Semasa dirawat...tiba-tiba Puan AA dirasuk
oleh jin yang mengaku sebagai pendamping
kepada Puan BB...
Jin itu mendedahkan beberapa rahsia Puan
BB yang belum diketahui orang...
Menurut jin tersebut...kehancuran rumah
tangga tuan rumah serta beberapa ahli
keluarganya adalah dari sebab Puan BB yang
dengki dan mengenakan sihir kepada mereka.
Dan lebih buruk lagi...sakit misteri ibu tuan
rumah sehingga meninggalnya....juga adalah
kerana Puan BB turut memberinya makan
racun sihir...
"...ooh! patutlah masa ia ziarah ibu dulu...ia
suap makan...rupa-rupanya ada niat jahat-
nya..." kata si tuan rumah...
Saya tahu secara faktanya...jin itu bercakap
bohong dan memfitnah....
Tuan rumah bercerai sebelum Puan BB datang
ke kampung itu lagi...maka ia tiada kaitan....
Begitu pula pada ahli keluarga lainnya...ada
yang bercerai kerana ada orang ketiga...juga
ada kerana ada 'jin ketiga' ( gangguan jin saka).
Ibunya pula sakit misteri hingga meninggal
kerana jin sihir yang berpindah setelah kematian
suaminya dengan gejala sakit yang sama...
Bagi anda yang menjadi perawat......anda ber-
tanggungjawab sepenuhnya akibat daripada
penyebaran fitnah oleh jin yang memperdayakan
anda juga orang yang hadir dalam majlis anda...
serta semua akibatnya...
Sesungguhnya dosa fitnah itu lebih besar dari-
pada dosa membunuh...kerana ia akan melibat-
kan ramai orang serta sangat banyak akibatnya...
...malah boleh menyebabkan rasa kebencian
serta permusuhan yang berpanjangan...
Walloohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan