Rabu, 29 Mei 2013

' Sendi Bisa Jin '...5N

Sudah seminggu lebih pangkal lengan rakan
itu sakit...apabila saya buat cubit cabut pada
bahagian tersebut...sakitnya berpindah ke-
siku...

Saya minta rakan itu menutup mata dan me-
numpukan perhatian pada bahagian siku
yang sakit...kemudian saya buat satu set per-
nafasan niat 'scan'...

Dengan izin Tuhan..rakan itu beritahu ia 
nampak  satu  lembaga  seorang lelaki muda 
berserban  jubah  serba  putih  seolah-olah 
sedang  bersatu  dengan  sambungan  tulang 
sikunya yang sakit...

Saya dapati ada laluan keluar masuk pada jari 
telunjuknya...maka saya ' cabut ' makhluk itu
melalui hujung jari tersebut...

Dengan izin Tuhan...sakit dan ' lelaki muda '
itu hilang...

5 Nota

1. Biasanya sakit atau bisa sendi kerana gang-
guan itu disebabkan oleh gangguan saka...

2. Sasaran utama biasanya pada sendi lutut
agar...
 a. Seseorang itu sukar pergi solat berjemaah
di masjid atau di surau...atau sukar solat ber-
jemaah dirumah...

 b. Seseorang itu sukar solat.....dan biasanya 
kalau ia bengkak tak dapat diluruskan...
seseorang yang tidak faham cara solat orang 
yang sakit akan berhenti solat...dan ini jin 
kafir tersebut ' paling suka '...

 c. Agar seseorang  itu  sentiasa  memerap  di-
rumah  tidak  dapat keluar dan bergaul dengan 
ramai orang...sebahagian besar jin saka ' suka 
yang ini '.

Sebabnya kerana jin tersebut tak dapat berpisah
dengan anda...tapi ia mengalami kesukaran kalau
anda keluar...banyak orang dan benda yang di-
takutinya...juga peluang untuk anda berjumpa
perawat lebih tipis...

 d. Ada jin yang suka dan bergembira kalau 'tuan-
nya' menderita...' hati syaitan ' katakan...

 e. Kadang-kadang dengan kesakitan ini...jin itu
dapat mempengaruhi sikap anda...contohnya
marah tidak tentu pasal...dan ' terlebih elok '
kalau anda marah pada Tuhan dari sebab ujian
ini...dah jadi dosa besar...

...dan sebagainya...

3. Kadang-kadang sakit atau bisa sendi itu...cukup
dengan hanya ada angin bisa jin...terutama apa-
bila anda rasa sakit dan bisa-bisa seluruh badan.

4. Kadang-kadang  jin  itu  ' berjalan ' melalui urat
menyebabkan anda rasa sakit...nyilu atau bisa-bisa.

5. Setakat yang saya fahami...jin muda itu datang 
dari seorang rakan sakit yang pernah diziarahinya
...dan  jin  tersebut agaknya ' suka pandangan per-
tama '...maka ia mula mendatangi...dan masuk ke-
dalam badannya...

Memang menziarahi orang sakit atau orang menin-
ggal yang ada gangguan itu...risiko jin darinya
pindah kepada anda itu ' perkara biasa '...

...apalagi kalau anda juga ada gangguan jin...iaitu 
ada laluan jin pada tubuh anda sehingga mudah 
dimasukinya...dan kebetulan keluarga asal pasakit
tersebut sukar dimasuki...atau didampinginya...

Maka sebaiknya anda ada wuduk...baca fatihah
dan ayat Kursi sebelum masuk ke dalam rumah
si sakit atau sebagainya...dan sentiasa berzikir
dalam hati...

Wallohu a'lam

Rabu, 22 Mei 2013

Di Ufuk Timur...Pemimpin Yang Baik...

Pemimpin yang baik itu akan melihat rakyat
dari kacamata rakyat...

Pemimpin yang buruk itu...melihat rakyat
dari kacamata cita-cita peribadinya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur...Si Pemimpin Pujaan ?

Seseorang yang sanggup melakukan apa
saja demi untuk mencapai sesuatu...

...nescaya ia juga akan sanggup melaku-
kan apa saja untuk mempertahankan
apa yang telah dicapainya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur...Pemimpin Dan Lidahnya...

Bagaimana  seseorang  pemimpin yang suka
mencaci maki dan menghasut itu akan dapat 
menjaga rakyatnya...

...sedangkan  lidahnya  sendiri  pun  ia  tak
terjaga...

Wallohu a'lam

Bukan Saja-Saja...

Ketika si pencari kebenaran semakin
banyak bertanya tentang Islam pada
rakan-rakan dekat juga saya...

