Jumaat, 17 Mei 2013

Keempat...Tutup Aurat...Tapi Buruk Akhlak ?

Pencari kebenaran :

Apa gunanya perempuan berpakaian tutup 
aurat...kalau buruk perangainya...lebih baik
perempuan yang tidak menutup aurat...tapi
baik perangainya...

Saya :

Kita umpamakan ada 2 orang perempuan...
si A yang tutup aurat tapi buruk perangainya
dan...si B dedah aurat tapi baik perangainya.

Maka kalau hendak dibandingkan...

Pakaian si A lebih baik daripada si B...tapi
perangai si B lebih baik daripada si A...

Namun dalam soal ini...Islam bukan hanya
sekadar mementingkan pakaian...atau akhlak
semata-mata...

...maka kalau ada si C yang berpakaian men-
tup aurat...dan baik pula perangainya...
maka ia lebih baik daripada si A dan si B...

Nota

1. Yang dikatakan baik itu bukan seseorang yang
baik terhadap sesama manusia semata-mata...
tapi ia patuh kepada perintah suruhan dan
larangan Tuhan...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Nak tambah sket....

    Terdapat bnyk perdebatan seperti ini masakini...saya tertarik kepada satu artikel yg sy terbaca dahulu yg membincangkn perkara ini....

    antara intipatinya....
    "bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan
    dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam
    neraka.”.......

    “Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat….Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
    mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  2. As salam Wan2...

    Terima kasih atas perkongsiannya...inilah hakikatnya
    bahaya dedah aurat yang mungkin dipandang sebagai
    perkara kecil semata-mata kerana sudah jadi kebiasaan
    pada zaman ini...

    ...iaitu ia membawa kepada bahaya besar di Akhirat
    kelak...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam