Apabila jin mendampingi manusia maka ia
akan mejadikan manusia itu bergantung
harap atau meminta pertolongan kepada-
nya...
Maka jin itu menjerumuskan ia ke dalam
kesesatan...
Perbandingannya kalau anda diganggu jin
maka anda mungkin sekadar sakit badan
juga mengalami gangguan fikiran dan
perasaan...
...tapi kalau mendampingi jin...kesesatan
itu bahayanya adalah masuk neraka...
Kerana itu jin Islam yang baik tidak akan
mendampingi manusia...kerana ia tahu
hal yang tersebut akan menjejaskan
akidah orangnya...dan juga membawa ke-
rosakan akidah kepada orang lain...
Jin yang biasa mendampingi manusia ada-
lah jin Islam fasik...tapi lebih kerap adalah
jin munafik atau jin kafir...
'Kesolehan' yang diperlihatkan oleh jin
pendamping biasanya sekadar tipu helah
psikologi agar ia dianggap baik...dan
mudah mendapat kepercayaan tuannya
juga orang lain...
...malah tidak kurang jin yang tinggi ilmu
agamanya tapi ia pergunakan ilmu akhirat
itu untuk alat pencapai segala cita-cita
keduniaannya...
Wallohu a'lam
Subhanallah.........Walaupun saya bukan seorang "perawat", namun saya dapat 100% setuju dengan apa yang En. Junied ceritakan.
BalasPadamIni bedasarkan pengalaman saya bedamping dengan kakak saya yang pada di "kuasai" oleh "jin fasik/munafik/kafir". Saya dikaburkan oleh oleh jin tersebut sebagai jin islam yang alim yang bergelar "Habib". Disebabkan saya yang paling rapat dengan kakak saya ity, saya dikaburkan dengan mimpi kononnya jin tersebut adalah alim dan mempunyai ilmu agama yang mendalam. Disuruhnya saya dan keluarga saya memgerjakan sembahyang, merawat kami dari gangguan "jin-jin" lain dan meletakkan kepercayaan yang ianya adalah jin islam yang yang benar-benar tulen.
Alhamdullillah, saya diberi kesedaran dan hikmah oleh Allah dengan berlakunya benda-benda yang membuat saya sedikit demi sedikit hilang "kepercayaan" kepada kakak saya dan pendamping beliau. Pertamanya, akhlak kakak saya itu tidak menunjukkan seorang yang dirahmati Allah. Beliau senang panas baran, memgambil kesempatan terhadap saya dengan sentias membuat saya ingin menghulurkan wang/pertolongan kepadanya, mementingkan kewangan dari keluarga, menipu untuk kepentingan diri, merawat hanya pada mereka yang "berwang/berduit/berada", tidak percaya pada orang lain dan senang memutuskan siratulrahim.
Ini semuanya disebabkan sifat jin tersebut yang fasik/munafik/kafir. Seperti kata En Junied, jin islam tidak akan mejejaskan akhlak dan akidah manusia. Tetapi disebabkan ianya bukan jin islam, maka itulah misi dan visi jin tersebut......menyesatkan manusia dengan terlalu bergantung harapan kepadanya.
Astagfirullahilazim............!!
Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana "mengeluarkan" saya dari genggaman kakak saya dan jin pendampingnya. Allah memberi banyak petunjuk yang jin tersebut adalah fasik/munafik/kafir......walaupun pada mulanya saya bermimpi yang jin tersebut islam. Pada mulanya, ianya datang dalam mimpi saya dengan berjubah putih dan membawa rantai rantai cystal yang bergemelapan dan bersinar-sinar. Semuanya berkeadaan putih, tetapi jin-jin tersebut tidak dapat saya lihat muka mereka kerana mereka membelakangkan saya (tidak mengadap saya)!!
Alhamdullillah dan syukur sebanyak-banyaknya kerana Allah telah "menarik" saya keluar dari kepomnpong kakak saya apabila berlaku sedikit pertengkaran dengannya. Itulah cara Allah menyedarkan saya!
