Isnin, 24 Februari 2014

Nafsu Itu ( 2 )...

Nafsu  itu...boleh  buat  engkau  tersungkur
sujud kepadanya...

Tapi nafsu itu...juga boleh membuat engkau
tersungkur sujud kepada Tuhanmu...

Iaitu...

Nafsu  itu  boleh menguasaimu....sehingga
engkau memperturutkan segala kehendak-
nya semata-mata dan lupa kepadaTuhan-
mu...

..tapi nafsu itu juga boleh buat engkau ter-
sungkur  sujud  kepada  Tuhanmu.....iaitu
apabila engkau tahu bahawa hanya Tuhan 
yang  berkuasa  memberikan   kepadamu 
berbagai kelebihan dunia yang dituntut 
oleh nafsumu...

Adapun  tandanya  ialah.....engkau  tidak
ikhlas dalam beribadah kepada Tuhanmu
dan  ibadah  itu  engkau  tinggalkan...apa-
bila engkau telah yakin...bahawa Tuhan
tidak akan memberikan apa yang menjadi
tuntutan nafsumu...

Wallohu a'lam

Strok Buatan...

Apabila kakak itu  menutup mata dan me-
numpukan  perhatian....ia melihat  sayap
burung...kemudian dalam beberapa detik 
berikutnya...ia  nampak  jelas  tubuh 
burung tersebut...

Tubuh  burung   itu   kaku  seperti patung
...hanya sayapnya yang bergerak...

Setiap  kali  sayap  itu  berkepak ia akan
mengibaskan  angin  ke  muka  kakak itu
dan ketika itu ia  mula rasa pening...

Sebab  inilah kakak itu sering rasa pening
walaupun pemeriksaan hospital menunjuk-
kan  ianya  tak  ada  sebarang  masalah
kesihatan...

Cuma   dalam  keadaan  biasa..kakak itu 
tidak nampak kepak atau gangguan ini...

Semuanya bermula apabila pada suatu hari
tiba-tiba seeekor burung terbang masuk ke-
dalam rumahnya.

Ia  boleh  saja jadi  perkara  biasa...namun
pada  ketika itu...kakak tersebut dapat me-
rasakan  seolah-olah  ada  sesuatu yang tak
kena tapi ia sendiri tidak tahu apa perkara-
nya...

Saya  meminta kakak itu menumpukan pula
perhatian ke jantung apabila tiba-tiba ia 
rasa berdebar-debar...

Dalam masa beberapa saat saja...kakak itu 
nampak jantungnya yang hitam sebelah dan 
kelihatan burung tersebut seolah-olah
memeluk jantungnya...

Saya  mengambil  keputusan untuk mengg-
unakan  kaedah  rejam  jantung...dan mula
menarik nafas perlahan-lahan sambil mem-
baca Ayat Kursi dalam hati...

Ternyata  makhluk itu dapat mengesan pe-
ubahan tenaga...dan saya berpendapat jin 
itu tahu akan diserang...

Dalam  masa  yang  singkat...ianya bukan
lagi  seeko r burung...tapi berubah seperti
seekor serangga yang berkuku tajam.

Dalam masa yang sama...kakak itu dapat
merasakan   gerakan   serangga-serangga
kecil merayap atas tangannya...dan terasa
sangat kuku-kukunya yang menikam kulit.

Saya niatkan rejam jantung semuanya se-
kali...dan  setelah  tiga kali rejam...kakak
itu  beritahu  makhluk  pada  jantung dan
gerakan seranggan pada lengannya sudah
hilang...dengan izin Tuhan.

Jantungnya yang tadi berdebar kuat juga
telah kembali normal...

Selain daripada pening dan rasa berdebar-
debar tanpa sebab munasabah...kakak itu
juga  mengalami  gejala  sesak nafas serta 
mula  rasa  kebas  sebelah  kiri badan iaitu
semuanya menepati gejala-gejala awal
kepada strok.

Sedangkan  ia  tak lebih daripada sekadar
gangguan jin semata-mata...dan kakak itu
tidak ada sebarang sakit biasa.

Saya  percaya  pasti  ada sesiapa di luar
sana yang terlantar di hospital kerana strok
sedangkan ia hanyalah gangguan jin semata-
mata.

