Khamis, 31 Disember 2015

Petua Fatihah 11 DAN 3 Qul Pernafasan. ( Rawatan Diri )

Baca...

1. Istighfar...3x

2. Bismillah...3x

3. Shahadat...3x

4. Salawat...3x

Angkat tangan seperti berdoa...dan dekatkan
ke mulut sehingga anda dapat merasa nafas
sampai pada tapak tangan semasa membaca-
nya.

5. Baca fatihah 11 kali...dengan bersuara...
bukan berbisik...sekurang-kurangnya anda
dengar suara anda sendiri.

6. Tiup perlahan-lahan ke tapak tangan
anda sambil berdoa dalam hati...ya Allah
sembuhkanlah dan hilangkanlah penyakit
saya...Ya Allah...musnahkanlah dan
hilangkanlah segala gangguan dalam
tubuh saya...

....sebelum nafas habis di tiup...tutup muka
anda rapat-rapat...kemudian tarik nafas
melalui hidung perlahan-lahan dan dalam-
dalam.

7. Setelah habis  nafas ditarik....tahan nafas
anda....dengan mata dipejam agar anda
dapat menumpukan perhatian ke dalam
tubuh anda sendiri.

8. sapu kedua tangan ke atas kepala...
turun ke belakang kepala...ke tengkuk
kemudian sapu badan anda di mana saja
dapat di capai hingga ke hujung dua kaki.

9. Duduk tenang semula...kemudian
lepaskan nafas melalu hidung perlahan-
lahan.

Sebarang tindakbalas menunjukkan anda
ada gangguan...ada yang merasa badannya
hangat... atau panas...jantung berdebar
lebih kuat...dan sebagainya...dan ada pula
yang merasa tubuhnya lebih sihat dan
ringan...atau sebagainya.

Kalau jantung berdebar atau ada tempat
tiba-tiba sakit maka rawat dengan petua
menghancurkan jin dalam badan ( kisar )
yang ada dalam blog ini untuk mengeluar-
kannya.

Berdebar itu kerana ada jin dalam jantung
atau tempat sakit.

10.Ulang langkah-langkah di atas tapi dengan
3 Qul dibaca tiga-tiga kali kemudian tiup
tapak sapu muka dan seterusnya seperti
tadi.

11.Penutupnya baca La haula walaa Quwwata
illaa billaah...3 atau 11 kali pada tapak
tangan dan tiup serta sapu seperti tadi juga.

Kalau anda tahu baca Ayat Kursi maka baca
dan sapu sebelum penutup...baca sekali saja
tapi ayat akhirnya mula walaa...baca 11 kali.

Ia di amal pagi petang untuk amalan pen-
dinding juga merawat diri sendiri...bagi
wanita cuti bulan amalkan terus dengan
niatkan baca doa semua suroh-suroh tadi.

Boleh juga dibaca pada mana-mana masa
yang anda pilih sebagai tambahan atau
rawatan.

Pantang sementara makan buah pisang...
telur ayam dan daging binatang berkaki
4...kerana ia boleh mengaktifkan gangguan
atau menguatkan jin yang sakit lemah dari
sebab rawatan atau amalan pendinding.

Buat juga air doa sendiri...boleh guna semua
ayat dan suroh di atas dengan merapatkan
bibir ke muncung botol semasa membaca-
nya....atau ikut sekadar seperti pada tajuk
cara buat air doa sendiri sebagai minuman
harian secara berterusan...Insha Allah...

Wallohu a'lam

Isnin, 28 Disember 2015

SI HATI...


JIN DAN PENYAKIT ( RUANGAN KHUSUS 1 )

Untuk bahagian ini...silalah anda pereksa pada
bahagian ulasan...dan ulasan atau perkongsian
anda amat di hargai..Wallohu a'lam.

Kaedah scan yang biasa saya lakukan...

1.Saya dan  rakan yang minta scan sama-sama
membaca Istighfar 3x...Bismillah 3x...shahadat 3x...
salawat 3 x....kemudian rakan tadi menutup mata
sambil zikir Allah...Allah dalam hati sambil men-
umpukan perhatian...

...dan saya pula membaca fatihah 3x kemudian
satu set pernafasan...dan ayat kursi sekali...
di ikuti sekali set pernafasan...dan kalau Tuhan
izinkan...rakan itu merasa sesuatu tindakbalas...
maka saya minta ia terus menumpukan per-
hatian...

...maka mungkin rakan itu merasa sesuatu...
nampak sesuatu...merasa berada di tempat
lain....atau sebagainya...dan dari sana saya
akan cuba membimbing ia mencari punca
gangguan tersebut...samada unrtuk di musnah-
kan atau dibuat kata pemutus yang kalau
Tuhan izinkan....kita akan terlepas dari sihir
gangguan tersebut.

Kalau sekadar di buang atau di rawat gejala
sakitnya atau gangguannya...umpamanya
kita sekadar cabut panah yang menikam
si pesakit...serangan itu biasanya akan ber-
ulang kerana si pemanah masih bebas dan
akan cuba menyerang semula.

Adapun 'boleh nampak' atau merasa ber-
ada ditempat lain itu bukanlah sesuatu
yang patut dibanggakan kerana semua-
nya itu adalah kesan daripada gangguan
jin pada kita...dan amalan sihir yang mem-
bolehkan kita nampak jin...atau nampak
tempat jauh...atau merasa berada di alam
jin atau tempat lain...hanya sekadar me-
nunjukkan golongan pengamal tersebut
juga pada hakikatnya perlu rawatan.

Maka seboleh- bolehnya saya cuba pasti-
kan akhirnya 'kebolehan menarik' rakan
itu hilang sepenuhnya...dan begitu juga
kalau anda beramal...pastikan sampai
hilang kebolehan yang tidak ada pada
manusia biasa itu.

Kalau rakan itu tidak merasa tindakbalas
maka saya akan merukyah atau menunjuk-
kan amalan Fatihah 11 kali serta 3 Qul
pernafasan sebagai amalan merawat diri
atau pendinding...juga cara membuiat
air doa sendiri ( telah ada dalam blog ini ).

Apa-apa pun kesembuhan itu hanya dari
Allah...dan pelbagai bentuk rawatan kita
hanyalah ikhtiar semata-mata...yang Insha
Allah sembuh atau tidaknya mudah-mudahan
jadi antara amal ibadah kita kepadaNYA.

Wallohu a'lam