...tanpa disedarinya...ia mula berhenti
ke sembahyang mingguan...malah ia
yang menjadi pengerusi ajk pada
suatu rumah ibadat...mula tidak meng-
hadirkan diri...

Akhirnya rombongan rakan dihantar
untuk menyiasat dan akhirnya di-
dakwah supaya balik ke asal...
namun ia dengan tegas menyuarakan
pandangannya...

Sebaliknya ia membuat kejutan dengan 
keluar berpakaian tutup aurat...

Kemudian ia berdepan pula dengan
keluarga di kampung yang kuat agama
namun akhirnya mereka menerima
perubahannya...

Semoga Allah sentiasa merahmatinya
dan juga kita  semua...

Wallohu a'lam

..Bukan Untuk Saya...

Apabila si dia menyatakan bahawa 
keluarganya sanggup menerima 
saya dengan syarat tukar agama 
ikut mereka...saya terfikir...

...selama ini yang saya tahu...kebe-
naran itu hanya pada Islam tapi saya 
belum pun pernah mengkaji agama 
lain khususnya yang berkaitan Al 
kitab ini...

Dengan izin Tuhan saya dapat ke-
mudahan yang tidak terduga berupa 
bahan-bahan rujukan...dan saya 
cuba mempelajarinya setakat mampu.

Hasilnya...hati saya benar-benar dapat 
merasakan  kesempurnaan  Islam...
maka dengan si dia...saya 'tutup akaun'.

Cuma baru saya sedari seperkara....
sebenarnya Tuhan datangkan saya suatu 
ujian agar terbuka hati untuk mengkaji 
Al kitab agama tersebut...

...kerana itulah yang bakal ditanya dan
diperlukan oleh rakan ( si pencari 
kebenaran ) ini beberapa tahun ke-
mudiannya...

Benarlah kata ungkapan...siapa yang men-
cari kebenaran...Tuhan akan menunjuki-
nya kepada kebenaran...

Wallohu a'lam

Siapa Penebus Dosa Warisan ?

Sebenarnya timbul berbagai soal jawab
saya dengan si pencari kebenaran men-
genai isi Al kitab...

Soal kedudukan Yesus adalah perkara
pertama saya tanya dan persoalan ter-
akhir kami adalah berkaitan siapa yang 
disalib iaitu merujuk pada Al kitab sendiri.

Atas permintaan rakan itu saya cerita-
kan kisah Nabi Isa ( alaihissalam )...

Apabila saya sebutkan bukan nabi Isa 
( as ) yang disalib tapi orang lain dengan 
cepat rakan itu mencelah tidak berpuas 
hati...

Rakan  itu  menyatakan beberapa ayat
dari  Al kitab...ia  menceritakan  bagai-
mana  salah  seorang  anak murid yang
paling dikasihi Yesus telah berbuat 
khianat...

Murid itu sengaja mencium tangan Yesus 
agar para pembunuh dapat mengenali 
Yesus...

Dua kali cium tangan...macam mana
lagi mereka boleh salah orang untuk
menangkap Yesus...? soal rakan ter-
sebut...

Maka saya meminta rakan itu merujuk
" Galatiah " pasal 3 ayat 13 :

...dimana pada hujung ayat tersebut ber-
bunyi...bahawa terkutuklah tiap-tiap
orang yang tergantung pada kayu salib.

Maka saya nyatakan...

1. Termasuk yang tergantung pada
kayu salib itu adalah Yesus...maka
menurut ayat dari Al kitab ini...Yesus
juga seorang yang terkutuk...

Maka  kalau  diri  Yesus sendiri pun 
sudah terkutuk...maka bagaimana pula 
ia akan dapat menebus dosa manusia ?

2. Setiap ayat dalam al kitab ini dinyata-
kan sebagai wahyu dari Tuhan...maka
adakah mungkin Tuhan menurunkan
ayat kutukan kepada dirinya sendiri ?

Pencari Kebenaran :

Jadi...macamana tu ?

Saya :

Memang orang yang disalib itu seorang
yang terkutuk..kerana ia adalah murid
Yesus tersebut yang cuba mengkhianati-
nya demi kerana tamak kepada hadiah
lumayan yang dijanjikan...

Pencari kebenaran ( nampaknya ia dapat
menerima keterangan tersebut ) :

...kalau begitu...siapa yang akan menebus
dosa warisan dari Nabi Adam...?

Saya :

Tidak ada dosa warisan...seperti yang ter-
nyata pada " Nabi Jahezkil " pasal 14
ayat 20...Orang berbuat dosa...ia itu juga
akan mati...maka anak tiada akan menang-
gung kesalahan bapanya...dan bapa pun
tiada akan menanggung kesalahan anak-
anaknya...kebenaran orang yang benar
akan tergantung ke atasnya...dan ke-
jahatan orang yang fasik pun akan ter-
gantung atasnya...

