Jumaat, 3 Mei 2013

Undi...Dan Masuk Syurga ?

Dua  hari  lalu....dalam sebuah rancangan
televisyen...seorang penonton menelefon 
dan bertanya...

Ia ( lelaki ) berbangsa India dan baru saja
masuk Islam...

Sebelum Islamnya...ia banyak buat dosa
besar iaitu berzina...dan ia merasa ter-
tarik pada sebuah parti yang mendakwa
bahawa sesiapa yang mengundi parti ter-
sebut...akan masuk syurga...

Tapi ia terfikir...kalau pangkah undi saja
sudah boleh masuk syurga...adakah ia
masih perlu buat amal seperti solat...
zakat...haji dan sebagainya ?

Panel jemputan pada rancangan tersebut
menjawab...bahawa yang jelas...semua
dosa seseorang sebelum Islamnya itu
akan diampuni dan ia bersih seperti bayi
yang baru dilahirkan...maka tidak perlu
lagi ia sebut-sebutkan dosa lampaunya
itu...

Dan berkaitan perkara kedua...sesungguh-
nya  antara  orang  yang  paling  disayangi 
oleh Rasulullah SAW adalah pakciknya Abi
Thalib...

Pakciknya  itu  telah  memelihara baginda 
sejak kecil...dan sangat banyak membela-
nya apabila baginda mejadi rasul...

Malah para kafir Quraisy tidak berani men-
yakiti  baginda  kerana  sangat  segan dan 
hormatnya mereka pada Abi Thalib.

Namun  akhirnya...Abi Thalib  meninggal
dipangkuan  Rasulullah  dalam   keadaan
tidak  beriman...sedangkan  Rasulullah
sangat berharap dan berusaha memujuk-
nya...

Sebagai  manusia  biasa...Rasulullah sangat
sedih  dan  menangis....hingga  turun  ayat
yang mengingatkan bahawa  Rasulullah  itu 
hanya sebagai penyampai...sedangkan soal 
hidayah itu adalah urusan Tuhan...

Maka  apabila  kita  berkata...bahawa se
siapa  yang  mengundi  parti  ini...akan
masuk syurga...

( nota : Pada pemahaman saya...kalau ada
10 ribu orang mengundi parti tersebut...
maka kita telah menjamin seramai 10 ribu
orang tersebut masuk syurga...)

Maka tanyalah pada diri...siapakah sebenar-
nya diri kita berbanding Rasulullah...?

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan