Sabtu, 29 Jun 2013

Penghisap Darah...8 ' Maklumat '...

Sudah tiga minggu...ada masanya badan saya
terasa kurang sihat...panas bercampur sejuk...
rasa lesu ' macam nak pergi baring ' saja...

Tapi keadaan itu biasanya cuma terasa dalam
masa lebih kurang setengah jam...sebelum
ianya pulih semula...

Saya pasti ianya tanda-tanda serangan angin
bisa jin...iaitu ada jin cuba melemah dan mem-
buka laluan serangan...

Dengan ' pelajaran ' masih sekerat jalan...saya
tidak tahu apa benda juga asal usulnya...

Tapi pada suatu petang...saya yakin telah men-
dapat jawapannya...

Tiba-tiba saja belakang kepala terasa sakit...
seperti dicucuk batang besi sepanjang 3 inci.

Terasa sangat...' batang besi tajam ' itu di-
cucuk masuk kedalam kepala...

Ianya menyebabkan sedikit rasa sakit...tapi
saya dapat merasakan hujung besi itu mula
cair dan terus melarat ke atas sehingga
seluruh batang besi tersebut cair dan hilang
bekasnya...dengan izin Tuhan...

Namun terasa batang besi itu dicucuk lagi...
sekali cucuk...dua batang sekali...kemudian 
cair lagi dengan izin Tuhan...

Ia berterusan hampir sepuluh minit sebelum
ia terhenti dan hilang...

Saya telah mengumpul beberapa maklumat
berkaitan ' benda ' tersebut...

1. Beberapa bulan lalu...seorang ibu yang
' kehilangan darah ' tanpa sebab yang dapat
dikesan doktor...memberitahu...

...sebelum itu ia pernah merasa tubuhnya sejuk
panas...dan ia terasa ada sesuatu sedang men-
yedut darah dari bahagian belakang kepalanya.

2. Benda itu ada beberapa '  penampakan '...
iaitu seperti bola api biru terbang...hanya kepala
yang kelihatan dengan rambut panjang...dengan
dua taring yang juga tajam panjang runcing...

...dan menurut seorang rakan lagi...pada ' badan
penuhnya '...ia seorang perempuan tua...berambut
panjang...bertubuh kurus tinggi...

3. Jin tersebut datang ke kampung bukan kerana
disuruh seseorang...tapi dipanggil oleh ' sekor '
jin munafik yang menjadi ketua kepada suatu
puak jin...

4. Jin penghisap darah tersebut hanya akan tinggal 
sementara di kampung ini...dan tempatnya ialah di 
suatu kawasan belukar di tepi bukit...lebih kurang 
200 meter jauhnya dari kediaman saya...

5. Kesan lain serangan jin tersebut...ia menimbul-
kan kesakitan pada bahagian belakang kepala juga
urat tengkuk dan menimbulkan gejala seperti
serangan darah tinggi...

6. Dan mungkin kebetulan...atau ia kesan serangan
makhluk tersebut...seperti yang seorang rakan 
beritahu apabila dalam tempoh yang sama...dua 
orang yang sedang menghidap sakit tekanan darah 
tinggi meninggal dunia setelah jatuh secara tiba-tiba 
menyebabkan pendarahan dalam kepala juga 
pendarahan pada bahagian otak...Wallohu a'lam...

...dan kedua-duanya tinggal di sekitar tempat
makhluk itu tinggal...

Dan dalam masa yang sama juga...ada kalangan
ahli keluarga yang tidak ada kes darah tinggi...
tiba-tiba sakit belakang kepala dan urat tengkuk
kemudian ia mengalami tekanan darah tinggi
hingga menimbulkan tanda tanya doktor...

Dalam pada itu juga berlaku beberapa kali...
ada bunyi seperti benda jatuh atau ' mendarat '
di atas atap bertentangan dengan bilik tidur...
di waktu malam...

7. Menurut rakan itu lagi...jin tersebut tidak meng-
khususkan sesiapa jadi sasaran..tapi ia bergantung
kepada peluang dan kesempatannya...

Tapi yang pasti...ketua puak jin yang memanggil-
nya berdendam pada saya...kerana menyukarkan
' ia ' menurun pada pewarisnya yang sebenar...
dan malah pernah menyerang saya juga rakan ter-
sebut...

8. Jarak kampung ibu yang mengalami kehilangan
darah itu adalah 15 km dari kampung kami...dan 
jin ketua puak itu adalah jin ilmu kepada arwah
ibu makcik tersebut...