Wallohu a'lam

Rabu, 19 Februari 2014

Nafsu Itu ( 1)...

Nafsu itu...mungkin membuat engkau  sesat
dalam kegelapan...

...dan nafsu itu...mungkin membuat engkau 
sesat dalam cahaya...

Nafsu itu...mungkin buat engkau tersasar
dari kebenaran...

..dan nafsu itu....mungkin membuat engkau
sesat dalam kebenaran...

Wallohu a'lam

JIn Mengeram Dalam Perut...

Minggu lalu...rakan itu tiba-tiba mengalami
sakit perut...

Namun yang aneh...sakitnya itu datang tiba-
tiba...dan pihak hospital juga tidak dapat
mengesan sebarang puncanya...

Beberapa hari kemudian...sakitnya sembuh
dan sehingga pertemuan kami...sakitnya itu
tidak pernah datang lagi...

Mungkin ada sesuatu sebab...rakan yang
datang bercuti dari Labuan itu minta 'scan'.

Apabila saya melekapkan tapak tangan ke-
belakang tulang pinggangnya...rakan itu
beritahu ia merasa tapak tangan saya panas
iaitu tanda kehadiran angin bisa yang agak 
padat.

Saya merukyahnya dengan Fatihah...Ayat
Kursi...3 Qul dan beberapa ayat lain...

Tiba-tiba rakan itu merasa kehadiran semut-
semut yang banyak dalam bahagian perutnya.

Nota 

1.Ternyata...sebenarnya sakit perut rakan itu
belum sembuh...

Sebaliknya...dalam diam...jin-jin sedang cuba 
mengeram dan bertapak dalam perutnya....

2.Mungkin ia merasa sembuh....tapi biasanya
akan tiba satu masa...sakit itu akan muncul
semula jika makhluk-makhluk tersebut terus
berkembang dan membiak...

3.Bagi anda yang mengalami sakit aneh atau
punca yang tidak dapat dikesan hospital...
maka sebaiknya minta 'scan' atau rawat 
walaupun sakitnya hilang atau berkurang.

Wallohu a'lam

( Saya tidak tahu keadaannya selepas hari
itu kerana rakan ini balik Labuan...kami
berjumpa sekadar kebetulan...di rumah
adiknya di Kg Silou Ranau yang juga rakan
sekerja saya...Wallohu a'lam )

Saka Jin Hujan Panas...

Sebaik sahaja Zn menutup mata dan me-
numpukan perhatian...ia melihat dengan 
jelas kejadian suatu ketika dulu...sewaktu 
ia pada umur 7 tahun...iaitu lebih 40 tahun
lalu...

...datuknya telah menembak jatuh seekor
burung punai yang hinggap pada sebatang
pokok besar berhampiran rumah...

Zn melihat dirinya berlari anak mencari dan 
mengambil burung tersebut...

Waktu itu...yang Zn tahu....cuacanya hujan
panas renyai-renyai...

...tapi Zn tidak tahu...pada pokok itu ada
satu lembaga hitam besar sedang memerhati-
kannya...

Zn ternampak peluru senapang penabur datuk-
nya mengenai tubuh lembaga tersebut...tapi 
tidak mengalami sebarang kecederaan...

Sejak itu...lembaga tersebut selalu datang dan
menyusup di bawah rumah mereka...

Itu kisah dulu...dan sekarang Zn dapat merasa-
kan  makhuk tersebut sudah jadi saka dan diam
pada tulang pinggangnya berupa ulat besar...

Nota 

1. Cuaca hujan panas sangat sesuai sebagai masa
jin berkeliaran...iaitu kerana pertemuan antara
keadaan panas dan sejuk...

Serangan jin kerap berlaku terutama apabila kita
yang berhujan panas ada jin saka...

2.Ia sama seperti larangan duduk di dalam keadaan
sebahagian tubuh kita terdedah pada cahaya ma-
tahari manakala sebahagiannya lagi terlindung...

...iaitu pada sempadan pertemuan antara cahaya
dan bayang-bayang...pengaruh jinnya kuat...
kerana ia sama seperti pertemuan antara panas
dan sejuk...

3. Dan ia sama pula juga dengan teluk Bermuda...
dimana ia merupakan tempat pertemuan antara 
arus laut panas dan sejuk...

Wallohu a'lam