Pencari kebenaran :

Tapi...saya dengar pakcik saya cakap
pada ibu saya...bahawa semua orang
sudah ditentukan samada akan masuk
syurga atau masuk neraka...dan tiada
sesiapa yang boleh buat pilihan...

Saya :

Bayangkan...sekarang ada semangkuk
gula di sebelah kanan...
dan ada semangkuk garam di sebelah
kiri...

Kalau kamu memilih dan mengambil gula
adakah sesiapa yang akan menghalang?

Atau kalau kamu memilih dan mengambil
garam...adakah sesiapa yang akan meng-
halang ?

Kita boleh pilih dan ambil mana saja
kita mahu...kita sentiasa bebas ber-
usaha dan berikhtiar...

Pencari kebenaran :

Ya...kan ?

Dan kali ini lama hilang beritanya...tak
silap saya hampir 4 bulan...

Apabila ia menghubungi saya ( sms )...
Alhamdulillah...ia sudah jadi saudara
dalam seagama...

Wallohu a'lam

Nota 

1. Rujukan kepada Al kitab ini hanyalah
bertujuan sebagai hujah...

2. Dalam  al kitab  itu  ada  yang  sesuai
dengan ajaran Islam tapi banyak ayat-
ayat yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

3. Penggunaan kalimah Allah dalam agama
atau dalam Al kitab akan mengaitkannya
dengan berbagai perkara syirik...

...contohnya dikatakan Allah itu ada anak
Allah itu tinggal disyurga...Allah itu ber-
kata-kata seperti manusia...Allah itu lemah
...Allah itu bersekutu dalam ketuhannya...
dan sebagainya...

Maka inikah yang sebahagian kalangan kita
katakan tak apa ? boleh pakai sebab Allah
itu Tuhan semua ? boleh buat Bible melayu?
dan sebagainya...

Islam itu agama toleransi...tapi tiada tole-
ransi dalam soal akidah...

Yang akan datang kita halang sekadar mampu
...yang sudah atau sedang terguna...jangan
sekali-kali hati kita meredhainya...

Yang turut memperjuangkan agar dapat di-
guna agama lain...pasti akan dapat ' saham '
dosa syiriknya....

Jumaat, 17 Mei 2013

Dan Akhirnya...

Apabila pertanyaan rakan itu semakin
jarang dan berkurang...kali ini giliran
saya pula buat rakan itu 'pening kepala'.

Saya masih ingat lagi...apabila saya
nyatakan bahawa Al kitab yang mereka
gunakan itu bukan lagi asli dan telah di-
campuri oleh tangan-tangan manusia...

...maka antara kesan utamanya..ter-
dapat perselisihan antara keterangan
ayat-ayat didalamnya...

...ternyata rakan ( pencari kebenaran )
itu memberi reaksi melenting...

...di mana yang berselisih ?..soalnya...

Saya bertanya padanya...siapa Yesus
dalam ajaran agama mereka...

Rakan ( pencari ) kebenaran itu men-
jawab bahawa Yesus hanyalah seorang 
anak manusia...( dalam ajaran aliran
agama kristian yang lain...mempunyai
'akidah' yang berlainan...iaitu Yesus
adalah anak Tuhan...)

Tapi kepercayaan aliran agama rakan
ini ada asasnya yang jelas dalam Al kitab
iaitu antaranya...

1. Injil Matius pasal 26 ayat 2 bermaksud :

...kamu memang mengetahui...bahawa
dalam dua hari lagi akan ada hari paskah
dan anak manusia akan diserahkan supaya
ia disalibkan...

2. " Yahya " pasal 3 ayat 13 bermaksud :

...seorang pun tiada naik ke syurga kecuali 
ia yang sudah turun dari syurga iaitu anak
manusia ( Yesus )....

Dalam dua ayat itu jelas menunujukkan
bahawa Yesus itu adalah anak manusia
dan bukannya anak Tuhan...

Tapi apabila saya minta rakan itu rujuk
beberapa ayat lain dalam Al kitab yang
sama...iaitu...

1. " Matius " pasal 13 ayat 17  bermaksud "

...maka suatu suara dari langit mengata-
kan...inilah anak yang ku kasihi kepada-
nya aku berkenan...

2. " Johannes " pasal 1 ayat 34 bermaksud :

...maka aku sudah melihat itu serta ber-
saksi dia inilah anak Allah...

3. " Ibrani " pasal 4 ayat 14 bermaksud :

...sedangkan ada kepada kita seorang
imam maha besar yang sudah melintas
segala langit...iaitu Yesus anak Allah...