Sudah tiga minggu berlalu tanpa sebarang tanda
serangan atau gangguan...agaknya jin penghisap
darah itu ' dah tamat kontrak '...

Wallohu a'lam

Isnin, 24 Jun 2013

Sakit Jantung Biasa Atau Gangguan ?

Jantung sering berdebar-debar...sesak nafas
hingga hilang selera makan juga tidak dapat 
tidur siang malam kerana semput...sentiasa
rasa letih lesu...

...menurut doktor...ia adalah dari sebab ada-
nya sumbatan darah beku pada satu saluran 
darah kejantungnya...

Baru satu malam ditahan dalam wad...diberi
ubat untuk mencairkan sumbatan tersebut
serta bantuan pernafasan ( oksigen ) ternyata
esok paginya pakcik itu lebih sihat...dan
mudah bernafas serta berselera semula...

Wajahnya lebih ceria...dan lebih bertenaga
dari sebelumnya...

Pakcik itu sudah dua tiga minggu terlantar
sakit di rumah tapi ia tidak mahu ke hospital.

Ia berubat dengan bomoh jin...sihatnya cuma
empat hari sebelum sakit semula...dan juga
telah berjumpa seorang ustaz...

Menurut ustaz tersebut...ada 3 ekor jin jenis
terbang mengekori ke mana saja pakcik itu
pergi...dan itulah punca utama gangguannya.

Namun sakit pakcik itu tidak juga sembuh...

Setelah rasa terdesak..barulah ia mahu ke-
hospital dan ternyata...dengan izin Tuhan
cepat sembuhnya...

Saya berpendapat...memang sakit pakcik
itu cuma berkaitan rawatan hospital...
lebih-lebih lagi...doktor ada penjelasan
tentang gejala sakitnya...juga rawatannya
sangat berkesan...

Namun ketika saya berpaling untuk keluar
dari wad...saya sempat melihat jari tengah
tangan kiri pakcik yang ketika itu sedang
tidur lena berehat bergerak seperti terkejut.

Cuma jari tengah itu yang bergerak kuat...
manakala jari-jari lain langsung tidak ter-
gerak sebagaimana biasanya...

Ia adalah 'laluan masuk popular' jin untuk
masuk ke bahagian dada...

Pendapat saya sedikit berubah iaitu pakcik
itu juga perlu rawatan gangguan jin...di-
samping rawatan hospital...

Keputusan 'x-ray' juga menunjukkan jantung
dan hati pakcik itu membengkak...dan
doktor belum pasti akan puncanya...

...namun pada pemeriksaan darah yang di-
katakan boleh mengesan lebih dari seratus
jenis penyakit dalam badan ( klinik swasta 
dengan kos rm250 )  menunjukkan...tidak 
ada sebarang masalah atau sakit pada pakcik
tersebut...

Wallohu a'lam

Jumaat, 14 Jun 2013

Tanda Saka bayi...3N

Ibu itu beritahu.......ia  terbayang dibawah
katilnya ada suatu makhluk hodoh sedang
duduk bersembunyi...

Apabila saya menyerang makhluk itu den-
gan kaedah peletup jin...serentak itu bayi-
nya terkejut dari tidur sambil menangis...

1. Ia menunjukkan ada angin bisa jin ter-
sebut dalam badan bayi tadi...

2. Tandanya jin itu cuba jadi saka kepada
bayi tersebut...

3. Bagi ibu yang ada jin saka...maka kem-
ungkinan anaknya juga akan dapat jin saka
adalah sangat besar...

4. Cara mudah mengenalpasti bayi ada saka
adalah dengan memerhatikannya ketika ia
sedang tidur dan antara gejalanya...

- mata terbuka tutup atau berkelip...biji mata 
bergerak cepat...

- jari-jari kaki tangan bergerak-gerak.

-.nafasnya kadang-kadang menjadi lebih cepat 
atau kuat dari biasa...

- mudah terkejut...atau terkejut bangun tanpa 
sebab...

-  Sering menangis atau ketawa semasa tidur...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

' seni ' Rawan ( Pancung )...7N

Budak lelaki itu terjaga pada jam dua pagi
dalam keadaan ketakutan kerana ia baru
saja bermimpi buruk...

Ia bermimpi masuk kedalam sebuah rumah
lama kemudian ia dirasuk 'hantu'...

Apabila saya meminta ia menutup mata dan
membuat satu set pernafasan niat 'scan'...
budak itu beritahu ada semut-semut bergerak
di merata tempat dalam kepalanya...

