Ketika dirukyah berserta pernafasan...rakan
yang sedang duduk atas kerusi sambil mem-
ejam mata merasa kedua belah kakinya ter-
angkat...
...jari tangan terasa terbuka tutup keras tanpa
dapat dikawal...
..bahagian kanan kiri rusuknya bergerak-gerak
dan sesekali ia merasa tubuhnya menggeliat...
Sebenarnya selama rakan itu dirukyah dalam
masa 15 minit...ia tidak bergerak...malah pada
beberapa minit kelihatan ia tertidur nyenyak.
Sekadar pendapat saya...ada jin yang cuba
merasuknya melalui penguasaan pada bahagian
otak yang mengawal pergerakan...
Jin itu cuba mengirim isyarat-isyarat gerakan
melalui saraf-sarafnya...namun dengan izin
Tuhan usaha jin itu terhalang....
Namun ini adalah salah satu caranya jin mer-
asuk seseorang...ia tidak masuk badan tapi
masuk pada titik-titik tertentu dibahagian
otaknya...maka ia mengawal pergerakan
seseorang dari situ....
Cara lainnya....jin masuk badan atau sekadar
pada anggota-anggota yang dikehendakinya
maka terjadilah rasukan pada bahagian ter-
sebut....
Setakat yang boleh didapati dari gejalanya
rakan itu didampingi oleh jin pendekar...
menyebabkan ia sering merasa marah
mendadak dan meluap-luap terutama kepada
anak lelaki hingga pernah memukulnya...
Ketika ia sampai dipejabat...ia tersedar dan
menangis penuh kekesalan...
Rakan itu berazam...kalau ia pulang......ia
akan meminta maaf dan memeluk anaknya
itu...namun apabila sampai rumah...marah
lagi...yelah..kalau jin sudah 'menumpang-
numpang' perasaan...kena macam jin juga-
lah perangainya...
Wallohu a'lam
Jumaat, 2 November 2012
...Bilik 'Berpuaka'...
Sudah hampir tujuh tahun berlalu...bilik
sajian itu tidak pernah lagi digunakan.
Berbelas tahun sebelumnya...ia menjadi
bilik tempat menyajikan makanan
kepada orang halus ( jin ) pada setiap
malam Jumaat dan malam Isnin...
Ayam panggang...telur ayam...sirih....
tembakau...kopi 7 gelas dan sebagai-
nya jadi persembahan...
Bilik itu akhirnya diibahsuai dari bilik
gelap kepada bilik yang cerah jadi
bilik tidur..
Namun ternyata.......bilik itu kosong
semula...kerana siapa saja yang tidur
di situ akan jatuh sakit terutama
demam dan sakit kepala...
Sebenarnya...mana-mana juga bilik
...rumah...dan tempat yang pernah
menjadi tempat pemujaan atau sajian
jin...akan terus menjadi tempat per-
singgahan atau mungkin malah
jadi tempat tinggalnya...
Maka sebelum anda mendiaminya atau
membina sesuatu bangunan...pastikan
tempat itu 'dibersihkan' dan dipagar
terlebih dahulu...
Begitu pula mana-mana laluan jin ter-
masuk laluan 'mereka' pergi ke tempat-
tempat pemujaan atau sajian...mendiri-
kan rumah akan menjadikan kediaman anda
menjadi tempat persinggahan atau mungkin
menarik 'mereka' untuk tinggal disitu...
Kalau anda merasa sesuatu bilik itu kurang
selesa...selalu rasa tidak sihat didalamnya
....maka sebaiknya dapatkan 'rawatan tempat'
atau tinggalkan...

Jumaat, 26 Oktober 2012
...Saat Maut Menjelang...
Ketika Malaikat maut...
mencabut engkau (ruh) keluar...
dari jasadmu...
Maka sejuk kematian itu...
mula menjalar dari hujung jari kaki....
perlahan-lahan meresapi segenap....
urat darah...tulang belulang...daging
dan kulitmu...bahkan setiap romamu...
Detik demi detik...akhirnya...
nyawamu sampai di tenggorok...
darahmu mula dingin membeku...
nafasmu...tinggal satu...satu...
penuh kepayahan...
Di saat yang sebegitu genting...
engkau akan diperlihatkan...
seluruh kehidupanmu di dunia...
Segala kenangan pahit manis...
segala ketaatan...kelalaian dan
kedurhakaan...
akan tergambar sejelas-jelasnya...
terpahat dalam ingatan dan perasaanmu...
Ketika itu...
seandainya ada engkau berlaku syirik
kepada Tuhanmu...
nescaya engkau akan melihat hakikat
kesesatanmu itu...
sehingga engkau sedar dan insaf...
Dan bagi yang kufur dan kafir terhadap
Tuhannya...
akan diperlihatkan hakikat kekufuran dan
kekafirannya itu...
sehingga ia menjadi insaf dan beriman...
Namun ingatlah...
segala-galanya hanya sia-sia belaka...
kerana pintu taubat untukmu telah tertutup...
Bahagialah bagi engkau yang baik amal
dan imanmu...
Tapi bagi engkau yang sebaliknya....
bawalah rintihan penyesalanmu itu ke alam
kematian...
Engkau telah melihat tempatmu...
di taman Syurga...atau di jurang neraka...
Selamat jalan...dan kembalilah engkau

