Apabila kakak itu menutup mata dan menumpukan
perhatian...ia melihat satu patung di atas busut....
dan ada jarum yang menikam pada uluhati serta
ubun-ubunnya.
Saya meminta kakak itu terus menutup mata dan
cuba menyentuh bahagian uluhatinya...dan kakak
itu beritahu ia dapat memegang sebatang besi
yang tertanam menyucuk uluhatinya tersebut.
Kakak itu membaca suroh Al Falaq sambil me-
nggenggam batang besi itu lalu cuba men-
cabutnya sekuat hati...namun tangannya tak
bergerak
Kakak itu kelihatan terpaku sehinggakan hampir
saya menyangkanya kerasukan...namun kakak
itu kemudian membuka mata dan kelihatan cemas.
" Saya tidak dapat cabut..." kata kakak tersebut
maka saya pula cuba mencabutnya dengan gerak
berserta pernafasan beberapa kali...namun besi
itu langsung tak bergerak sedikit pun.
Ini pengalaman pertama saya tidak dapat men-
cabut tikaman pada pesakit dan saya sendiri
tidak tahu sebabnya.
Saya meminta kakak itu menutup mata sekali lagi
dan menumpukan perhatian...dan dengan izin
Tuhan kakak itu beritahu ada dua lembaga hitam
tinggi menahan dengan tangan mereka pada ke-
dua-dua batang jarum ..
...iaitu pada uluhati dan ubun-ubun....
Saya membaca Ayat Kursi dan membayang-
kan sebatang lembing lalu niat merejam ke arah
jantung lembaga hitam di depan patung kemudian
gerak niat mencabut besi pada uluhati kakak
tersebut....dengan izin Tuhan...ia tercabut....
...begitu pula besi pada bahagian kepalanya....
Selama ini memang kakak itu mengalami sakit
pada uluhati dan kepalanya...dan biasanya bagi
sakit yang disebabkan oleh rejaman senjata jin
....senjata itu dan lukanya perlu dibuang atau di-
tarik.
Kalau setakat dirukyah ringkas mungkin sakit-
nya akan hilang sementara dan kemudiannya
akan datang semula...kecuali kalau dirukyah
sehingga pesakit muntah.
Sebaik sahaja batang besi dibahagian kepalanya
dicabut...bayangan patung itu turut hilang...me-
nandakan sihir tersebut terbatal.
Saya berpendapat ini juga adalah kes jin sihir
yang pernah bertuan melakukan kejahatan sihir
secara sendiri tanpa di suruh atau penglibatan
seseorang manusia.
Wallohu a'lam
Assalamualaikum
BalasPadamRasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini.
En Junied,
Sudah hampir bebulan lamanya telinga saya sebelah kanan mengalami "berbunyi berdesing" tisp2 hari, tetutamanya pada waktu pagi.
Pada bulan April yang lepas, saya berkesempatan menemui pakar ENT dan telah disahkan bahawa telinga kanan saya disumbat oleh "tahi telinga" atau "ear wax" yang banyak dan keras. Setelah "dilembutkan" telinga kanan saya itu dengan ear drops, ianya berjaya dikeluarkan fan bunyi "berdesing" pun hilang. Alhamdullilah. Tetapi, minggu berikutnya, telinga sebelah kanan saya kiri saya pula mula "berdesing". Pakar ENT seterusnya dapat mengeluarkan "tahi telinga" atau ear wax yang sudah keras juga di sebelah kiri. Cuma sehari saja saya "dibebaskan" dari bunyi "berdesing" tersebut. Kedua-dua telinga saya mula "berdesing", terutamanya waktu malam dan pagi.
Saya menemui pakar yang sama dan beliau membuat scan yang menunjukkan kedua-kedua belah telinga saya bebas dari sebarang sumbatan atau ear wax. Beliau memberi saya ubat untuk dimakan selama seminggu, tetapi bunyi "berdesing" tetap tidak hilang.
Saya ciba juga membacakan ayat kursi dan tiga Qulsambil menutup kedua-dua belah telinga saya, tetapi ia tetap sama.