Ia terus menumpukan perhatian....ia nampak
semut-semut itu yang berwarna merah....

Saya bacakan fatihah...Ayat Kursi dan 3
ayat biasa dari Surah Al A'rof...budak itu
beritahu...sebahagian semut-semut itu ber-
gerak keluar dari kepala melalui telinga
kirinya...

Saya cubit cabut pula dari belakang daun
telinga kirinya...tinggal lima ekor lagi yang
terus bertahan dan menunjukkan 
penentangan...

Semut-semut lain itu pulang ke sebuah batu
tapi budak itu tidak dapat mengenal pasti
tempat batu itu berada...

Yang lima ekor itu berkepala semut...tapi
bertubuh seperti manusia berpakaian serba 
merah...

Biasanya kalau jin berupa binatang tapi ber-
tubuh seperti manusia adalah jin ilmu...atau
jin yang ada ilmu sihirnya...

Saya letak hujung jari telunjuk ke leher budak
tersebut...kemudian saya menarik nafas per-
lahan-lahan...

Ketika nafas semakin habis ditarik...saya
lepaskan nafas sekali gus kedalam dada
sambil menarik hujung jari tadi dengan cepat
membayangkan saya sedang memancung
leher kelima-lima ekor semut tersebut...

Budak itu beritahu...semuanya sudah keluar
namun dua ekor daripadanya sudah mati 
putus kepala...

3 Nota

1. Kaedah pancung...

- Tarik nafas perlahan-lahan sambil berzikir 
dalam hati...

- Sambil menarik nafas...bayangkan nafas
masuk kedalam dada dan terus mengalir ke-
hujung jari mengumpul tenaga...

- Dalam masa yang sama...bayangkan leher
budak tadi adalah leher 'semut-semut'..

- Lepas nafas sekaligus sambil tarik jari se-
cepatnya...berserta membayangkan ianya 
setajam pedang memancung sekaligus semua
leher semua-semut yang anda sasarkan...dan 
pada saat yang sama bayangkan leher semut-
semut itu putus...

Kemudian apa yang jadi...terserah pada izin
Tuhan...dan dalam kes di atas...cuma dua 
ekor terkena dan tiga lainnya terlepas...
sedangkan saya niat sasarkan kesemuanya.

2. Tenaga yang mengalir ke hujung jari itu 
boleh anda rasakan iaitu...jari anda terasa
lebih berat...atau padat...atau lebih anda
rasakan daripada jari-jari yang lain...

3. 'Ketajaman' gerak pancung itu boleh di-
pengaruhi oleh kesungguhan...tumpuan...
keyakinan...dan sejauh mana anda dapat
menumpukan tenaga ke hujung jari...

4. Ada rakan yang membayangkan ia me-
memegang pedang dan guna pancung...
tapi saya dapati...ia bukannya 'wajib'
apabila saya tidak membayangkan meme-
gang sebarang pedang...

5. Anda bayangkan leher 'semut' itu ter-
putus...

...iaitu bayangan juga boleh menjadi sen-
jata tajam...dan bila anda gabungkan 
dengan alat ( tangan atau jari atau sebagai-
nya ) juga nafas...ia akan membuat sesuatu
pancungan itu lebih tajam...

6. Tubuh kasar kita ada banyak kekurangan 
berdepan dengan jin...tapi jin akan banyak
kekurangan jika kita tahu caraguna tubuh
halus kita...sekadar mana izin Tuhan...

7. Di atas sekadar teknik..dan samada anda
dapat guna atau tidak...ia terpulang kepada 
persediaan diri anda masing-masing...

Wallohu a'lam

Sakit Berpindah-Pindah...3N

Ketika rakan itu sedang memberitahu saya
tentang tangan kirinya yang sakit...jari
tengah kaki kirinya bergerak-gerak....

Apabila saya menyentuh jari tersebut dengan
ibujari dan telunjuk...sakit tangannya hilang
tapi kemudian urat kiri tengkuknya pula sakit.

Saya terus memicit sedikit jari tersebut...sakit 
itu berpindah pula ke bahagian belakang 
kepala...kemudian tidak lama...seluruh 
bahagian kepalanya terasa sakit...

Saya cuba cubit cabut pada jari tersebut...
ternyata kaedah itu tidak sesuai..kepalanya
bertambah sakit dan berat...

Maka saya beri ia air doa...dan ketika bangun
pagi esok barulah ia dapati sakit kepalanya
sudah sembuh..dengan izin Tuhan...

