Rabu, 29 April 2015

Sihir manusia Dan Sihir Jin...

Iaitu pada hakikatnya..apa juga sihir yang dibuat 
oleh seseorang manusia adalah melibatkan jin
juga secara langsung...

..namun ada sejenis sihir iatu  sihir yang  dibuat
oleh jin tanpa penglibatan manusia.

Biasanya jin ini adalah jin-jin ilmu yang mendam-
pingi manusia kemudian ditinggal mati...dibuang
atau sebagainya...

...maka jin yang berpengalaman ini akan menyihir
manusia secara sendiri tanpa penglibatan manusia.

Ini seperti...jin itu buat patung yang mewakili se-
seorang manusia...kemudain patung itu akan di
cucuknya jarum sebagaimana yang manusia
buat.

Maka untuk melepaskan sihir ini...sebaik-baiknya
jarum itu perlu di cabut atau patung itu dimusnah-
kan...atau pilihan lain...aliran sihir jin yang meng-
hubungkan antara patung buatan jin itu dengan
manusia perlu diputuskan.

Begitu pula jin-jin senjata...di mana senjata itu
sudah hilang pada alam manusia tapi ujud pada
alam jin...maka jin-jin senjata ini mengganggu
atau menyerang manusia tanpa panduan atau
disuruh oleh seseorang manusia.

Untuk membatalkan atau melemahkan jin itu
antara pilihannya adalah senjata yang masih
ujud di alam jin itu perlu dimusnahkan.

Maka cabaran perawat kini bukan hanya dari
manusia-manusia penyihir...malah juga dari 
jin-jin penyihir...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. assalamualaikum...saya seringkali merasakan ada yang menemani saya kemana-mana ditambah pula sy sering ternampak benda yang orang lain tak nampak...baru-baru ini sy ad terbaca artikel mgenai tanda-tanda jin jatuh cinta kepada manusia...dan kebanyakan tanda2 tersebut mmg terjadi pada diri sy....sy ingin bertanya apakah amalan yang perlu sy lakukan utk melindungi diri sy drp gangguan sebegini... ~ila

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Kella...

    Sebaiknya amal ayat manzil dan minta rawat daripada orang yang pakar...

    Dan boleh cuba buat sendiri pemutus...caranya
    kalau kella rasakan kehadiran jin itu...tutup mata
    dan tumpukan perhatian...bayangkan jin itu ada
    di hadapan Kella...

    Kella bisikkan dan niat cakap pada jin itu...Bismillah
    hirrohmaa nirrohiim...Wahai jin...dengan nama Allah
    mula saat ini saya putuskan seluruh hubungan saya
    dengan kau tanpa ada tinggal sedikit pun...

    Mulai sekarang saya haramkan kau datang atau
    ikut saya...saya haramkan darah daging saya...
    badan saya...keluarga saya..kediaman saya...
    dan seluruh kehidupan saya dari sentuhan atau
    gangguan kau.

    Kalau kau ingkar atau berdegil...dengan nama
    Allah...ya Allah hancurkan jin ini dan semua
    sekutu-sekutunya sehancur-hancurnya...

    Kemudian baca fatihah 7 kali...niatkan mudah-
    mudahan Allah putuskan semua hubungan
    Kella dengan jin-jin itu.

    Sambil itu....amalkan juga Ayat Kursi secara
    tetap dan 4 Qul tiga-tiga kali pagi petang...

    Biasakan minum air doa...renjis dalam bilik...dan
    sebagainya,

    Wallohu a'lam

    BalasPadam