Tetapi, sedihnya, kakak saya itu telah dikuasai oleh "Habib" tersebut dengan mendodoikan beliau dengan kesenangan wang yang didapati dengan merawat orang-orang berada/kaya yang sentiasa menghulurkan wang untul perubantan beliau. Sudah lama saya tidak melihat kakak saya, tetapi minggu lepas beliau tib-tiba muncul di majlis pengkebumian emak saudara saya dengan kereta Mercedes!
Kakak saya memang telah menjadi kaya-raya sekarang ini, tetapi, Astagfirullahilazim.......Nauzubilah........beliau disogokkan/dilekakan/diselewangkan oleh jin tersebut dengan duniawi dan
digelapkan akhiratnya!
Saya yakin kakak saya percaya yang Allah telah mencapaikan cita-citanya, tanpa menyedari yang sebenarnya cita-cita jin tersebut yang telah tercapai.......merosakkan akidahnya!
sy ingin sgt berbual dgn anda.. plz email sy purpleross.81@gmail.com
PadamSaya minta maaf sangat-sangat pada anda
Padammemandangkan masa yang sangat terhad
sekurang-kurangnya hingga masa ini saya
tidak dapat menghubungi email anda...
malah blog ini pun dah agak lama saya tak
belek...
Saya minta maaf juga ya atas kelewatan membalas ulasan anda...
Wallohu a'lam
Terima kasih Thrifty atas perkongsiannya.
BalasPadamSemoga Tuhan melindungi Thrifty sekeluarga
dan memberi hidayah pada kakak tu...Amin.
Salam tuan junied..saya ada perkara yang sangat musykil..suami saya mempunyai jin islam yg berasal dr keturunannya..dan sekarang jin itu sentiasa berada disampingnya dimana jua berada..manakala adiknya pula dianugerahkan kashaf yg mana dia boleh nampak dunia jin..dia boleh berkomunikasi dengan jin..oleh sebab itu lah saya mengetahui suami saya ada jin islam..pernah sekali saya suruh suami saya lepaskan jin islam tersebut..adik saya berkomunikasi dengan jin tersebut mohon dilepaskan..tetapi jin tersebut enggan dan alasannya dia telah ikut perjanjian moyang suami saya..
BalasPadamAdik saya mengetahui jin tersebut islam kerana dia boleh menembusi pagar rumah(pagar alam ghaib) dan adik saya Nampak dia solat dan buat amalan beribadat kepada Allah. Adakah jin islam boleh menembusi pagar yg menggunakan ayat2 AQ??. Dan dalam masa yang sama jin tersebut menasihati suami saya melakukan perkara yang baik..contohnya, mengajak suami saya ke surau, lakukan solat taubat dan tahjud..itu yang menjadikan bukti yg jin itu islam..
Baru2 ini saya dimasuki jin kafir..suami saya berusaha mengeluarkan jin tersebut dgn menggunakan ayat AQ..setelah berjaya keluarkan jin kafir(yg dikenali sebagai Pontianak) tersebut, jin islam terus menangkap dan bunuh jin kafir tersebut atas arahan suami saya..setiap kali ada sahaja jin kafir yg menganggu keluarga saya ada yang dibunuh dan dilepaskan..Apakah hokum membunuh jin kafir atau islam??
Apakah hokumnya mempunyai jin islam?Adakah berdosa?
Bagaimana caranya untuk menghalau jin islam yg terdamping itu?
Pernah suami saya buka doa rukyah dlm computer..dan didapati jin islam tersebut memasuki tubuh suami saya kerana tidak tahan dengan doa tersebut..selepas itu suami saya keletihan kerana tenaganya telah ditarik oleh jin islam tersebut…
Apa patut saya buat?
Wa alaikum salam wbkth prince75...
BalasPadam1.Perjanjian dengan nenek moyang itu
alasan biasa...malah kalau tak ada
perjanjian pun...jin biasanya akan
cari 'alasan lojik' nak damping
manusia termasuk alasan yang dibuat-
buatnya...
2.Setakat menembusi pagar ghoib...solat
dan beramal ibadat...jin kafir atau
lebih-lebih lagi jin munafik pun boleh
buat...maka ia bukan bukti kukuh untuk
nak kata ia jin Islam...