Saya nyatakan kepadanya...bahawa ia
sudah mengingkari ayat-ayat dalam
Al kitab yang menyatakan bahawa Yesus
itu adalah anak Allah...

...tapi sebaliknya kalau ia meyakini
bahawa Yesus itu anak Allah...bererti
ia telah mengingkari ayat-ayat dalam 
Al kitab yang jelas menyatakan bahawa
Yesus itu hanyalah seorang anak manusia.

Semua ayat ini tercatat dalam Al kitab...
dan sebagai kitab suci maka seseorang 
itu tidak boleh sesuka hati menerima
sebahagian ayat dan menolak yang lain
pula kerana semua ayat ini adalah wahyu
dari Tuhan...

Pencari Kebenaran :

...tunggu....bagi saya masa...hati saya 
kurang tenteram...

Dan ia ' menghilang ' selama beberapa hari.

Nota :


Saya minta maaf pada saudara seagama
kerana menggunakan ayat-ayat dari Al
kitab yang nyata syiriknya...iaitu
menyatakan Tuhan itu ada anak...

..namun bagi rakan kita dari aliran agama
lain ini...mereka tidak akan menerima 
hujah dari Qur'an dan Hadis...maka hujah
itu kita ambil dari Al kitab mereka sendiri.

Wallohu a'lam

Kelima...Solat Galak Buat Dosa...?

Pencari Kebenaran :

Saya terbaca di buku yang menyebutkan
bahawa sekiranya seseorang itu solat
lima waktu...kemudian ia mengerjakan 
solat sunat di waktu malam...maka Tuhan 
akan mengampuni dosa-dosanya walau 
sebanyak buih di lautan...

Kalau begitu...baik buat dosa...lepas tu
solat lima waktu dan sunat malam...dan
minta ampun...dan lepas tu buat lagi...
kerana akan mudah saja diampuni Tuhan
dosa kita walau sebanyak buih dilautan...

...kadang-kadang ' perit ' juga rasanya 
menerima pertanyaan dari si pencari
kebenaran ini...terutama apabila pertanya-
an itu disertakan sekali dengan ulasan yang
' setajam mata pedang '...

Ia biasanya akan membuat saya terpaksa
mengambil masa untuk ' sejuk-sejukkan
enjin ' terlebih dahulu..sebelum dapat
membalas SMSnya...

Saya :

Ini menunjukkan betapa luasnya rahmat
keampunan Tuhan...

Maka kalaulah kita dihumban ke neraka di
Akhirat nanti...tidak ada apa-apa lagi
yang kita nak ' komplen ' dengan Tuhan...

Pintu rahmat keampunan Tuhan sentiasa
terbuka luas...tinggal soalnya...kita mahu
atau tidak saja...

Bagaimanapun...dosa-dosa yang diampuni
itu adalah apabila kita benar-benar ber-
taubat...

...manakala kalau kita taubat tapi buat
lagi...taubat dan buat lagi dosa yang sama
maka itu bukan taubat namanya...tapi
mempermainkan Tuhan...

Wallohu a'lam

Keempat...Tutup Aurat...Tapi Buruk Akhlak ?

Pencari kebenaran :

Apa gunanya perempuan berpakaian tutup 
aurat...kalau buruk perangainya...lebih baik
perempuan yang tidak menutup aurat...tapi
baik perangainya...

Saya :

Kita umpamakan ada 2 orang perempuan...
si A yang tutup aurat tapi buruk perangainya
dan...si B dedah aurat tapi baik perangainya.

Maka kalau hendak dibandingkan...

Pakaian si A lebih baik daripada si B...tapi
perangai si B lebih baik daripada si A...

Namun dalam soal ini...Islam bukan hanya
sekadar mementingkan pakaian...atau akhlak
semata-mata...

...maka kalau ada si C yang berpakaian men-
tup aurat...dan baik pula perangainya...
maka ia lebih baik daripada si A dan si B...

Nota

1. Yang dikatakan baik itu bukan seseorang yang
baik terhadap sesama manusia semata-mata...
tapi ia patuh kepada perintah suruhan dan
larangan Tuhan...

Wallohu a'lam

Ketiga...Aurat...Islam Pilih Kasih...?

Pencari Kebenaran :

Aurat lelaki dari pusat ke lutut sahaja...

sementara aurat perempuan seluruh tubuh
kecuali tapak tangan dan muka...

Dengan membeza-bezakan aurat antara

lelaki dan perempuan...bukankah ini ber-
erti..Islam itu bersifat pilih kasih berdasar-
kan jantina...?