Keadaan biasanya "reda" apabila saya sibuk dengan kerja-kerja seharian atau apabila mendengar bunyi radio atau TV.
Pada pendapat En Junied, apakah yang menyebabkan bunyi "berdesing" ini berlarutan? Apakah cara terbaik untuk mengubatinya?
Terima kasih. Jazakullah khair.
Assalamualaikum
BalasPadamRasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini.
En Junied,
Sudah hampir bebulan lamanya telinga saya sebelah kanan mengalami "berbunyi berdesing" tisp2 hari, tetutamanya pada waktu pagi.
Pada bulan April yang lepas, saya berkesempatan menemui pakar ENT dan telah disahkan bahawa telinga kanan saya disumbat oleh "tahi telinga" atau "ear wax" yang banyak dan keras. Setelah "dilembutkan" telinga kanan saya itu dengan ear drops, ianya berjaya dikeluarkan fan bunyi "berdesing" pun hilang. Alhamdullilah. Tetapi, minggu berikutnya, telinga sebelah kanan saya kiri saya pula mula "berdesing". Pakar ENT seterusnya dapat mengeluarkan "tahi telinga" atau ear wax yang sudah keras juga di sebelah kiri. Cuma sehari saja saya "dibebaskan" dari bunyi "berdesing" tersebut. Kedua-dua telinga saya mula "berdesing", terutamanya waktu malam dan pagi.
Saya menemui pakar yang sama dan beliau membuat scan yang menunjukkan kedua-kedua belah telinga saya bebas dari sebarang sumbatan atau ear wax. Beliau memberi saya ubat untuk dimakan selama seminggu, tetapi bunyi "berdesing" tetap tidak hilang.
Saya ciba juga membacakan ayat kursi dan tiga Qulsambil menutup kedua-dua belah telinga saya, tetapi ia tetap sama.
Keadaan biasanya "reda" apabila saya sibuk dengan kerja-kerja seharian atau apabila mendengar bunyi radio atau TV.
Pada pendapat En Junied, apakah yang menyebabkan bunyi "berdesing" ini berlarutan? Apakah cara terbaik untuk mengubatinya?
Terima kasih. Jazakullah khair.
Assalamualaikum, encik. Saya juga menghadapi masalah yg sama iaitu telinga berdesing. Pergi klinik katanya disebabkan tahi telinga yg penuh namun setelah berjaya dibersihkan telinga masih berbunyi. Boleh saya tau bagaimana keadaan encik sekarang?
PadamWa alaikum salam wbkth TC...
BalasPadamSetakat yang saya faham ia adalah tanda kehadiran
jin di luar badan dan jin itu cuba menghubungi atau
mengatakan sesuatu kepada kita...namun berdesing
itu tandanya kegagalan usaha jin tersebut.
Jaga amalan...jangan terlalai dan jangan sekali-kali
ada niat untuk dihubungi jin tersebut kerana ia ada-
lah syaitan jin.
Tak perlu hiraukan....dan jangan pula kita berusaha
menumpukan perhatian pada bunyi tersebut kerana
ia boleh membuka laluan jin kepada kita.
Mudah-mudahan dengan izin Tuhan...akhirnya jin
itu akan pergi atau berputus asa...
Wallohu a'lam
mungkin juga tanda kelemahan pada buah pingang..cuba bekam bahagian pingang..
BalasPadamAs salam PI...saya percaya ini salah satu saranan yang baik...terima kasih atas perkongsiannya...
BalasPadamWallohu a'lam
Assalam. Terima kasih En Junied dan Permato Ijo di atas penerangan yang diberikan.
BalasPadamInsyallah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti nasihat En, Junied dan menjaga amalan-amalan yang biasa saya lakukan.
Berkenaan dengan buah pinggang saya, sememangnya saya sejak kebelakangan ini kerap sangat nak membuang air kecil setiap kali setelah meminum air, samada sedikit atau banyak, Kalau banyak saya minum, dalam setengah jam dah nak ke toilet dan setelah membuang air kecil tu, badan saya terus menjadi semacam lemah, pusing kepala dan terasa "kosong dan kering". Ini menyebabkan saya terpaksa minum air semula untukl menampung air yang "telah keluar".