3.Jin kafir nenek seorang rakan yang
suka minta jamu makan dan darah pun
selalu suruh nenek dan keluarganya
solat...baca Qur'an dan sebagainya...
Maka bukan juga bukti kukuh ianya jin
Islam...
Malah jin yang pakar psikologi biasanya
menyuruh kepada kebaikan...dan biasanya
ia ada ruang lain untuk menyesatkan
seseorang itu tanpa disedari...
4.apabila jin itu nampaknya 'banyak jasa'
dengan kita sekeluarga...maka kita atau
juga ahli keluarga kita lain tanpa sedar
akan rasa memerlukan jin itu demi kebai-
kan dan keselamatan...
...iaitu kita jatuh syirik...
Kalau tidak sekarang...tapi pasti akan
sampai juga masanya apabila hati kita
sudah lali dan lalai...
Saya setuju dengan pendapat seorang rakan
iaitu dari segi tasauf...tidak ada ruang-
nya membolehkan kita berdamping dengan
jin atau meminta kepada jin tidak kira
jin apa pun ia...
...apabila kita mula berdamping dengan
jin....maka samalah seperti kita mula
mengetuk pintu neraka...kesesatan sudah
mula membayangi di depan mata...
5.Nabi SAW pernah meminta agar kita mem-
beri peringatan kepada ular masuk rumah
sebelum membunuhnya...kerana ia mungkin
jin Islam tapi ianya cuma pada kawasan
Mekah dan Madinah saja...
Dan saya belum pernah pula jumpa mana-
mana larangan lain terutama agar tidak
boleh membunuh jin Islam atau jin Kafir.
Salah satu sebabnya kerana darjat kita manusia jauh lebih tinggi...dan kita
Khalifah atas muka bumi...maka saya ber-
pendapat soal bunuh jin itu terpulang
pada kemampuan...budibicara dan pertim-
bangan perikemanusiaan kita masing-masing.
(harap pembaca betulkan jika saya ter-
silap)...
Ooo darjat lebih tinggi.. sumbungnye..
PadamKedudukan ini Allah beri bukannya kita rasa rasa sendiri...kita semua makhluk Allah tak ada sebab nak menyombong...
Padam6.Jika kita didampingi atas sebab yang
BalasPadamdiluar kemampuan dan kemahuan...iaitu
bukan kita sengajakan...kita sebenarnya
lebih kepada teraniaya...kita tidak
bersalah...
Tapi apabila kita sengajakan atau kita
suka serta mempergunakannya...
kita terdedah kepada bahaya syirik...
selain terdedah kepada kejahatan jin
tersebut...
Bagi saya lebih selamat kita sentiasa
bersangka buruk pada mana juga jin
kerana pada hakikatnya jin itu kita
tidak kenal 'siapa sebenarnya ia'...
Malah terbukti jin yang mendampingi
manusia itu biasanya pakar psikologi
dan sangat cekap mempergunakan kela-
laian dan kelemahan manusia dampingan-
nya...selain pakar menipu dan sebagai-
nya...
7.Tindakbalas suami puan pada doa
rukyah itu menunjukkan jin tersebut
telah meresapkan angin bisanya dalam
tubuhnya...dan biasanya kerana ia ber-
tujuan jahat...
Dengan racun angin bisa itu ia akan
cuba menguasai suami puan...akan men-
bulkan berbagai jenis penyakit dan
gangguan...juga mendedahkan suami
puan kepada serangan jin tersebut...
Malah kalau ada yang mampu...sebaiknya
dibunuh saja jin tersebut...ia tidak
akan lagi sebegitu mudah melepaskan
suami puan dari cengkamannya...
Doa itu dengan izin Tuhan sesuai sebagai
rawatan seperti amal sendiri...dengar...
buat air untuk minum dan mandi dan seba-
gainya...
...atau kalau mampu amal ayat Manzil...
Bagaimana pun bagi kes sebegini..suami
puan juga perlu rawatan 'pakar'...maka
carilah perawat berpengalaman yang di-
yakini sambil juga beramal sendiri...