Saya :


Ia sebenarnya bererti...Islam itu menempat-

kan harga diri seseorang wanita itu lebih
tinggi daripada kaum lelaki...

Sementara aurat lelaki itu terbatas...dan ba-

hagian lainnya boleh dilihat oleh sebarang
orang...

...dalam masa yang sama...aurat wanita yang

lebih ketat dan tertutup itu hanya boleh di-
lihat oleh ahli keluarganya juga oleh seorang
lelaki yang bergelar suami...

Menjadi suami bererti...seseorang lelaki itu

bertanggungjawab menjaga keselamatan...
kebajikan..perlindungan...makan minum...
dan malah wanita itu boleh menyebabkan
ia masuk syurga atau dihumban ke neraka...

Inilah nilainya...apabila seseorang lelaki itu

dibolehkan ( dengan nikah )...melihat aurat
seseorang wanita...

Apabila seseorang wanita itu mendedahkan 

aurat...dan boleh dilihat oleh sebarang 
lelaki...bererti wanita itu telah menempatkan
kedudukan dirinya jauh lebih rendah dari-
pada kedudukan sebenar seseorang wanita
dalam pandangan Islam...

Wallohu a'lam

Kedua...Orang Islam Menyembah Berhala...?

Pencari Kebenaran :

Kenapa orang Islam mesti mengadap ke-
arah ka'abah ketika mengerjakan solat...

Dengan perbuatan menyembah ke arah
Ka'abah yang merupakan sebuah 
bangunan batu...bagi saya ia sama saja
seperti menyembah berhala...?

'Tak ke' berdesing telinga dibuatnya...
...rakan itu bukan saja sekadar bertanya
tapi sebaliknya di sertakan sekali dengan
anggapannya terhadap solat orang Islam...

Saya :

Ia sekadar suatu peraturan yang mesti di-
patuhi apabila mengerjakan solat...

Ianya bukan soal bangunan ka'abah...tapi
ia adalah soal arah...

Seluruh orang Islam dari merata tempat di-
dunia akan solat menghadap ke satu arah
yang sama...

Ia adalah lambang...Tuhan kita satu...kita
satu matlamat iaitu mencari keredhaan
Tuhan...kita satu agama...kita satu umat
...kita bersaudara...walau siapa pun kita
dan walau dari manapun tempat asal kita.

Dalam dunia ini...Islam satu-satunya...di-
mana...bangunan-bangunan ibadatnya
( masjid ) di mana pun juga...semuanya
dibina megadap ke satu arah yang sama
...iaitu kiblat ( ka'abah ).

Nota

Seorang ustaz berkata...seandainya Ka'abah
bangunannya itu diangkat dan dipindahkan 
ke Malaysia...namun kita solat tetap meng-
adap ke arah kiblat...iaitu tempat asal 
ka'abah...

Wallohu a'lam

Pertama...Kenapa Orang Islam Jahat...?

Inilah  soalan  yang  pertama sekali rakan
itu lontarkan...dan sebagai seorang Islam
bagi saya...memang soalannya ini agak 
kurang  'menyedapkan hati'...tapi saya
cuba  memahami  keadaannya...ia pasti
seorang yang serius dalam mencari 
kebenaran ( si Pencari Kebenaran ).

Samada pandangannya terhadap orang

Islam itu kerana salah faham atau itu
adalah hasil pemerhatiannya sendiri...
bagi saya tidak perlu dipersoalkan...

Seorang ulama pernah berkata...Islam
itu indah...tapi keindahan Islam itu
disembunyikan oleh orang Islam sendiri.

Apabila seseorang Islam itu tidak ber-
sikap atau bertindak sebagaimana
sepatutnya mengikut ajaran Islam...
maka umat lain akan menganggap...
itulah Islam...

Saya :

Islam itu sentiasa menyuruh seseorang
berbuat baik...dan melarang perlakuan-
perlakuan buruk atau jahat...

...maka orang Islam yang jahat itu...
kerana ia buat perkara-perkara yang
dilarang dalam Islam...iaitu kerana
mereka tidak mengikut ajaran Islam...

Wallohu a'lam

5 SOALAN...

Kisahnya berlaku bertahun-tahun lalu....
dan bermula apabila salah seorang anak 
buah saya memberi nombor telefon saya 
kepada salah seorang rakan sekelasnya
seorang remaja perempuan ( kristian ).

Rakannya itu yang sedang mendalami
agamanya...juga sedang mencari 
kebenaran dalam Islam...dan apabila
anak buah saya tidak dapat menjawab
persoalan tentang Islam yang ia utara-
kan...

...anak buah saya itu minta izin pada
saya untuk memberi nombor telefon
saya kepadanya...maka saya akan
jadi tempat ' pertanyaannya '...

