Jumaat, 17 Mei 2013

Dan Akhirnya...

Apabila pertanyaan rakan itu semakin
jarang dan berkurang...kali ini giliran
saya pula buat rakan itu 'pening kepala'.

Saya masih ingat lagi...apabila saya
nyatakan bahawa Al kitab yang mereka
gunakan itu bukan lagi asli dan telah di-
campuri oleh tangan-tangan manusia...

...maka antara kesan utamanya..ter-
dapat perselisihan antara keterangan
ayat-ayat didalamnya...

...ternyata rakan ( pencari kebenaran )
itu memberi reaksi melenting...

...di mana yang berselisih ?..soalnya...

Saya bertanya padanya...siapa Yesus
dalam ajaran agama mereka...

Rakan ( pencari ) kebenaran itu men-
jawab bahawa Yesus hanyalah seorang 
anak manusia...( dalam ajaran aliran
agama kristian yang lain...mempunyai
'akidah' yang berlainan...iaitu Yesus
adalah anak Tuhan...)

Tapi kepercayaan aliran agama rakan
ini ada asasnya yang jelas dalam Al kitab
iaitu antaranya...

1. Injil Matius pasal 26 ayat 2 bermaksud :

...kamu memang mengetahui...bahawa
dalam dua hari lagi akan ada hari paskah
dan anak manusia akan diserahkan supaya
ia disalibkan...

2. " Yahya " pasal 3 ayat 13 bermaksud :

...seorang pun tiada naik ke syurga kecuali 
ia yang sudah turun dari syurga iaitu anak
manusia ( Yesus )....

Dalam dua ayat itu jelas menunujukkan
bahawa Yesus itu adalah anak manusia
dan bukannya anak Tuhan...

Tapi apabila saya minta rakan itu rujuk
beberapa ayat lain dalam Al kitab yang
sama...iaitu...

1. " Matius " pasal 13 ayat 17  bermaksud "

...maka suatu suara dari langit mengata-
kan...inilah anak yang ku kasihi kepada-
nya aku berkenan...

2. " Johannes " pasal 1 ayat 34 bermaksud :

...maka aku sudah melihat itu serta ber-
saksi dia inilah anak Allah...

3. " Ibrani " pasal 4 ayat 14 bermaksud :

...sedangkan ada kepada kita seorang
imam maha besar yang sudah melintas
segala langit...iaitu Yesus anak Allah...

Saya nyatakan kepadanya...bahawa ia
sudah mengingkari ayat-ayat dalam
Al kitab yang menyatakan bahawa Yesus
itu adalah anak Allah...

...tapi sebaliknya kalau ia meyakini
bahawa Yesus itu anak Allah...bererti
ia telah mengingkari ayat-ayat dalam 
Al kitab yang jelas menyatakan bahawa
Yesus itu hanyalah seorang anak manusia.

Semua ayat ini tercatat dalam Al kitab...
dan sebagai kitab suci maka seseorang 
itu tidak boleh sesuka hati menerima
sebahagian ayat dan menolak yang lain
pula kerana semua ayat ini adalah wahyu
dari Tuhan...

Pencari Kebenaran :

...tunggu....bagi saya masa...hati saya 
kurang tenteram...

Dan ia ' menghilang ' selama beberapa hari.

Nota :


Saya minta maaf pada saudara seagama
kerana menggunakan ayat-ayat dari Al
kitab yang nyata syiriknya...iaitu
menyatakan Tuhan itu ada anak...

..namun bagi rakan kita dari aliran agama
lain ini...mereka tidak akan menerima 
hujah dari Qur'an dan Hadis...maka hujah
itu kita ambil dari Al kitab mereka sendiri.

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. coba dengarkan ulasan dari Sheikh Ahmad Deedat dalam U tube

    BalasPadam
  2. Insha Allah...terima kasih ahhl atas
    panduannya...

    BalasPadam