3 Nota

1.sakit berpindah-pindah tanpa sebab munasabah
biasanya menunjukkan sakitnya ada kaitan
dengan gangguan jin...

2. Sakit berpindah-pindah itu biasanya bererti...
jin berpindah-pindah...

3. Kadang-kadang sakit gangguan itu tidak ber-
pindah...tapi hilang serta merta tanpa sebarang
sebab yang munasabah...

Wallohu a'lam

Selasa, 4 Jun 2013

Jin Dalam Tangan ?...5N

Ketika rakan itu sedang tidur nyenyak...
jari-jari tangan kanannya bergerak-gerak.

Biasanya gejala gangguan semasa tidur
sedemikian  menunjukkan dalam tangan
tersebut ada jin atau angin bisa jin...dan
mungkin ada laluan keluar masuk jin ke-
dalam badan...

Dengan menggunakan zikir dan pernafasan
saya membuat isyarat pancung ke tangan
tersebut...dan ' ternyata berjaya '...

Tangan dari hujung jari ke pergelangannya
menggelepar seperti ' orang kesakitan '...
namun rakan itu terus tidur nyenyak...

Setelah  tangan  itu ' tenang '...ia mula ber-
gerak-gerak  seperti  tadinya...dan  saya
' pancung ' lagi.....dan  menggelepar  lagi...
kemudian bergerak-gerak..dan menggelepar
lagi...

Begitulah berlaku berulang kali sampai ' naik
boring ' pula saya dibuatnya...

' Pancungan ' tersebut dengan izin Tuhan...ter-
nyata tak buat jin tersebut  ' serik '...

Saya titikkan air doa pada mulut rakan tadi
kemudian sapu pada tangan tersebut...

Rakan itu bergerak sedikit kemudian nyenyak
semula...kali ini tangannya tidak bergerak-gerak
lagi...dan tidak ada sebarang tindakbalas pada
 'pancungan '...

5 Nota

1. Gejala jari-jari tangan atau kaki bergerak-
gerak semasa tidur biasanya menunjukkan
seseorang itu ada gangguan atau didampingi 
jin...

..dan kemungkinann besarnya ia adalah jin
saka...

2. Jari atau anggota yang bergerak-gerak itu...
biasanya ada laluan keluar masuk jin...dan ia
adalah sejenis rasukan anggota...

Kadang-kadang kita boleh dapati ada jari-
jari tertentu saja yang bergerak atau aktif...
iaitu tandanya ia menjadi laluan utama...

3. Biasanya jin apabila merasa takut atau ter-
desak...ia akan lari dan bersembunyi pada 
bahagian anggota yang ada laluannya...iaitu 
pada tangan...atau kaki.

4. Kadang-kadang jin itu akan lari dan diam
pada jari atau hujung jari kaki atau tangan...

Anda boleh merasakan ia seperti semut-semut
...benda halus bergerak...panas atau berat...
dan sebagainya...

5. Ada rakan-rakan yang terlibat dalam operasi
di Lahad Datu memberitahu...ia pernah melihat
mayat pengganas yang sudah mati kaku...tapi
sebelah tangannya masih menggelepar...

Wallohu a'lam

...Aku Dan 'Aku'...3N

Ketika saya merukyahnya...ia terlelap...
matanya terbuka tutup dengan cepat...
genggaman tangan kanannya juga ter-
buka tutup...sehingga saya sangkakan 
ianya akan kerasukan...

Ketika  itu juga ia merasa dirinya sedang 
duduk di atas katil dalam bilik di rumah
lama yang sudah lama ia tinggalkan...

...namun ia merasa...dirinya ' bukan
dirinya '...ia mendapati rambutnya
panjang mengurai...dan ia tidak dapat
menahan diri...ia ketawa mengilai...

Dengan izin Tuhan...semua itu cuma
berlaku dalam lelapnya...

Keadaan seperti ini biasanya menunjuk-
kan...bahawa seseorang itu sedang di-
dampingi jin...dan dalam kes ini...jin ter-
sebut adalah 'seekor' jin betina yang 
biasanya kita istilahkan sebagai 
'pontianak'...

Ada  juga  berlaku  seseorang itu masih
sedar ketika dirukyah...tapi tanpa dapat 
dikawal...ia merasa dirinya menggilai 
dengan kuat...

Ini juga menunjukkan kehadiran jin dalam
badannya...dan salah satu daripada jenis
rasukan iaitu rasukan perasaan...