Juga, kalau saya da terasa nak buang air kecil, biasanya terus menerus saya dah tak boleh tahan. Macam nak terkeluar sangat da....(minta maaf bahasa saya).
Saya sebenarnya sudah takut untuk menemui tukang bekam.....takut menemui yang ada "benda dan ilmu lain" pada pembekamnya.
Soalan saya:
1) Adakah buah pinggang saya sudah lemah/tersumbat?
2) Ada cara lain untuk mengubati kelemahan buah pinggang saya ini?
Terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth TF...
Padam1.Wallohu a'lam...namun biasanya 'kerap dan kurang terkawal' itu dari sebab buah pinggang.
Sebaiknya kurangkan minuman manis apalagi
jus buah-buahan atau perasa minuman tiruan...
dan sekali sekala minum air mesin penapis
air untuk mencuci buah pinggang.
Namun rasa lemah atau terasa pusing itu
sepertinya lebih kepada punca lain terutama gangguan.
Untuk penerangan lain mengenai buah pinggang
saya kurang tahu tapi mudah-mudahan kalau
berkesempatan PI sudi berkongsi tentangnya.
Kadang-kadang ada juga pembekam yang ada
ilmu atau benda lain...maka sebaiknya kita
cari yang tidak ada keraguan.
Dari segi gangguan...puan sebaiknya terus
jaga amalan dan rawatan kalau perlu...
terutama selagi mendengar bunyi berdesing.
Di Ranau ini juga ada seorang perawat yang
mengalami keadaan sedemikan ( bukan IT )
dan yang nyata padanya ada kaitan dengan
gangguan jin.
Wallohu a'lam
Asalam tuan,saya sekali-sekala di sergah masa spara tidur dgn bangun..disusuli dengan bunyi berdesing sayup2.Itu kbiasaanya bila saya tdk mbaca 3qul ttpi hnya mbaca basmallah shj. Mungkin kah dlm ruma ada jin dpt masuk atau bawaan dripda tetamu yg bkunjung di rumah?Mohon pencerahan tuan.
BalasPadamwasalam
Wa alaikum salam wbkth Js...
PadamDua-dua boleh jadi...tapi kemungkinannya lebih
kepada jin yang menyasarkan saudara sebagai
gangguan tau lainnya.
Berdesing biasanya tanda ada jin baru sampai
maka sebaik-biknya jaga amalan dan pagar
rumah.
Kalau ada gangguan pada hli keluarga lain maka
ianya juga boleh berlaku sebaiknya ambil per-
hatian seta rawatan sekiranya dirasa perlu.
Wallohu a'lam
Assalam..
BalasPadamLama tak berkunjung. Tergerak pulak. Semoga usaha saudara diberkati Allah..
Wa alaikum salam wbkth tuan...amiin...
BalasPadamAlhamdulillah....semoga tuan sekeluarga dan kita semua sihat-sihat belaka...dan harap-harapnya
tuan terus dapat berkongsi di sini ya...Insha
Allah...
Wallohu a'lam
Assalam..
BalasPadamDua hari lepas ada kawan minta bantu rawat jarak jauh abg dia yg masuk icu di hospital tawau. Tiba2 pengsan katanya. Waktu sy rawat..terlihat sukma/rawan yg bercahaya milik abgnya itu berdiri disebelah kepalanya.
Apabila sy cuba masukkan semula dlm badan..terus rawannya hilang dan terlihat satu lg rawannya yg agak kehitaman dirantai kaki & tangan di alam jin. Alhmdllh dgn izin Allah berjaya juga dilepaskan.
Sy telah berpesan pada kawan tu supaya bersedia sbb biasanya kes spt ni berakhir dgn kematian. Waulahualam..tengahari semalam dpt berita abgnya telah meninggal dunia.
Banyak kes spt ni disebabkan ada perjanjian dgn makhluk alam sebelah sama ada sedar @ tidak. Disebabkan amalan khusus @ saka keturunan.
