasuk...anda
akan jadi pilihan utama kelentongnya...
kecuali bagi anda yang berpengalaman dan
memahami taktik jin ini...

Ustaz pernah menceritakan ada anak murid
baru...ia cepat saja merawat orang lain
walaupun telah diingatkan guna untuk diri
dan keluarga dahulu...terutamanya kerana
masih kurang pengalaman...

...namun ia terus merawat orang lain dan
merasa bangga apabila jin yang mengganggu
itu merasuki pesakitnya dan bercakap...

Akhirnya rakan baru itu menelefon ustaz
dan bertanya "macam mana nak buat ni ustaz
sudah berbelas jam jin ini bercakap tapi tidak
mahu juga keluar-keluar !"

...nasib baik saja tempat itu taklah jauh sangat
maka mudah ustaz datang selesaikannya...
dengan izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Rabu, 10 Oktober 2012

...Apabila Jin Bercakap...

Semasa dirawat...tiba-tiba Puan AA dirasuk
oleh  jin  yang mengaku sebagai pendamping
kepada Puan BB...

Jin  itu  mendedahkan beberapa rahsia Puan
BB yang belum diketahui orang...

Menurut  jin  tersebut...kehancuran  rumah
tangga tuan rumah serta beberapa ahli
keluarganya adalah dari sebab Puan BB yang
dengki dan mengenakan sihir kepada mereka.

Dan  lebih  buruk lagi...sakit  misteri ibu tuan
rumah sehingga meninggalnya....juga adalah
kerana Puan BB turut memberinya makan
racun sihir...

"...ooh! patutlah masa ia ziarah ibu dulu...ia
suap makan...rupa-rupanya ada niat jahat-
nya..." kata si tuan rumah...

Saya tahu secara faktanya...jin itu bercakap
bohong dan memfitnah....

Tuan rumah bercerai sebelum Puan BB datang
ke kampung itu lagi...maka ia tiada kaitan....

Begitu pula pada ahli keluarga lainnya...ada
yang bercerai kerana ada orang ketiga...juga
ada kerana ada 'jin ketiga' ( gangguan jin saka).

Ibunya pula sakit misteri hingga meninggal
kerana jin sihir yang berpindah setelah kematian
suaminya dengan gejala sakit yang sama...

Bagi  anda  yang menjadi perawat......anda ber-
tanggungjawab sepenuhnya akibat daripada
penyebaran fitnah oleh jin yang memperdayakan
anda juga orang yang hadir dalam majlis anda...
serta semua akibatnya...

Sesungguhnya  dosa  fitnah itu lebih besar dari-
pada dosa membunuh...kerana ia akan melibat-
kan ramai orang serta sangat banyak akibatnya...

...malah boleh menyebabkan rasa kebencian
serta permusuhan yang berpanjangan...

Walloohu a'lam