Wallohu a'lam
Kalau bnyk lagi yg tak tau baik diam
PadamSebaliknya kita manafaatkan sedikit
Padamyang kita tahu agar kita tidak terjerumus ke dalam banyak perkara yang kita tidak tahu...
Terima kasih Tuan Junied atas nasihat dan cadangan yang diberikan..hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya..
BalasPadamSaya takut dengan balasan Allah S.W.T didunia dan di akhirat..
Insyaallah atas nasihat yg diberikan saya akan cuba lakukan..tapi saya ingin bertanya, tuan junied ada cadangan x dengan Pakar rawatan yang berpengalaman??kebanyakkan yang saya tahu, majoriti pengamal perubatan ada berdamping dengan jin islam..sbb adik saya sendiri yang nampak..dan dalam masa yang sama perawat tersebut menggunakan ayat AQ..
Suami saya pernah buat rawatan untuk buang kesemua saka nenek moyangnya..Allahamdulillah dgn izin Allah, saka tersebut dpt dibuang..kata perawat tersebut, kebanyakkannya semua jin kafir yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi..wallohu a'lam..sekarang ni hanya tinggal satu sahaja..yg sedang berdamping ngan suami saya..suami saya pernah meminta perawat tersebut membuangnya..perawat tersebut enggan kerana katanya jin tersebut jin islam dan dia baik..saya sangat rasa was2 dgn tindakan tersebut..
saya ada lagi beberapa pertanyaan..
1. Ada tak mana2 hadis atau ayat2 AQ mengatakan kita tidak boleh berkawan dgn jin islam?kalau ada tolong bagi contoh..saya ingin sampaikan bukti tersebut pada suami saya..
2.Benarkah ada ulamak yg mengatakan kita boleh berkawan dgn jin islam..tetapi ulamak tersebut tak galakan kerana takut kita tergelincir akidah.Kenapa ulamak ni berlapik2 lagi ye..mungkin dia ada alasan yg kukuh..dan benarkan ada jin yang betul2 warak?
3.Bagaimana caranya kita membangkitkan aura dgn menggunakan ayat2 AQ?Kalau tuan Junied ada ilmu tolong kongsi bersama..saya berharap sangat..dan berapa lama aura tersebut terbina..
4.Kita hanya mintak tolong dgn Allah SWT sahaja..bkn selain drp Allah..pernah saya nasihatkn pada suami saya dan dia tidak menafikan perkara tersebut..dan saya suruh dia buang jin islam tersebut kerana saya bimbang jatuh kepada syirik..dan dia bagi alasan mmg dia tak mintak tolong pada jin islam tersebut dia mintak pada Allah swt, tetapi melalui jin tersebut..begitulah ungkapan suami saya..dan dia bagi contoh pada saya..ungkapan suami saya berbunyi begini "contoh rezeki..Allah yang bagi rezeki pada kita melalui siapa?" saya sangat keliru..tolong jelaskan masalah ini Tuan Junied..
Sama-sama...
BalasPadam1.Tentang nas dengan jin Islam itu saya
kurang tahu tapi oleh kerana perdampingan
dengan jin itu walau dikatakan Jin Islam
boleh membawa kepada kesesatan (syirik...
kerana menjadikan ia perantara atau tempat
meminta pertolongan)...maka ia dipanggil
syaitan kerana ia buat kerja syaitan
(menyesatkan manusia)....
Maksud ayat 60 S.Yasin antaranya menyebut-
kan bahawa syaitan itu adalah musuh nyata
bagi manusia...
Maksud ayat 62 s.Yasin...sesungguhnya syai-
tan itu telah menyesatkan sebahagian besar
diantaramu.....maka apakah kamu tidak memi-
kirkan ?
...dan selainnya cubalah bertanya pada yang
lebih tahu ya...
2.Berkawan bermaksud kita tidak menjadikan
diri kita atau diri mereka sebagai hamba
atau seperti kita berkenalan begitu2 saja
tanpa sebarang syarat dan perdampingan....