Selain itu pernah berlaku seseorang merasa 
dirinya seorang perempuan tua...atau suatu 
makhluk besar berbulu...

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu
sedang dirukyah...sedang marah...sedang
melamun...dalam mimpi dan sebagainya...
iaitu bergantung kepada jenis dan 
kesebatian gangguan...

2. Apabila anda dapat merasakan 'diri anda 
orang lain'...ia juga biasanya menunjukan
serba sedikit atau banyak...ada gangguan
jin pada fikiran atau perasaan anda dalam
menjalani hidup sehari-hari...

...iaitu anda akan dipengaruhi oleh perangai
' orang lain ' ( jin ) tersebut...

...dan gejala ' paling popular ' adalah kurang
dapat mengawal perasaan marah...atau rasa
takut tak kena tempat...

3. Marasa diri ' orang lain ' adalah tanda sese-
orang itu didampingi jin...dan biasanya ia ada-
lah jin saka...

Wallohu a'lam

Sabtu, 1 Jun 2013

Saka ' Kepala Terbang ' ?...5N

kaki ibu yang sedang mengandung itu
bengkak...tapi pada bahagian bawah
buku lalinya yang sedang sakit meng-
empis dan kelihatan kehitaman...

Ketika ia membaca fatihah...ia terlelap
beberapa ketika dan ia nampak ada se--
biji kepala manusia  berambut panjang
tanpa badan sedang menutup kakinya
yang sakit...jelas giginya yang tajam...
panjang dan runcing...

Pada masa yang sama...salah seorang
jirannya terlihat jelas dalam kepekatan
gelap malam...suatu cahaya bulat ber-
warna biru sedang terapung di bawah
rumah...betul-betul dibawah bilik si-
ibu...

Anak si jiran...anak perempuan berumur 
dua tahun lebih yang berada disamping-
nya ternyata turut terlihat dan terpegun 
dengan cahaya tersebut...

Cepat-cepat si jiran menutup jendela...
namun tiba-tiba anak kecilnya me-
nangis ketakutan sambil menunjuk
ke arah sesuatu yang tidak kelihatan
berada dalam rumah...

Serta merta jiran itu merasa seram
sejuk...dan dengan cepat mengambil
air garam bukit rukyah dan merenjis-
nya ke seluruh ruang tersebut...

Si anak kecil terdiam...dan nampak-
nya...tidak ada lagi benda tersebut
yang menakutkannya...

Makcik si ibu yang pernah kehilangan
darah tanpa sesuatu sebab yang dapat
dikesan oleh pihak hospital...mencerita-
kan...

...sudah beberapa kali ia merasa tubuh-
nya sejuk panas...dan seperti ada se-
suatu sedang menghisap darahnya dari
belakang kepala...

Saya tertanya-tanya...mungkinkah ia
makhluk yang sama...mengganggu si-
ibu yang juga mengalami gejala kurang
darah serta anak kecil tersebut...?

Wallohu a'lam

1. Seorang makcik pernah memberitahu
saya...kalau kepala terbang bersama
taliperut dipanggil penanggal atau
'komukodong' ( dalam bahasa Dusun )...
dan kalau kepala tanpa taliperut maka
ia balan-balan...( iaitu pada istilah se-
tempat ).

Kedua jenis tersebut pernah dilihat di-
kampung ini...

2. Kalau yang bertali perut itu...ia takut
kepada rotan...kerana rotan boleh me-
mutuskan tali perutnya...( petua orang
tua-tua ).

3. Biasanya...kalau ia jin penuh...ia cuma
ada kepala tanpa tali perut...

4. Ketika hampir bersalin..si ibu merasa
ketakutan tanpa sebab...dan ia merasakan
ketakutan itu 'bergayut' pada bahagian
belakangnya...

Ia adalah salah satu tanda takut dari sebab 
gangguan...iaitu perasaan itu samada
tanpa sebab atau bukan terasa dalam dada 
seperti mana biasanya...

Dan antara tempat rasa takut yang tidak
wajar itu...seperti pada bahagian kepala...
setumpuk ditengah dada...pada jantung...
dalam rusuk...dan sebagainya...

5. Kebanyakan jin saka pada zaman ini...
tidak suka berunding atau 'memaklumkan'
kehadirannya...

....tapi ia akan ikut atau malah masuk
badan mana-mana orang terutama ke-
turunan tuannya...

Maka tidak tahu diri ada saka itu...per-
kara biasa sahaja...

Tapi gejalanya...pasti ada...

Wallohu a'lam