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamKenapa tuan ya rawannya yang satu bercahaya
dari mana asal cahayanya...dan kenapa pula
rawannya yang satu lagi kehitamana tak ber-
cahaya...?
Wallohu a'lam
Kalo ikut pengajian rawan yg sy belajar.. setiap manusia ada 7 rawan dlm badan. Rawan yg bercahaya tu rawan yg kedua paling berpengaruh pada jasad. Sifat dominan. Jika ada buat perjanjian dgn makhluk halus @ terkena gangguan jin/sihir/saka..biasanya rawan no 4@ no 5 yg akan terlibat. Kalo angin bisa jin padat...warnanya akan kehitaman.
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih tuan atas pencerahannya.
BalasPadamWallohu a'lam
Assalamualaikum, sy ingin tahu adakah mudah rawan sesaorg diikat/ diganggu di alam jin? Adakah ada tanda2 luaran yg rawannya di kuasai jin di alam jin ? Bapa seorg sahabat sy tiba2 diserang strok dn lumouh seluruh badan ketika mengorek parit dn Dr memberitahu beliau tidak dikesan apa2 penyakit dlm tubuhnya yg sebelum ini mrmang tiada penyakit....ada pandgn beliau menghadapi gangguan..kelihatan gsngguan ini berat adakah kersna rawannya lemah? Maaf ats soalan ini.tk
BalasPadamWa alaikum salam wbkth puan...
BalasPadam1. Ia bergantung kepada bebrapa perkara...samada
pada kekuatan atau pertahanan diri manusianya
atau kemahiran jin yang cuba mengganggu.
Amalan-amalan pendinding bukan hanya jadi pem-
benteng jasad tapi juga roh dan rawan.
Tanda utama biasa suka berkhayal atau melamun...
atau boleh jadi pula sakit-sakit badan iaitu apa-
bila rawan itu bukan saja ditawan atau ditarik
keluar tapi juga diserang disakiti seperti ditikam
dipukul...dan sebagainya...
...atau badan selalu letih tanpa sebab....apabila
rawan mungkin rawan dipaksa buat sesuatu kerja
dan pastinya juga perasaan sentiasa kurang
tenang tanpa sebab munasabah.
2. Boleh jadi rawannya diambil...boleh jadi jin
masuk pada bahagian otak...atau jin masuk meng-
asai tubuhnya...atau gangguan jin pada bahagian sarar-saraf berkaitan dan sebagainya.
Strok biasanya berpunca dari angin bisa atau jin
yang sudah lama dalam badan....dan biasa pula
jin luar akan mempergunakannya sebaik-baiknya
untuk menganiaya seseorang manusia.
Maka mungkin ada gangguan jin baru atau memang
dari dalam badan sedia yang bertindakbalas ter-
hadap sesuatu gangguan luar atau kebetulan
sudah sampai masanya jin itu dapat menguasai-
tubuhnya.
Wallohu a'lam
Terima kasih tuan atas pencerahannya.
BalasPadamAlhamdulillah...sama-sama...
BalasPadamAssalamualaikum, tuan apakah yang dimaksudkan dengan rawan? Maaf ya saya kurang tahu..
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Amelina...
BalasPadamRawan ialah sebahagian daripada roh kita.iaitu roh kita satu tapi boleh berpecah lebih dari satu sedangkan
ianya tetap satu.
Kalau rawan keluar kita tertidur...
atau sellau berkhayal...atau sakit
jika ia ditarik kelua dan diganggu
jin.
Kalau roh penuh kita keluar...maka
jasad kita mati'
Orang yang mati hidup semula itu
bukannya mati...tapi sekadar
rawannya keluar...dam hanya malaikat
maut yang boleh menarik roh penuh kita keluar dari jasad.
Jin pula hanya sekadar dapat menarik
rawan.
Sihir patung...jin tarik rawan kita
dan kurung dalam patung maka kita
rasa apa yang dibuat oleh tukang
sihir pada patung tersebut..kerana ada rawan kita didalamnya.
Wallohu a'lam
Wallohu a'lam