Iaitu berkawan sebagai saudara seagama se-
mata-mata...(harap pembaca betulkan jika
saya tersilap)...
Seperti manusia...ada yang warak...dan bia-
sanya ia tidak akan melibatkan diri secara
langsung dalam dunia manusia...
Namun semua jin yang menjadi pendamping
manusia biasanya jin Islam jahat...munafik
atau jin kafir kerana pasti ada tujuan
keduniaannya...(kepentingan jin tersebut).
...akan bersambung...Insya Allah...
BalasPadam4.Pada asasnya...
BalasPadama.Meminta pada sesuatu yang ghoib selain
Allah...maka jatuh syirik atau menyekutu-
kan Tuhan...
b.Meminta Pada Tuhan melalui sesuatu per-
antara samada yang kelihatan atau tidak...
juga jatuh syirik...
...dan ia sama seperti golongan yang me-
minta kepada Tuhan melalui berhala...
Sesungguhnya Tuhan itu lebih dekat kepada
setiap kita daripada urat leher kita
sendiri...maka tidak perlu sebarang perantara...
c.Meminta kepada manusia dibolehkan sesuai
dengan kemampuan manusia biasa...
Tapi apabila kita meminta sesuatu yang pada
dasarnya perlu minta kepada Tuhan...maka
jatuh syirik...contohnya minta kesembuhan...
minta murah rezeki...minta panjang umur...
minta selamat dunia akhirat...dan sebagainya.
d.Rezeki selalu sampai melalui tangan-
tangan makhluk terutama yang berbentuk benda...tapi ia samasekali bukan ber-
erti kita telah memohon kepada makhluk
malah inilah peraturan alam yang Tuhan
sudah tetapkan...maka tidak ada masalah-
nya...
Ada juga rezeki yang terus dari Tuhan
seperti hidup...iman...kesembuhan...
kesihatan...ketenangan....kegembiraan
...kenyang...dan sebagainya....
3.Tentang pembangkitan aura...ia biasanya
BalasPadamberkaitan dengan ilmu pernafasan...
Dengannya kita bukan setakat membaca se-
suatu ayat atau zikir tapi juga menyatu-
kannya dengan kekuatan dalaman (kekuatan
ruh dengan lebih banyak dari kebiasaannya).
Ini adalah rahsia yang membezakan antara
kesan zikir atau rukyah semata-mata dengan
kesan zikir atau rukyah berserta ilmu pernafasan...
Sebaiknya ia dipelajari melalui guru seca-
ra berdepan...
Cuma sebagai suatu petua...saya telah nyata-
kan cara ini pada blog rnj melalui tajuk
3 Qul pernafasan...
...iaitu apabila kita membaca sesuatu...
bacakan pada tapak tangan seperti sedang
berdoa...tiup atau ludah ringan...tutup
muka dan tarik nafas dalam-dalam...
...tahan nafas...sambil sapukan kedua
tapak tangan tadi dari muka ke atas kepala
...turun melalui belakang kepala...dan terus
sapu mana-mana yang dapat dicapai hingga ke-hujung kedua kaki...baru lepas nafas dalam-
dalam...
Kalau kita ada gangguan angin bisa...kesan-
nya boleh dirasa serta merta bergantung
banyak sedikitnya angin bisa dalam badan...
Beberapa perkara yang sebaiknya diambil
perhatian...apabila mula menyapu muka...
tutup mata hingga selesai sapu dihujng kaki.
Tapak tangan sebaiknya tidak terangkat
dari badan selama menyapu badan...
Sebaiknya guna Surah atau ayat lazim seperti
Fatihah...ayat Kursi...3 Qul...dan boleh
ditambah dengan ayat atau suroh lain...
terutama yang biasa kita amalkan...juga
doa-doa pendinding...
Dengan kaedah ini...apa juga amalan pen-
dinding akan lebih cepat berkesan..sebati
dan jika dibuat berterusan sebagai amalan
harian akan lebih cepat bertambah tebal
auranya berbanding dibaca begitu saja...