Pada mulanya saya ingatkan mudah...
tapi rupanya si rakan itu seorang yang
sangat kritis...dan menurut anak buah
saya...ia juga seorang yang bersikap 
tegas...

Persoalan-persoalannya...banyak men-
jadi kejutan dan sangat di luar dugaan
bagi saya yang juga sememangnya 
serba kurang tahu...

Dalam suatu proses soal jawab selama
berbulan-bulan...banyak perkara yang
ia tanyakan melalui 'sms'...

...dan antaranya ada lima pertanyaan
yang sempat buat saya 'pening kepala'
sebelum dapat menjawabnya setakat
mampu...

Isnin, 13 Mei 2013

Ayat 44...45 dan 46 Al A'rof...3N

Jam 9.45 malam...ada suara rintihan lemah 
yang amat perlahan di luar pintu...tapi ia 
menimbulkan kesan luarbiasa...

...rasa seram dan..suhu ruang tamu juga tiba-
tiba menjadi sejuk..

Tiga kali suara rintihan...saya cukup yakin
ada sesuatu diluar pintu...

Dua ahli keluarga lain yang duduk sama di-
ruang tamu juga turut merasa seram...

Perlahan-lahan saya membuka pintu dan 
keluar...tidak ada sesiapa di luar...tapi
suasana malam di bawah sinaran cahaya 
bulan yang suram...terasa amat asing...
seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaik saja saya menutup pintu...salah
seorang ahli keluarga (A) memberitahu...
jelas dalam bayangan fikirannya...ada se-
orang perempuan yang sangat tua ber-
tongkat sedang berdiri di luar pintu...

Saya ada idea bagus...saya membaca ayat
44...45...dan 46 dari Suroh Al Isro...
kemudian membuat satu set pernafasan...

Saya alirkan tenaga keluar melalui dahi dan
membayangkan tenaga itu masuk ke dalam
fikiran ahli kelurga tadi...kemudian tenaga 
itu melantun ke arah makhluk tersebut...

Dengan izin Tuhan ia berkesan...bayangan
itu semakin kabur dan apabila saya buat
set ketiga...bayangan itu hilang dan ia
beritahu...perempuan tua itu sudah pergi.

3 Nota

1. Ia adalah jin tangkal yang dipanggil
kemburongoh dalam bahasa Dusun...

Tangkal itu sudah lama dibuang ke laut...
tapi ternyata 'orangnya tak bodoh' untuk
ikut terjun ke laut...

Ia bererti..jin itu sebenarnya tidak terikat
dengan tangkal tersebut...dan ia terus ber-
keliaran dikalangan ahli keluarga tuannya
yang sudah lama meninggal dunia...

2. Jin ini biasanya jadi tukang ramal...dan
juga tukang hasut dalam keluarga tuannya.

3. Jin tua ini biasanya agak tahan lasak..
dan boleh jadi 'ia' menjadi ketua kepada
suatu puak jin...

Wallohu a'lam

Jumaat, 10 Mei 2013

Saka Orang Mati ?...3N

Ibu itu tiba-tiba saja merasa pening...berat kepala
...bingung..gelisah...dan seram sejuk sebaik saja
ia pulang dari menziarahi mayat mendiang saudara-
nya yang mati kemalangan...

Sambil ia menutup mata dan cuba menumpukan 
perhatian...dalam latar belakang suasana gelap...
ibu itu melihat suatu pusaran berwarna putih...dan
di tengah-tengah pusaran itu...ada satu titik putih 
terang...

Apabila ia menumpukan perhatian pada titik ter-
sebut...perlahan-lahan ia menjadi jelas..."eee...
mata hantuu..." bisiknya tapi masih terus bertahan
memerhatikan benda tersebut...

Ia jelas suatu mata yang merenung tajam separuh
terbeliak pada si ibu...

Saya membaca ayat 45 dan 46 dari Suroh Al Isro'
kemudian menyambungnya dengan ayat Laqod
ja akum...dan membuat satu set pernafasan dengan
niat mengusir...

Si ibu melihat pusaran itu perlahan-lahan naik ke-
atas...semakin jauh dan hilang dari pandangan...

Suasana kelam tadi menjadi cerah...dan apabila
si ibu membuka matanya...gejala-gejala gangguan
tadi sudah hilang..dengan izin Tuhan...

Gangguan itu bermula sebaik saja ia melangkah
keluar dari pagar rumah saudaranya itu...apabila
tiba-tiba saja ia terhidu bau busuk yang sangat
aneh...

Kemudian muncul seekor lalat yang agak besar
hampir-hampir saja melanggar mukanya...dan
ketika itulah si ibu itu mula merasa seram sejuk.