Khamis, 18 Oktober 2012
Bukan Jin Islam Baik...
Apabila jin mendampingi manusia maka ia
akan mejadikan manusia itu bergantung
harap atau meminta pertolongan kepada-
nya...
Maka jin itu menjerumuskan ia ke dalam
kesesatan...
Perbandingannya kalau anda diganggu jin
maka anda mungkin sekadar sakit badan
juga mengalami gangguan fikiran dan
perasaan...
...tapi kalau mendampingi jin...kesesatan
itu bahayanya adalah masuk neraka...
Kerana itu jin Islam yang baik tidak akan
mendampingi manusia...kerana ia tahu
hal yang tersebut akan menjejaskan
akidah orangnya...dan juga membawa ke-
rosakan akidah kepada orang lain...
Jin yang biasa mendampingi manusia ada-
lah jin Islam fasik...tapi lebih kerap adalah
jin munafik atau jin kafir...
'Kesolehan' yang diperlihatkan oleh jin
pendamping biasanya sekadar tipu helah
psikologi agar ia dianggap baik...dan
mudah mendapat kepercayaan tuannya
juga orang lain...
...malah tidak kurang jin yang tinggi ilmu
agamanya tapi ia pergunakan ilmu akhirat
itu untuk alat pencapai segala cita-cita
keduniaannya...

Air Doa Bomoh JIn...
Air yang didoakan atau dibuat oleh bomoh
jin adalah air yang mengandungi bisa jin...
Apabila anda meminumnya...bisa air tersebut
akan membuka ruang laluan masuk jinnya ke
dalam badan...
Dari segi 'perubatannya'...jin bomoh tersebut
akan masuk badan dan menyerang atau meng-
halau jin yang mengganggu anda...
Apabila jin pengganggu itu lari...maka gejala
gangguan atau penyakit yang disebabkan
olehnya mungkin akan berkurang atau sembuh.
Ruang yang ditinggalkan oleh jin tadi akan di-
isi oleh jin bomoh...
Kadang-kadang jin bomoh tersebut hanya
tinggal sementara dan keluar...mungkin kerana
balik kepada tuannya atau sebagainya...maka
biasanya jin pengganggu akan masuk semula.
...maka 'penyakit' lama akan berulang...
Kadang-kadang jin bomoh itu tinggal terus
dan ia pula yang bersarang dalam badan anda
yang akhirnya...anda akan dapat gejala
gangguan atau penyakit baru mengikut ke-
pakaran jin tadi...
Malah tidak kurang jin bomoh yang beranak
pinak dalam badan dan menjadi saka yang
melarat kepada keluarga atau keturunan
anda...
Seperkara juga perlu diambil perhatian...
kalau jin bomoh itu dapat menghalau jin
pengganggu tadi...maka jin bomoh tersebut
lebih kuat...
Maka apabila ia mula mencengkam anda
pasti akibatnya akan lebih parah...dan ia
akan lebih kuat melawan rawatan bersih.
Ada pula...bomohnya sekadar jadi alat
jin tersebut untuk memindahkan sekutu
atau keluarganya kepada manusia lain...
...maka hasil rawatan bukan bertambah baik
tapi anda akan mendapat lebih banyak jin
baru yang menumpang tinggal dan makan
dalam badan anda...iaitu anda bertambah
sakit...