Insya Allah...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum Tuan Junied dan Puan Prince75,
BalasPadamSaya cuma nak kongsi ayat Quran yg ada perkaitan dgn perkara yg dibincangkan, mudah2an ada manfaatnya utk kita bersama.
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada golongan jin, kerana dengan permintaan itu maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan".(Surah Al-Jin:ayat 6)
Mungkin Puan Prince75 boleh cuba cari tafsir yg lebih jelas bagi ayat di atas. Sebahagian pendapat menjadikan ayat ini sebagai dalil Allah melarang manusia dari bersahabat atau meminta pertolongan dari golongan jin.
Bagaimana pendapat Tuan Junied, maaf sekiranya saya mengganggu perbicaraan ini, sekadar perkongsian...
Terima kasih.
Salam Tuan Junied dan En.Zamannor..
BalasPadamAllahamdullah..Syukur kehadrat Allah..terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan..sedikit sebanyak ilmu yang diberikan itu dapat membantu saya dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya yg tidak putus mencari ilmu untuk mendapat keredhaan, keberkatan dan Rahmat dariNya..
Terima kasih semuanya..
Subahanalloh
Allahamdulillah
Allah huakbar...
Wa alaikum salam wbkth Tuan...
BalasPadamMaksud ayat tersebut sudah cukup jelas...
padat dan menyeluruh...dan menerangkan
dengan jelas bahaya...akibat juga
perangai sebenar makhluk jin yang men-
dampingi manusia...
Biasanya jin akan berusaha membuat agar
ia nampak bermanafaat sehingga kita rasa
memerlukannya...
Jin itu akan mempergunakan semua cara
serta tipu helah untuk tujuan ini...
dan kemudian ia mempergunakan juga
semua cara agar ia dapat segala-galanya
'kenikmatan' yang ia boleh perolehi dari manusia dampingannya...
...malah biasanya akan mempergunakannya
pula untuk 'melebarkan penguasaannya'
kepada manusia lain...
Kerana itu kejahatannya boleh sampai
kepada sesuatu peringkat yang mungkin
sama sekali di luar dugaan kita sendiri.
Terima kasih banyak-banyak atas perkong-
sian Tuan...dan harapnya Tuan terus sudi
berkongsi pengetahuan bila-bila masa
juga...
Saya yakin Puan Prince75 juga mudah me-
mahami huraian maksud ayat ini...Insya
Allah...
Wallohu a'lam
Wa alaikum salam wbkth Puan...
BalasPadamAmin...Insya Allah...
Salam Tuan junied dan puan prince75, Saya ingin memberi pendapat tentang Nas pertolongan Jin islam..Dlm AQ surah Jin ayat 6, Allah telah mlrng umat manusia meminta bantuan dengan Jin..wlbagaimnapun,tdk disebut Jin islam namun jika kita baca kisah kewafatan Nabi Zakaria,jelas Allah swt tidak mahu manusia meminta pertolongan selain drpdNya..Kisah Nabi Zakaria tersasul minta pertolongan malaikat Jibrail,Allah swt dengan murkaNya memberitahu kpd Nabi Zakariajika sekiranya beliau trsasul minta pertolongan dgn malaikat skali lg maka Nabi Zakaria terkeluar dari senarai Nabi.Begitu tinggi darjat malaikat berbanding Jin pun Allah swt tetap tidak mahu umat manusia minta pertolongan selain dariNya..fikir-fikirkan la ya.
BalasPadamwasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamYang dimaksudkan dalam ayat 6 tersebut
ialah jin yang diminta pertolongan oleh
manusia maka jin itu tidak akan menambah
selain kekeliruan...kesesatan dan dosa...
Ia tidak kira samada jin itu mengaku sebagai
Islam atau tidak...jin baik atau tidak...jin
jantan atau betina...jin muda atau jin tua dan
sebagainya...
Dalam perkara berkaitan akidah...tidak ada
benda kecilnya...semuanya perkara besar
kerana ia bererti berlakunya penyekutuan
terhadap Tuhan...iaitu walau sekadar kita
menganggap air itulah yang menghilangkan
haus kita dan bukannya Tuhan...maka jadi
syirik hukumnya...
Wallohu a'lam