Malam  tadinya...beberapa  orang  juga  terhidu
bau busuk ketika menjaga mayat tersebut...
dan nampaknya...'benda' itu cuba memilih
si ibu jadi  'rumah baharunya...'

....dan pasti sebab utamanya....iatu kerana ada 
jin saka dalam badan si ibu...

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Ada  jin  saka  dalam  badan...'jual mahal'...ia
marah kalau jin lain datang menumpang...kerana
dia nak makan tuannya...'sorang-sorang'...

2. Ada jin saka dalam badan...'suka buat rumah
kebajikan'...dipanggilnya jin ramai-ramai tinggal
sama dalam badan tuannya...

3. Anda pasti menjadi 'pilihan utama'...kerana
laluan dan penempatan jin saka dalam badan
juga boleh digunakan oleh jin lain...

Wallohu a'lam

Jin Pada Otak...3N

Rakan itu mengalami beberapa gejala gangguan
fikiran iaitu...

1. Ia sangat pelupa...dan ia sendiri merasa hairan
dengannya...

2. Ia selalu pening dan rasa berat kepala tanpa
sebab munasabah...

3. Asal saja ia nak buat sesuatu yang berfaedah
pasti akan timbul berbagai alasan demi alasan
dalam fikirannya...seolah-olah nak menghalang.

4. Seringkali ia merasa marah dan rasa nak meng-
muk tanpa sebab dan tidak tahu pada siapa...

...dan sebagainya...

Saya memintanya menutup mata...dan menumpu-
kan perhatian ke dalam kepalanya sendiri...

...dan saya letakkan hujung jari telunjuk saya pada 
kanan kiri tepi dahinya...kemudian membuat 'scan' 
pernafasan...

Rakan itu beritahu...ia nampak sebilah pedang
melayang-layang dalam kepalanya...dan apabila
ia terus menumpukan perhatian...

...ia nampak 'bendanya' yang memegang pedang
tersebut...iaitu seorang lelaki bersongkok dan
berpakaian serba hitam...

Biasanya dari penampilan serta keadaannya...ia
adalah jin pendekar yang mungkin pernah men-
jaga sebilah pedang...tapi pedang sebenar telah
hilang...

Maka ia masuk dan tinggal dalam kepala rakan
tersebut...hingga menimbulkan gejala-gejala di-
atas...

Rakan itu seorang pelajar...maka bagaimana
lagi ia akan dapat belajar kalau begitu keadaan-
nya...( memang ' tak guna punya ' jin pendekar ).

Kalau anda berminat belajar ilmu pendekar
guna jin...sebaiknya..ingat juga pada anak-anak
anda...macam-macam gangguan boleh timbul.

Saya guna kaedah cubit cabut pada kanan kiri
tepi dahinya...dengan izin Tuhan...rakan itu
mula rasa lebih ringan dan selesa kepala juga
fikirannya....

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Jin atau angin bisa jin pada bahagian otak...
bukan hanya akan menimbulkan gangguan...tapi
boleh menghalang kebijaksanaan sebenar sese-
orang...

...iaitu ia boleh buat seolah-olah fikiran anda ter-
kurung dalam suatu ruangan sempit...menyebab-
kan anda mudah buntu atau hilang punca...

2. Ia juga boleh menimbulkan gejala aneh...iaitu
anda merasa marah...takut...gembira dan sebagai-
nya...yang mana perasaan anda itu timbul dari
setumpuk kawasan pada bahagan kepala ( otak )

...dan bukan dari dalam dada ( perasaan ) sebagai-
mana kebiasaannya...

3. Gejala biasa lain..ialah sering pening..rasa berat
kepala...atau mungkin sakit...di samping gangguan-
gangguan mimpi aneh atau buruk...yang biasanya
juga...adalah tanda mudah ada saka...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

...Memang Dia Babi !...3N

Ketika saya merukyahnya dengan ayat 44,45.46
dari Suroh Al A'rof...rakan itu beritahu...ia rasa
sangat kelucuan hingga hampir-hampir saja ia
nak ketawa terbahak-bahak...mujur dapat di-
tahannya...

...tapi ia sendiri tidak tahu...apa bendanya yang
melucukan...dan kemudiannya...rakan itu
beritahu...ada sesuatu bergerak dalam dada
kirinya...

...tentu benda tu yang ' gelakkan ' bacaan rukyah
saya tadi...bisik hati saya geram...

Saya minta rakan itu menutup mata dan menum-
pukan perhatian padanya...kemudian saya buat
pernafasan tujuan  'scan'...

Dengan izin Tuhan...rakan itu beritahu...ia nampak
benda yang bergerak dalam dada kirinya itu...
iaitu seekor babi hitam...