Selasa, 16 Oktober 2012
...Apabila Jin Bercakap (02)....
Seorang ibu menceritakan....sebaik saja
iparnya suami isteri balik dari berjumpa
seorang perawat...ibu itu perasan sangat
mereka tidak mahu menjamah masakan-
nya seperti biasa malah masak baru
untuk mereka...
Esoknya masakan si ibu tadi mereka beri
makan pada ayam...
Dari seorang rakan akhirnya ibu itu tahu
ada antara orang yang di rawat oleh per-
awat yang berkenaan kerasukan...
Jin yang merasuk itu memberitahu si ibu
itu mencampurkn darah babi ke masakan-
nya untuk menundukkan mereka se-
keluarga kerana tamak kepada harta....
Setakat saya tahu.....jin itu bercakap
bohong tapi jin itu memang pandai men-
gambil kesempatan dari kebencian dalam
diam-diam mereka kepada si ibu tadi...
Saya sering menemani guru (pkt 2) yang
juga rakan (ust Salehuddin) merawat...dan
dulu saya selalu harapkan pesakit yang
dirawat akan kerasukan...
...hinggalah saya tahu 'tak ada harapan'...
apabila Ustaz beritahu saya ia sengaja
mengunci pesakit agar tidak dirasuki
dan bercakap...
...buat apa bagi bercakap kalau sekadar
berbohong dan memfitnah ? kata Ustaz.
Saya setuju dengan ustaz...tapi bagi saya
pula ada sikit masalah.....hampir-hampir
jin tidak pernah bercakap kalau saya yang
rukyah....
Setakat saya tahu...saya tidak tahu teknik
mengunci..tapi saya cukup meluat tengok
jin merasuk dan bercakap...
Sepanjang yang saya pernah lihat...jin itu
akan mencampur adukkan antara yang
benar dan yang salah...dan tidak kurang
yang hebat berlagak seperti wali-wali
atau orang-orang alim...
Malah yang menipu dalam rawatan pun
banyak...kononnya nak keluar tapi se-
benarnya bersembunyi dalam badan atau
pada kaki tangan pesakit...dan sebagainya.
Setakat yang saya fahami...kalau anda
suka bercakap dengan jin merasuk...anda
akan jadi pilihan utama kelentongnya...
kecuali bagi anda yang berpengalaman dan
memahami taktik jin ini...
Ustaz pernah menceritakan ada anak murid
baru...ia cepat saja merawat orang lain
walaupun telah diingatkan guna untuk diri
dan keluarga dahulu...terutamanya kerana
masih kurang pengalaman...
...namun ia terus merawat orang lain dan
merasa bangga apabila jin yang mengganggu
itu merasuki pesakitnya dan bercakap...
Akhirnya rakan baru itu menelefon ustaz
dan bertanya "macam mana nak buat ni ustaz
sudah berbelas jam jin ini bercakap tapi tidak
mahu juga keluar-keluar !"
...nasib baik saja tempat itu taklah jauh sangat
maka mudah ustaz datang selesaikannya...
dengan izin Tuhan...

Rabu, 10 Oktober 2012
...Apabila Jin Bercakap...
Semasa dirawat...tiba-tiba Puan AA dirasuk
oleh jin yang mengaku sebagai pendamping
kepada Puan BB...
Jin itu mendedahkan beberapa rahsia Puan
BB yang belum diketahui orang...
Menurut jin tersebut...kehancuran rumah
tangga tuan rumah serta beberapa ahli
keluarganya adalah dari sebab Puan BB yang
dengki dan mengenakan sihir kepada mereka.
Dan lebih buruk lagi...sakit misteri ibu tuan
rumah sehingga meninggalnya....juga adalah
kerana Puan BB turut memberinya makan
racun sihir...
"...ooh! patutlah masa ia ziarah ibu dulu...ia
suap makan...rupa-rupanya ada niat jahat-
nya..." kata si tuan rumah...
Saya tahu secara faktanya...jin itu bercakap
bohong dan memfitnah....
Tuan rumah bercerai sebelum Puan BB datang
ke kampung itu lagi...maka ia tiada kaitan....
Begitu pula pada ahli keluarga lainnya...ada
yang bercerai kerana ada orang ketiga...juga
ada kerana ada 'jin ketiga' ( gangguan jin saka).
Ibunya pula sakit misteri hingga meninggal
kerana jin sihir yang berpindah setelah kematian
suaminya dengan gejala sakit yang sama...
Bagi anda yang menjadi perawat......anda ber-
tanggungjawab sepenuhnya akibat daripada
penyebaran fitnah oleh jin yang memperdayakan
anda juga orang yang hadir dalam majlis anda...
serta semua akibatnya...
Sesungguhnya dosa fitnah itu lebih besar dari-
pada dosa membunuh...kerana ia akan melibat-
kan ramai orang serta sangat banyak akibatnya...
...malah boleh menyebabkan rasa kebencian
serta permusuhan yang berpanjangan...
Walloohu a'lam

Langgan:
Catatan (Atom)