Patutlah...tak payah kutuk pun...memang dah babi
benda tu...

Babi itu asalnya tinggal di dalam sebuah lubang pada 
sepohon pokok mangga tua yang terletak di belakang
rumah jiran...bersama neneknya...yang juga berupa
babi hitam...

Jin tua itu sudah sangat uzur...dan tidak larat lagi 
nak berjalan...'ia' terus duduk dalam rumahnya...

Jin yang masuk badannya...saja-saja...tak ada se-
barang tujuan tertentu...memang 'budak nakal' babi
'sekor' ni...

Saya guna kaedah cubit cabut pada laluan masuk-
nya iaitu hujung ibujari tangan kiri...

Dengan izin Tuhan...dengan sekali dua cabut...rakan
itu beritahu...makhluk itu sudah terkeluar dari badan-
nya...

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Jin dalam dada boleh mempengaruhi perasaan se-
seorang...

...atau boleh buat seseorang itu terikut-ikut dengan
perangai jin tersebut...selain boleh menyebabkan
tekanan perasaan dari sebab gangguannya...

2. Sikap negatif yang timbul dari sebab kehadiran
jin dalam dada biasanya tidak akan 'sembuh' kalau
setakat nasihat atau motivasi...

...kerana seseorang itu akan terus dapat merasakan
tekanan-tekanan 'asing' yang mempengaruhi jiwa-
nya...

...sebaliknya jin itu hendaklah dikeluarkan...dan di-
halang masuk semula...

3. Pada keadaan paling ringan...kehadiran jin atau
angin bisanya dalam dada akan menambahkan sikap
dan sifat negatif yang sedia ada dalam hati seseorang.

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Khamis, 9 Mei 2013

Jin Di Buah Pinggang...3N

Kadang-kadang Fhan anak buah saya itu
merasa kebas pada bahagian pinggang 
kanannya.

Dalam masa yang sama...ia merasa buah
pinggangnya seperti digenggam sesuatu...

Saya memberinya minum air doa...lalu
dalam keadaan menutup mata...saya me-
minta Fhan menumpukan perhatian pada
bahagian pinggang tersebut...

Saya letak hujung jari telunjuk kanan ke-
dahi...dan telunjuk kiri saya letak pada
bahagian pinggangnya itu kemudian saya 
buat satu set pernafasan...

Fhan beritahu...ada  satu  lembaga  hitam
sedang melekap di dinding buah pinggang-
nya...

Makhluk itu dulunya tinggal di pohon kayu
yang tidak jauh dari rumahnya...tapi pokok 
itu sudah tumbang...dan kerana itu jin ter-
sebut masuk ke bahagian pinggangnya...
( mungkin nak tinggal...Wallohu a'lam)

Makhluk itu masuk melaui liang roma...terus
ke pinggang...dan melekap pada dinding
buah pinggang...dan mungkin ini sebabnya
Fhan terasa buah pinggangnya seperti di-
genggam sesuatu...

...bagaimanapun...makhluk itu tidak dapat
masuk ke dalam buah pinggang...

Dalam badan...ia lebih kecil dari buah ping-
gang...dan kalau ia keluar...ia berupa satu
lembaga hitam setinggi 2 kaki lebih...

...tapi kalau ia menyerupa...ia berupa suatu
lembaga hitam besar setinggi pintu rumah...

Oleh kerana laluan masuknya melalui kulit
maka saya menariknya keluar dengan cara
cubit cabut melalui kulit pada bahagian
pinggang tersebut...

Dengan izin Tuhan...sekali cabut saja...Fhan
beritahu...benda itu sudah keluar dari badan-
nya...

Wallohu a'lam

1. Kaedah cubit cabut bagi saya antara cara
mudah menarik keluar jin dari badan...tanpa
perlu sebarang rasukan...dan melalui 'scan'
mudah tenaga dalam...kedudukan jin dalam
badan akan dapat dirasa...atau mungkin
dapat 'dilihat' sendiri oleh pesakit...

Tapi saya berpendapat...tidak semua gangguan
itu sesuai dengan kaedah ini...dan ia terpulang
pada izin Tuhan semata-mata...

2. Gangguan pada organ dalam badan manusia
biasanya berlaku apabila jin bertumpu pada
bahagian tersebut...dan adakalanya makhluk
itu masuk kedalamnya...terutama bahagian 
jantung...

3. Sebaiknya...bagi penyakit yang melibatkan
organ dalaman...dan mempunyai gejala luar-
biasa yang sukar dikenalpasti puncanya oleh
pemeriksaan hospital...mungkin anda perlu
minta 'scan' bagi mengesan sekiranya adanya
sebarang gangguan jin padanya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam